Saturday, December 26, 2009

duduk sat...

assalamualaikum....

salam ma'alhijrah buat semua...( harap2 belum terlambat untuk Damai ucapkan di sini huhu )

semoga tahun baru ni membawa kita ke arah yang lebih baik...ameen...:)

jaga iman dan jaga kesihatan k...

wassalam...

Thursday, October 8, 2009

kuantan ke klang...

Alhamdulillah...Alhamdulillah..Alhamdulillah....

rayuan Damai diterima...hari tu Damai ditempatkan di Hospital Tengku Ampuan Afzan Pahang...huhu jauh dari ibunda yang tercinta...jadi,Damai pun tulis surat rayuan mohon ditempatkan di hospital Selangor...

Damai mohon ditempatkan sama ada di kajang,serdang atau putrajaya (walaupun harapan teramatlah nipis)...dan,seperti yang Damai agak,rayuan Damai ditolak...walaubagaimanapun,pihak KKM tidak membiarkan Damai kecewa macam tu je...mereka tawarkan tempat di hospital Tengku Ampuan Rahimah,Klang...dan selepas dapat persetujuan dari insan2 yang Damai sayang dan cinta,Damai pun terima tawaran tu...

jadi,bermula isnin ini,12hb Oktober 2009,Damai akan memulakan khidmat sebagai doktor di Hospital Tengku Ampuan Rahimah,Klang,Selangor...hepi!!!!

doakan Damai dapat berkhidmat dengan cemerlang dan dapat naik gred dari 41 ke 44 dalam jangka masa yang ditetapkan...ameen :)

~~Dr Aini dapat hospital Selayang..nak nyempit jugak kat sini hehe ~~

Saturday, October 3, 2009

online sekejap

insyaAllah Damai akan menjalankan kursus induksi dan kenegaraan di Genting Highlands selasa ini...masa induksi nanti baru tahu Damai dapat hospital mana...apa2 pun,selamat hari raya semua...Damai minta maaf zahir dan batin kalau ada silap dan salah...0-0 ok?..:)

jaga diri semua...

no Damai - 0122065750...gunakanlah untuk tujuan yang baik ok... :)

Tuesday, July 28, 2009

kat malaysia dah ^^

Dari Ibnu Umar r.a, dari Nabi SAW baginda bersabda:”Lima kunci perkara ghaib, tidak mengetahuinya melainkan Allah iaitu: 1) Tiada mengetahui apa yang tersimpan di dalam rahim (kandungan perempuan) melainkan Allah. 2) Tiada yang mengetahui apa yang akan terjadi esok hari melainkan Allah. 3) Tiada seorangpun yang mengetahui bila waktunya hujan akan turun melainkan Allah. 4) Tiada seorangpun mengetahui di negeri mana dia akan mati melainkan Allah 5) Tiada yang mengetahui bila kiamat akan terjadi melainkan Allah.

(Bukhari)

alhamdulillah Damai sudah seminggu berada di malaysia...tapi tak dapat nak online selalu sebab tiada internet di rumah...terima kasih semua atas ucapan pada entri yang lepas...sekarang Damai dalam usaha nak pergi temuduga..doakan semua berjalan lancar ya ( tersilap isi borang SPA sebenarnya...Damai terisi jawatan sebagai pegawai siasatan huhu kena isi borang lagi sekali ^^ )

apa2 pun...sejadahijau tetap akan hidup insyaAllah...dari masa ke semasa Damai akan cuba update ok...:)

Saturday, July 4, 2009

I officially have it now....

salam rindu buat pengunjung2 sejadahijau....alhamdulillah setelah 19 tahun menimba ilmu,akhirnya hari yang dinanti itu tiba...26 Jun 2009, hari bersejarah buat diri ini...terima kasih mama,adik,saudara mara,sahabat2 dan juga kamu yang sudi mendoakan kejayaan buat Damai...jazakumullahu khoiraa ^^

di sini Damai letakkan sedikit gambar konvokesyen Damai hari tu...^^

baru sampai dari hostel....kejap lagi dapat MD ^^


datang awal untuk bergambar hihi


di pentas itu akan ku terima MD ku ^^


pandangan dari atas....mana Damai ek? ^^


persembahan teater cina oleh penari2 Ukranian theatre...

bergambar lagi sebelum keluar terus dari dewan... :)

sebelum balik,bergambar dulu dengan adik2 junior ^^

luar dewan....di Dataran Lenin...aik,adik pun nak berkonvo ke? ^^

lama tunggu saat baling-membaling ni...dari mula kenal A B C agaknya ^^


Alhamdulillah.... ^^


kena guna kanta pembesar untuk cari diri sendiri hehe

~~lagi 18 hari balik Malaysia....insyaAllah ^^ ~~






























































































Friday, July 3, 2009

hilang...

Dari Ibnu Umar r.a, dari Nabi SAW baginda bersabda:”Lima kunci perkara ghaib, tidak mengetahuinya melainkan Allah iaitu: 1) Tiada mengetahui apa yang tersimpan di dalam rahim (kandungan perempuan) melainkan Allah. 2) Tiada yang mengetahui apa yang akan terjadi esok hari melainkan Allah. 3) Tiada seorangpun yang mengetahui bila waktunya hujan akan turun melainkan Allah. 4) Tiada seorangpun mengetahui di negeri mana dia akan mati melainkan Allah 5) Tiada yang mengetahui bila kiamat akan terjadi melainkan Allah.

(Bukhari)
salam sayang buat semua....
lama tak update sejadahijau ni....
damai akan kembali...tunggu ya ^^

Friday, June 5, 2009

3 dalam 1

4 JUN 2009….

Alhamdulillah…hari ini selesai 3 subjek peperiksaan…..the triad of pediatrics, social medicine and hygiene….walaupun,banyak soalan yang Damai dapat adalah soalan yang seboleh2nya Damai tidak mahu ketemu,namun,Allah juga yang menentukan….soalan yang tak nak itulah yang dapat huhu tapi,alhamdulillah,dengan usaha yang segenggam dan ingatan yang secubit,dapatlah juga Damai membuka mulut ini menjawab soalan2 yang diberi…

Jadi,untuk entri kali ini....Damai cuma ingin memberitahu serba sedikit apakah itu pediatric, social medicine dan hygiene ni...sudi2lah baca ya ^^

PEDIATRIC


Subjek perubatan tentang kanak-kanak. Bermula dari lahirnya bayi sehingga berumur 18 tahun,jika ada sebarang masalah kesihatan,kanak2 ini akan dikategorikan di bawah bahagian pediatric ini. Secara umumnya,penyakit2 yang dipelajari dalam subjek pediatric ini selalunya sama sahaja dengan sakit untuk orang dewasa,tetapi ada juga beberapa penyakit yang khusus untuk bahagian ini,contohnya seperti hemolytic disease of newborn, respiratory distress syndrome dan fetal alcoholic syndrome.

Walaupun majoriti penyakit yang dipelajari adalah sama dengan subjek medicine atau therapy untuk orang dewasa, tetapi masih ramai yang mengeluh tentang susahnya belajar subjek pediatric ini. Mahu tahu kenapa? Kesusahan subjek ini terletak pada pertamanya,pengendalian dengan pesakit. Bukan mudah hendak berkomunikasi dengan kanak2 bukan? Kalau dapat yang fasih berkata2 dan tidak takut dengan ‘ orang yang berbaju putih’ ( white coat syndrome ),kerja akan jadi mudah sedikit. Tetapi,bila dapat kanak2 yang baru mendengar tapak kaki doktor pun dah meraung,setinggi2 kesabaran perlu disemai dalam lubuk hati. Itu belum lagi,pada bab bayi yang hanya tahu untuk menangis,menangis dan menangis jika ada sesuatu yang tidak kena pada badan. Kepekaan dan ketelitian yang tinggi amat diperlukan untuk menjadi seorang pakar kanak2. Perlu peka pada jenis tangisan,pada jenis2 batuk dan perlu juga pandai membezakan penyakit berdasarkan ciri2 ruam yang timbul pada kulit kanak2 itu.

Dan satu lagi perkara yang menjadikan pediatric adalah subjek yang ‘istimewa’ adalah pada hal treatment nya. Dos untuk setiap ubat amatlah berbeza dengan orang dewasa. Dalam erti kata lain,ianya memerlukan daya mengingat dan teknik pengiraan yang mantap.

Contohnya pada pengambilan pil ‘aspirin’. Satu pil aspirin dosnya adalah dari 80mg ke 1g. Damai ambil contoh aspirin dengan dos 325mg. Untuk orang dewasa,doktor hanya perlu ingat dos dan jumlah berapa kali pil aspirin yang berdos 325mg itu perlu diambil sehari. Tetapi,ianya berbeza dengan pediatric. Dos aspirin untuk kanak2 dikira mengikut berat kanak2 itu, jadi untuk kanak2 doktor perlu mengingat dos sebegini, aspirin 10-15mg/kg/day. Kemudian,dos yang sudah dikira itu pula perlu dibahagi untuk beberapa bahagian untuk diberikan pada kanak2 yang sakit itu.

