Sunday, January 11, 2009

tiada bicara buatmu Palestin....

Tiada bicara buatmu Palestin....namun,percayalah bisunya aku di medan sejadahijau ini bukan kerana lalainya aku pada kepedihan yang ditanggung olehmu...tetapi,aku memilih untuk merenung melalui kaca mata ini akan penderitaan yang cuba kau sampaikan...maafkan aku Palestin kerana terlalu lemah untuk bersama2 denganmu menamatkan riwayat makhluk yang dila'nat Allah itu...


“ Dan janganlah kamu menyangka bahawa orang2 yang telah terbunuh di jalan Allah itu mati, bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya serta diberi rezeki.”



“ Mereka bersuka ria dengan kurnia yang dilimpahkan kepada mereka, lagi mendapat khabar gembira tentang orang2 yang belum menyusul mereka dari belakangnya ( belum mati ), bahawa tiada ketakutan atas mereka dan tidak mereka berdukacita.”



“ Mereka bersuka ria dengan ni’mat Allah dan kurniaNya dan sesungguhnya Allah tidak mensia2kan pahala orang2 yang beriman.”



“ Orang2 yang menyahut seruan Allah dan Rasul, sesudah mereka mendapat luka2, untuk orang2 yang berbuat baik di antara mereka itu, juga orang yang bertaqwa, pahala yang besar, mendapat rezeki dan kepuasan rohani.”



“ ( Iaitu ) orang2 ( yang mentaati Allah dan Rasul ), yang kepada mereka ada orang2 yang mengatakan ; ‘ Sesungguhnya manusia telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, kerana itu takutlah kepada mereka’ ,maka perkataan itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab ; ‘ Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik2 Pelindung.”


“ Maka mereka kembali dengan ni’mat dan kurnia (yang besar) dari Allah, mereka tidak mendapat bencana apa2, mereka mengikuti keredhaan Allah, dan Allah mempunyai keredhaan yang besar.”



“ Sesungguhnya mereka itu tidak lain hanyalah syaitan yang menakut-nakuti (kamu) dengan kawan2nya (orang2 Musyrik Quraisy) , kerana itu janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kepada-Ku, jika kamu benar2 orang2 yang beriman.”



“ Janganlah kamu disedihkan oleh orang2 yang segera menjadi kafir, sesungguhnya mereka tidak sekali2 dapat memberi mudharat kepada Allah sedikitpun, Allah berkehendak tidak akan memberi sesuatu bahagian (dari pahala) kepada mereka di hari Akhirat, dan bagi mereka azab yang pedih.”



“ Sesungguhnya orang2 yang menukar iman dengan kekafiran, sekali2 mereka tidak dapat memberi mudharat kepada Allah sedikitpun, dan bagi mereka azab yang pedih.”




“ Dan janganlah sekali2 orang2 kafir menyangka bahawa pemberian tangguh Kami kepada mereka adalah lebih baik bagi mereka, sesungguhnya Kami memberi tangguh kepada mereka hanyalah supaya bertambah2 dosa mereka, dan bagi mereka azab yang menghinakan.”




“ Allah sekali2 tidak akan membiarkan orang2 yang beriman dalam keadaan kamu sekarang ini, sehingga Dia menyisihkan yang buruk (munafiq) dengan yang baik (Mukmin), dan Allah sekali2 tidak akan memperlihatkan kepada kamu hal2 yang ghaib, akan tetapi Allah memilih siapa yang dikehendaki-Nya di antara Rasul2-Nya, kerana itu berimanlah kepada Allah dan Rasul2-Nya, dan jika kamu beriman dan bertaqwa, maka bagimu pahala yang besar.”



“ Sekali2 janganlah orang2 yang bakhil dengan harta yang Allah berikan kepada mereka dari kurnia-Nya menyangka bahawa kebakhilan itu baik bagi mereka, sebenarnya kebakhilan itu adalah buruk bagi mereka, harta yang mereka bakhilkan itu akan dikalungkan kelak di lehernya pada hari kiamat, dan kepunyaan Allahlah segala warisan (yang ada) di langit dan di bumi, dan Allah Mengetahui apa yang kamu kerjakan.”



“ Sesungguhnya Allah telah mendengar perkataan orang2 yang mengatakan ; ‘ Sesungguhnya Allah miskin dan kami kaya’, Kami akan mencatat perkataan mereka itu dan perbuatan mereka membunuh Nabi2 tanpa alasan yang benar, dan Kami akan mengatakan (kepada mereka) ; ‘ Rasakanlah olehmu azab yang membakar’ “



“ ( Azab) yang demikian itu adalah disebabkan perbuatan tangan kamu sendiri. Dan bahawasanya Allah sekali2 tidak menganiaya hamba2-Nya.”



“ ( Iaitu ) orang2 (yahudi) yang mengatakan ; ‘ Sesungguhnya Allah telah memerintahkan kepada kami supaya kami jangan beriman kepada seorang Rasul, sebelum dia mendatangkan kepada kami korban yang dimakan api’, katakanlah ; ‘ Sesungguhnya telah datang kepada kamu beberapa orang Rasul sebelumku, membawa keterangan2 yang nyata dan membawa apa yang kamu sebutkan, maka mengapa kamu membunuh mereka jika kamu adalah orang2 yang benar.”



“ Jika mereka mendustakan kamu, maka sesungguhnya Rasul2 sebelum kamu pun telah didustakan (pula), mereka membawa mu’jizat2 yang nyata, Zabur dan kitab yang memberi penjelasan dengan sempurna.”



“ Tiap2 yang bernyawa akan merasakan mati, dan sesungguhnya pada hari kiamat sahajalah disempurnakan pahalamu, sesiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah berjaya, kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.”



“ Kamu sungguh2 akan diuji terhadap hartamu dan dirimu, dan (juga) kamu sungguh2 akan mendengar dari orang2 yang diberi Kitab sebelum kamu dan dari orang2 yang mempersekutukan Allah, gangguan yang banyak yang menyakitkan hati, jika kamu bersabar dan bertaqwa, maka sesungguhnya yang demikian itu termasuk urusan yang patut diutamakan.”



“ Dan (ingatlah), ketika Allah mengambil janji dari orang2 yang telah diberi Kitab (iaitu) ; ‘Hendaklah kamu menerangkan isi Kitab itu kepada manusia, dan janganlah kamu menyembunyikannya’, lalu mereka melemparkan janji itu ke belakang punggung mereka dan mereka menukarkannya dengan harga yang sedikit, amatlah buruknya tukaran yang mereka terima.”



“ Janganlah sekali2 kamu menyangka, bahawa orang2 yang gembira dengan apa yang telah mereka kerjakan dan mereka suka supaya dipuji terhadap perbuatan yang belum mereka kerjakan, janganlah kamu menyangka bahawa mereka terlepas dari seksa, dan bagi mereka seksa yang pedih.”



“ Kepunyaan Allahlah kerajaan langit dan bumi, dan Allah Maha Perkasa atas segala sesuatu.”


“ Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda2 bagi orang2 yang ber’aqal.”



“ (Iaitu) orang2 yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi ( seraya berkata ) ; ‘Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia2, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari seksa neraka.”



“ Ya Tuhan kami, sesungguhnya siapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka, maka sungguh telah Engkau hinakan ia, dan tidak ada bagi orang2 zalim seorang penolong pun."




“ Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami mendengar ( seruan) yang menyeru kepada iman (iaitu) ; ‘Berimanlah kamu kepada Tuhanmu’, maka kami pun beriman, Ya Tuhan kami, ampunilah bagi kami dosa2 kami dan hapuskanlah dari kami kesalahan2 kami, dan wafatkanlah kami beserta orang2 yang banyak berbuat bakti.”




