Wednesday, February 11, 2009

sunyi sudah...

Salam rindu…salam sayang…salam cinta buat semua yang sudi berkunjung ke sejadahijau…kira2nya sudah 15 hari damai tidak mengemaskini sejadahijau…bukanlah merajuk atau ada apa2 permasalahan berlaku,cuma kebelakangan ini jadual harian damai agak sibuk…tidak sempat2 untuk menjengah medan ini….terima kasih buat beberapa sahabat yang sudi bertanya sihat sakit damai….terharu kerana tidak sangka sedikit sebanyak damai terselit di sudut ingatan kamu semua meskipun kita berkenalan dan berbicara hanya dengan bait2 tulisan di ruang blog ini….terima kasih ya…^^

Sememangnya,ada perkara yang ingin damai kongsikan di sini…tetapi,seringkali ketidakcukupan masa membuat damai tertangguh2 menulisnya…namun,alhamdulillah kerana belum sempat damai mencoretkan isi2 yang terpendam di lubuk hati,ada yang telah terlebih dahulu menuturkannya….terima kasih buat ibnurashidi atas entri kamu tentang filem Indonesia ‘Kun Fayakun’…..damai baru sahaja berkira2 ingin menulis sesuatu tentang filem penuh manfaat itu,tetapi memandangkan kamu telah menulis tentangnya,jadi,damai tidaklah begitu menyesal tidak dapat berkongsi filem itu dengan pembaca2 yang lain….terima kasih ya ibnurashidi ^^


http://ibnurashidi.blogspot.com/2009/02/aplikasi-sebuah-kun-fayakun.html

Tentang hal ‘Perak’….cukuplah kiranya damai mengingatkan semua tentang hadith Rasulullah saw berkenaan sifat Al-Wahn…sesungguhnya,itu bukti kita sekarang berada di akhir zaman….cinta dunia dan takut mati….semoga Allah memberi keinsafan pada hati2 yang ingin insaf dan ingin kembali meraih cinta akhirat dan rindu pada maut….insyaAllah…

Tidak banyak yang ingin damai tulis kali ini…kerana sudah sampai masa bersiap2 ke kelas…jaga diri ya sahabat2 semua…semoga terus kekal dalam islam dan iman…insyaAllah ^^

12 comments:

Anonymous said...

Salam.Sunyi? hehe..blog ni memang tak berbunyi tapi isi lagi penting bukan?..serius tajuk yang sebelum ni tentang kesihatan tu saya tak tahu..syukran atas informasi itu~

Anonymous said...

lama sungguh menyepi
apapun, situasi dunia kini semakin meruncing..pening kalau difikir

Ya Allah, bantulah mereka yg teraniaya..

Liyana said...

kun fayakun..tak tngok lagi.. :-?

Iliana said...

akhirnya, damai kembali..rinduuu~

'kun fa ya kun' saya pun tak tengok lagi..tapi, baca sinopsis di ibnurashidi, sedih sekali..

Balqis said...

Kak, gaya cam dah tgk jer filem tu, asal saya tak tahu ni? (Protes tanda tak puas hati)

Kalau belum, jum kita cari sama2 nak... hehe...

Ibnurashidi said...

Salam buat kamu yang sunyi selama 15 hari..

Afwan, jazakallahhukhairan kasira..terima kasih juga kerana melinkkannya.

Kalau nak tengok yg sekerat2 boleh search kat youtube. Ceritanya sedih dan bagus untuk pengajaran.

DAMAI said...

salam kembali syahidah...

hehe betul2...blog ini berbunyi hanya pada lagu yang damai sertakan itu hihi

sama2 kasih syahidah....insyaAllah di masa2 akan datang,akan damai tulis lagi sedikit sebanyak hal2 berkaitan perubatan ^^

DAMAI said...

sangmentari...

alhamdulillah menyepi damai masih bernyawa....^^

ya,dunia semakin runcing...tetapi jangan sampai iman kita turut meruncing ^^

semoga diangkat ke langit doa kamu itu sangmentari...ameen ^^

DAMAI said...

puding caramel yang sedap...

silalah tengok ^^

kisahnya simple sahaja tetapi insyaAllah banyak faedahnya buat kita ^^

DAMAI said...

balqis sayang...

akak ada cerita tu...meh,datang bilik amik ^^

DAMAI said...

hehe

salam buat kamu ibnurashidi yang tidak pernah sunyi selama 15 hari...

lain kali bolehlah damai linkkan lagi hihi ambil kesempatan pulak ^^

DAMAI said...

salam e-leeyana sayang...

tidak rugi menontonnya....banyak mengajar tentang hakikat sebuah pernikahan...tidak semuanya indah namun keperitan itu jadi indah andai dikurniakan pasangan yang tidak jemu memberi kesetiaan dan sokongan...^^