Begitulah serba sedikit tentang pediatric. Subjek yang menarik tetapi memerlukan minat dan ketabahan yang tinggi untuk mempelajarinya ^^


SOCIAL MEDICINE

Subjek ini lebih kepada pengurusan dan statistik. Oh,waktu awal2 mengenal subjek ini,pening juga dibuatnya. Banyak rumus perlu dihafal. Banyak benda perlu dikaji. Dalam subjek ini,kita akan dapat melihat struktur penduduk sesebuah negara. Jika populasi kanak2 melebihi populasi orang tua,maka negara itu disebut sebagai negara yang berstruktur progressive. Manakala, jika populasi tua melebihi kanak2,negara itu termasuk di dalam kategori regressive.

Subjek social medicine ini juga mementingkan beberapa pengiraan. Contohnya pengiraan gunapakai katil di hospital, pengiraan ekonomi dan produktiviti sesebuah negara dan juga kira2 tentang tahap kesuburan populasi dalam negara itu.

Antara bahagian lain dalam social medicine ini adalah dalam ilmu mengendalikan sesebuah organisasi. Bagaimana untuk memulakan sesebuah projek, faktor2 kejayaan sesuatu projek dan cara mengambil keputusan dalam mengendalikan projek itu,semuanya ada di dalam subjek yang satu ini.

Dan bahagian yang paling Damai suka adalah pada bahagian mengisi borang. Dalam subjek inilah,kami diajar borang mana yang perlu diisi ketika pesakit minta MC,cuti bersalin,borang kecemasan dan sebagainya ^^

Social medicine adalah satu subjek yang mudah jika kita minat untuk mengenalinya. Tetapi,dalam masa yang sama,ianya akan menjadi satu subjek yang memeningkan jika tiada minat untuk mempelajarinya.

HYGIENE

Hygiene adalah subjek yang paling banyak menggunakan daya ingatan. Subjek perbuatan yang lain pun tidak memerlukan ingatan sebagaimana pentingnya ingatan pada hygiene.

Hygiene adalah subjek tentang mengetahui tahap optimum untuk semua perkara. Bermula dari cuaca yang optimum,suasana kelas yang optimum,kebersihan makanan dan minuman yang optimum, pekerjaan yang optimum dan semualah yang optimum. Hihi

Contohnya, Damai ambil di sini suasana di dalam kelas.

Kelas yang memenuhi kriteria yang hygienic adalah..

1) suhu di dalam kelas antara 18-22 celcius
2) kelembapan di dalam kelas antara 40-60%
3) kadar pergerakan udara antara 0.2-0.4 meter sesaat
4) pencahayaan natural – a) nisbah antara tingkap dan lantai kelas 1/4 – 1/5
b) nilai pencahayaan dari persekitaran luar tingkap 1.5%
5) pencahayaan artificial – nilai cahaya dari lampu 150 lux
6) jarak antara meja depan dan papan hitam 2.0 – 2.5m
7) jarak antara meja pelajar 0.7m
8) jarak antara meja dan dinding kelas 0.5m
9) ketinggian meja dan kerusi adalah 1/7 – 1/8 ketinggian pelajar
10) jumlah udara bagi setiap pelajar dalam lingkungan 20-30 meter padu
11) keluasan kelas untuk seorang pelajar 1.25 meter2

Hmm itu baru untuk kelas sahaja. Dan itu pun belum semua Damai tuliskan. Memang banyak nak kena ingat. Huhuhu itu belum masuk lagi fakta2 yang lain,yang tidak melibatkan nombor. Oh,sungguh,hygiene adalah subjek yang mampu membunuh.

Itu sahaja buat kali ini. ( itu sahaja?...dah tiga muka microsoft word ni Damai tulis ^^ )
Sedikit maklumat untuk sesiapa yang ingin tahu tentang subjek2 ini. Peperiksaan seterusnya pada 20hb 6 insyaAllah. Itu adalah triad yang mengerikan ~ sakit puan,medicine @ therapy dan surgery ~ semoga Allah beri kekuatan…ameen ^^

Wednesday, June 3, 2009

dapat dari balqis ^^

Dari Ibnu Umar r.a, dari Nabi SAW baginda bersabda:”Lima kunci perkara ghaib, tidak mengetahuinya melainkan Allah iaitu: 1) Tiada mengetahui apa yang tersimpan di dalam rahim (kandungan perempuan) melainkan Allah. 2) Tiada yang mengetahui apa yang akan terjadi esok hari melainkan Allah. 3) Tiada seorangpun yang mengetahui bila waktunya hujan akan turun melainkan Allah. 4) Tiada seorangpun mengetahui di negeri mana dia akan mati melainkan Allah 5) Tiada yang mengetahui bila kiamat akan terjadi melainkan Allah.

(Bukhari)

dapat award dari adik comel balqis...rasa terharu laa pulak kan hihi terima kaish balqis...semoga apa yang tertulis di award itu jadi kenyataan dengan redha-Nya jua....ameen...


hmm cantik kan awardnya?...dahlah warna hijau..warna kesukaan Damai tu...^^

nak bagi award ni kat siapa pulak ni?...nama2 di bawah sudi2lah terima award ini dari Damai ya ^^

1) dhiya
2) nabihah
3) achot ( maisara )
4) ummumishkah
~~ esok 4/6 hari imtihan...doakan Damai ya ~~

Tuesday, June 2, 2009

menghadirkan ikhlas ^^

Dalam apa jua pekerjaan atau usaha yang kita lakukan sehari2,berusahalah untuk menghadir dan menyuburkan ikhlas di sudut hati...sekecil2 perkara jika disertakan dengan ikhlas,insyaAllah akan dipandang besar di sisi Allah SWT....

Namun,perkara ikhlas ini bukanlah semudah lisan berkata2....ada yang mengatakan :

“ ikhlas itu umpama seekor semut hitam yang berada di atas batu hitam di dalam gua yang gelap pada malam hari “

Haa....susahkan? boleh ke kita nampak semut itu? Begitulah halnya dengan perkara ikhlas ini...hati yang ikhlas tidak akan sesekali terdetik perkara ‘ujub atau ta’jub akan kelebihan dan kebaikan dirinya....hati yang ikhlas tidak akan sesekali mengeluarkan kata2 riak menceritakan kebaikan yang dilakukannya...hati yang ikhlas tidak akan pernah mengungkit kebaikannya walaupun ketika orang yang ditaburkan budi itu melakukan perkara yang buruk terhadapnya....

Hati yang ikhlas melakukan semua perkara hanya kerana Allah SWT...

Tiada balasan dari manusia...

Tiada penghargaan dari insan...

Hanya redha Allah yang menjadi harapan dan impian....

Apabila sifat ikhlas telah datang dan wujud dalam hati kita,kebaikan atau usaha yang orang lain anggap kecil akan nampak besar di mata kita...perkara kebaikan biasa akan nampak luar biasa pada pandangan kita....di sini,Damai sertakan sebuah kisah yang berlaku tatkala Nabi Ibrahim Khalilullah hendak dibakar hidup2 oleh raja Namrud....semoga kisah ini memberi pengajaran pada kita....insyaAllah...

Sebuah kisah di zaman Nabi Ibrahim, semasa Nabi Ibrahim dibakar oleh kaumnya, seekor burung kecil terbang berulang alik mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar. Itulah yang dilakukannya berulangkali. Tingkah lakunya diperhatikan oleh makhluk Allah yang lain lalu bertanya kepada burung kecil itu :

‘‘buat apa kau penat-penat mengambil air berulang alik, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim takkan terpadam dengan air yang kau siramkan itu.’’

Lalu dijawab oleh burung tersebut :

‘‘Memang ia tidak akan memadamkan api tersebut, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya samada aku berjaya memadamkan api itu ataupun tidak. Dan janganlah kita menjadi seperti cicak (yang terbang), yang bertindak jahat dengan menghembus-hembus kepada api yang membakar Nabi Ibrahim dengan harapan api akan menjadi marak lagi untuk terus membakar Nabi Ibrahim (walaupun sebenarnya hembusannya itu tidak membawa kesan ke atas api berkenaan.) “

Allah berfirman:

“Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim”

Anbiyaa [69]

Hadith riwayat Ibn Hatim, dari A’isyah ra. bahawa Rasulullah saw bersabda :

”Sesungguhnya Ibrahim tatkala dicampakkan kedalam api, semua binatang yang melata dimuka bumi ini cuba memadamkan api, kecuali cicak, kerana sesungguhnya dia (cicak) meniupkan api keatas Nabi Ibrahim…”

Kesimpulannya,berusahalah untuk ikhlas dalam setiap perkara yang kita lakukan....tetapi,jangan pula kita bertangguh2 untuk melakukan kebaikan hanya kerana kita menunggu2 untuk sifat ikhlas itu datang.....mulakan saja kebaikan itu dan beristiqamahlah dalam melakukannya,insyaAllah lama kelamaan makhluk ikhlas itu akan terbit dalam hati....^^


Thursday, May 21, 2009

sayang kamu....

Pada 11 Mei 2009 yang lalu, Damai dan ahli usrah Damai yang lain telah pergi makan tengahari bersama2 di sebuah restoran di tengah kota…( aik,ni dah macam nak buat karangan bahasa melayu hihi )…tujuan sebenar pertemuan kami pada hari itu adalah untuk meraikan ahli usrah kami yang sekarang berada di tahun 6 ( Damai lah salah seorangnya tu ^^ ),dalam erti kata yang lain,ianya merupakan pertemuan usrah kami yang terakhir….pertemuan yang akan diakhiri dengan perpisahan…( moga perpisahan ini bukan untuk selama2nya...ameen )

Sedikit kelewatan berlaku oleh ahli2 usrah kami itu...sibuk membeli bunga dan coklat barangkali hihi...kami yang diraikan ini telah sampai dulu di restoran yang dijanjikan meskipun kami bergerak keluar dari asrama agak lewat dari mereka....( mungkin kerana perut yang sudah lapar atau mungkin juga kerana tidak sabar untuk diraikan ^^ )

Sepanjang masa makan itu,pelbagai topik dibincangkan....( oopss tidak boleh diceritakan di sini...rahsia usrah ya ^^ )....masing2 cuba untuk menceriakan suasana....walaupun mungkin di dalam hati,bahang kesedihan kian terasa....Damai sendiri sedayanya tidak mahu berbicara tentang perpisahan,kerana ianya pahit bukan...biarlah segala kesedihan itu disimpan dalam hati....

Selepas ini...alam yang akan kami tempuh sudah berbeza...kami akan bertemu dengan alam pekerjaan....alam yang orang kata amat sibuk...sehingga akan tercari2 masa untuk diri sendiri...dan pada waktu itulah nanti,tahap keimanan ini akan diuji dengan lebih hebat....masih mampukah untuk solat di awal waktu...untuk berpuasa sunnat isnin khamis....dan masih aktifkah nanti dalam aktiviti2 usrah atau sebarang halaqah yang diadakan?....

Semoga diri ini dan sahabat2 yang lain akan terus kekal dalam jalan Allah ini....meskipun nanti sudah sibuk dengan kerja,harap2 Allah masih memimpin kami untuk mengikuti program2 agama yang dijalankan...insyaAllah ^^

Buat Kak Sol,Kak Yanti,Nabihah,Shibrah dan Balqis....ketahuilah di ruangan hati ini,tersusun indah nama2 kamu semua....moga kita akan dipertemukan lagi di masa akan datang...dan tidak mustahil kita semua akan kembali berusrah bersama2 nanti...( kalau dapat kerja di hospital yang sama lah hihihi )


Sekian buat kali ini...

~~ hargailah insan2 di sekeliling kamu...lebih2 lagi mereka2 yang sentiasa mengingatkan kita tentang perkara2 islam dan iman....^^ ~~

Wednesday, May 20, 2009

debaran...

Satu ujian sudah ditempuh semalam….jangan disebut tentang keputusan kerana Damai sendiri enggan dan cuba untuk tidak memikirkannya…oh,masih dalam perasaan terkejut dengan soalan2 yang keluar semalam….agak susah soalan2nya….4 jam yang diberi terasa berlalu sepantas kilat….Damai tidak sempat untuk menyemak sepenuhnya jawapan….apa2 pun,doa juga yang hanya mampu dihimpun sekarang….moga Damai dan sahabat2 yang lain semuanya lulus dengan cemerlang….ameen…

Maaf entri pendek2 sahaja….musim imtihan lah katakan….maaf juga tidak dapat membalas komen2 kamu….tunggu ya^^

~~ peperiksaan dalam bentuk lisan pula bakal menjelma….bersedialah wahai diri…~~

Tuesday, May 19, 2009

hari ini....


Ketika entri ini mula ditaip,jam sudah menunjukkan pukul 4.12 pagi…wah,ini bermakna cuma tinggal lebih kurang 5 jam 18 minit untuk Damai duduk menjawab peperiksaan....

Namun,hati kurang resah berbanding peperiksaan2 sebelum ini....sudah ‘immune’ barangkali dengan soalan yang menagih jawapan...

Buku terletak kemas di tepi katil itu....aduh,malas sungguh tangan hendak membukanya....bukan sudah pandai cuma otak sudah tepu untuk terus menerima.....

Apa2 pun...semoga usaha yang sejemput ini diberkati Allah....dan semoga hasilnya nanti dapat dituai dan dikongsi bersama...insyaAllah ^^

Terima kasih ya buat kamu yang sudi mendoakan kejayaan buat diri ini….^^

Thursday, May 14, 2009

kenapa dan kenapa???

Geram bercampur pelik…mengapakah imeem tidak lagi boleh memain penuhkan lagu? Damai seorang sahaja kah yang ada masalah sebegini atau sememangnya sistem imeem yang sudah bertukar….setelah lama gagal mencuba,akhirnya,Damai memilih aimini untuk diletakkan pada ruangan halwa telinga…lagu sudah boleh dimain penuh,tapi tidak boleh ‘autoplay’ pula…aduhai….

~~ sambung membaca buku sambil kepala pusing mencari jalan penyelesaian untuk halwa telinga ini ~~

Saturday, May 9, 2009

last day...



Salam buat semua yang masih sudi datang ke teratak sejadahijau ini…semoga kunjungan kamu tidak sia2 hendaknya…^^

Hari ini Damai sangat bahagia..sangat gumbira…sebab apa ya?..sebab hari ini hari terakhir Damai pergi ke kelas di alam universiti ini….sungguh tidak sedar….Alhamdulillah,pejam celik pejam celik 6 tahun sudah berlalu…gelaran ‘doktor’ itu insyaAllah semakin hampir untuk digenggam…semoga peperiksaan yang bakal datang dapat Damai dan sahabat2 lain tempuhi dengan cemerlang…ameen…

Kini,tinggal 11 hari sebelum peperiksaan bermula…namun,mengapa hati ini masih tidak merasakan debarannya?....nak kata sudah bersedia,pasti sahaja jawapannya belum….sebulan ini perlu berusaha keras untuk peperiksaan akhir ini…21 julai terasa seperti sudah memanggil2…tarikh apakah itu?....ya,itulah tarikh Damai akan pulang ke Malaysia abadan abada….sebagai seorang doktor…insyaAllah ^^

Keluarga akan menunggu di KLIA….mama sudah berkali2 beri kiriman SMS dan berulang2 kali menyatakan kerinduannya pada Damai…

tak sabarnya tunggu maya balik “ tulis mama dalam SMSnya…

mama tengah rehat2 ni…tak sabar tunggu maya balik…nanti mama beli katil baru untuk maya ya….adik2 pun tak sabar nak kemas bilik untuk maya duduk nanti “ kata mama ketika kami bercakap melalui telefon…

Hati yang gembira…

Tiba2 menjadi sayu….

Aduh,sedih pula hati ini terkenangkan mama….

Sabar ya mama...anakmu ini juga sudah seringkali termimpi2 pulang memelukmu....

Semoga segala urusan imtihan dipermudahkan-Nya...

~~ menghitung hari....75 hari lagi akan pulang ke Malaysia....kamu2 yang berada di Malaysia,nantikan juga ya kepulangan Damai ^^ ~~





Wednesday, May 6, 2009

baiki,baiki dan baiki kelemahan....

“ kelemahan diri bukan untuk ditangisi dan diratapi tetapi untuk diperbaiki”

Kata2 yang pernah Damai terbaca dalam satu novel bertajuk ‘ Tautan Hati ‘....kata2 yang mudah untuk dibaca...senang untuk difahami...namun,hakikatnya,pelaksanaannya perlukan sepenuh tenaga,secekal2 hati dan seteguh2 jiwa...jika terkurang sedikit semangat,kelemahan akan terus jadi lemah....kekuatan hanya akan tinggal impian...

Setiap dari kita punya kelemahan...mustahil ada manusia yang sempurna...hanya para anbiya’ layak digelar sedemikian...kita,manusia biasa,yang bergelar INSAN ini pasti punya kelemahan...bezanya cuma,ada kelemahan yang dapat dilihat secara zahir dan ada kelemahan yang tersembunyi....

Biar apa pun kelemahan yang kita ada...itu bukan menjadi punca untuk kita terus lemah,rendah diri tidak tentu waktu...kelemahan itu memanggil2 kita untuk bangun...tidak sabar menanti agar kita berusaha memperbaikinya....

Andai kita lemah dalam memahami apa yang dipelajari...rajin2kan diri bertanya pada sahabat2 yang berdekatan...rajin2kan mata untuk membaca apa sahaja sumber2 ilmu yang berkaitan dengan pelajaran yang tidak kita faham itu...

Jika kita lemah dalam mencari sahabat ~~terlebih pemalu atau terlebih ego~~ cari jalan agar diri lebih mudah diterima dan menerima insan2 yang hadir dalam hidup kita sehari2...kita tidak akan mampu merempuh pengembaraan dunia ini sendirian...Rasulullah SAW sendiri punya sahabat dalam usaha da’wah baginda,inikan pula kita,insan yang mudah lupa,mudah leka dan lalai...carilah sahabat yang baik seramai mungkin agar mereka bisa sahaja membantu dan mengingatkan kita ketika kita memerlukan peringatan...insyaAllah...

Bila kita sedar dan tahu bahawa kita sukar dan berat untuk bangun subuh ( dan waktu2 solat yang lain juga ) di awal waktu,maka,tidurlah awal agar diri mudah bangun keesokan harinya...minta bantuan pada Allah agar dipermudahkan anggota badan ini untuk bangun mendirikan solat....ambil contoh sahabat2 yang sebilik dengan kita,andai mereka mampu bangun solat di awal waktu,kita juga mampu....insyaAllah...

Kelemahan kita boleh dibaiki....semuanya terletak pada hati dan diri sendiri...andai hati mahu,anggota lain juga akan bergerak....bukankah ada pepatah mengatakan bahawa hati itu adalah raja?

Tiada alasan untuk terus duduk berteleku menangisi dan meratapi kelemahan diri...

Allah sudah beri cukup pancaindera untuk kita terus menuju sesuatu yang lebih baik....

Ayuh,tanamkan azam..kuatkan semangat...pacak teguhkan jati diri agar hari esok senantiasa lebih baik dari hari ini...insyaAllah...

~~~Salam rindu…salam rindu…salam rindu buat semua…

Wah,sudah lama tidak menulis…sudah lama tidak dikemas rumah ini…

Bukan tidak ada masa terluang…bukan tidak ada idea menjengah…

Tapi tangan malas menaip…ah,untuk ke sekian lagi sakit malas itu datang lagi…kelemahan yang harus diperbaiki SEKARANG !!! ~~~


~~ maaf...entri yang terlalu ringkas...moga ada sedikit ilmu di dalamnya...~~

Thursday, April 16, 2009

soal hati ^^



Pertanyaan 1

“ Kak Damai…apa pendapat akak..boleh tak sesebuah pasangan tu,tak kisahlah yang akan bertunang atau yang sudah bertunang berhubung?...siapakah yang lebih perlu dihormati,pasangan yang tidak mahu berhubung langsung atau yang berhubung tapi sedikit2 sahaja? “

Pertanyaan 2

“ Macam mana ni Damai…mak akak memang tak suka abang akak tu….dari hari tu asyik tangguh2 je tarikh nikah….mak akak memang nak doctor juga….kalau akak cakap yang si B tu nak masuk meminang,confirm masa tu juga terus gi tempah hotel 5 bintang agaknya….sebab yang B tu doctor…”

2 persoalan yang ditujukan buat Damai dalam masa terdekat ini…susah juga hendak memberi jawapan….jawapan yang diberi perlulah betul dan tepat mematuhi syarat dan hukum agama….dan Damai sendiri bukanlah seorang yang layak untuk menjawab persoalan2 sebegini…

Ramai antara kita yang berusaha menjadi yang terbaik dan berusaha mencari pasangan hidup yang terbaik…dan masalah yang sering timbul adalah ketika hati mula berputik rasa sayang tetapi dalam masa yang sama batas2 Allah perlu diletak di hadapan agar sayang yang datang itu mendapat keberkatan dari-Nya…

Dalam usaha untuk menjaga hubungan yang terjalin antara dua hati ini bukanlah semudah yang disangka tetapi bukan juga sepayah yang dibayangkan….

Bagi Damai,semuanya terletak pada pasangan itu sendiri….

Bagi Damai,tidak salah untuk pasangan itu untuk berhubung melalui emel, YM hatta mesej sekalipun ASALKAN yang diborakkan itu tidak melalaikan dan tidak berhari2...sekadar sekali dalam sebulan atau sekali dalam seminggu sekalipun,ianya tiadalah suatu perkara yang memudharatkan.....SELAGI ianya sekadar untuk bertanya khabar atau bertanya hal2 perkembangan terbaru pasangan itu,tidak lebih dari itu....memang tidak berhubung langsung itu adalah yang terbaik dan kita digalakkan untuk mengikuti jalan itu tetapi itu tidak sama sekali mengharamkan kita untuk berhubung dengan pasangan kita....ini adalah pendapat Damai,mungkin ada yang tidak bersetuju....Damai hormat pada yang mampu untuk terus tidak berhubung dan hanya menanti saat pernikahan tiba...tetapi Damai merasakan hal ini sebenarnya terpulang kepada individu itu sendiri....Islam memberi panduan untuk kita ikut,ikutlah dengan bersungguh2,jangan sampai memberi kesusahan pada kita....malah,proses pertunangan itu diadakan dalam Islam memang untuk kita kenal siapa pasangan kita itu....bukan kenal secara berlebih2an,tetapi cukup sekadar kita tidak tersilap orang ketika akad nanti ^^


Dalam hal kedua pula...memang soal sekufu itu penting....seperti yang telah dibentang oleh ibnurashidi dalam rumah barunya ( http://www.faridrashidi.com/ ) ....seringkali kita yang muda ini mengutamakan cinta dari hal2 yang lain...tetapi,ibu yang melahirkan itu lebih tahu dan lebih arif dari kita....bukan maksud si ibu untuk menghina pilihan kita tetapi segalanya kadang2 dilakukan untuk kebaikan kita juga...tidak di waktu sekarang,mungkin di waktu akan datang....bukankah restu ibu yang mengendong kita 9 bulan itu lebih patut diutamakan daripada insan yang kita kenal selama beberapa tahun itu?...Allahu a’lam ^^

Akhirnya...setiap dari kita punya ilmu...sedikit atau banyak...masih juga ianya bernama ilmu...gunakanlah ilmu itu apabila tiba masanya....^^






Monday, April 13, 2009

mari membaca Al-Quran..

Setiap hari selepas solat insyaAllah kita akan membuka sebuah kitab bernama Al-Quran untuk dibaca….segala puji bagi Allah yang membuka hati dan meringankan anggota badan kita untuk membaca kitab peninggalan Rasulullah SAW itu…ramai di antara kita yang kadang2 gagal mencari walaupun sekadar 5 minit untuk duduk dan membacanya….kesibukan beginilah yang sebenarnya mampu mematikan jiwa kita…meletakkan pembacaan Al-Quran pada tempat yang kurang kepentingannya menjadikan kita tidak ambil berat tentang Al-Quran itu…berusahalah untuk mencari masa membaca Al-Quran kerana insyaAllah ianya akan menjadi teman penolong kita di akhirat kelak….ameen…

Namun,apa yang Damai nak tekankan kali ini adalah pada ketepatan bacaan kita….masih ingatkah kita pada hukum tajwid yang kita pelajari dulu di waktu sekolah?...

Nun mati bertemu fa…apa hukumnya?...bagaimana bacaannya?...

Mim mati bertemu ba...bagaimana keadaan bibir kita membacanya?...

Mad jaiz munfasil berapa harkat bacaannya?...apa yang membezakannya dengan mad wajib mutasil?....

Bagaimana bacaannya pula apabila hukum tanuwin bertemu dengan perkataan yang mempunyai hukum alif lam?...

Fahamkah kita pada semua jenis tanda wakaf yang ada di dalam Al-Quran itu?

Sudah arifkah kita akan semua itu?

Alhamdulillah jika kita sudah tahu....tetapi andai belum tahu,masih belum terlambat untuk belajar......dan hal2 ini wajib untuk kita tahu kerana kalau kita tersalah baca,sudah mendatangkan dosa pada kita...lebih2 lagi ketika di dalam solat....sudah tercemar sedikit sebanyak pahala solat kita andai bacaan kita tidak sempurna....nauzubillah...

Bandingkanlah bacaan kita dengan bacaan adik2 kita yang masih di sekolah itu....siapa yang lebih fasih bacaannya?....malunya kalau kita yang sudah boleh berkahwin ini masih merangkak2 membacanya Al-Quran....hendak menghabiskan satu muka pun susah.....tapi bila disuruh menyanyikan apa2 lagu,laju pula....aduhai,minta dijauhkan dari perkara sebegini....

Sebagaimana bersungguhnya kita lihat pelajar2 AF belajar cara penafasan dan sebutan yang betul ketika hendak menyanyikan lagu...begitulah juga sewajibnya kita lakukan dalam mendalami segalanya tentang Al-Quran....

Muhasabah diri balik...ambil masa beberapa minit...duduk bersama Al-Quran....dengar setiap sebutan yang kita lafazkan....betulkan mana yang tidak betul....perbaiki mana yang kita lemah...jangan malu bertanya pada sahabat2 hukum2 tajwid yang kurang kita tahu.....bila bacaan betul,barulah secara automatik,bacaan akan jadi lancar dan tidak tersekat2....dan barulah hati kita dapat rasakan ketenangan yang lahir dari keberkatan Al-Quran itu....

Jangan ambil mudah perkara2 berkaitan Al-Quran....dengan bacaan ayat2 al-Quran lah khalifah agung Umar ibn Khattab memeluk Islam....hatinya yang keras itu dapat dilembutkan hanya dengan alunan ayat2 dari Al-Quran....moga kita juga akan dilembutkan hati dengan Al-Quran...insyaAllah

~~ ayuh latih diri untuk membaca Al-Quran sekurang2nya satu makra’ setiap kali selesai menunaikan solat fardhu yang lima itu....semoga berjaya ^^ ~


Sunday, April 5, 2009

R.A.H.M.A.N

Salam teristimewa buat kamu yang sedang mencari ilmu…ilmu Allah yang tidak akan pernah dikuasai sepenuhnya lantaran luasnya ilmu itu….

Pernah kamu dengar perkataan Rahman?...

Ya,hari2 kita sebut perkataan ini…..

“bismillahir RAHMANir rahim”

Menunjukkan sifat Allah yang pengasih…cukup pengasih buat kita yang saban detik bergelumang dosa….astaghfirullah…

Namun,kali ini Damai bukan nak bercerita tentang kemuliaan nama Allah yang satu ini...tetapi hendak bercerita tentang satu perkara yang boleh jadi suatu suratan atau mungkin juga sekadar suatu kebetulan…^^

Suatu ketika dahulu,seseorang telah memberitahu Damai rahsia dari perkataan RAHMAN ini…

“ Tahu tak nama2 perdana menteri kita akan membentuk perkataan RAHMAN? “

“ Ye ke?...”
Damai seakan tidak percaya pada mulanya…

“ Iya…cuba tengok…dimulai dengan Tunku Abdul Rahman….kemudian Tun Abdul Razak…lepas tu Tun Hussein Onn…sekarang Mahathir…”

“ R untuk Rahman….A untuk Abdul Razak….H untuk Hussein Onn….M untuk Mahathir….ah,kebetulan je kot..kita tak tahu lepas ni sape kan?.....”

“ Kita tunggu dan lihat sahajalah…”

Naiknya Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 jumaat lalu mengingatkan Damai pada perbualan itu….

R = Rahman

A= Abdul Razak

H= Hussein Onn

M= Mahathir

A= Abdullah

N = Najib

Indah sungguh aturan Allah….dengan berkat nama Allah ini,diharapkan Malaysia akan terus berada di bawah rahmat dan belas kasihan Pencipta seluruh alam ini….bertukarnya pemimpin seharusnya menjanjikan satu perubahan atau penghijrahan kepada sesuatu yang lebih baik….dan yang dikatakan lebih baik itu pastinya bermaksud supaya kita lebih dekat
pada-Nya….

Tetapi andaikata jalan yang lebih baik ini tidak mahu dikecap atau dengan sengaja kita menyimpang jauh dari mendekatinya,maka ingatlah,azab Allah itu sesungguhnya teramat amat pedih….

Bangunlah rakyat Malaysia….celikkan mata….dengarkan ke telingamu….lontarkan dengan lisanmu…dan gerakkan kaki dan tanganmu pada usaha mencari yang haq dan menegah yang batil….perubahan puncak kepimpinan sesekali tidak akan mengubah keadaan dan menyelesaikan masalah melainkan ketua yang dipilih itu cukup jelas akan tujuan hidup di muka bumi ini…..

Kembali pada Allah…

Pulang pada Allah…

Tunduk pada Allah….

Itulah hakikat kehidupan yang sebenar….itulah punca penyelesaian setiap masalah,tidak kira kecil atau besar masalah itu….

Tidak kira berapa kali turun naiknya kuasa kepimpinan...tidak penting sehebat mana tahap kepimpinan ketua itu....andai dia jauh dari Allah,jauh dari kuasa yang Menciptakannya.....
masalah pasti akan terus menjengah dan jalan penyelesaian akan menjadi bertambah sukar untuk dicari…

Allah juga yang Maha Mengetahui rahsia setiap sesuatu yang berlaku….

~~ selepas N sudah tiada huruf…apakah ertinya?~~

Thursday, April 2, 2009

hikmah berfikir...

“ Tell me…in which situation can haematuria present? “

“ Glomerulonephritis….”

“ What else?...”

“ Stones…”

“ Drugs….food…”

“ Alport syndrome….vasopathy…dysmetabolic nephropathy….tumor of kidneys…secondary hemolytic anemia….etc etc etc…”

Wah,banyak sungguh penyakit yang mempunyai symptom haematuria ini….ada banyak lagi,tapi cikgu tidak meneruskan kata2nya….mahu kami mencari sendiri barangkali…

Memegang amanah sebagai seorang doktor bukan kerja mudah….terasa seolah2 menjadi malaikat maut pada pesakit2…..bukan kecil taruhannya,tersilap langkah,nyawa tergadai….nauzubillah….

Seperti hal di atas,sebagai seorang doctor,apabila pesakit mengadu bahawa kencingnya berdarah,tidak wajar bagi doctor itu untuk terus meletakkan diagnosis glomerulonephritis pada pesakit itu tanpa bertanya lebih lanjut tentang symptom2 lain yang dialami pesakit…..seorang doctor harus sentiasa berfikir dan menggunakan ilmunya pada setiap kemungkinan yang ada bagi setiap aduan pesakit….

Buruk akibatnya apabila seseorang yang berilmu mula berkata2 atau menulis sesuatu tanpa menggunakan ilmu yang dimilikinya…..dan apa yang lebih buruk lagi adalah apabila seseorang itu berani membuat keputusan terhadap sesuatu perkara sedangkan ilmunya tentang perkara itu cuma di tahap ‘superficial’sahaja….

Itulah yang berlaku di universiti Damai sekarang....kewujudan sebuah blog yang menulis tentang keburukan universiti ini hangat diperkatakan di kalangan pelajar…Damai sendiri sudah membaca entri tersebut….tapi,malas hendak melayan manusia seperti itu yang setiap kata2nya jelas mempamerkan kecetekan fikiran,meskipun bergelar seorang doctor….nauzubillah….

Nyawa pesakit letaknya di tangan doktorkah?

Mengadakan bisnes makanan untuk menampung duit poket yang kering itu salahkah?

Hinakah mereka yang berkahwin semata2 untuk mengelakkan zina?

Pensyarah2 kami memang kebanyakkan sudah tua dan tidak pandai berbahasa inggeris,itu kelemahan mereka,namun tidak cukupkah nota2 kuliah,dan buku2 rujukan berbahasa inggeris yang ada?....

Benarkah pesakit tidak mahu dipegang atau di’temuramah’ tentang sakit mereka?...sepanjang 6 tahun Damai di sini,alhamdulillah segalanya mudah sahaja….

Malulah kamu yang menulis di blog tersebut….kerana apa?...kerana kewibawaan kamu sebagai seorang doctor dipengaruhi keadaan sekeliling….pesakit tidak mahu kamu memeriksa kesihatan mereka,kamu dengan mudah melabel negara ini tidak bagus….ah,Damai sendiri malu hendak mengaku bahawa Damai dan kamu sama2 belajar di universiti yang sama…

Baik buruk seorang doctor tidak terletak pada di mana ilmu itu dituntut tetapi terletak pada sejauh mana usaha yang dilaburkan dalam proses menuntut ilmu itu….

Tidak percaya?...

~~mengapa ya…meskipun di dalam satu kelas yang sama,diajar oleh guru yang sama,diberi tugasan kerja rumah yang sama….tetapi pengakhirannya markah yang diterima oleh pelajar2 itu tidak sama~~

Terpulang pada kamu untuk menilainya….

Friday, March 27, 2009

Damai dan sejadahijau....


Salam khas buat kamu yang sedang membaca….semoga setiap nafas yang dihela tiada lain hanyalah untuk mencari keredhaan-Nya….

SELAMAT,SELAMAT,SELAMAT HARI LAHIR
SELAMAT DARI KEMURKAAN ALLAH
SELAMAT DARI MAKSIAT LAHIR DAN BATIN
SELAMAT BERSYUKUR SELAMAT BERSABAR....

DEMI MASA SESUNGGUHNYA MANUSIA ITU RUGI
KECUALI YANG BERIMAN DAN YANG BERAMAL SOLEH
JUGA YANG INGAT MENGINGATKAN
KEPADA KEBENARAN DAN KESABARAN

SELAMAT,SELAMAT,SELAMAT HARI LAHIR
SELAMAT DARI KEMURKAAN ALLAH
SELAMAT DARI MAKSIAT LAHIR DAN BATIN
SELAMAT BERSYUKUR SELAMAT BERSABAR

DARI ALLAH KITA DATANG KEPADA ALLAH KITA KEMBALI
UMUR YANG DIPINJAMKAN HARGAILAH
GUNAKAN UNTUK BERBAKTI DAN MENYEMBAH ALLAH
BILA DAPAT NIKMAT MALULAH DENGANNYA
BILA DAPAT UJIAN REDHOLAH DENGANNYA
BERSIAPLAH UNTUK PULANG PADANYA
HIDUP DI DUNIA SEBENARNYA TIPU DAYA

SELAMAT,SELAMAT HARI LAHIR
SELAMAT DARI KEMURKAAN ALLAH
SELAMAT DARI MAKSIAT LAHIR DAN BATIN
SELAMAT BERSYUKUR SELAMAT BERSABAR

WAHAI AYAH DAN BONDA YANG TERCINTA
DIDOAKAN PANJANG UMUR MURAH REZEKI
SIHAT BADAN SEMPENA HARI LAHIR
SEMOGA ILMU DAN IMAN TERTAMBAH
SEMPENA HARI LAHIR
SEMOGA ILMU DAN IMAN TERTAMBAH

DARI ALLAH KITA DATANG KEPADA ALLAH KITA KEMBALI
UMUR YANG DIPINJAMKAN HARGAILAH
GUNAKAN UNTUK BERBAKTI DAN MENYEMBAH ALLAH
BILA DAPAT NIKMAT MALULAH DENGANNYA
BILA DAPAT UJIAN REDHOLAH DENGANNYA

SELAMAT,SELAMAT,SELAMAT HARI LAHIR
SELAMAT DARI KEMURKAAN ALLAH
SELAMAT DARI MAKSIAT LAHIR DAN BATIN
SELAMAT BERSYUKUR SELAMAT BERSABAR.....

27 Mac 2009

Wah,sudah setahun Damai melahirkan sejadahijau....^^

Terima kasih buat kamu yang sudi menjadi sahabat maya Damai ^^

Semoga Allah terus memberi keizinan untuk Damai terus menulis entri2 di sini ^^

~~ Selamat Hari Lahir Sejadahijau kesayanganku ^^ ~~

Sunday, March 22, 2009

dusta,khianat....itu memang sifat kamu...

Salam buat kamu semua yang hidup dan mati hanya untuk Allah yang Maha Sempurna….

Salam rindu buat junjungan agung lagi mulia Nabi Muhammad SAW, ahlulbait Baginda dan para sahabat seluruhnya…

Kelmarin usrah berbincang tentang tafsiran surah Al-Munafiquun…surah ke 63 yang mengandungi 11 ayat ini diturunkan di Madinah khas bagi menceritakan kepada kita tentang hinanya sekumpulan manusia yang berlabelkan munafiq….nauzubillahi min zalik…

Apakah yang membezakan antara golongan munafiq ini dengan golongan musyrikin Makkah?...kedua2nya juga menentang dan menafikan ajaran Rasulullah SAW?....

Perbezaannya adalah golongan munafiq ini duduknya di madinah.....mereka merupakan golongan yang hipokrit dengan memecahbelahkan ummat Islam secara halus seperti menabur fitnah,melaga2kan antara kabilah2,menghasut dan sebagainya...sedang di hadapan Rasulullah SAW dan para sahabat,mereka bersumpah dengan lidah yang mereka percaya bahawa tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad SAW itu pesuruh Allah...mereka ini adalah satu golongan yang lemah kerana mereka lahir di tengah2 kota yang menerima sebulat suara akan kerasulan Nabi Muhammad SAW....jadi,untuk menentang secara terang2an adalah mustahil bagi mereka memandangkan tiada satu pun rumah di Kota Madinah ketika itu yang tidak dimasuki oleh Islam....

Berbeza pula dengan golongan musyrikin Makkah kerana mereka adalah golongan yang menentang ajaran Nabi SAW secara terang2an....mereka menyeksa,mendera dan menyakiti baginda SAW dan para sahabat.....dijemur di tengah panas,disebat,dibutakan mata,semua ini kerja orang2 musyrikin.....hal ini terjadi kerana di Makkah,ajaran Rasulullah SAW ditolak langsung dan menyebabkan jumlah golongan yang musyrik lebih banyak daripada yang Islam....memegang takhta sebagai majoriti menjadikan mereka bebas untuk memperlakukan apa sahaja terhadap Nabi SAW dan pengikut2 Baginda.....

Ayat 5-8 surah ini diceritakan oleh ulama’ salaf bahawa ianya diturunkan untuk berbicara tentang ketua orang munafiq ketika itu iaitu Abdullah ibn Ubay ibn Salul....sebelum penghijrahan Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah,dikatakan bahawa penduduk Madinah akan menaikkan Abdullah ibn Ubay sebagai ketua atau pembesar di kota itu...namun,setelah kedatangan Baginda SAW,kerana sinar Islam yang indah itu,penduduk Madinah sebulat suara mengangkat Rasulullah SAW sebagai ketua di sana....ini menyebabkan wujudnya dendam kesumat di lubuk hati Abdullah ibn Ubay terhadap junjungan agung Rasulullah SAW....

”Dan apabila dikatakan kepada mereka: ” Marilah (bertaubat) supaya Rasulullah meminta ampun (kepada Allah) untuk kamu”, mereka (enggan sambil) menggeleng-gelengkan kepalanya; dan engkau melihat mereka berpaling (dari bertaubat) serta mereka berlaku sombong angkuh.”

”(Tidak ada faedahnya) kepada mereka, sama ada engkau meminta ampun untuk mereka atau engkau tidak meminta ampun, Allah tidak sekali-kali akan mengampunkan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang fasik.”

”Merekalah yang mengatakan (kepada orang-orang Islam di Madinah yang menolong Rasulullah dan orang-orang Muhajirin): “Janganlah kamu membelanjakan harta kamu kepada orang-orang yang ada bersama-sama Rasulullah supaya mereka bersurai (meninggalkannya)”.

"Padahal bagi Allah jualah perbendaharaan langit dan bumi, (tiada sesiapapun yang dapat memberi atau menyekat sebarang pemberian melainkan dengan kehendakNya); akan tetapi orang-orang yang munafik itu tidak memahami (hakikat yang sebenarnya).”

”Mereka berkata lagi: ” Demi sesungguhnya! Jika kita kembali ke Madinah (dari medan perang), sudah tentu orang-orang yang mulia lagi kuat (pihak kita) akan mengusir keluar dari Madinah orang-orang yang hina lagi lemah (pihak Islam)”. Padahal bagi Allah jualah kemuliaan dan kekuatan itu dan bagi RasulNya serta bagi orang-orang yang beriman; akan tetapi golongan yang munafik itu tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).”

( al-Munafiquun : 5-8 )

Kisah bagi 4 ayat dalam surah Al-Munafiquun ini bermula ketika berakhirnya Perang Bani al-Mustaliq di suatu tempat bernama al-Muraisi’ pada tahun ke-6 hijrah ( ada buku mengatakan tahun ke-5 hijrah)....di kawasan itu terdapat satu sumber air kepunyaan penduduk Madinah....usai peperangan,berlaku pergaduhan antara kaum Ansar ( penduduk Madinah ) dan kaum Muhajirin ( penduduk Mekah yang berhijrah ) dalam merebut air di kawasan itu.....Abdullah ibn Ubay yang melihat hal keadaan itu terus sahaja naik angin terhadap kaum Muhajirin....

“ Adakah mereka ( kaum Muhajirin ) tergamak melakukannya? Mereka telah melebihi kita di negeri kita sendiri. Demi Allah,keadaan kita dengan *jubah2 Quraisy ini tidak ubah seperti pepatah orang2 dahulu; ‘gemukkan anjingmu nescaya ia akan memakanmu’ , Demi Allah,jika kita kembali ke Madinah nanti,orang yang mulia akan menghalau orang yang hina dari
Madinah “ kata Abdullah ibn Ubay...

Sambungnya lagi....

“ Inilah akibat daripada perbuatan kamu ke atas diri kamu sendiri..kamu telah memasukkan mereka ( kaum Muhajirin ) ke dalam negeri kamu...kamu membahagi2kan harta benda kamu dengan mereka..Demi Allah,jika kamu tahan harta benda kamu daripada mereka dengan kuasa kamu,nescaya mereka akan berpindah ke tempat lain dari negeri kamu..”

Kata2 ini didengar oleh seorang anak muda bernama Zaid ibn Arqam...lalu dia segera mengkhabarkan kata2 ketua orang munafiq ini kepada Rasulullah SAW....

Saidina Umar al-Khattab yang berada bersama Rasulullah SAW terus sahaja ingin membunuh Abdullah ibn Ubay setelah mendengar aduan Zaid itu...namun Rasulullah SAW dengan tenang berkata...

“ Wahai Umar,bagaimana nanti jika orang bercakap2 bahawa Muhammad membunuh sahabat2nya? Ini tidak mungkin,tetapi perintahkan mereka supaya bertolak sekarang meninggalkan tempat ini..”

Tentera2 yang terdiri daripada golongan Ansar dan Muhajirin itu pun bergerak pulang menuju kota Madinah pada waktu itu juga ( waktu Zohor )....kebiasaannya,Rasulullah SAW tidak akan bergerak pulang pada waktu itu kerana cuaca yang terik panas akan menyukarkan para tentera tetapi setelah menerima berita itu,Rasulullah SAW terus sahaja bergerak meskipun ada di antara para sahabat yang kehairanan...Rasulullah SAW meneruskan perjalanan tanpa henti hingga zohor esoknya menyebabkan kesemua tentera merasa penat lalu tertidur...tujuan Rasulullah SAW tidak berhenti adalah bagi mengelakkan tentera2 itu berbicara tentang kata2 Abdullah ibn Ubay itu....

Di Madinah,anak Abdullah ibn Ubay yang mendengar perihal lisan ayahnya itu terus berjumpa Rasulullah SAW meminta izin agar tugas membunuh ayahnya itu diserahkan padanya...anaknya yang bernama Abdullah itu berkata...

“ Wahai Rasulullah,ada berita sampai kepada saya bahawa anda hendak membunuh ayah saya,Abdullah ibn Ubay kerana kata2 ancamannya yang telah sampai kepada anda..jika anda terpaksa berbuat begitu,maka serahkan sahaja perkara ini kepada saya..saya sanggup membawa kepalanya kepada anda..Demi Allah,suku Khazraj tahu bahawa tiada sorang lelaki di kalangan mereka yang lebih berbakti kepada kedua ibu bapanya melainkan saya..saya takut anda menyuruh orang lain dari saya membunuhnya...kerana itu janganlah anda membiarkan diri saya melihat pembunuh Abdullah ibn Ubay itu berjalan di tengah orang ramai hingga menyebabkan saya membunuhnya,dan ini bererti saya telah membunuh seorang Mu’min yang telah membunuh seorang kafir,dan akibatnya saya akan masuk ke dalam neraka..”

Baginda SAW menjawab...

“ Sebenarnya kita akan melayaninya dengan lemah lembut dan kita akan terus bersahabat baik dengannya selama dia berada bersama2 kita..”

Pulangnya Abdullah ibn Ubay ke pintu masuk Madinah disambut oleh anaknya dengan pedang yang terhunus....Anaknya berkata...

“ Demi Allah,ayah tidak boleh lalu di sini melainkan apabila ayah telah diizinkan Rasulullah SAW kerana dialah orang yang mulia sedangkan ayah seorang yang hina..”

Rasulullah SAW yang ketika itu turut masuk ke kota Madinah terus sahaja memberi kebenaran untuk Abdullah ibn Ubay memasuki Madinah...inilah tafsiran ayat ke-8 surah ini berkaitan penyingkiran orang yang hina oleh orang yang mulia...Allah membuktikan siapa di antara mereka itu yang mulia dan hina....

Rasulullah SAW melayan kaum munafiq dengan baik,tidak seperti golongan kafir yang lain...bahkan Rasulullah SAW tidak pernah menyebut nama2 mereka yang munafiq ini di hadapan sahabat2 kecuali pada seorang sahabat Baginda SAW yang dipercayainya iaitu Huzaifah ibn al-Yaman....para sahabat yang lain hanya dapat mengetahui seseorang itu dalam golongan munafiq atau tidak pada hari kematian orang itu...kerana Rasulullah SAW tidak akan menyembahyangkan jenazah orang munafiq.....selepas kewafatan Rasulullah SAW,Huzaifah ibn al-Yaman meneruskan perbuatan Rasulullah SAW ini...para sahabat yang lain akan mengikut Huzaifah...sekiranya Huzaifah ikut menyembahyangkan jenazah,para sahabat akan turut ikut solat...jika tidak,maka para sahabat tidak akan solat....

“ Dan jangan engkau sembahyang atas seseorang yang telah mati di antara mereka selama2nya dan janganlah pula engkau berdiri di atas kuburnya ( untuk ziarah ), sesungguhnya mereka itu kafir terhadap Allah dan Rasul-Nya,dan mereka mati sedang mereka itu fasiq. “
( At-Taubah : 84 )

~~oh,entri yang panjang...maaf ya sahabat2...ambil masa kamu sedikit ^^ ~~

Akhirnya....selalu2lah baca doa ini...

“ Ya Allah,sucikanlah hati kami dari sifat2 munafiq....amalan2 kami dari sifat riak....pandangan2 kami dari perkara2 khianat...dan lisan kami dari berkata perkara dusta...”

Ameen...ameen...ameen Ya Rabbal’alameen ^^

Wednesday, March 18, 2009

HATI SEDIH DAN RINTIH IBU...


HATI SEDIH....

“ Mana Damai tahu akak ni lelaki? “

“ Hihihi...maaflah Damai...”

Wah,semudah itu rupanya kata2 maaf diminta...ya,jauh di sudut hati,Damai sudah memaafkan tetapi di suatu ruang hati yang terhiris itu juga ketahuilah ianya amat payah untuk diubati....

Pertama kali Damai tertipu...seorang yang sudah lama Damai kenali,sudah dianggap seperti kakak sendiri meski hanya sekadar berkenalan di YM tetapi atas niat bersaudara,Damai mudah menyayangi bahkan sentiasa mendidik hati agar tidak berburuk sangka pada sesiapa....tiba2 terbongkar rahsia bahawa dia yang Damai anggap seorang kakak yang mendengar keluhan penat lelah Damai,rupa2nya seorang lelaki....Ya Allah,wujud rupanya insan sebegini....tidak rasa bersalahkah menipu sesama saudara?...

Sebetulnya,ianya salah Damai juga....banyak kali mama dan baba pesan,berhati2 dalam memilih sahabat,lebih2 lagi di medan maya ini....kak long (ain) juga selalu mengatakan keraguannya terhadap ‘kakak’ ini,tetapi atas dasar ukhuwwah Damai cuba berfikiran baik terhadapnya...terimalah wahai Damai natijah akibat kepercayaan kamu....sungguh bodoh rasanya....ditipu sebegini...bukan kenal sehari dua,sudah berbulan2 lamanya....Ya Allah,terima kasih atas petunjuk-Mu ini....

Wahai insan yang bernama manusia....yang sejarahnya bukan calang2....lahir dari sebuah universiti terkenal di bumi Anbiya’....insaflah....kalau masih ramai lagi di luar sana yang tertipu kerana kamu,kembalilah pada Allah....perbuatan dusta ini dibenci Rasulullah SAW meskipun ketika hendak bergurau....ilmu yang kamu timba datang dari tanah yang penuh barakah,dari langit yang penuh manfaat....jangan sia2kannya....

~~Masih bersarang rasa sedih...namun,kerana marah itu sudah reda,airmata tidak mampu lagi mengalir....~~


RINTIH IBU...

Hari ini Damai telefon mama di Malaysia...mama sedang bekerja rupanya....oh,sunyinya hidup mama sekarang...adik di kuantan...ayah di terengganu....anak2 buah semuanya balik kelantan,tinggal mama keseorangan di rumah....sabar ya mama sayang,4 bulan sahaja lagi,anakmu ini akan pulang menemanimu setiap detik setiap masa...insyaAllah...

Mama bercerita tentang seorang sahabatnya yang sedang risau lantaran anaknya sudah berbulan tidak menghantar SMS....ingin tahu kenapa?

Kerana si anak hendak keluar mengembara di bumi Eropah,namun kerana masalah keluarga yang melanda,si ibu tidak dapat memberi sejumlah wang yang si anak perlukan untuk tujuan kembara itu...lantas,dari detik itu hingga kini,anaknya merajuk dengan tidak mengirim sebarang berita pada si ibu....

Aduh,pasti sedih sekali hati si ibu....anak dihantar belajar setinggi langit dengan harapan dapat memetik sebutir dua bintang buat pengganti tiap titis peluh yang mengalir....namun,kasihan nasib si ibu,jangankan bintang yang diharapkan,malah anaknya sendiri sudah lupa untuk turun menjejak kaki ke bumi.....Ya Allah,ampunkan dosanya dan dosa kami sebagai anak....

Wahai anak....tidak cukupkah peringatan yang diberikan-Nya dalam Al-Quran?

Wahai anak....tidak cukupkah paparan sejarah mereka2 yang pernah dijatuhkan azab terus di dunia lantaran derhakanya mereka pada kedua ibubapa?

Wahai anak....lupakah dikau bahawa syurga yang indah ni’mat itu terletak di telapak kaki ibu?

~~Ya Allah,semoga pintu hatinya terbuka menerima petunjuk-Mu....tabahkanlah hati ibunya....dan jauhkanlah diri ini dari kedurhakaan ini...ameen~~

“ Dan Kami wasiatkan kepada manusia,terhadap ibubapanya...ibunya mengandungkannya dengan ( menderita ) kelemahan di atas kelemahan dan menceraikannya dari susuan dalam dua tahun; bersyukurlah kepada-Ku dan kepada ibubapamu;kepada-Ku tempat kembali. " ( Luqman : 14 )






Sunday, March 15, 2009

A tag from Rdhanz...

If someone says "are you okay" you say?
Yaa...I’m fine...


What do you like in a guy/girl?
Sense of humor....


What is your life's purpose?
Search for His love...


What's your motto?
Sabar itu indah...


What do your friends think of you?
A naughty girl...


What do your parents think of you?
”When will this girl grow up and be matured???” ^^


What do you think about very often?
I’m the most unpretty girl among people ^^


What do you think about your best friend?
She’s my second mother ^^


What is your life story?
It’s delicious....with all the flavours needed...alhamdulillah


What do you want to be when you grow up?
Erm...don’t know....because right now,I’m busy learning on how to grow up ^^


What do you think when you see the person you like?
”Why do I like her?”


You dance at your wedding?
”Should I????”


What is your hobby/interest?
Blogging,sleeping......


What is your biggest fear?
Allah....


What is your biggest secret?
Lets the secret safe just between Allah and me ^^


What do you want right now?
My lovely family...missing them so much


What do you think of your friends?
They are all very pretty....^^


What will you post this as?
A tag from Rdhanz....

