Tuesday, December 30, 2008

diri yang sejahtera...

“ apakah yang dikatakan dengan menjadi diri sendiri tu dato’?…sebab kadang2 ada sikap saya yang saya sendiri tahu ianya tidak baik…tapi,itu adalah diri saya…”

Tersenyum damai ketika mendengar keluhan seorang pemanggil dalam rancangan Bersama Dato’ Fadzilah Kamsah….memang sukar mengubah sesuatu sifat atau sikap yang sejak dari kecil, dibelai dimanja oleh yang empunya diri…

Keluhan yang sama pernah diajukan pada damai suatu masa dahulu…

“ nak buat cmane damai..inilah diri aku…kalau aku berubah,mksdnya itu bukan diri aku yang sebenar…buat apa nak berpura2 kan..”

Lebih kurang macam itulah kata2nya…waktu itu, tiada sebarang balasan yang dapat damai beri padanya….Cuma seukir senyum, dengan harapan senyum itu dapat mendamaikan resah gelisah yang bertandang di hati sahabat damai itu…

Seharusnya, malah tidak keterlaluan jika damai katakan, sewajibnya kita menjadi diri kita sendiri…kerana sesungguhnya berpura2 itu adalah sifat bagi orang2 munafiq…nauzubillah..

Tidak salah menjadi diri sendiri TETAPI biarlah “diri” yang ingin kita jadi itu adalah diri yang Islam, diri yang sejahtera…

Setiap dari kita dilahirkan ke dunia dengan fitrah yang putih suci…dalam erti kata lain, dengan diri yang baik2 belaka..tiada cacat cela…bersih dari dosa…

Kesucian dan keputihan itu ternoda sifatnya lantaran adanya makhluk Allah iaitu syaitan dan nafsu yang tidak akan pernah jemu menghasut dan membisik kata2 yang menyesatkan…maka dengan sebab itu, “diri” yang baik itu perlahan2 bertukar menjadi “diri” yang tidak baik…

Sudah sampai masanya untuk kita menjadi diri sendiri…diri sendiri yang sejahtera..bukan sahaja sejahtera di dunia, malah di akhirat nanti…

Jika dulu kita sibuk mencari identiti sendiri dengan mencuba berbagai2 jenis fesyen rambut agar nampak lain dari yang lain, kini jadilah diri sendiri yang sejahtera dengan menutup rambut itu dengan sehelai tudung yang juga tidak kurang hebat fesyen2nya…berfesyen itu tidak salah,asalkan batas2 Allah dijaga dan dipertahankan ^^

“ Katakanlah ( wahai Muhammad ) kepada orang2 lelaki yang beriman, janganlah mereka memandang kepada yang dilarang dan hendaklah mereka menjaga ( memelihara ) kehormatan mereka ( jangan berzina ) dan katakanlah juga kepada para wanita beriman, agar jangan mereka memandang kepada yang dilarang dan hendaklah menjaga kehormatan ( maruah ) dan janganlah memperlihatkan perhiasan mereka kecuali yang zahir daripadanya, hendaklah mereka melabuhkan kain tudung kepala ( jilbab ) mereka hingga menutupi dada, janganlah mereka mendedahkan perhiasan mereka kecuali kepada suami mereka, bapa mereka, bapa mertua mereka, anak2 mereka, anak2 suami (tiri) mereka, saudara lelaki mereka, anak lelaki kepada saudara lelaki dan saudara perempuan mereka (anak saudara), perempuan2 Islam, hamba lelaki mereka, khadam lelaki yang telah tidak mempunyai keinginan kepada perempuan ( kerana telah tua ) dan kanak2 yang belum ada keinginan kepada perempuan. Dan janganlah mereka berjalan menghentak2kan kaki untuk memperdengarkan perhiasan ( gelang) kaki mereka. Bertaubatlah kamu kepada Allah wahai orang2 beriman mudah2an kamu mendapat kemenangan.” ( An-Nur : 30-31 )

Andai dulu, semua orang sudah kenal siapa yang sedang berkata2 itu tanpa perlu menolehkan kepala lantaran frekuensi suara kita yang tinggi ini, kini jadilah diri sendiri yang sejahtera dengan suara yang lembut namun tidak melalaikan…^^

“ Dan bersederhanalah dalam perjalananmu dan lunakkanlah suaramu, sesungguhnya seburuk2 suara adalah suara himar (keldai).” ( Luqman : 19 )

Kalau dulu,kita terkenal dengan sikap yang tidak endahkan hal semasa,kini sudah sampai masanya untuk kita menjadi diri sendiri yang sejahtera dengan mengambil tahu apa yang menimpa saudara2 kita di Gaza….

“ tidak sempurna iman seseorang itu selagi dia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri “ ( Al-Hadith)

Apabila kita telah berjaya menjadi diri sendiri yang sejahtera itu…pasti kita akan sedar dan faham apakah yang maksud di sebalik perkataan “sejahtera” itu…

Menjadi diri sendiri yang sejahtera bererti menjadi diri yang bukan sahaja mampu memberi manfaat buat insan di sekelilingnya malah menjadi diri yang sejahtera di dalam syurga Allah di akhirat kelak…insyaAllah ^^

Tidak perlu berpenat lelah mencari identiti diri kerana di dalam Al-Quran dan juga melalui sifat dan kata2 Nabi Muhammad saw,telah lengkap membicarakan tentang diri yang sepatutnya kita ikut dan amal ^^

Sunday, December 28, 2008

hijrah...tidak mudah namun tidak mustahil...

“Jika kamu tidak menolong Nabi, sesungguhnya Allah telah menolongnya, ketika orang2 kafir mengusirnya sebagai orang kedua dari dua orang ( seorang lagi Abu Bakar ) ketika keduanya di dalam gua ( Gua Thur ), ketika dia berkata kepada sahabatnya : janganlah kamu berdukacita,sesungguhnya Allah bersama kita, lalu Allah menurunkan ketenangan di atas dirinya dan menguatkannya dengan bala tentera yang tidak kamu lihat ( malaikat ) dan Allah menjadikan perkataan orang2 kafir terbawah dan perkataan Allah tertinggi, dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” ( At-Taubah : 40 )



Muharram bertamu lagi…Muharram menampakkan lagi dirinya…Bererti ada lagi izin Allah buat kita hambaNya untuk terus berlari2 di atas bumi ciptaanNya ini…

Akan pudar seri Muharram itu kiranya kita tidak diam berfikir , barang sedetik dua masa, menyusur sirah, buat segar ingatan pada perit pedihnya junjungan besar kita Nabi Muhammad saw dalam kisah hijrah baginda…

Hijrah Nabi saw bukan kerana takut..

Hijrah Nabi saw bukan lari daripada masalah..

Hijrah Nabi saw bukan semata2 inginkn senang hidup di Kota Madinah..

Tetapi, hijrah Nabi saw hijrah keranaNya..

Perginya kedua2 insan kesayangan Nabi saw, Saidatina Khadijah RA dan Abu Talib, menyahut panggilan Allah mengundang kesedihan di hati Nabi saw…Sedang di pihak Kaum Quraisy,inilah masa yang dinanti2kan…Masa untuk melenyapkan insan penuh mulia itu…

Namun,biar setiap inci rumah itu dikepung,walau sehebat mana senjata di tangan,kuasa Allah itu melebihi segala2nya…aduhai lemahnya mereka…tewas hanya kerana diturunkan Allah pada mereka dengan makhluk kantukNya…keluarlah Nabi saw dengan tenang setelah disuruhnya Saidina Ali untuk tidur di tempat pembaringan baginda….

“ Dan Kami jadikan satu tutup di hadapan mereka dan satu tutup di belakangnya,lalu Kami tutup mata mereka, sehingga mereka tidak melihat (sesuatu pun).” ( Yaasin : 9 )

Berkurung di Gua Thur selama 3 hari bersama teman suka dan duka Saidina Abu Bakar…Sedih pilu hati Abu Bakar melihat kepedihan yang perlu kekasih Allah ini hadapi…Di ketika ini jugalah,terjadi suatu kisah yang menjadi bukti cinta kasih Abu Bakar buat Nabi saw…iaitu beliau merelakan kakinya dipatuk ular daripada bisa ular itu mengalir di dalam suci darah Nabi saw…tidak tertahan sakit,menangislah beliau dan jatuhlah airmata itu ke pipi Rasulullah saw yang sedang baring di pangkuannya…terjaga baginda lantas berkata;

“…..la tahzan, innallaha ma’ana…”

Kata2 ini juga dilafazkan baginda tatkala Abu Bakar menyatakan kegusarannya bilamana beliau melihat beberapa orang kaum Quraisy sudahpun berada di luar gua itu mencari mereka…di saat ini,Allah swt sekali lagi mempamerkan kekuasaanNya dengan tertutup rapinya pintu Gua Thur itu dengan jalin indah sarang sang labah2…

Bentak tamak hati Suraqah bin Ja’syam membawa dia kepada Nur islam yang tinggi…mendengar pelbagai tawaran yang menanti kiranya ada yang mampu menangkap baginda Nabi saw, lantas sahaja kudanya dipacu menjejak penghulu sekalian ummat itu…setelah 3 kali kuda yang ditungganginya jatuh ketika mengejar Nabi saw dan Abu Bakar, redhalah hatinya akan kerasulan Muhammad saw…Maha Suci Allah, yang Maha Memberi Hidayah pada sesiapa yang dikehendakiNya….tidak kira di mana tempatnya mahupun bila waktunya…

Setelah lebih kurang 12 hari perjalanan,barulah Nabi saw dan Saidina Abu Bakar RA sampai ke kota Madinah…kedatangan baginda disambut meriah oleh kaum Ansar…bermulalah tapak kukuh penyebaran da’wah baginda di kota itu…Allahu a’lam…

Ya, sememangnya peristiwa yang sarat dengan teladan ini bisa2 sahaja kita ceritakan…Sebagai modal menunjukkan yang kita juga tahu serba sedikit tentang hijrah Rasulullah saw…Namun,bukankah Islam itu agama yang praktikal?...Apalah ada pada sebuah tin kosong,hanya terus2an membingitkan telinga tanpa memberi manfaat walaupun pada dirinya sendiri…Nauzubillah…

Sejarah yang tercatat indah di dalam Al-Quran dan di mana2 sumber tidak ada satu pun kelihatan tanda mudah senang akan proses penghijrahan itu…begitu juga buat kita sahabat2…tiada siapa pun yang mampu membawa dirinya kepada suatu bentuk perubahan tanpa perlu menghadapi seribu satu konflik samada dengan insan sekeliling hatta dirinya sendiri…namun,yakinlah setiap hijrah yang niatnya hanya satu iaitu LILLAHI TA’ALA,pastinya ada cahaya terang menanti di hadapan…insyaAllah..


