Thursday, January 1, 2009

aduhai diri...


Seorang sahabat bernama Sa'ad bin Rabi' RA ketika hendak menghembuskan nafas yang terakhir di dalam Perang Uhud sempat berpesan kepada Zaid bin Thabit RA.." Sampaikanlah salamku kepada Rasulullah..katakanlah bahawa aku telah menghidu bau syurga...katakan kepada kaumku,golongan Ansar,bahawa tidak ada apa2 alasan untuk kamu sekiranya Rasulullah diapa2kan sedangkan di kalangan kamu masih ada orang yang hidup..."


Seorang wanita Ansar,telah diberitahu bahawa bapanya,saudara lelakinya dan suaminya telah syahid di dalam Perang Uhud. Namun,perkara pertama yang ditanya beliau.." Bagaimana dengan Rasulullah?"...setelah diberitahu bahawa Rasulullah saw selamat...beliau berkata lagi.. "tunjukkan aku di mana Rasulullah agar dapat aku lihat"...setelah melihat Rasulullah saw,beliau lantas berkata... "jika engkau (wahai Muhammad) selamat,maka segala musibah yang lain adalah enteng"..


Seorang sahabat bernama Mus'ab bin 'Umair RA telah diugut oleh ibunya agar dia meninggalkan Islam...ibunya bersumpah tidak mahu makan selagi Mus'ab tidak murtad...Mus'ab lantas pergi bertemu ibunya dan berkata..."Demi Allah,wahai ibuku,kalau ibu mempunyai seratus nyawa sekalipun dan nyawa itu keluar satu demi satu,namun aku sama sekali tidak kan meninggalkan agama Muhammad saw ini.."


Hebat dan tebal cinta mereka buat Rasulullah saw dan agama Allah swt ini...


kita bagaimana?.....sudahlah memuji baginda jarang2 sekali,ada pula yang berani menghina dan mempersenda Nabi Muhammad saw,kekasih Allah swt itu...


Adakah ni'mat Islam dan Iman itu selayaknya dihargai hanya apabila kita perlu berperang untuk mendapatkannya???


Ya Allah, bukakanlah pintu hati ini dan pintu hati mereka untuk menerima hidayahMu...ameen..


~~ entri yang pendek kali ini.....agar sedikit sahaja masa digunakan untuk membaca, masa selebihnya gunakanlah untuk berfikir...sehingga detik ini,apa yang telah kita lakukan untuk agama Allah ini.....~~

No comments: