Thursday, January 29, 2009

katakan...saya sayang diri saya..

“There are 5 levels of hormonal control in our body…sexual hormone I mean…”

Cik guru mula hendak menabur benih2 ilmu….Damai dan sahabat2 yang lain pantas menyalin setiap butir mutiara yang lahir dari lisan guru itu…

“ 1st level…which is the lowest level are those tissues which strongly sensitive to this sexual hormones…the tissues are uterus ( endometrium and myometrium ), follicle of the ovary and mammary glands….that’s why,if a woman come to you with the complain of menses disturbance,you must not only check the uterus but also the ovary and the mammary gland….”



Damai dan sahabat2 yang lain mengangguk2 tanda faham dengan jelas ilmu yang disampaikan itu….sang guru menyambung lagi…

“ 2nd level…connected with the organs which take part in producing several groups of hormones,such as group of oestrogenes which produce oestradiol,oestrone…group of androgens which produce androstendiol…and many other hormones such as progesterone and testosterone…..the organs are ovary and a part of adrenal glands..”

Tanpa ada soalan dari kami semua,kata2 guru diteruskan lagi…

“ the 3rd level is on the level of hypophysis….as we know,hypophysis produces many tropin’s hormones….and the hormone that concerned with our topic today is gonadotropin….gonadotropin produces important hormones such as follicle stimulating hormone,luteinizing hormone and prolactin…..”

Buku sudah hampir penuh dengan maklumat….tulisan semakin kecil…adakah tanda diri sudah semakin penat??...Damai memandang kak long yang duduk setentang dengan Damai,nampak dia macam masih boleh bertahan….

“ the next level is hypothalamus….in hypothalamus presents 2 types of nucleus which responsible for any cyclic regulation in our body…1st nucleus is ventral-medial nucleus which control the releasing hormones….for example,the gonadotropin-releasing hormone….under the action of this releasing hormone,the hypophysis will produce its hormone,gonadotropin….and the 2nd nucleus is located slightly above the chiasma,supra chiasma….here is the central for any cyclic changes in our body…for example,day and night….”




Tidak sabar menunggu tahap yang terakhir,yang ingin diberitahu oleh guru itu…

“ and the last level which is most important is…??”

“ the brain !!!...” kami menjawab serentak…

“ yes…you are right…the last level,which is the highest level is the brain cortex which regulates and controls the functions of all organs mentioned before…”

Agak rumit kan sebenarnya setiap proses yang berlaku di dalam badan ini…Maha Suci Allah yang menciptakan segalan2nya penuh kesempurnaan….melalui 5 tahap inilah,seseorang perempuan itu mengalami haid atau bagi yang sudah berkahwin,inilah antara proses yang ‘menyediakan’ tempat untuk pembentukan dan pembesaran janin…


Hari ini kelas habis lambat kerana guru amat banyak bercerita….tambahan pula,hari ini ada 2 kes menarik…

Kes pertama…seorang wanita datang dengan aduan bahawa beliau tidak pernah mengalami haid…kini,umurnya sudah menjangkau 21 tahun…pelik bukan???....dari segi fizikalnya,perempuan itu cukup sifat…maksud cukup sifat ini adalah pembentukan tubuh badannya tepat menepati ciri2 seorang wanita….namun,setelah melakukan pemeriksaan ‘ultrasound’ , didapati beliau sebenarnya tidak mempunyai uterus atau dalam bahasa melayunya ‘rahim’….kerana tiada uterus maka tiadalah haid bagi perempuan ini…dan kerana tiada uterus ini juga,maka adalah mustahil untuk beliau mengandung…kes ini dinamakan sebagai ‘ Mayer-Rokitansky syndrome’…di mana proses pembentukan uterus dan vagina terganggu ketika bayi masih di dalam perut ibu lagi….



Manakala kes kedua lebih unik lagi…seorang ibu melahirkan anak perempuan…genap umur bayi itu 2 minggu,bayi itu mengalami pendarahan dari kemaluannya dan buah dadanya membesar lebih dari pembesaran yang sepatutnya bagi seorang bayi normal berumur 2 minggu….setelah dikaji dan disoal ibu kepada bayi tersebut…beliau bercerita bahawa sepanjang tempoh mengandung,dan menyusukan bayi itu beliau banyak makan ayam…apakah kaitannya???