Hijrahkanlah diri kita ini sahabat2…

Dari panjang lena di tenang malam kepada sujud insaf mengharap ampunanNya..

Dari kasar suara kepada lembut kata ketika bersama2 sahabat..

Dari banyak mengalunkan lagu2 yang tiada makna kepada penghayatan Al-Quran yang lengkap pengertiannya…

Dari hati yang cintakan dunia kepada hati yang berat zikir padaNya…

Dari penutupan aurat yang ala kadar itu kepada pemakaian yang lebih sempurna…

Dan banyak lagi “dari” serta “kepada” yang kita sendiri boleh fikir dan laksanakan untuk kebaikan di dunia dan di akhirat…

Mohon kekuatan dariNya…

Salam Ma’alhijrah buat semua…semoga Allah menerima segala amalan dan taubat kita pada tahun yang lalu…dan semoga redha Allah tersedia buat kita sepanjang tahun yang mendatang ini…insyaAllah ^^

Saturday, December 27, 2008

dengarkanlah Ya Allah...


ku tutup mataku
dari semua pandanganku
bila melihat matamu
ku yakin ada cinta
ketulusan hati yang mengulir lembut

penguasa alam tolonglah pegangi aku
biar ku tak jatuh pada sumur dosa
yang terkutuk dan menyesatkan cintaku

andaikan ku bisa lebih adil
pada cinta kau dan dia
aku bukan nabi yang bisa sempurna
ku tak luput dari dosa

biarlah ku hidup seperti ini
takdir cinta harus begini
ada kau dan dia bukan ku yang mau
oh Tuhan tuntunlah hatiku

memohon keberkatanMu...

Dari Ibnu Umar r.a, dari Nabi SAW baginda bersabda:”Lima kunci perkara ghaib, tidak mengetahuinya melainkan Allah iaitu: 1) Tiada mengetahui apa yang tersimpan di dalam rahim (kandungan perempuan) melainkan Allah. 2) Tiada yang mengetahui apa yang akan terjadi esok hari melainkan Allah. 3) Tiada seorangpun yang mengetahui bila waktunya hujan akan turun melainkan Allah. 4) Tiada seorangpun mengetahui di negeri mana dia akan mati melainkan Allah 5) Tiada yang mengetahui bila kiamat akan terjadi melainkan Allah.

(Bukhari)


Dua, tiga hari ini hati damai dilanda gelisah...semua perkara dirasakan salah belaka...hati ini seperti ingin mmbisikkan sesuatu tetapi suaranya terlalu sayup hingga sukar untuk akal ini menafsirkan...


Minggu ini boleh dilabelkan sebagai minggu kelalaian bagi damai...tiada apa yang damai lakukan yang boleh untuk dipersembahkan kepada Allah...Ya Allah,berilah keampunan dan petunjuk untuk hambaMu yang lemah ini..

Ada satu perkara yang damai runsingkan tetapi tidak mampu untuk diluahkan di sini...Sungguh berat tatkala diri diminta membuat pilihan....Malah,lebih berat lagi untuk diri yang lemah ini untuk terus yakin dan istiqamah pada pilihan yang dibuat...Andai pilihan itu benar dan tepat,mengapa mesti hadir kegelisahan ini...bisikan syaitan kah ini?...andai pilihan itu salah,apakah jalan penyelesaiannya....Ya Allah,hati ini betul2 buntu dan benar2 mengharapkan bantuanMu....


Benar kata ibunda...Habiskan dahulu pembelajaran yang tinggal kira2 enam bulan sahaja lagi...soal "itu" jangan sesekali dirisaukan...jika Allah kata jadi,maka jadilah....jangan sesekali berasa gelisah pada sesuatu yang pasti...



Allah itu Maha Memberi...pasti Dia akan memberi petunjuk pada yang ingin mendapat petunjuk itu...dan di saat ini,damailah antara insan yang amat memerlukan petunjuk itu...



Kotornya dirasakan hati ini apabila tertidur sebentar dengan mimpi yang indah....yang kenyataannya masih belum pasti....jagakan hati ini Ya Allah agar tidak terus tidur....hidupkan hati ini Ya Rabbi agar tidak mati dari mendapat cintaMu....

Mohon keberkatanMu Ya Allah atas setiap apa yang dilakukan...


















Friday, December 26, 2008

Al-hayaau...adakah kita memiliknya?


Dari Abi Mas'ud 'Uqbah bin Amru al-Ansari al-Badri ra,katanya : Rasulullah saw bersabda : "bahawasanya setengah yang didapati manusia dari perkataan Nabi yang terdahulu ; ialah apabila engkau tidak malu maka kerjakanlah apa yang engkau kehendaki"


(Bukhari)

Salam buat sahabat2 yang sudi menjenguk barang sesaat dua ke sejadahijau ini :)

Lama sudah damai tidak menulis lantaran kontangnya idea tentang apa yang mahu dibebelkan di sini...

Namun,dengan kekuatan dan sedikit ilmu yang damai timba dari selaut ilmu yang Allah limpahkan,kali ini damai hendak berbicara dengan sahabat2 semua tentang suatu sifat mulia, salah satu cabang iman iaitu MALU.

Malu adalah suatu perasaan dalaman yang memimpin anggota badannya daripada melakukan perkara2 yang tidak baik, sebaliknya hanya melakukan perkara2 yang baik dan terpuji. (tafsiran dari kitab Hadith 40)

Malu bukanlah suatu perkara yang perlukan penjelasan yang mendalam kerana kita sememangnya dari kecil sudah dididik dengannya. Kata2 seperti " malu2 kucing" atau " malu bertanya sesat jalan" sudah acapkali kedengaran di gegendang telinga ini. Namun, mengapa meskipun gegendang telinga itu sudah bosan menelan gelombang2 berkenaan malu ini, sifat malu itu dilihat semakin lama semakin hilang dalam diri kita...

Melalui hadith ini, Rasulullah saw bukan sahaja ingin mengingatkan perihal pentingnya sifat malu itu semata,bahkan baginda saw sebenarnya memberi ancaman agar kita tidak sekali2 mengabaikan sifat ini..

" kalau tak malu,buatlah"

Perkara yang keji atau tidak baik hanya mampu dilakukan oleh mereka yang kurang atau tidak ada di dalam dirinya sifat malu itu...Sifat malu itu sendiri terbahagi kepda 2 jenis iaitu :

1) Malu yang asli
-iaitu malu yang menjadi tabiat sekalian manusia seperti memakai baju, malu ketika dirisik dan sebagainya.

2) Malu yang dipupuk
-iaitu malu yang dididik setelah tuan yang empunya diri itu kenal akan Allah...seperti menutup aurat sepenuhnya, malu jika tidak puasa dan sebagainya...

Berbahagialah bagi mereka yang mempunyai kedua2 jenis sifat malu ini lebih2 lagi jenis yang kedua kerana ianya membuktikan nilai tingginya iman dan cintanya buat Allah swt...

" Iman dan malu itu seiringan, jika terangkat salah satunya, maka yang satu lagi terangkat juga"

sahabat2,

bersifat malulah dengan cara pakaian kita...tutuplah aurat DENGAN SEMPURNA...pakailah pakaian yang tidak jarang, longgar dan tidak terlalu menarik perhatian warnanya...

bersifat malulah dengan cara percakapan kita...katakanlah dan sebutlah hanya perkataan2 yang baik2 dan menyenangkan hati orang yang mendengarnya...

bersifat malulah dengan cara menjaga akhlaq....lembutkan suara, gelak tawa...

Mohonlah dalam setiap doa kita agar dikurniakan dengan sifat malu ini. Jangan sampai Allah tariknya dari diri kita.

"Bahawa apabila Allah berkehendak kebinasaan kepada seorang hamba, maka dicabut perasaan malu daripadanya. Dan tidak engkau mendapati melainkan dia seorang yang benci lagi dibencikan. Setelah itu ditinggalkan pula perasaan amanah daripadanya. Dan engkau dapatinya seorang seorang khianat lagi mengkhianati, seorang yang telah kehilangan perasaan rahmat atau belas kasihan. Kemudian itu,jadilah ia seorang yang kasar lagi keras kelakuannya. Dicabut daripadanya ikatan imannya dari tengkuknya. Akhirnya, engkau memandang dia bukan lagi sebagai insan ( manusia ) tetapi sebagai syaitan yang durjana"

Hadith ini dikatakan hadith dhaif..tetapi insyaAllah boleh dijadikan sebagai panduan tentang betapa pentingnya sifat malu itu untuk dijadikan hiasan diri.

Nah...itu sahaja bicara damai buat kali ini...suatu perkara yang mungkin sering diambil mudah namun ianya memberi seribu satu makna bagi diri kita sebagai hambaNya...

Sunday, December 21, 2008

done...^^

again...i've been tagged by this little sister,balqis...here u are balqis...as i promise ^^

1) Do you think you’re hot?
Hot???...why do i hv to?...hurmmmm thinking................................

2) Upload your favourite pictures of yourself..








3) Why do you like these pictures?
- pic a) my last solat raya here in ukraine..sob2..isk2....(over pulak ^^)
- pic b) a 3-days-trip to odessa...luv u kak long muah muah muah hehhe
- pic c) went back from openhouse...i luv it when all my housemates walking together ^^
- pic d) a candid photo by aini...by i really like it...credit to aini ^^
- pic e) hoping for the strength to wear niqab...Rabbana taqabbal minna du'aana..ameen ^^


4) When was the last time you ate pizza?
Dont remember...1 year ago maybe....(my family doesn't like pizza ^^)


5) The last song you listened to?
Taubat - opick.....(my ring tone hehe)


6) What are you doing right now besides this?
Nothing....giving 99.9% of my attention on this tag....hhehe


7) What name would you prefer besides yours?
Damai (^_~)


8) Who are the next people you will tag?
a) dhiya ruzanna
b) sofie nur
c) kak sol
d) fairuz diyana

9) Who is number 1?
My bestfriend.....already 9 years together ^^..


10) Say something about number 2?
A junior of mine....my roomates' anak buah...sweet and cute too ^^

11) Introduce number 3?
Ehem..the best baker here in CSMU...^^


12) How about number 4?
Also a friend of mine....great businesswoman-to-be..insyaAllah ^^


13) Introduce number 5?
ooppss sorry...can't find any...:(


(Surah: Ya Seen, Verse #: 47 )
And when it is said to them: "Spend of that with which Allah has provided you," those who disbelieve say to those who believe: "Shall we feed those whom, if Allah willed, He (Himself) would have fed? You are only in a plain error."


















balasan kebaikan...


“Sesungguhnya kebaikan itu akan dibalas dengan kebaikan”

Begitulah kata2 Allah dalam surah Ar-Rahman ayat ke 60…tiap2 kebaikan yg kita buat,kecil atau besar,sikit atau banyak,hatta ikhlas atau tidak…balasan bg kebaikan itu adalah sesuatu yg PASTI…

Beberapa contoh lagi yg damai boleh kongsi di sini…antaranya

“wahai anakku (kata Luqman) ,sesungguhnya jika ada amalan engkau (baik atau buruk), seberat biji sawi yg tersembunyi di dalam batu atau di langit atau di bumi,nescaya didatangkan (dibalas) Allah juga. Sesungguhnya Allah Maha Halus lagi Maha Mengetahui”

(surah luqman : 16)

“barangsiapa mengerjakan kebaikan,meskipun sebesar zarah,akan dilihatnya (balasan) kebaikan itu…barangsiapa mengerjakan kejahatan,meskipun sebesar zarah,akan dilihatnya (balasan) kejahatan itu”

(surah Al-Zalzalah : 7-8)

Terdapat 2 penerangan bg ayat2 di atas iaitu :

1) pembakar semangat..

Sebagai manusia yg lemah lagi hina ini…kita tidak akan lari dari merasa penat untuk melakukan kebaikan…hati yg kurang iman ini sering saja merasa bosan untuk terus menerus menghulurkan kebaikan…lebih2 lagi,apabila kebaikan yg kita buat itu langsung tidak dihiraukan oleh insan sekeliling kita….oleh itulah,Allah yg Maha Mengetahui bisik hati manusia itu berkali2 menegaskan di dalam Al-Quran bahawa setiap kebaikan itu akan mendapat balasan….dgn kata2 ini,semangat yg hampir2 layu itu insyaAllah akan dapat dipulihkan semula…dan kebaikan itu dapat kita teruskan tanpa ada rasa lelah…

2) penguji iman…

Ayat2 itu juga sebenarnya diturunkan untuk menguji sejauh mana tahap keikhlasan kita dalam mengerjakan kebaikan…ada orang melakukan kebaikan ikhlas lillahi taa’ala tanpa mengharapkan secebis pn balasan dari Allah….kerana apa yg dia harapkan hanyalah keredhaan Allah semata2….namun,tidak kurang juga manusia yg melakukan kebaikan semata2 utk mendapatkan balasan…tidak kisahlah balasan dari manusia mahupun dari Allah…janji what I give,I get back hehehe

Hmm Allah menjanjikan bahawa kebaikan itu akan dibalas dengan kebaikan…tp,perasan atau tidak dalam ayat2 tersebut,Allah tidak mengatakan BILA balasan itu akan diberi….apabila kita melakukan kebaikan hari ini,kita tidak tahu bila kebaikan itu akan dibalas…mungkin esok,lusa,bulan depan,tahun depan, dan mungkin juga bila kita telah mati nnt…

Di sini damai suka nak mengingatkan kembali sahabat2 semua tentang filem “the kite runner”…dah tgk ke belum?...bg yg dah tgk tu,dapat rasakan x pengajarannya?...bg yg belum tgk,bila lagi?hehhe…namun,nak dipendekkan di sini, kebaikan yg Hassan hulurkan buat Amir semenjak dari kecil hingga saat kematiannya tidaklah mendapat balasan seperti yg kita fakir Hassan sepatutnya dapat….tetapi,segala kebaikan itu dibalas Allah dgn menyelamatkan anak Hassan dari cengkaman mereka2 yg tidak berperikemanusiaan…indah bukan aturan Allah…

Begitu juga kita…dalam melakukan kebaikan,jgnlah mengharap balasan itu akan dtg pada saat dan waktu itu juga…Allah tahu waktu yg terbaik utk kita mendapat balasan tersebut…hinggakan kadangkala Allah menangguhkan balasan itu utk diberikan pada kita di akhirat nnt….
Allahu a’lam…

Dalam hal balasan ini juga,Allah tidak menceritakan jenis balasan yg akan diberi…. pemberian yg kecil mungkin akan dibalas dengan balasan yg besar….pemberian yg banyak mungkin akan dibalas dengan balasan yg sedikit…ini juga merupakan tanda Allah nak uji tahap keikhlasan kita…memberi mee goreng tidak semestinya dibalas juga dengan mee goreng…ooppss merepek pulak ^^

Kesimpulannya…ikhlaskan diri dalam setiap apa yg kita lakukan…maksud damai,melakukan kebaikan lah…jgn ikhlaskan diri dalam melakukan kejahatan pula ye..nauzubillah..

Banyakkan membaca Al-Quran dan fahami serta dalami kata2 Allah itu…setelah faham akan maksudnya,rajin2kan diri untuk mengamalkannya….jgn malas ye sahabat2 ^^

Wednesday, December 17, 2008

hari istimewa....

Allah berfirman bermaksud: Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatu pun dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran) supaya kamu bersyukur. (Surah an-Nahl, ayat 78)


17 disember…23 tahun yg lalu, tepat jam 3.11 ptg,telah lahir ke dunia seorang bayi perempuan yang comel dgn berat 2.7kg hehe pada mulanya,ibunya tidak mahu melihat bayi itu kerana takut…sepanjang mengndungkan bayi itu bermacam2 perkara berlaku…antaranya:

Suatu malam bekalan elektrik terputus…hujan lebat agaknya…ibu menuju ke arah pintu utk keluar mengambil lilin…tiba2, nenek ibu muncul di depan pintu…terkejutlah ibu melihat nenek yg sudah pun beruban penuh itu tiba2 muncul di depannya…

Dan ada satu ketika, oleh kerana terlalu minat utk membela binatang, adik ibu telah membela seekor beruk…suatu hari, sedang ibu duduk2 menonton tv, tiba2 beruk itu berlari di sebelah ibu…apa lagi,ibu terkejut utk kali yg kedua…

Dan kerana kejadian2 seperti itulah,ibu itu tidak mahu melihat bayinya…kerana takut rambut anaknya putih dan badannya pula penuh bulu…hmm jgn ketawa ya…kepercayaan sebegini sememangnya wujud ^^

Setelah dipujuk oleh sang suami…barulah ibu berani melihat anaknya…lega hati melihat anaknya normal seperti anak orang lain ^^

Kini,anak itu sudah berusia 23 tahun…sudah melanjutkan pelajaran di universiti…dan bakal bergelar doctor tidak lama lagi…insyaAllah…

Ibu….ucapan ikhlas dariku…terima kasih ibu kerana membiarkan aku menumpang di dalam rahimmu selama 9 bulan….minta maaf sepanjang masa itu ibu sering berasa tidak sedap badan,loya2…minta maaf juga buat ayah yg pastinya terpaksa bersusahan kerana melayan karenah ibu yg sedang mengandung….terima kasih yg tidak terhingga kerana sudi berhadapan dengan maut hanya semata2 untuk melahirkanku….dan terima kasih ibu kerana membesarkan dan mendidikku agar mengerti bahawa tiada Tuhan yg wajib disembah melainkan Allah,dan Muhammad itu pesuruh Allah...

Terima kasih ibu
Terima kasih ibu
Terima kasih ibu….untuk segalanya (^_~)

Monday, December 15, 2008

bila mereka berkata,hati ku jadi...


Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w.“ Berwasiatlah kepadaku, “Lalu Nabi s.a.w menjawab: “Janganlah engkau menjadi seorang yang pemarah.” Orang itu mengulangi permintaan beberapa kali, Nabi s.a.w menjawab:“Janganlah engkau menjadi seorang yang pemarah.”

’’kite x boleh laa kak...kite ni cepat marah”

“uish,awk ni...xkan smpi mcm tu kot”

“betul kak...kalau org tny sesuatu yg mmg dah terang2 hukumnya,kite mmg marah...kenape nk mempertikaikan hukum Allah?...kalau Allah kate mcm tu,mcm tu je laa...’’

“sabar2...”

Sepanjang perjalanan,damai hanya mendiamkan diri. ‘Pengakuan’ ikhlas aishah sebentar tadi membuatkan damai tidak tahu apa tindakbalas yang perlu diberi...

Memang benar,kadang2 insan sekeliling kita seolah2 sengaja nak menyalakan puntung kemarahan kita...bile kita bg nasihat dgn lemah lembut,dia mempermain2kan kita...sesungguhnya kesabaran itu adalah suatu keperluan apabila kita mula menjejakkan kaki ke medan da’wah...

“kenapa pulak syaitan tu malas?...kalau syaitan malas,kite semua jadi baik laa sbb syaitan xbuat keje dia..”

“i ada migrain..xboleh nak pakai tudung..”

“kita kan dekat negara bukan islam...kira darurat laa ni...halal ke x,boleh je makan”

Pelik kan??..bila seseorang yg bernama manusia yg dianugerahkan dengan akal fikiran boleh mengeluarkan kata2 mcm tu...nasib baiklah kita ni ummat Muhammad saw...ummat kekasih Allah...di mana Allah bg peluang pada kita utk bertaubat sehinggalah tibanya hari Qiamat nnt...kalau ummat Nabi lain,dah lama Allah timpakan azab sebagai balasan...Ya Allah ampunkanlah kami...

Kalau xpndi kawal diri bila berdepan dgn insan2 yg “jahil” mcm ni,silap2 haribulan,boleh bergaduh...boleh bermasam muka antara satu sama lain....

Damai pn jadi kelu bila berdepan dengan mereka2 yg Allah uji ni...tp,kalau dah melampau tu,kdg2 damai memberanikan diri juga utk menegur...tp selalunya,bukan dgn cara terus...mungkin dgn cara pandangan atau perlian...aduh,lemahnya iman...

Entahlah...sedih hati ni bila xmampu nak buat apa2...Ya Allah,berilah kekuatan...

Saturday, December 13, 2008

jazakallah ya akhi ^^


Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari selama ini
Baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki

Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

Thursday, December 11, 2008

atkuda vi?/


Dari abu Hurairah r.a katanya, nabi s.a.w bersabda:”Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka apabila ia menyaksikan suatu peristiwa, hendaklah dia menanggapinya dengan baik atau diam. Bijaksanalah membimbing wanita kerana wanita itu diciptakan dari tulang rusuk. Dan bahagian yang paling bengkok ialah yang sebelah atas. Jika engkau berusaha meluruskannya, nescaya ia patah. Tetapi jika engkau biarkan, ia akan sentiasa bengkok. Kerana itu bijaksanalah membimbing wanita dengan baik.”

“ atkuda vi devushki?”

“ ya iz malaizii”

“ Thailand?”

“ niet…malaiziya vnizu Thailand…malaiziya mezshdu Thailand i singapur”

Hehe faham ke?...xpe2..kat bawah ade translation dia ^^

“ kamu dari mana wahai budak perempuan?”

“ sy dari Malaysia..”

“Thailand?”

“ tak..malaysia bawah Thailand…malaysia antara Thailand dan singapura”

Hmm sejak bila pulak damai bukak kelas bahasa rusia ni? Hehe.. papepun,dialog di atas adalah dialog antara damai dan seorang nenek tua di oncology department hari tu..damai kene check patient tu..abis berbual2 tentang sakit yg nenek itu sedang hadapi, dia bertanya tentang negara asal damai…

Persoalan pertama yang damai terfikir lepas nenek tu soal…”ade muke org Thailand ke aku ni?” hehehe jauh panggang dari api rasanye…jgnkan muke Thailand,muke mix chindian pun jauh sekali …hehehe merepek laa pulak kan ^^

Persoalan kedua…”kenapa makcik xtahu di mana Malaysia?” memang Malaysia merupakan sebuah negara yang kecil tapi ia merupakan sebuah negara yang bolehlah dikatakan membangun…singapura yang jauh lebih ‘comeyl’ itu kadang2 lebih dikenali penduduk tempatan dari Malaysia…

Tetapi, satu perkara yang xpernah penduduk tempatan tersilap adalah dalam mengenali apakah agama anutan damai…xkira di mana damai pergi, semoden2 bandar kat Ukraine ni mahupun kampung2 yang nun terpencil dari hiruk pikuk kota, mereka tahu bahawa damai beragama Islam…soalan tidak perlu diutarakan dan jawapan tidak lagi diperlukan kerana sudah jelas,nyata di pandangan mata bahawa Islam adalah pegangan damai…cara hidup
damai…

Itulah hikmahnya Allah memerintahkan kita, kaum wanita untuk menutup aurat…agar nampak perbezaan di antara kita dan mereka yang berpaling dari perintah itu…

“wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik2nya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur)”

(Al-A’raf : 26)

Tidaklah menjadi satu kesalahan andainya kita tidak dikenali sebagai rakyat sesebuah negara..tetapi yang merugikan itu adalah apabila kita gagal dikenali sebagai ummat Islam, ummat yang istimewa….lebih2 lagi kegagalan itu berpunca daripada kita sendiri yang ingkar untuk menuruti tatacara suruhan Allah untuk menutup aurat kita…Ya Allah,ampunkanlah kami…

Entri kali ini agak simple tapi damai harap sesiapa yang sudi membaca sejadahijau mandapat manfaatnya…insyaAllah…(^_~)

p/s : jangan pula kita menutup aurat semata2 nk dikenali dengan nama Islam…dah lain niat tu….lakukan setiap suruhan itu lillahi ta’ala…hadirkan ikhlas dalam diri….^^

Saturday, December 6, 2008

you just have to believe....

Dari Abdullah bin Umar r.a katanya:”Rasulullah s.a.w bersabda:”Kauthar itu ialah sebatang sungai dalam syurga, kedua-dua tebingnya adalah daripada emas, aliran airnya di atas mutiara dan yakut, bau tanah di dasarnya lebih harum dari kasturi dan airnya lebih manis dari air madu dan lebih putih dari salji.”

(Tirmidzi)

Salam buat semua sahabat yang sudi menjengah sejadahijau...^^

Damai dah tgk citer “kung fu panda”....(ade org tny ke? Hehe)...xpelaa,saje je nk bercerita...credit to balqis....mmg byk bnde boleh diteladani dari kartun ni...


“to make something special,you just have to believe”

An advice a dad give to his son....

Nampak simple je nasihat tu..tapi kalau dikaji dan dihalusi,mksdnya dalam menusuk kalbu...

Memang benar..untuk menjadikan sesuatu itu istimewa,ianya tidak memerlukan apa2 sebab....apa yang perlu kita lakukan adalah PERCAYA bahawa perkara atau bnda itu istimewa...apabila kita menyintai atau meletakkan sesuatu perkara pada tahap yang istimewa kerana reason yg tertentu,sukar untuk kita me’maintain’kan rasa istimewa itu,lebih2 lagi apabila reason yang menjadi asbab istimewanya perkara itu telah hilang..... ayat yang sedikit complex....hehe

Contoh yg damai boleh bagi kat sini...

Kita meyakini dan mempercayai bahawa Allah itu Maha Kuasa....dan dengan kepercayaan itu juga menjadikan kita meletakkan Allah di tempat yang paling atas dalam hati kita....dalam apa jua yang kita lakukan,Allah menjadi rujukan utama....kalau Allah suka,kita buat..kalau Allah benci,kita tinggalkan...kita menumpukan seluruh hati kita pada Allah tanpa meletakkan apa2 sebab untuk kita berbuat demikian....mempercayai Allah itu wujud adalah fitrah bagi kita...

Namun, masalah terpesongnya aqidah akan bermula apabila kita mula mengenakan syarat untuk mengistimewakan Allah....kita kata kita yakin dan percaya pada Allah hanya apabila kita dikurniakan kesenangan dan kemewahan...sekali ujian Allah dtg,kita terus rasa putus asa,kecewa,lemah dan yang paling menakutkan apabila ada di antara kita yang beralih kepada mempercayai sesuatu yang lebih sempurna dari Allah...nauzubillahi min zalik...

“adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya lalu dimuliakanNya dan diberikanNya kesenangan,maka dia berkata ‘Tuhanku telah memuliakanku’...adapun bila Tuhannya mengujinya lalu membatasi rezeqinya maka dia berkata ‘Tuhanku menghinakanku”

(Al-Fajr : 15-16)

Mcm tu juga bila kita menyayangi sesama insan....apabila kita bersahabat hatta berkahwin sekalipun dgn seseorang kerana sebab2 yang selain dari agamanya,maka apabila “sebab” itu hilang,pudar atau ditarik oleh Allah,terjadilah kes2 seperti yang banyak kita dengar sekarang....cerai,main kayu tiga, anak2 hilang tempat bergantung dan bermacam2 lagi yang kadang2 telinga dah penat nak dengar...Ya Allah,ampunkanlah kami...

Ok,sampai sini je damai nk bercerita...kalau xtgk lagi cerita kung fu panda ni,tgklah...insyaAllah,kalau manfaat yang kita cari,kita akan dapat walaupun hanya dengan menonton sebuah cerita kartun ^^


Wednesday, December 3, 2008

indah yang berbatas....








Pesan Saidina Ali karamallahu wajhah :

“tidakkah engkau mengetahui,sesungguhnya pena diangkat daripada orang gila sehingga sedar, kanak2 sehingga dia mengetahui dan orang yang tidur sehingga terjaga”

Salam buat sahabat2 yang hatinya milik Allah…yang jiwanya penuh dengan rindu bertemu Rasulullah saw….^^

“tabarruj itu adalah apabila kita kelihatan berlainan dari yang lain”

Kata2 itu berlegar2 dalam kepala damai....itu adalah jawapan yang diberikan oleh madihah,seorang junior damai di sini apabila damai bertanyakan pada dia tentang bagaimana yang dikatakan dengan “tabarruj”…bukan apa,bimbang juga hati ini andaikata terjatuh dalam kategori dan sifat wanita jahiliyyah itu…nauzubillah..

Sesungguhnya apabila yang dikatakan dengan seorang wanita itu,dialah pastinya seseorang yang menginginkan kepada kecantikan…tetapi hati2lah wahai saudara2 ku kerana dari situlah bisikan syaitan bisa bermula…

Ada satu hadith Rasulullah saw yang sering kita dengar…bunyinya :

“tidak aku tinggalkan sesudahku,suatu fitnah yang dahsyat ke atas kaum lelaki melainkan berpunca daripada kaum wanita” (bukhari dan muslim)

Nah,penghulu kita telah awal2 memberi ingatan....peganglah dan ikutlah wahai sahabat…

Melalui sedikit pembacaan yang damai buat…erti tabarruj ini luas sebenarnya…tetapi apa yang dapat damai simpulkan adalah tabarruj itu berlaku apabila seorang wanita memperlihatkan kecantikan rupa parasnya…

Tabarruj dan ‘aurat saling berkait rapat…kerana ingin menonjolkan kecantikan,ramai wanita yang sanggup untuk membuka ‘auratnya…nauzubillah…


Ada juga yang menutup ‘aurat sepenuhnya mengikut syariat Islam,tetapi dalam masa yang sama,dia juga mengenakan solekan yang boleh membuatkan lelaki2 ajnabi memandang dengan pandangan yang berbahaya….

Ada sesetengah wanita yang menganggap tanpa solekan,wajahnya akan kusam,layu dan ini akan menyebabkan dia lambat ketemu jodohnya…Astaghfirullah…kerana pemikiran yang singkat ini,aturan Allah berani di pinggirkan…

Damai ada terbaca satu hadith Nabi Muhammad saw yang menyatakan bahawa setiap wanita itu apabila keluar dari rumah,syaitan akan mula berbisik2 di hatinya…something yang berbunyi mcm tu..tapi malangnya,tatkala nak tulis perihal hadith tersebut di sejadahijau ni,damai x jumpe hadith tersebut untuk dikongsi bersama…

Tidak banyak yang damai ingin katakana tentang hal2 tabarruj ini…kerana maksudnya jelas,hukumnya juga jelas….

Cukuplah hiaskan wajah ini dengan air wudhu’…dan bagi mereka yang mempunyai masalah kulit kering atau berminyak,cukuplah dengan menggunakan krim yang insyaAllah dapat membantu masalah ini TANPA ianya sedikitpun mengubah struktur asal wajah…berbedak juga insyaAllah dibolehkan selagi tidak mengubah wajah sebenar seseorang muslimat itu…

Dalam hal bercelak pula, ada cara dan adab bercelak yang dibolehkan…dan celak yang digunakan bukanlah celak moden (pensel – kering atau basah) yang banyak ditemui sekarang ini..tapi celak yang dimaksudkan adalah celak ismid yang hanya dikenakan pada mata kanan dan kiri sebanyak 3 kali calitan…selain daripada itu tidak dikatakan sunnah…Allahu a’lam…kalau damai tersalah,silalah betulkan…

Rasulullah saw bersabda :

“gunakanlah celak ismid (drpd galian) ke mata kerana ia menambahkan cahaya kpd mata (yakni menguatkan penglihatan) dan juga menolong pertumbuhan bulu mata…Baginda sendiri mempunyai satu kotak celak mata yang digunakannya pada setiap malam dicalit 3 kali pada sebelah kanan dan tiga kali pada sebelah kiri”

Sepanjang pencarian dan soal jawab damai dengan mereka2 yang arif tentang hal berhias2 ni…semuanya mengatakan bahawa mengenakan alat2 solek yang selain dari disebutkan di atas adalah tidak boleh….ini termasuklah berwangi2an,bergincu,memakai pemerah pipi, eyeshadow, memakai contact lens yang berwarna-warni dan yang sewaktu dengannya…nauzubillah…

Damai melahirkan sejadahijau bukan untuk menghukum…jauh sekali untuk memerli mahupun memalukan…tetapi sejadahijau adalah satu2nya medan untuk damai berkongsi ilmu…sekaligus memberi ingatan pada diri damai pertama2nya dan pada diri sahabat2 muslimat terutamanya…

Islam telah datang dengan memuliakan kita kaum wanita…mengapa hendak kembali pada zaman yang hina itu?...

maaf entri kali ini sgt panjang…mohon pada Allah agar panjangnya entri ini tidak sia2…moga memberi manfaat insyaAllah..

Akhirnya,damai selitkan sebuah kisah perbualan antara Rasulullah saw dengan puteri baginda Saidatina Fatimah radiyallahu ‘anha yang ada kaitan dengan hal tabarruj…bacalah dan ambillah pengajaran daripadanya…

Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali karam allahu wajhah:

“Saya dengan Fatimah pergi mengadap Rasulullah s.a.w kami dapati baginda
sedang menangis lalu kami bertanya kepadanya:

“Apakah yang menyebabkan ayahanda menangis, ya Rasulullah?”
Rasulullah menjawab:

“Aku lihat ada perempuan rambutnya tergantung, otaknya menggelegak.

Aku lihat perempuan yang digantung lidahnya, tangannya terikat ke belakang dan Qathran (air yang menggelegak) dicurahkan ke dalam halkumnya.

Aku lihat perempuan tergantung, kedua kakinya diikat, tangannya terikat di umbun umbunnya dan disuakan dengan ular dan kala.

Aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api.

Aku mlihat perempuan yang memotong tubuhya dengan gunting daripada api neraka.

Aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.

Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta,diisi ke dalam sebuah peti yang diperbuat daripada api neraka, otaknya keluar dari lubang hidungnya, badannya berbau busuk, kerana berpenyakit sopak dan kusta.

Aku lihat perempuan yang kepalanya seperti khinzir, badannya seperti badan keldai, beribu-ribu kesengsaraan yang dirasainya.

Aku lihat perempuan, rupanya seperti anjing, kala dan ular masuk ke kemaluannya, atau ke mulutnya dan keluar di duburnya. Malaikat memukul kepalanya dengan corong daripda api
neraka”.

Fatimah pun berdiri dan bertanya kepada ayahnya:

“Ayahanda yang dikasihi, ceritakanlah kepada anakanda; apakah kesalahan yang dilakukan oleh perempuan-perempuan itu?”.

Rasulullah menjawab:

Perempuan yang seperti anjing itu adalah perempuan yang suka membuat fitnah dan membenci suaminya”.

“Fatimah, adapun perempuan yang tergantung rambutnya itu ialah perempuan yang tidak menutup rambutnya daripada lelaki yang yang bukan muhrimnya.

Perempuan yang lidahnya tergantung itu ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki hamun dan menyakiti hati suaminya.

Perempuan yang kedua-dua kakinya tergantung itu ialah perempuan yang keluar dari rumahnya dengan tidak mendapat keizinan daripada suaminya dan tidak mahu mandi suci daripada haid dan nifas.

Perempuan yang memakan badannya sendiri itu ialah kerana ia berhias untuk lelaki yang bukan suaminya dan suka mengumpat-ngumpat orang.

Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka, ia memperkenalkan dirinya kepda orang asing, bersolek dan berhias supaya kecantikannya itu dilihat oleh lelaki lain.

Perempuan yang diikat kedua-dua kakinya, tangannya diikat ke arah umbun-umbun dan disuakan dengan ular dan kala, ianya boleh bersembahyang dan berpuasa, tetapi tidak mahu mengambil air sembahyang dan tidak mahu mandi janabah (junub).

Perempuan yang kepalanya itu seperti khinzir dan badannya berupa badan keldai ialah perempuan ahli pengumpat dan pendusta.



Sunday, November 30, 2008

ngomelan di pagi hari....

Dari Ibnu Umar r.a, dari Nabi SAW baginda bersabda:”Lima kunci perkara ghaib, tidak mengetahuinya melainkan Allah iaitu: 1) Tiada mengetahui apa yang tersimpan di dalam rahim (kandungan perempuan) melainkan Allah. 2) Tiada yang mengetahui apa yang akan terjadi esok hari melainkan Allah. 3) Tiada seorangpun yang mengetahui bila waktunya hujan akan turun melainkan Allah. 4) Tiada seorangpun mengetahui di negeri mana dia akan mati melainkan Allah 5) Tiada yang mengetahui bila kiamat akan terjadi melainkan Allah.

(Bukhari)


pagi ahad yang sejuk...hari menunjukkan mendung..internet memaparkan hari ini suhu mencecah ke angka 5 darjah celcius...

rumah damai senyap sunyi je ni...almaklumlah malam tadi qiam di surau...pastinya mata2 itu tidak mampu menolak pujukan bantal untuk lelap barang sejam dua....biarlah...

xtau apa nak tulis nih....dalam benak fikiran ni,banyak je benda nak dilontarkan kat medan sejadahijau ni...tapi,hati berbisik...nantilah dulu...tulislah dan berilah ilmu hanya pada perkara yang betul2 pasti....

hari ini nabihah membatalkan usrah...xtaulah apa sebab musababnya...bahagialah kak sol sebab terlepas dari membuat presentation hari ni hehe....jeles2....huhu

novel 'tautan hati' memanggil2 minta dibaca...xde mood laa untuk membaca novel pagi2 yg penuh dengan blues ni...damai lebih suka mendengar lagu sambil menaip bait2 kata di sejadahijau ni...

di saat ini juga,sebenarnya damai sedang mem'bluetooth' lagu2 opick dari hp damai ke hp kak long...demam opick tiba2 menjelma....sedap2 juga lagu opick ni rupenye...selamanya damai hanya mendengar 1,2 lagu...

esok ade trial krok...bagi mereka yang tidak tahu..krok adalah set of objective questions yang perlu dijawab...soalannya berkisarkan semua subjek sejak dari tahun pertama dulu sehinggalah sekarang...exam yang sebenar2nya bulan 6 nanti insyaAllah...banyak betul soalan nak kene bace...Ya Allah,bantulah...

hmm dah sampai ke tahap yang "kata2mu tidak lagi memberi manfaat damai"...maka,damai stop kat sini dululah...ade something yang damai yang ingin tulis tapi damai belum ada kekuatan untuk menulisnya...insyaAllah akan diluahkan pada entri2 yang seterusnya...

sebelum menitikkan noktah terakhir...nak kongsi satu lagu opick ni...liriknya bagus,lagunya pun enak didengar hehe...hayatilah ye...




Taubat - Opick


Taubat
Album : Ya Rahman
Munsyid : Opickhttp://liriknasyid.com

Wahai Tuhan jauh sudah
Lelah kaki melangkah
Aku hilang tanpa arah
Rindu hati sinarmu

Wahai Tuhan aku lemah
Hina berlumur noda
Hapuskanlah terangilah
Jiwa di hitam jalanku

Ampunkanlah aku
Terimalah taubatku
Sesungguhnya engkau
Sang Maha Pengampun Dosa

Ya Rabbi ijinkanlah
Aku kembali padaMu
Meski mungkin takkan sempurna
Aku sebagai hambaMu

Ampunkanlah aku
Terimalah taubatku
Sesungguhnya engkau
Sang Maha Pengampun Dosa

Berikanlah aku kesempatan waktu
Aku ingin kembali
Kembali kepadaMu

Dan mungkin tak layak
Sujud padaMu
Dan sungguh tak layak aku

Saturday, November 29, 2008

menjemput Dzulhijjah....

Daripada Ibnu Umar r.a katanya: “Rasulullah SAW telah memegang kedua-dua bahu ku lantas bersabda : “Hendaklah kamu menjadi seperti seorang dagang di dunia ini atau seorang pengembara..” Ibnu Umar r.a berkata : “Apabila kamu berpetang-petang janganlah kamu menunggu waktu pagi, dan apabila kamu berpagi-pagi maka janganlah tunggu waktu petang dan pergunakan masa sihat mu sebelum sakit mu dan masa hidup mu sebelum mati mu...”

Sampai sudah tahun ini ke pengakhirannya…

Dzulhijjah…bulan yang mulia…bulan yang mana Allah sekali lagi mengurniakan kita dengan pelbagai ganjaran dan tarbiyyah untuk kita terus jadikan pedoman dalam kehidupan…

Rasulullah saw bersabda :

مَا مِنْ أَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيْهَا أَحَبَّ إِلَى اللهِ مِنْ هَذِهِ اْلأَيَّامِ - يَعْنِي أَيَّامَ الْعَشْرِ. قَالُوْا: يَا رَسُوْلَ اللهِ، وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيْلِ اللهِ؟ قَالَ: وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيْلِ اللهِ إِلاَّ رَجُلاً خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ ثُمَّ لَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَيْءٍ

“Tidaklah ada hari yang amal soleh di dalamnya lebih dicintai oleh Allah dari hari-hari tersebut (yaitu sepuluh hari pertama bulan Dzulhijjah).” Para sahabat pun bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah jihad di jalan Allah tidak lebih utama?” Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata: “Tidaklah jihad lebih utama (dari beramal di hari-hari tersebut), kecuali orang yang keluar (berjihad) dengan jiwa dan hartanya, kemudian tidak kembali dengan keduanya (karena mati syahid).” (HR. Al-Bukhari)

masyaAllah...betapa istimewanya bulan bongsu ini sehingga ganjarannya disamatarafkan dengan pahala bagi mereka yang mati syahid...

Makanya, adalah baik jika kita sama berebut mengambil peluang keemasan ini....perbanyakkan zikir,membaca Al-quran dan solat sunnat pada bulan ini...

Firman Allah :

وَيَذْكُرُوا اسْمَ اللهِ فِي أَيَّامٍ مَعْلُوْمَاتٍ
“Dan supaya mereka berdzikir menyebut nama Allah pada hari yang telah ditentukan.” (Al-Hajj: 28)

Disunnatkan juga untuk berpuasa dari 1-9 Dzulhijjah...puasa pada hari ke-9 Dzulhijjah dikenali jugak dengan nama Puasa Arafah..pada hari ini,para jemaah haji akan melakukan wukuf di Arafah...

