Tuesday, January 6, 2009

yaumul 'asyura....dtg lagi ^^


Tanggal 10 Muharram atau lebih dikenali dengan nama Hari Asyura (berasal dari perkataan ‘asyara yang bermaksud sepuluh ) akan menjengah kita lagi,,,insyaAllah jika kita dipanjangkan umur untuk bertemu dengannya…seperti yang kita semua maklum,hari tersebut merupakan hari yang istimewa buat kita…istimewa bukan kerana ianya adalah hari raya,hari untuk bergembira..tetapi ianya hari yang penuh dengan kisah2 dan peristiwa bersejarah bagi kita yang mengaku bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad saw itu pesuruh Allah…

Antaranya peristiwa2 penting itu adalah ;

• Hari pertama Allah menciptakan alam.

• Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
• Hari pertama Allah menurunkan hujan.
• Allah menjadikan 'Arasy.
• Allah menjadikan Luh Mahfuz.
• Allah menjadikan alam.
• Allah menjadikan Malaikat Jibril.
• Nabi Adam a.s. dicipta.
• Diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana melanggar larangan Allah.
• Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit.
• Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.
• Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pedalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud.
• Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan Allah dari api Raja Namrud.
• Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya selama tujuh tahun.
• Nabi Yaakub a.s. telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari tersebut.
• Nabi Ayub a.s. disembuhkan dari penyakitnya.
• Nabi Musa a.s. telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah.
• Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s..
• Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
• Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah.
• Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
• Nabi Isa a.s. diangkat ke syurga ketika diburu oleh tentera Rom untuk menyalib baginda.
• Saidina Hussein ibni Ali telah syahid akibat dibunuh dengan kejam di Karbala oleh tentera khalifah Bani Umaiyyah iaitu Khalifah Yazid.
~~ Allahu a’lam ~~

Besar erti hari ini bagi mereka yang berfikir dan percaya pada benar kisah ummat2 yang terdahulu...

Maka,kerana itulah, Rasulullah saw menekankan pentingnya untuk kita berpuasa pada hari ‘asyura ini...hatta,berpuasa pada hari mulia ini adalah fardhu sebelum diwajibkan sebulan berpuasa pada bulan Ramadan...Allahu a’lam...

Berkata Aisyah ; “Orang Quraisy pada zaman Jahiliyyah berpuasa pada Hari Asyura‘. Rasulullah juga berpuasa pada hari tersebut. Apabila baginda berhijrah ke Madinah, Baginda berpuasa pada hari itu dan menyuruh orang ramai berpuasa pada hari itu. Apabila difardhukan puasa Ramadhan, Baginda bersabda [Sesiapa yang mahu dia boleh berpuasa dan sesiapa yang tidak mahu dia boleh meninggalkannya]”.

Daripada Abi Hurairah r.a. katanya, telah bersabda Rasullullah s.a.w. yang maksudnya: "Seafdal-afdal puasa selepas Ramadhan ialah puasa pada bulan Allah iaitu bulan Muharram dan seafdal-afdal solat selepas solat fardhu ialah solat malam." (Riwayat Muslim)

Daripada Ibu 'Abbas r.a. katanya, telah bersabda Rasullullah s.a.w. maksudnya: "Sesiapa berpuasa pada hari 'Arafah nescaya terhapus dosanya dua tahun dan sesiapa berpuasa satu hari daripada bulan Muharram maka untuknya setiap sehari (mendapat pahala) 30 hari." (Dikeluarkan oleh al-Tabrani)

Daripada Abi Qatadah r.a. bahawasanya Rasullullah s.a.w. telah ditanya mengenai puasa hari 'Asyura (yakni hari ke-10 bulan Muharram) maka sabda Baginda s.a.w. yang bermaksud: "Ia akan menghapuskan dosa setahun yang lalu." (Riwayat Muslim)

Namun, pada hari ke-10 ini juga bukan sahaja ummat Muhammad saw yang akan berpuasa, golongan yang dimurkai Allah,Yahudi dan golongan yang menyesatkan,Nasrani turut akan berpuasa....oleh itu,sebagai membezakan kita dengan mereka, hendaklah kita ‘kawankan’ puasa hari asyura itu, sama ada,sehari sebelum ( 9 Muharram – hari tasu’a ) atau sehari selepasnya ( 11 Muharram )....

Daripada Ibnu Abbas r.a. katanya, “

Apabila Rasulullah berpuasa pada hari Asyura‘ dan memerintahkan umatnya berpuasa sama, mereka berkata ‘Wahai Rasulullah, sesungguhnya ini adalah hari yang dimuliakan oleh orang yahudi dan Nasrani.’ MakaBagindabersabda ; “Sekiranya datang tahun depan, insyaAllah, kita akan berpuasa pada hari yang kesembilan” . Ibnu Abbas berkata, ‘Akan tetapi Rasulullah s.a.w. telah wafat sebelum ketibaan tahun itu’.

Akhir kata, jom kita puasa.... ^^

No comments: