“Ya Allah, kurniakanlah kami takut kepadaMu yang dapat menghalang kami dari berbuat maksiat terhadapMu dan kurniakan kami ketaatan yang dapat menyampaikan kami dengannya syurgaMu”
Tuesday, January 6, 2009
jatuh hati pada lirik...^^
Aku Merinduimu
Album : Album Mini Motivasi Devotees
Munsyid : Devotees
http://liriknasyid.com
Tidak dapat kugambarkan
Rindu yang lahir dari hati ini
hanya yang mampu tuk kulafazkan
Aku Merinduimu
Terasa amat jauh diri ini
Kerna kau tiada disisi
Bergenang air mataku
bila terkenangkan wajahmu
Ayah ibu
Dari jauh kupohon restu
Doamu titian kejayaanku
Nasihat darimu kuingat selalu
Tersemat di kalbu
Oh Tuhan
Berkatilah ku dalam mencari ilmu
Dengan RedhaMu
Moga kujejaki tempat yang dituju
~~ sang mentari....puas mencari klip video lagu ini...namun,tidak ketemu...moga klip sami yusuf itu dapat juga menyerikan...^^ ~~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
wahh bermakna sekali lagu ini kan..macam faham je sebab apa Damai suka..rindu kan..takpe, sabar la ye..tak lama je lagi..kepulangan dengan kejayaan yang amat dinanti..
Salam DAMAI..
erm, ke nak saya panggil kak maya ek? hehe.. lirik ni sedap tapi macam nak tunjuk pemilik blognya tgh homesick je.. =P
bitaufiq. tak lama lagi dah kan nak balik malaysia? ^_^ Eh, lupa nk tanya.. DAMAI dr uni mana ye?
Sayunya. Teringat juga saya pada kampung halaman. Tanpa mereka, siapalah kita.
p/s damai, kalau letak sekali video klip kat atas tu, mesti lebih terkesan pada jiwa. Rasanya semua akan meleleh air mata bila singgah sini.
Salam, ukhti damai..macam pernah kenal ke lirik lagu ni ^^
Salam Kak Damai(kak rasanya)
Tak tau nak komen apa,tapi sebagai kunjungan balas kerana pernah berkunjung ke blog saya sebelum ini.Kunjungan balas penuh penghormatan dan bersandarkan ukhwah.
Terima kasih Kak Damai
insyaAllah e-leeyana...
tidak sabar untuk pulang ke malaysia...tidur dengan ibunda tersayang...huhu
salam kembali buat kamu ainul syg..
tidak kisah apa sahaja yang ingin kamu panggil...damai...kak maya...semua panggilan itu saya suka ^^..
homesick?...hmm sikit2 adalah...sudah tahun akhir ini boleh dikira berapa kali disapa rasa homesick itu hehe
damai sekarang di Crimea State Medical University,Ukraine...^^
sangmentari yang baik hati...
insyaAllah akan diusahakan...
habis banjir pula sejadahijau nanti...hehe
salam kembali buat si nakal muslim united...
ssshhhh...ini rahsia kita...hehe
salam kembali asadulqalb...
terima kasih sudi menjenguk di sini...^^
Post a Comment