Sabda Rasulullah saw lagi :

يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ
“(Puasa Arafah) menghapus dosa-dosa setahun yang lalu dan yang akan datang.” (HR. Muslim)

Hmm setelah berpuasa 9 hari...hari raya pun tiba...satu lagi hari raya bagi kita ummat Muhammad saw iaitu hari raya EidulAdha...atau dikenali juga sebagai Hari Raya Qurban atau Hari Raya Haji atau pun kat Ukraine ni dikenali sebagai Qurban Bairam....

Mengapakah hari raya ini istimewa??...

Kerana ianya mengingatkan kita akan peristiwa penting dalam sirah Nabi Allah Ibrahim ‘alaihissalam...di mana baginda diuji oleh Allah untuk menyembelih anak kesayangannya Nabi Allah Ismail ‘alaihissalam...damai confirm sume arif tentang kisah ni kan....(^_~)
1 lagi hari penting dalam bulan ini adalah dinamakan Hari Tasyriq....iaitu hari ke 11,12 dan 13 Dzulhijjah...pada tiga hari ini, kita diharamkan untuk berpuasa kerana Allah telah mengkhususkan hari2 ini sebagai hari untuk makan,minum dan berzikir....

Kata Nabi saw :

أَيَّامُ مِنَى أَيَّامُ أَكْلٍ وَشُرْبٍ وَذِكْرٍ لِلهِ عَزَّ وَجَلَّ
“Hari-hari Mina (hari nahr dan tasyriq) adalah hari-hari makan dan minum serta berdzikir kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala.” (HR. Muslim)

Hmm itu sahaja info yang dapat damai kongsi bersama kali ini...jom kita berpuasa....selain dapat mendekatkan diri dengan Allah...dapat juga sedikit sebanyak merehatkan gastrointestinal tract kita ni...hehe

Akhir kalam...




Thursday, November 27, 2008

terima kasih Allah kerana...


Dia mengerling jam di tangannya…sudah menunjukkan pukul 2.45…hatinya mula risau…bimbang tidak sempat menunaikan fardhu asar…kak long masih belum membuat keputusan kasut mana yang hendak dibeli…nike,reebok atau adidas….

“kak long,kita solat dululah….jom kita tny cashier tu ada toilet x kat sini” dia mencadangkan..

“jom” pantas kak long menjawab..

“izviniti devushka,zdes yies tualiet?” dia mengajukan soalan..

“da…iditi na primoi..e meshdu nike e foxmart tam yies tualiet”

Dia dan kak long memacu langkah menuju toilet…terlepas pandang simbol di depan pintu,mereka memasuki toilet lelaki…fuh,nasib baik tidak ada sesiapa waktu itu…

Dia sedikit kagum melihat toilet di pasaraya itu…bukan apa,pattern toiletnya tidak ubah seperti toilet di Malaysia…jarang dapat bertemu dengan toilet macam ni kat bumi Allah Ukraine ni…

“sudah maju juga Ukraine ni” bisik hatinya..

Lega terasa apabila pili mengeluarkan air…bukan apa,kadangkala ada toilet yang hanya menjadikan pili sebagai perhiasan…pili cantik bukan main,tapi tidak mampu untuk mengeluarkan air..

Satu lagi ujian yang perlu dia dan sahabatnya itu hadapi…berwudhuk di sinki yang kecil itu…lebih2 lagi,rule utama negara ini…”TIDAK DIBENARKAN MEMBASAHKAN LANTAI DENGAN AIR”….

Dia menunjukkan muka risau….

“xpe,nnt kita mop laa balik” kak long memujuk..

Mereka mula mengangkat wudhuk…tiba2…

“devushki,shto takoe??!!”

Adus..kene marah untuk ke sekian kalinya….mereka meneruskan proses mengambil wudhuk dan terus keluar dari toilet sambil memohon maaf pada mak cik cleaner yang masam mencuka kerana kerjanya pada waktu itu telah bertambah….

Tiada tempat untuk solat…

“damai,kak long rasa nak nangis laa…”

“xpe,kita solat cepat…kat sini jelaa..”giliran dia pula untuk memujuk..

Di lorong sempit antara kedai nike dan foxmart itu mereka menghampar sweater untuk dijadikan sejadah dan mula meninggalkan dunia ini untuk bertemu Allah…Tuhan yang Maha Besar….

Tumpuannya sedikit terganggu apabila ada beberapa org yang lalu lalang di situ tertawa melihat dia ruku’ dan sujud…dia memohon diberi kekuatan iman untuk melangsaikan solatnya agar dia tidak berhutang dengan Allah…

Selesai solat,mereka terus menuju ke kedai kasut semula…namun,tiada yang dapat memikat hati kak long…dia pula sempat membeli sepasang kasut adidas…simple dan betul2 memenuhi citarasanya…

Di dalam bas…dia duduk mendiamkan diri…ingatannnya berpatah balik pada kejadian tadi…sedikit geram dan marah mula bercambah walaupun itu bukanlah kali pertama dia diketawakan ketika solat…malah pernah suatu ketika dulu,sejadahnya dipijak oleh mereka yang langsung tidak berhati perut itu…

Setengah dekad sudah dia berada di Ukraine....sebuah negara yang memilih kristian orthodoks sebagai agama kebangsaan….semestinya tiada surau disediakan di kawasan universiti…masjid pula boleh dikira dengan jari dan kedudukan nun jauh di pedalaman…ya,ada 1 surau di hostel tempat dia dan teman2nya yang lain tinggal..di situlah satu2nya tempat mereka berkumpul…berusrah,berkuliah,berqiam..

Kadang2 jadual kelas yang boleh dikatakan tidak berperikemanusiaan membuatkan dia dan teman2nya terpaksa bersolat di mana sahaja yang termampu….sebut sahaja di mana,asal sahaja diyakini kebersihannya,mereka akan membentang tikar sujud itu…

Bawah tangga…
Koridor…
Lecture hall…

Malah,pernah ketika pulang dari menziarahi seorang sahabat….kerana keretapi terlalu lambat tiba,mereka solat di kerikil2 batu tempat menunggu keretapi itu….

Berbeza suasananya dengan pelajar di Malaysia…

Tabir memorinya disingkap lagi ketika dia belajar di matriks dulu….waktu solat memang disediakan….solat berjemaah di masjid…tenang dan damai sekali..tidak perlu risau air terkena lantai…tidak perlu terkejar2 mencuri2 waktu untuk solat…yang muslimin tidak perlu berlelah2 meminta izin ckgu untuk keluar solat jumaat…

Namun,dia tidak akan pernah mengeluh..dia tidak akan pernah kalah…dia tidak akan pernah tewas dengan cabaran ini….meskipun,dia tahu ramai sudah antara teman2nya di sini memilih untuk memegang prinsip2 buatan sendiriyang dia sendiri tidak tahu dari mana asalnya…

“kalau dah susah sgt nk sembahyang,sembahyang je balik kelas nnt…qada’ laa sume waktu yang tertinggal tu…” petah seorang teman kelasnya berkata…

Tidak…itu bukan caranya…itu bukan jalan penyelesaiannya…

Biarlah dia bersusah asalkan tiang agamanya masih tetap utuh berdiri…..

Bukankah Allah telah awal memberitahu..



“sesungguhnya orang2 yang berdosa telah mentertawakan orang2 yang beriman...
Apabila mereka bertemu dengan orang2 mukmin,mereka memberi isyarat dengan mata sesamanya untuk mengejek…dan apabila mereka kembali kepada keluarganya,mereka kembali dengan suka cita (membuat lucu)…apabila mereka melihat orang2 mukmin,mereka berkata,’sesungguhnya mereka orang2 yang sesat’….padahal bukanlah mereka diutus untuk menjaga orang2 mukmin…maka pada hari ini (qiamat),orang2 mukmin akan mentertawakan orang2 kafir itu….di atas dipan yang indah mereka melihat (orang2 kafir itu)….adakah orang2 kafir itu mendapat balasan atas apa yang telah mereka perbuat (tentunya mereka mendapat balasan)…”

Bait2 akhir surah Muthaffifin itu menenangkan kembali hatinya….

“na astanovke pazhalsta” suara kak long mematikan ingatannya…

Dia berjalan pulang dengan hati yang penuh syukur…
"terima kasih Allah kerana memberi peluang untuk aku melalui kehidupan di sini"...

~~suatu kisah benar…bukan ciptaan…bersyukurlah pada mereka yang belajar di negara Islam…imarahkanlah rumah Allah itu….sedang pada mereka yang senasib dengan damai…jgn putus asa dgn ujian ini…Allah pasti akan membantu…~~

Daripada Mukkil bin Yasar r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Beribadat dalam keadaan kekacauan (huruhara/malapetaka) sama kelebihannya dengan berhijrah kepadaku”



the memory stays.....

When I was just a little girl
I asked my mother, what will I be
Will I be pretty, will I be rich
Here's what she said to me.

Que Sera, Sera,
Whatever will be, will be
The future's not ours, to see
Que Sera, Sera
What will be, will be.

When I was young, I fell in love
I asked my sweetheart what lies ahead
Will we have rainbows, day after day
Here's what my sweetheart said.

Que Sera, Sera,
Whatever will be, will be
The future's not ours, to see
Que Sera, Sera
What will be, will be.

Now I have children of my own
They ask their mother, "what will I be"
"Will I be handsome, will I be rich"
I tell them tenderly.

Que Sera, Sera,
Whatever will be, will be
The future's not ours, to see
Que Sera, Sera
What will be, will be.

A cute song I used to sing during my primary school…

Tiba2 damai merindukan zaman itu…
Zaman kanak2 yang bebas dari masalah…
Suci daripada dosa…
Disayangi dan dibelai…
Ditatang dan dimanja…

Kini sudah 1 dekad telah berlalu dari waktu indah itu…
Teman2 dulu kini sudah pun berumahtangga….
Hati dan diri ini kian kotor dicemari dosa…
Sekarang bukan lagi masa untuk meminta disayangi…tetapi masa untuk belajar menyayangi..
Bukan lagi masa untuk mengharap belai kasih…tetapi masa untuk menghulur kasih…
Menyemai kasih…membaja sayang…
Pada yang selayaknya….

“Que Sera, Sera,
Whatever will be, will be
The future's not ours, to see
Que Sera, Sera
What will be, will be”

As the melody continues…
As the lyric whispers…
I hope I wish I pray….
For tomorrow will be better…
For tomorrow will be brighter….
Than today….

Masa untuk melelapkan mata…
Masa untuk merehatkan minda…
Masa untuk seketika bebas dari dosa….
Selamat malam semua ^_^

Wednesday, November 26, 2008

optimis sentiasa....