Sudah diketahui bahawa ayam2 sekarang ini kebanyakkannya disuntik agar proses pembesarannya lebih cepat dari yang sepatutnya…hormone yang disuntik pada ayam2 itu adalah sintetik hormone estrogen…oleh kerana perempuan yang mengandung itu memakan ayam dalam kuantiti yang agak berlebihan,tahap hormone estrogen ini tinggi di dalam badan beliau dan hormon ini dipindahkan ke dalam badan bayi sewaktu bayi di dalam perut ibu dan juga semasa proses bayi ini menyusu susu ibu….oleh sebab itu,bayi itu mengalami ‘haid’ seawal umur 2 minggu dan buah dadanya juga membesar….semuanya adalah kesan daripada hormone estrogen ini…Allahu a’lam..

Menarik bukan??...siapa sangka perkara2 seperti ini boleh berlaku….5 tahap kawalan hormon yang Damai sebutkan di awal entri tadi amat penting bagi seorang wanita…sebarang ketidakstabilan yang berlaku,contohnya dari segi pemakanan atau dari segi tekanan yang dialami seseorang wanita,kelancaran perjalanan hormon2 ini akan terganggu juga….jadi,tidak hairanlah,berlaku kes seperti wanita yang ‘datang bulan’ sekali dalam masa 6 bulan…nauzubillah…

Entri kali ini secara kasarnya nampak seperti dikhususkan untuk perempuan…tetapi sedarlah wahai pembaca lelaki ( jika ada lelaki yang membaca ),perkara sebegini penting juga untuk kamu ketahui…dalam kehidupan berumahtangga nanti,seorang suami itu haruslah arif tentang pelbagai jenis darah yang akan isterinya alami seperti haid,istihadhah,nifas,wiladah dan sebagainya…lelaki haruslah tahu bagaimana membezakan darah2 ini kerana ianya berkaitan dengan soal ibadah isteri….jangan ambil mudah dan membebankan hal ini di bahu isteri sahaja….

~~maaf…kali ini seakan2 membebel…mungkin terkena ‘jangkitan’ guru Damai hehehe…namun,Damai harap bebelan ini bukan bebelan yang sia2…banyak lagi yang Damai perlu pelajari bagi menempuh kehidupan sebagai seorang doktor….sejujurnya,amat takut sekarang ini….aduan pesakit yang datang tidaklah 100% sama seperti yang tertulis di dalam buku….aduhai,semoga Allah membantu Damai dan juga kita semua untuk lebih faham tentang masalah2 yang berkaitan dengan kesihatan…..ameen. ~~




18 comments:

Nur said...

SubhanAllah! MasyaAllah!

Fuh, takutnyer, hebat sungguh ilmu kedoktoran, patut lah disanjung dan dipuja, jangan risau Damai, serahkan pada Allah, insyaAllah, Allah swt bantu dalam setiap kes pesakit2 Damai....:D

Trust Allah...

suara said...

Salam Damai sayang...

Lama dulu, sblm kak su kawin lagi, kalau tak silap masa tu belajar lagi, kak su pernah dgr soal jawab kesihatan wanita dengan pakar sakit puan, Datuk Dr Hamid Arshat. Ada seorang wanita tu, kesnya sama dgn kes pertama. Pedih untuk Dr Hamid menyebutnya, tapi itulah kenyataan. "Tidak pernah datang haid, mungkin sbb puan tak ada rahim. Puan tak boleh mengandung sebab tanpa rahim boleh dikatakan yg puan tidak sempurna sbg seorang wanita." Masih terdengar getar suara wanita itu... Sayu dan sedih sekali... Entah bagaimana kehidupannya skrg.

Ya Allah... berikanlah dia kekuatan...

Anonymous said...

masya ALLAH..
terasa kerdilnya diri ini..
betapa tingginya ilmu ALLAH swt yang menciptakan diri ini pelbagai rupa..
hanya DIA YANG MAHA SEMPURNA.

Balqis said...

Oh, terbaliklah pula kan level2 nya...

masa obs dulu, cikgu ajar brain atas sekali... hehe...

takpe2, sama jer...

bolehlah salin siap2 notes ni, hehe..

makasih2..

Nafsah Dulajis said...

baru-baru ini sorang kawan ectopic pregnancy. kena buang sebelah ovary. sgt sedih.
bayangkan, tersilap tempat penempelan pun sebegitu hebat kesannya.
subhanAllah!

