Monday, January 26, 2009

muncul kembali dengan tag....

5 things I’ve learned so far in life

~~ sesungguhnya keluarga damai adalah kurniaan teristimewa daripada Allah buat damai ~~
~~ untuk mendapatkan cinta sejati,pastikan cinta damai betul2 sejati dulu pada Allah ~~
~~ tiada ganjaran jika tiada usaha...sesungguhnya Allah Maha Melihat apa yang damai kerjakan sehari2 ~~
~~ damai tidak akan mampu menjadi setabah rakyat Palestin ~~
~~ pentingnya memilih dengan siapa damai perlu bersahabat...~~


5 things I’ve just discovered this year

~~ rupa2nya,ibu damai lembut hati orangnya...~~
~~ barangan Avon tersenarai dalam barangan yahudi dan amerika...astaghfirullah~~
~~ sudah masuk tahun akhir ni...kene ambil lesen kereta balik malaysia nanti ~~
~~ baru tersedar yang damai suka menulis...namun,sejadahijau akan terbengkalai jua nanti lantaran damai akan bekerja tidak lama lagi ~~
~~ siapa dia pemilik tulang rusuk damai ini... ~~


5 ways I’ve changed

~~ bersyukur atas hidayah-Nya dalam memimpin damai untuk berpakaian dengan lebih sempurna ~~
~~ sudah menjadi semakin penyabar ~~
~~ tidak lagi takut berbicara dengan ibu tentang perkara peribadi ~~
~~ sudah semakin pandai menghulurkan senyum...sebelum ni,hehe ~~
~~ semakin sayang pada ejai...ooppss jangan salah faham...satu2nya adik lelaki damai...dulu,geram je dengan dia walaupun dalam hal remeh temeh huhu ~~


5 things that make me happy

~~ dengar suara ibu ~~
~~ bantal busuk damai...tiada yang mampu menandinginya lagi setakat ini ~~
~~ menulis dan menambah kenalan di sejadahijau ~~
~~ bangun tidur dalam keadaan masih Islam dan masih merasai kemanisan iman ~~
~~ usik kawan2 dan lihat mereka tersenyum malu kerana usikan damai tu ~~

5 things I want

~~ dikurniakan kekuatan agar terus kekal dalam ni’mat islam dan iman ~~
~~ mudah menyebut kalimah ‘ La Ilaha Illallah ‘ di saat sakaratulmaut nanti ~~
~~ dihindarkan dari seksaan kubur ~~
~~ dipermudahkan hisab di hari akhirat ~~
~~ dimasukkan dalam golongan yang mendapat kemenangan di akhirat nanti ~~

5 names I want to tag

~~ e-leeyana ~~
~~ balqis ~~
~~ ainul ~~
~~ ustaz afifi ~~
~~ sofia ~~

16 comments:

laki cikgu kimia said...

kagum denagn peribadi damai. moga terus teguh.

MOHD KHAIRUL HAFIZ said...

huhuhu...dr.damai ye.hebat discovery tu

duOne_sTarz said...

insaf ^^

Iliana said...

waaa..lamanya damai menyepi hehe walhal sendiri pun sama juga. damai nak kerja ke? rajin nyer..tapi, nampaknya akan bertambah sepi la sejadahijau..

errr...damai..adakah damai sudah bertemu dengan pasangan hidup? tahniah (^_^)

owhh~ doakan saya untuk menyusul ya..hehehe..

Ibnurashidi said...

salam kedamaian yang berterusan..
Dimanakah kedudukan anda sekrang?
Suatu harapan yang baik..semoga berjaya memperolehinya.

DAMAI said...

chi am...

terima kasih sudi menjengah di sejadahijau..

moga doa kamu itu diperkenankan Allah...ameen ^^

DAMAI said...

ustaz hafiz...

discovery yang mana yang hebat tu??...rasanya semua biasa2 je ^^

DAMAI said...

duone_starz...

alhamdulillah ^^

DAMAI said...

e-leeyana sygku,

bukanlah dalam waktu yang terdekat...maksud damai bekerja tu,yelah kan damai akan grad tidak lama lagi...insyaAllah dalam bulan 10 atau 11 tahun ini,damai akan mule bekerja....takutnya...boleh ke damai jadi doktor yang baik???...semoga Allah beri kekuatan ^^

pasangan???....masih lagi dalam proses ta'aruf sebenarnya....keluarga pun belum jumpa lagi...cumanya,harap2 kali ini menjadilah...perit sudah dengan pengalaman lalu ^^ doakan ya e-leeyana...

e-leeyana juga akan bertemu si dia...entah2,e-leeyana yang akan buat majlis dulu...jangan lupa jemput damai tau ^^

DAMAI said...

salam kembali ibnurashidi...

di mana kedudukan damai??

maksud??

damai sekarang di Ukraine...

insyaAllah...semoga Allah terima doa itu..ameen ^^

Nur said...

Salam,

hehehhehe, si manis Damai, tahniah...moga2 Damai bahagia dunia akhirat, doakan akak ya...:D


owh, akak sangat pasti damai akan menjadi doktor yang terbaik nanti, insyaAllah, akak doakan...jangan lah hilang lansung dalam blog! rindu akak nanti....

Anonymous said...

5 things

1- I've learned so far in life
belaja dari kesilapan & cuba elakkan dari melakukan kesilapan yang sama..

2- I’ve just discovered this year
Setiap kejadian ada hikmahnya & walau apa pun jadi, hanya family kita & sahabat sejati yang menemani kita...

3- I’ve changed
Selalu ingat mati & pergi ke majlis ilmu..

4- that make me happy
Dapat melihat family & sahabat happy..

5- I want
Menjadi hamba Allah yg taat, anak yg soleh & menemui someone yg boleh menerima saya seadaanya..memperbanyakkan amalan akhirat & qada solat yg pernah tinggal masa mula wajib solat..

DAMAI said...

salam manis juga buat kak fakhzan ^^

terima kasih akak atas doa itu...insyaAllah,damai juga akan terus berdoa agar kita selamat dan bahagia di Sana nanti ^^

masih dalam usaha mencari dan mengumpul kekuatan untuk menempuh hari2 sebagai seorang tabib nanti ^^

DAMAI said...

bad...

bagusnya kamu ini...bersyukurlah atas apa2 sahaja yang telah kamu lalui dan banyakkanlah berdoa agar impian kamu tercapai ^^

Ain Mardhiah said...

kak maya, yang ainul tu saya kah? hehe~ nak akidkan..

DAMAI said...

ainul...ya,itu kamu ^^