Abu Darda’ radhiyallahu anhu berkata

“3 perkara yang sangat dibenci oleh manusia tetapi aku sangat suka adalah kefaqiran,kesakitan dan kematian..kerana kefaqiran itu memberi ketenangan pada hati,kesakitan itu dapat menghapuskan dosa dan kematian itu dapat memberi peluang untukku bertemu dengan Allah”

Abu Darda’….satu nama yang tersohor di bibir mereka yang mengkaji sejarah Islam…malulah pada mereka yang mengaku kasihkan Rasulullah saw andai tidak mengenali siapakah dia Abu Darda’…

Sedikit sejarah tentang sahabat ulung Rasulullah saw ini…

Merupakan seorang yang berbangsa yahudi…terkenal sebagai seorang peniaga yang jujur lagi murah hati…beliau sering menjual barangan dengan harga yang rendah menyebabkan penduduk Makkah begitu senang untuk berurus niaga dengan beliau…

Hidayah Allah menyusuri masuk ke dalam hatinya….di hadapan Rasulullah saw sendiri beliau melafazkan kesaksian bahawa tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan sesungguhnya Muhammad itu pesuruh Allah…

Mengamalkan kehidupan yang zuhud,beliau hanya menduduki sebuah pondok kecil dan mencari nafkah sekadar memenuhi tuntutan asas seorang manusia…beliau menolak lamaran seorang penguasa bernama Yazid Ibn Mu’awiyah yang ingin menyunting puterinya kerana beliau khuatir yang puterinya itu akan hidup di dalam kesenangan sehingga akan lupa untuk mengutamakan cinta dan redha Allah…

“engkau tidak akan dapat menjadi taqwa selagi tidak berilmu..sedang ilmu itu tidak akan sempurna tanpa amal”..merupakan kata2 yang menjadi pegangan beliau….

Menghembuskan nafasnya yang terakhir di Mesir dan dimakamkan di kota Iskandariah sedang Allah menjanjikan kedudukannya di kalangan orang2 yang soleh…

Berhenti bercerita tentang Abu Darda’…kerana apa yang damai nak story secara amnya adalah sesuatu yang berkaitan dengan kata2 beliau di awal artikel tadi…^^

Satu kesimpulan yang boleh dibuat tentang kata2 itu adalah betapa optimisnya pemikiran insan yang dikasihi sekalian penduduk langit dan bumi ini…di kala setiap jiwa membenci kepada kefaqiran,kesakitan dan kematian…beliau tampil dengan keyakinan bahawa setiap perkara itu sebenarnya membawa seribu kebaikan…

Sedang kita pada hari ini lebih suka dan lebih dahulu untuk memilih mudah dari payah…padahal jalan yang lebih payah itu sebenarnya membuatkan kita lebih dekat padaNya…

Persoalan mudah untuk membuktikan kenyataan di atas…di antara waktu senang dan susah,PASTI di kala susahlah baru kita terduduk merintih, meraung dan berjuraian airmata mengharapkan bantuan Allah…di waktu senang,tikar sejadah itu hanya sekadar dihampar untuk menunaikan solat yang fardhu,itupun tidak lebih dari 10-15 minit….Ya Allah,ampunkanlah kami…
Seperkara lagi wahai sahabat….Abu Darda’ juga melatih kita agar menerima setiap musibah yang datang dengan hati yang penuh baik sangka pada Allah ~Tuhan Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya….

Memang berat menempuh dugaan yang tiba tetapi yakinlah bahawa setiap butir kesabaran yang lahir dari hati yang redha,tiada ganjaran yang akan datang melainkan semua yang baik2 belaka…tidak di dunia,di akhirat nanti…janji Allah itu BENAR….

Itu aje buat kali ini…semoga kita semua tergolong dalam golongan orang2 yang hatinya bersih dari segala sifat mazmumah dan tepu dengan sifat2 mahmudah…ameen…^^


Saturday, November 22, 2008

"practicing the theory"...thanks balqis (^_~)

sekadar suke2 melayan adik kesayanganku balqis ehhehehe

The rules are:

1. Take a screenshot of your desktop without moving/closing any of the windows
2. Tag 5 people!

so,sahabat2 yg dikasihi Allah..ini adalah desktop display damai...




damai sekarang dlm mood utk 'ayat2 cinta'...tapi tiada kaitan ye dgn sesape...samada yg masih hidup ataupun yg telah meninggal dunia...

dah lame jugaklah rasenya damai xtukar display ni..before ni letak gambar budak nakal -akish- my cousin...^^

hmm nk tag sape ni???...

1) dhiya

2) 'bluetulip'

3) delima

4) fairuz diyana

5) ustaz afifi

tazkirah utk kali ini :


Drpd Abdullah bin Mas’ud r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: " Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya ada seberat biji sawi dari kesombongan dan tidak akan masuk neraka orang yang di dlm hatinya ada seberat biji sawi dr iman"

p/s : bal,akak berjaya melakukan seperti yg diajar..hehe

Saturday, November 15, 2008

tewas meskipun berperisai.....




“kenapa kita masih diganggu syaitan dan jin meskipun dah bace 2 surah ni?” naqibah damai mengemukakan soalan…

Damai dan sahabat2 yg lain terdiam….berfikir….

“ hmm kerana…kurangnya keyakinan kita pada pertolongan Allah itu…apabila keyakinan kurang,maka syaitan pn mudah utk menembusi benteng pertahanan kita…”

Lebih kurang mcm tu laa jwpn kpd persoalan yg diberikan tadi…

Berbincang tentang tafsiran 2 surah lazim yg plg awal menjadi hafalan kita sewaktu kecil iaitu Surah An-Nas dan Surah Al-Falaq berakhir di situ…

Syaitan la’natullah sejak penciptaan Nabi Adam ‘alaihissalam lagi telah berjanji akan menyesatkan keturunan Bani Adam sehinggalah tibanya hari Qiamat nnt…ia berjanji akan menggoda manusia agar terus dlm kelalaian dan melupakan janji2 yg dipatrikan semasa di dlm alam roh dulu….

Namun,Allah tdk prnh sesekali membiarkn hamba2Nya berlawan memerangi anasir2 jahat ini tanpa sebarang senjata dan perisai…segala2nya Allah ciptakan lengkap buat kita gunakan utk melindungi diri dari mengikut jejak langkah penderhaka2 ini…

Secara khususnya,Allah telah menurunkan surah An-Nas dan surah Al-Falaq ini sbagai perlindungan buat kita…

TAFSIRAN SURAH AN-NAS

1. Katakanlah: “Aku berlindung kepada Tuhan (yang memelihara dan menguasai) manusia.
2. Raja manusia.
3. Sembahan manusia.
4. Dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi,
5. yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia,
6. dari (golongan) jin dan manusia.


TAFSIRAN SURAH AL-FALAQ
Katakanlah (wahai Muhammad):

1.Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk.
2.Dari bencana makhluk-makhluk yang Dia ciptakan.
3.Dari bahaya gelap apabila ia masuk.
4.Dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan).
5.Serta dari kejahatan orang yang dengki apabila dia melakukan dengkinya.


Damai tahu...semua org pn tahu bace surah ni...bahkan,2 surah ni adalah antara surah feveret kita dlm solat krn ianya pendek dan simple...tp berbalik pada persoalan,kenape walau dh bace surah ni,dh hafaz,masih ade lagi kejadian sihir,pukau,histeria terjadi???...

Apakah xcukup kuat perisai ini buat kita?mustahil...krn masakan Allah tdk melengkapkan kita dgn kelengkapan yg secukupnya...Maha Suci Allah...Allah itu Maha Sempurna dari segala kekurangan...

Semuanya terletak pada diri kita...

Apabila lidah kita melafazkn ayat2 Allah ini,adakah kita btl2 yakin akan fungsinya sbgi pelindung?

Apabila kita fasih menyebut tiap patah perkataan ini,adakah kita benar2 fhm dan menghayati maksudnya?

Andainya,kita hny lancar di lidah,ttapi hati ini masih lagi ‘blur’ akan mksdnya,dan masih lagi berasa takut pada makhluk2 yg dila’nat ini,tentuny perbuatan kita itu akan tggl sia2...

Oleh itu,adalah sebaikny utk kita memahami sepenuhny maksud ayat2 dlm kedua2 surah ini...supaya kita tdk lagi tewas di tgn makhluk2 sprti syaitan,jin,sihir,hasad dengki dan mcm2 lagi...

Yakinlah dgn Allah....

Rasulullah saw bersabda..

“syaitan itu duduk mencangkung di atas hati manusia...apabila manusia menyebut nama Allah,ia lari...apabila manusia lalai,ia akan membisikkan kejahatan dalam hati manusia”

Monday, November 10, 2008

odessian dearie....


nothing much to say...

juz...


SORRY !!

DIDN'T MEAN TO HURT ALL OF YOU...

apa yg penting....


Teori 1

“ kat sini sy nk beritahu…apabila seorg doctor berkahwin juga dgn seorg doctor..itu adalah rahmat dari Allah sebenarnya…krn insyaAllah pasangan kita itu nnt akan fhm kebizian seorg doctor krn dia juga seorg doctor…”

Teori 2

“ uncle nk nasihat kat u all…jgn kahwin dgn doctor…haru biru nnt…anak xterjaga…on call..etc etc etc….”

Teori 3

“ sy bersyukur krn berkahwin dgn seorg doctor..sy bangga krn dpt memasak utk isteri sy………”

3 teori dtg dr 3 insan…

Teori 1 dtg dari seorg sahabat yg memberi ceramah ttg cinta kire2 2thn dulu…
Teori 2 dtg dari seorg doctor yg dtg ke universiti damai memberi sedikit nasihat kpd kami..
Teori 3 dtg dari seorg ustaz yg dikenali…ustaz hazrizal…saifulislam.com..

Perkahwinan adalah suatu rahmat Allah utk hambaNya....sebanyak mana pn ni’mat yg Allah bg pada Adam ‘alaihissalam,kesunyian masih juga terasa…Hawa…diciptakan Allah khas utk Adam…utk menyayangi dan disayangi…

Tetapi apalah erti perkahwinan,andai ianya tiada menjanjikan kebahagiaan….apakah kunci bg kebahagiaan yg dicari itu?...