“ Ya Tuhan kami, berilah kami apa yang telah Engkau janjikan kepada kami dengan perantaraan Rasul2 Engkau, dan janganlah Engkau hinakan kami di hari kiamat, sesungguhnya Engkau tidak menyalahi janji.”


“ Maka Tuhan mereka memperkenankan permohonannya (dengan berfirman) ; ‘Sesungguhnya Aku tidak mensia2kan amal orang2 yang ber’amal di antara kamu, baik lelaki atau perempuan, (kerana) sebahagian kamu adalah turunan dari sebahagian yang lain, maka orang2 yang berhijrah, yang diusir dari kampung halamannya, yang disakiti pada jalan-Ku, yang berperang dan yang dibunuh, pastilah akan Kuhapuskan kesalahan2 mereka dan pastilah Aku masukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir sungai2 di bawahnya, sebagai pahala di sisi Allah, dan Allah pada sisi-Nya pahala yang baik.”



“ Janganlah sekali2 kamu terpedaya oleh kebebasan orang2 kafir bergerak di dalam negeri.”



“ Itu hanyalah kesenangan sementara, kemudian tempat tinggal mereka ialah Jahannam, dan Jahannam itu adalah tempat yang seburuk2nya.”



“ Akan tetapi orang2 yang bertaqwa kepada Tuhannya, bagi mereka syurga yang mengalir sungai2 di dalamnya, sedang mereka kekal di dalamnya sebagai tempat tinggal (anugerah) dari sisi Allah, dan apa yang di sisi Allah adalah lebih baik bagi orang2 yang berbakti.”



“ Dan sesungguhnya di antara ahli kitab ada orang yang beriman kepada Allah dan kepada apa yang diturunkan kepada kamu dan yang diturunkan kepada mereka sedang mereka berendah hati kepada Allah dan mereka tidak menukarkan ayat2 Allah dengan harga yang sedikit, mereka memperoleh pahala di sisi Tuhannya, sesungguhnya Allah amat cepat perhitungan-Nya.”



“ Hai orang2 yang beriman,bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu dan tetaplah bersiap sedia ( di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.



~~ ayat2 Allah dipetik dari surah Al-Imran...dari ayat 169 sehingga 200...bacalah ayat2 ini,fahamilah maksudnya dan hayatilah apa yang Allah ingin sampaikan kepada kita...~~


YA ALLAH
Sesungguhnya kami meletakkan-MU di batang-batang leher musuh-musuh kami
dan kami berlindung dengan-MU daripada kejahatan-kejahatan mereka

YA ALLAH...
LEBURKANLAH kumpulan-kumpulan mereka..
PECAH-BELAHKANLAH dan KACAU-BILAUKANKANLAH persatuan mereka...
GONCANGKAN pendirian mereka..
Dan HANTARKANLAH ANJING-ANJING-MU kepada mereka..

Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa..
Wahai Tuhan Yang Maha Menghukum...
Wahai Tuhan Yang Bersifat Murka...

YA ALLAH...
YA ALLAH...
YA ALLAH...

Wahai Tuhan yang menurunkan Al-Quran...
Wahai Tuhan yang menggerakkan awan...
Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab...

Kalahkan mereka...
Kalahkan mereka...
Kalahkan mereka...
Dan menangkan kami atas mereka.....
Ameen...









































































































8 comments:

Iliana said...

salam damai..dah sihat ke?

aduhai, hari-hari saya menitis air mata melihat peristiwa berdarah ini. tak sanggup rasanya melihat kepada kanak-kanak yang ketakutan itu. tapi, melihat kepada keberanian mereka, saya kagum!

bertahanlah wahai saudaraku,
sesungguhnya ini semua hanyalah sementara.
bangkitlah wahai saudaraku,
mari kita melangkah bersama.

Allahuakbar!

madziani said...

Salam,Damai

Terima kasih atas perkongsian yang indah ini.
Saya terpaku.Terasa mendapat kekuatan dan semangat baru.

Ya,doalah senjata umat Islam.
Allahuakbar!

Ibnu Saif said...

Kita boleH buat Ape?? Setakat Air mata yg jatuH.. xde guna kalo Teda perubahan dalam diri kita...

Susahnya diri nak berubah.. payahnya orang2 islam hari ni nak bersatu atas naungan islam..

orang2 arab masih lagi berdiam diri.. memang inilah yang dijangkakan...

israel akan terus mengganas..

umat islam gazza akan mati semuanya.. kalo xde yg nk bertindak..

Kita sedih kalo yg saudara islam kita kt gazza mati...

Tapi tu sebenrnya satu kurnia besar tuk umat islam Gazza... mempertahankan bumi suci.. dan mati sebagai wira... Syahid..

Kuatnyaaa ketukan Allah kt umat islam hari ni.... x taulaa kalo x sedar2 lagi...

umat islam ni bagaikan singa.. tapi singa yang sedang tertidur.. tertidur di malam hari.. dan sedang bermimpi dengan mimpi yang panjang...

xtau bila nak bangun.. InsyaAllah.. dah dekat dah masanya Singa tu nak bangun... InsyaALlah Matahari akan terbit..

Doakan ye semua.. agar kita pun termasuk dalam golongan singa2 yang akan sama2 mempertegakkan islam..

Ameen...

p/s.. maaf cik Damai.. amik ruang banyak sgt nih... Kih3... igtkan nak tulis kt blog.. tapi sume idea dh kuar kt cni dah.. HiHiHi.. Klah..

DAMAI said...

waalaikumussalam warahmatullah e-leeyana syg...damai belum pergi jumpa doktor...nak tengok dulu tanda2 awal sakit ini berterusan atau tidak...doakan ya agar damai sihat...^^

itulah bezanya kita dengan mereka e-leeyana...di saat umur kita baru setahun jagung,kita masih lagi tidak mengerti apa itu cinta sejati...sedangkan mereka,seawal usia itu sudah berani berdiri mempertahankan agama Allah meski hanya dengan seketul batu...

pesan seorang sahabat pada damai...Islam adalah agama yang berbeza dengan agama lain...selepas jatuhnya Islam,ia PASTI naik kembali...sedangkan agama lain sekali jatuh,jatuhlah ia selama2nya...Maha Suci Allah yang telah memuliakan kita dengan agama yang tinggi ini..

jangan padam semangatmu ya..
teruskan mengangkat tanganmu berdoa agar pertolongan-Nya segera tiba...^^

DAMAI said...

waalaikumussalam warahmatullah hana,

alhamdulillah,andai entri itu mampu sedikit sebanyak menggegarkan hati...

kuatkan diri hana untuk terus menghadapi hari2 yang mendatang...^^

DAMAI said...

buat ibnu saif @ ustaz afifi...

xpe2...teruskan bertinta...tidak kira di mana pun medannya,andai ia mampu memberi manfaat,silakan...

~~ alangkah indahnya,andai semua pun bersemangat seperti kamu ibnu saif...~~

teruskan semangat jihadmu...^^

p/s : studylah..nak xm kan hehe

Nur said...

ya, syukran Damai,

basah hati akak melihat gamba2 itu berselang-selikan dengan janji Allah swt...

insyaAllah, akan hancur dan laknat lah kaum yahudi itu...

tapi sedikit cemburu, kerana jalan syahid mereka itu amat mudah! owh Tuhanku, mudah kan lah jalan ku jua...

aminnn

DAMAI said...

akak sayang...

semoga hati kita terus basah mengingati Allah dan saudara2 kita di sana...

ya,mereka pasti akan hancur lumat...yakinlah dengan janji Allah...

nampak mudah di pandangan mata...tapi,mampukah kita melakukan yang sama???

sayang akak hehe