Iliana said...

salam Damai sayang..

fuhh~ bakal-bakal doktor berdiskusi di sini. bagus juga Damai buat begini, untuk memantapkan diri dan yang lain juga.

teruskan info berguna seperti ini. lagi-lagi bab makan ayam tu. kalau tak tahu, mesti bakal-bakal ibu terus je makan ayam disuntik tu. kan bahaya. bayi haid seawal 2 minggu? gulppp~ terkesima..

Anonymous said...

Banyak sungguh input baru dari entrimu kali ini, damai. Sarat dengan maklumat.
terima kasih...

Ibnurashidi said...

Salam kembali aman dan DAMAI..

"tetapi sedarlah wahai pembaca lelaki ( jika ada lelaki yang membaca ),perkara sebegini penting juga untuk kamu ketahui…"

oh..nampaknya secara tak langsung saya sudah sedar kerana saya seorang lelaki:)

Apapun, saya sungguh merespek..(izinkan saya menggunakan perkataan gabungan BM+Bi itu) pelajar yang terjun ke bidang kedoktoran..sebabnya?

1.Kepupusan Doktor semakin ketara di Malaysia terutama Doktor wanita.

2.Doktor lelaki lebih berminat menjadi doktor sakit puan bukan tuan.

3.Doktor berani (Saya takut darah..hehe)

4.Jika Doktor itu islamik..ini advantage yg paling besar!

DAMAI said...

kak fakhzan sayang...

takut ke?hehe...tidak sengaja nak takutkan ^^

terima kasih akak atas kata2 semangat itu...betul2 damai hargai ^^

sayang akak !!

DAMAI said...

salam sayang buat suara ~~kak su~~

damai sendiri tidak tahu apa hendak dicakapkan jika nanti ada pesakit yang mengadu begitu pada damai...huhu

ya,semoga dia,akak,damai dan sekalian manusia diberi kekuatan yang sebenar2nya oleh Allah ^^

DAMAI said...

wahai anonymous...tidak perlu ber'anonymous' kerana damai tahu siapa kamu hehehe

mari baca kerja rumah bersama2 ya einon^^

DAMAI said...

bal...memang brain atas sekali...cumanya kali ini cikgu bermula mengenalkan dari yang bawah ^^

buat nota??semoga dapat membantu ^^

DAMAI said...

ya,ectopic pregnancy atau kandungan di luar rahim juga amat bahaya...semakin membesar janin,semakin bahaya pada si ibu...

ya,setiap kejadian Allah itu begitu besar hikmahnya....kita sahaja yang kadang2 kurang berfikir...

DAMAI said...

salam sayang kembali e-leeyana..

bukanlah perbincangan hebat mana pun,masih undergraduate lagi ^^

insyaAllah,banyak sebenarnya info2 perubatan yang boleh dikongsi...cumanya,kadang2 tidak tahu hendak menulisnya bagaimana...hehe

DAMAI said...

terima kasih kembali sangmentari kerana sudi membacanya meskipun ini berkaitan hal ibu ^^

DAMAI said...

salam 'alaik ibnurashidi...

hmm mengapa kamu sendiri tidak ingin terjun ke medan ini?...oh,lupa pulak,kamu tidak boleh tengok darah hehe tapi,kene biasakan ibnurashidi..masa hadapan siapa tahu??

semenjak dua menjak ini,damai juga seakan lemah apabila melihat darah...sudah 3 kali,damai terpaksa keluar dari bilik bedah kerana hendak pitam melihat darah...Ya Allah,bantulah...

doakan damai dan sahabat2 yang lain ya ibnurashidi...agar kami terus tabah menjadi seorang dokturah ^^

van qif said...

salam,

erk saya dengar dalam TV setengah perempuan x suka bila lelaki kata dia beremosi disebabkan datang bulan...sebab bende macam ni menghina perempuan,

kata seorang lecturer perempuan macam ler lelaki tu x alami keadaan hormon x stabil...adoi pedihnya dongar...

DAMAI said...

van qif...

bilamana ada sesuatu perubahan hormon dalam badan berlaku,pasti luaran juga akan berubah mengikut perubahan hormon itu...

sensitif atau tidak terpulang pada wanita atau lelaki tersebut...terletak pada bagaimana dia mengawal dirinya ^^