Straight to the point,saje damai bawa teori2 kat atas tu…sbb mmg byk konflik berlaku berkenaan hal berkahwin dgn doctor ni…mgkn utk profesion lain,wujud jugak konflik tp since damai dlm jurusan medic,maka biarlah damai pilih profesion ni utk tajuk kali ni…

Ramai yg takut utk beristerikan doctor…ramai yg berpendapat hny doctor yg boleh beristerikan seorg doctor…(kesian kami hehe…) alasannya,doctor bz…on call…xdpt nk masak selalu utk suami,jaga suami…etc etc etc…

benar…tu semua mmg benar2 belaka…mmg doctor ni adalah satu pekerjaan yg bz…yg mmg btl2 memenatkan…tp tu semua bukanlah alasan mengapa kami tidak boleh menjadi seorg isteri yg solehah,yg membahagiakan suami dan anak2…

apa yg penting dalam sesebuah rumahtangga bukanlah terletak pada pekerjaan kedua pasangan tersebut…apa yg penting adalah sesuatu perkara yg dinamakan IMAN…

dgn iman,tidak ada suara2 “ni awak punye keje,ni saye punye keje”….sebaliknya “mari kita sama2 selesaikan keje ni”..

dgn iman, tidak akan timbul kate2 “ awk ni bz sgtlaa…langsung xkisah pasal sy dan anak2” sebaliknya “ kesian awak,sgt pnt bekerja,bwk2lah berehat”

hargailah pasangan kita walau siapapun dia…jgn jadikan perkara2 seperti profesion ni factor utama permasalahan…sebaliknya jadikanlah ianya sebagai satu advantage utk kita meningkatkan lagi fungsi kita sebagai seorg manusia….

Sabda Rasulullah saw :

“sebaik2 wanita (isteri) ialah yg apabila engkau memandangnya menyenangkan hati, jika diperintah ditaati dan jika ditinggalkan di rumah,dia menjaga maruah dirinya dan menjaga hartamu” <>

~~ tepuk dada Tanya iman…~~ (^_~)

Thursday, November 6, 2008

a muvi we must watch...


Dgn nama Allah….Tuhan yg menciptakan seluruh alam…Tuhan yg wajib disembah…Yg dgn rahmat dan kasih sygNya,kita masih mampu bernafas di atas muka bumi ini..

Selawat dan salam juga buat Nabi Muhammad saw…Rasul Allah…Kekasih Allah…Penghulu kita…penyelamat dan pemberi syafaat di hari akhirat…serta salam buat ahli keluarga baginda,para sahabat dan para tabi’in….

masa tulis post kali ni,damai baru je abis tgk muvi “THE KITE RUNNER”…satu citer yg mmg xkan merugikan kita menontonnye…trust me ^^

~Hassan dan Amir~... 2 watak utama dalam filem ni….menceritakan ttg sebuah persahabatan yg unik,yg tidak mungkin kita dpt pada hari ini…Allahu a’lam..

Melihat keikhlasan Hassan…kesediaan Hassan utk sentiasa memberi…kerelaan Hassan utk melakukan apa shj utk Amir membuatkan menitis jugak airmata damai ketika menonton citer ni…(nk belajar erti ikhlas,hayatilah watak Hassan)…..Meskipun kebaikan Hassan tidak dibalasi dgn kebaikan…namun dia tidak putus2 menghulurkan khidmatnya sebagai seorg sahabat…sebagai seorg anak…sebagai seorg pekerja….

Sepanjang 2 jam menonton citer ni,satu je ayat Allah yg bermain dlm fikiran damai iaitu ayat dlm Surah Ar-Rahman yg bermaksud…

”kebaikan akan dibalasi dgn kebaikan”…

Kita harus sentiasa ingat bahawa stp kebaikan itu pasti ada balasannya…(bknlah maksud damai,kita kene buat kebaikan utk dptkan balasan hehe)…cume kite wajib yakin dgn janji Allah yg stp kebaikan yg kita lakukan tidak akan sia2….Seperti janji Allah dlm surah Al-Zalzalah juga…

”maka barangsiapa yg mengerjakan kebaikan meskipun sebesar zarah,pasti dia akan melihat balasannya…dan barangsiapa yg mengerjakan kejahatan meskipun sebesar zarah,pasti dia akan melihat balasannya”

Dlm filem ni,damai melihat kebaikan Hassan bukanlah suatu kebaikan yg sia2…malah kebaikannya itu telah menjadi asbab terselamatnya Sohrab dari cengkaman Assef…(watak jahat dlm citer tu…)….

Ooppss…damai dah citer lebih pulak ni…xsyoklaa kan klu nk damai yg citer…kene tgk citer ni…insyaAllah byk teladan dan pengajaran kita akan dpt…dan insyaAllah juga,pengajaran itu dpt kita apply dlm kehidupan kita…kita mungkin tidak dpt menjadi semulia Hassan dlm bersahabat…tetapi dlm masa yg sama,kita haruslah berusahan mengelakkan diri kita dari mengikut sikap Amir…^^

Byk lagi element2 pntg dlm citer ni selain persahabatan antara Hassan dan Amir td…antaranya,mengajar kita pntgnya cara utk kita mendidik anak2….pntgnya utk kita mempertahankan maruah dan hak sesama saudara meskipun tukarannya adalah nyawa…pntgnya utk kita menjaga amanah yg diberikan…dan yg plg pntg,adalah utk kita memahami dgn lebih dalam apakah yg sebenarnya diajar dlm Islam…apakah sebenarnya yg dimksdkn dgn hidup dalam sejahtera itu…Islam itu indah…Islam itu mudah….(tetapi jgn ambil mudah ye…^^)…

Seangkatan dgn citer “CHILDREN OF HEAVEN”…sahabat2 semua pasti xnyesal tgk citer ni…selamat menonton…(^_~)

K laa…smpi sini dulu..till fingers meet keyboard again ^^…

~tazkirah buat kali ini…”tidak beriman di antara kamu selagi kamu tidak menyayangi saudaramu sepertimana kamu menyayangi diri kamu sendiri”… ~

Tuesday, November 4, 2008

walnut vs brain..







juz a short post...

skg sahabat2 damai tgh mood nk makan walnut...dah thn akhir ni baru kitrg sedar akan kewujudan dan kesedapan kacang ni...slalu mkn hazelnut,almond nut,dan kcg2 lain...

btw..susah gak nk mkn kcg ni..nasib kurang baik,kene bukak kulit dia gune tukul besi..smpi ada tgn sahabat damai yg luka terkene tukul besi tu...shian2 ^^ "klu x dipecahkan ruyung,mana kan dapat sagunya" hehe...(tp blh je beli yg dah siap di kupas kulitnya ^^)...

~~ tazkirah buat kali ni : perhatikan bentuk walnut tu..sebijik mcm brain kan...Subhanallah...~~

bkn sahaja sama dari segi bentukny...bahkan mcm yg damai td,nk pecahkan walnut ni mmg payah...samelah mcm struktur kepala kita ni...tempurung kepala ni keras jugak...Allah ciptakan ianya cukup keras utk melindungi otak kita dari sebarang gegaran dan hentakan...Masya Allah...

~ klu kita perhatikan alam sekeliling,kita akan rasa lebih mengagungkanNya...Allahu Akbar~

Sunday, November 2, 2008

memperbaiki akhlak....


Menunggu masa ke jemputan open house kak faz dan raz…sementara ade mase sikit ni,nk laa damai mencoret sikit kat sejadahijau ni…(byk pulak masa damai ade lately..boleh tulis blog stp hari…alhamdulillah..)

“damai ni..xtaula cmane…dia dgn dunia dia sndri je..”

Terdgr jiran damai berbual dgn ibunda damai…damai senyum je bile dgr komen tersebut ^^...

Mmg trademark damai kot…ada satu saat damai lebih suka ukt berada di alam sendiri…jauh dari insan2 sekeliling..(bkn antisocial ye..)..damai lebih suke memerhati keadaan sekeliling…memerhati dan menganalisis sikap dan karenah manusia…

Setelah beberapa memerhati…damai dpt melihat betapa di zaman ini,ramai generasi yg bijak pndi lahir…tetapi hakikatny dlm kehidupan seharian,sifat kasih syg itu semakin hilang…adakah dgn meningkatny ilmu,semakin bijaknya manusia,automatic rasa syg itu akan berkurangan..

Kisah benar 1 :

sekumpulan pelajar beratur nk naik bas…dlm mase yg same,sekumpulan warga emas juga sedang beratur utk menaiki bas yg sama…makcik2 itu nmpkny baru je keluar dari satu church yg berdekatan dgn tmpt tggu bas…kelihatan ade beberapa pelajar yg berebut dgn makcik2 (nenek2) utk naik bas tu…pelik damai menengoknye…sudah jelas,nyata dan terang…beza jarak usia antara 2 golongan tu…adakah krn mereka beragama kristian,kita tdk perlu utk menghormati mereka…

~~ingatan~~ islam tidak mengajar sedemikian..mulianya akhlak Rasulullah saw bkn shj apabila berhadapan dgn sahabat..malah dgn musuh juga…

Kisah benar 2 :

Seorg tua naik bas yg sama dgn damai…driver bas tu pn tny nenek tu,mane pas..nenek tu pn ckplah dia xde…(xsure apa dia ckp..sbb damai bknny fhm 100% bhs rusia ni..tp yg pasti,org tua tu xde pas utk naik bas tu)…dgn nada yg mmg agar tidak sopan,driver tu pn menghalau org tua tu turun dari bas…

~~ingatan~~ bersikaplah dgn sikap lemah lembut…tdk ade ruginya utk biarkan org tua tu naik bas tu wlupn tnpa bayaran…dan andaikata mmg xnk bg naik pn,berbicaralah dgn kata2 yg sopan…krn kita xtau,nasib kita pada masa akan dtg…Ya Allah,ampunkan dan peliharalah kami…

Kisah benar 3 :

“thn ni kami dah xbg beras dan bhn mknn lagi..krn thn lps,ada makcik2 yg bwk beras,baru nk kuar dr perkarangan masjid,beras dah tertumpah”
Kata2 ustaz azhan..ketika damai meneman nenek damai ke masjid utk menerima zakat…

~~ingatan~~ ke mane prginy anak2 makcik2 tu??...Rasulullah saw dah pesan…”rugilah bg mereka yg mempunyai ibubapa yg sudah tua,tetapi tidak mengambil kesempatan itu utk berbakti kpd mereka”….nauzubillah…
Sahabat2…berakhlaklah dgn akhlak islamiyyah…damai juga dlm proses utk membtlkan diri…mane yg termampu kita lakukan..setakat beratur di barisan belakang,memberi tmpt duduk pada org yg lebih tua,membntu insan2 tua yg mengangkat brg2 berat…bknlah suatu perkara yg susah…

Puasa sunnat,solat di wktu mlm..semua tu kita mampu lakukan…kita mampu istiqamah dlm melakukan amalan2 tersebut..tp kenapa dari segi akhlakny,kita malas..kite tdk mahu dan kita tidah usahakan…dgn akhlak juga,kita mampu utk menyebarkan da’wah…percayelah..

~~berusaha utk memelihara dan memperbaiki akhlak…~~