Thursday, March 12, 2009

izin-Nya..

“ Alamak,macam mana boleh antah ni,rasa dah sukat air betul dah tadi “

“ Apasal lah dia tinggalkan aku….tak cukup hensem ke aku ni? “

“ Aduh,jerawat lagi…yang lama tak hilang lagi,dah tumbuh yang baru…huhu”

“ Geramnya!!! Tadi takde pulak nak keluar angin ni…time dah ambik wudhu’ nilah dia nak keluar..”

“ Laa,nape dah takde air panas ni…tak nampak ke kat luar tu bersalji lagi?..”

“ Aik,dia dapat markah penuh?...rasanya dia tak study semalam…”

“ Adoilaa,tak perlu kot nak pancit sekarang wahai tayar…”

“ Hujanlah pulak hari ni….punah harapan nak mandi sungai..”

“ Ya Allah,bila pulak tudung aku kene xxxx burung ni..”

Siapa yang tidak pernah merungut?...geram…marah….sedih….apabila sesuatu yang dirasakan tidak sepatutnya berlaku pada ketika dan saat itu,tiba2 terjadi….puas sudah merancang,namun natijahnya tidak seperti yang diharapkan….Mungkin pada saat itu,kita terlupa bahawa wujudnya satu kuasa agung yang menentukan tiap2 sesuatu yang berlaku….terlupa bahawa izin-Nya mengatasi segala….

Siapa yang harus disalahkan bila kari yang ingin dimasak tiba2 bertukar rasa menjadi masak lemak?....nak tuding jari pada siapa jika bilik yang pintunya berkunci itu masih boleh dilawat pencuri?......kurang enakkah rasa cacing ini yang gagal mengumpan walau seekor ikan kecil?.....

Muhasabah diri.

Renung.

Fikir.

Kita ini hanya hamba….layakkah seorang hamba menaikkan suara pada tuannya?.....

Terimalah segalanya dengan tenang….bersangka baik dengan Allah,itu yang paling utama….Allah yang mencipta kita,pasti Dia tahu apa yang terbaik buat kita…latih diri agar tidak mudah melatah kerana sesungguhnya setiap izin-Nya itu penuh rahsia dan hikmah hingga tidak mampu aqal ini memikirkan….

“ Ingatlah ketika Allah berfirman; Wahai Isa anak Maryam,ingatlah akan ni’matKu padamu dan pada ibumu,ketika Aku menguatkan engkau dengan roh suci ( Jibril),engkau bercakap dengan manusia di dalam buaian (masih bayi) dan ketika dewasa, dan ketika Aku mengajarkan kitab,hikmah,Taurat dan Injil kepadamu,dan ketika kamu membuat bentuk burung daripada tanah dengan izinKu,dan ketika engkau menyembuhkan orang buta dan sopak dengan izinKu,dan ketika engkau mengeluarkan orang mati (hidup kembali) dengan izinKu,dan ketika Aku tahan Bani Israil hendak membunuhmu ketika engkau beri keterangan kepada mereka,ini tidak lain,hanya sihir semata”

( Al-Maidah : 110 )

Tuesday, March 10, 2009

Muhammad ibnu Az-Zabahain....

Salam buat junjungan besar Muhammad SAW yang hidupnya tidak pernah berhenti dari memikirkan nasib ummatnya….berbahagialah di samping Allah,Tuhan yang memberi kemuliaan….semoga air dari telaga Kauthar itu dapat kami teguk dari telapak tanganmu Ya Rasulullah SAW…ameen…

Salam Maulidur Rasul juga buat kamu yang membaca ^^

Siapa yang tidak kenal pada insan mulia Muhammad SAW….baginda dikenali bukan sahaja di kalangan mereka yang beragama Islam,malah yang Yahudi,Nasrani,Buddha, hatta yang tidak punya agama juga kenal pada nama ini….bukan itu sahaja,seluruh makhluk di langit dan di bumi serta di antaranya juga kenal pada kekasih Allah ini….Maha Suci Allah yang telah memuliakan baginda….

Tidaklah Damai ingin bercerita panjang tentang sirah Rasulullah SAW ini kerana Damai pasti kita semua sudah arif berkenaan kehidupan baginda sejak dari kelahiran baginda sehinggalah saat nyawanya ditarik…Cuma,di sini Damai ingin menulis sedikit tentang satu gelaran yang diberikan pada Nabi SAW yang jarang kita dengar mengenainya iaitu gelaran Muhammad ibnu Az-Zabahain yang membawa maksud Muhammad anak dari 2 penyembelihan yang tak jadi....ilmu ini Damai dapat dari siri jejak rasul ( musim tak ingat ) dari ustaz Abu Hassan Din Al-Hafiz ^^

Mengapa Nabi SAW digelar sedemikian?

Jika kita menyusuri susur galur baginda,baginda SAW berasal dari keturunan Nabi Ibrahim ‘alaihissalam melalui isterinya Siti Hajar yang melahirkan Nabi Ismail ‘alaihissalam….kita semua sudah tahu mengenai peristiwa Qurban yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim ‘alaihissalam ke atas anaknya,Nabi Ismail ‘alaihissalam itu….kerana tulusnya cinta dan ikhlasnya hati Nabi Ibrahim ‘alaihissalam pada Allah,Allah telah menggantikan Nabi Ismail ‘alaihissalam dengan seekor kibas untuk disembelih….

Dari keturunan Nabi Ismail ‘alaihissalam inilah lahirnya Abdul Mutalib,datuk kepada Nabi Muhammad SAW…Abdul Mutalib pernah suatu ketika bernazar,sekiranya beliau dikurniakan sepuluh orang anak lelaki,beliau akan mengorbankan seorang daripada anaknya itu….

Setelah dua dekad berlalu,Allah telah mengurniakan sepuluh orang anak lelaki buat Abdul Mutalib…tibalah masa untuk beliau mengundi anak yang akan disembelih….ketika mencabut nama yang perlu disembelih,naiklah nama Abdullah,bapa Nabi Muhammad SAW yang merupakan anak bongsu Abdul Mutalib…kerana kasihnya Abdul Mutalib pada anak bongsunya itu,beliau memutuskan untuk mengorbankan 10 ekor unta sebagai ganti…namun,ketika sekali lagi undian dibuat,masih lagi nama Abdullah yang naik…beliau menambah lagi 10 ekor unta untuk dijadikan ganti….tetapi,nama Abdullah tetap juga naik selepas itu…setelah 10 kali undian,barulah nama Abdullah tidak lagi naik…bererti penyembelihan Abdullah juga tidak jadi dan telah ditebus dengan 100 ekor unta…Allahu a’lam…

Dari Abdullah yang telah berkahwin dengan Aminah,lahirlah penghulu kita Nabi Muhammad SAW….maka,kerana itulah baginda SAW digelar juga dengan nama ibnu Az-Zabahain…Allahu a'lam...

Sungguh indah aturan Allah bukan ^^

Sebagai akhir entri kali ini,Damai ingin ingatkan agar kamu yang membaca dapat memperbanyakkan lagi berselawat ke atas baginda SAW…..

Dari Ibnu Mas’ud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
"Orang yang terdekat denganku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku”. (Hadis Riwayat At-Trimidzi)
Dari Abu Hurairah r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda:
"Janganlah kamu jadikan kuburku sebagai tempat perayaan dan berselawatlah kepadaku, maka sesungguhnya bacaan selawatmu itu akan sampai kepadaku dimana sahaja kamu berada”. (Hadis Riwayat Abu Daud)

Dan amalkanlah sunnah baginda SAW sesungguh2nya sebagaimana yang kita mampu....kerana sesiapa yang tidak suka untuk mengamalkan sunnah baginda SAW, di akhirat nanti Nabi Muhammad SAW tidak akan menerima mereka sebagai ummat baginda....nauzubillah...

~~mari istiqamah berselawat atas Rasulullah SAW paling kurang 100 kali sehari~~

Friday, March 6, 2009

tarbiyyah di sebalik 'Al-Mumtahanah'....

Setiap dari kita alhamdulillah punya ibu,punya ayah,punya adik beradik dan sanak saudara yang amat kita sayangi….siapa yang tidak cinta pada seraut wajah tua ibu yang tidak pernah rehat melayan karenah kita sejak dari dalam perut sehingga apabila kita sudah punya anak sendiri….siapa yang tidak kasih pada tubuh tua ayah yang dulu tidak pernah kering peluh keluar mencari sesuap nasi buat kita yang kelaparan di rumah….siapa yang tidak rindu pada saudara2 seibu seayah yang sama2 membuat ‘onar’ di rumah sehingga pening kepala ibu melayan…

Namun,itulah pengorbanan yang terpaksa diambil jika diri inginkan kejayaan…tidak kira kejayaan di dunia mahupun akhirat…

Terkadang pernah juga terfikir ingin lari terus dari dunia belajar ini dan pulang bermesra2 bersama2 keluarga tercinta…rezeki kan boleh dicari…sedangkan ulat di dalam batu pun boleh hidup…tapi,bukankah ini satu amanah…bukan sekadar amanah keluarga bahkan amanah agama dan negara juga…

Begitulah yang terpaksa dihadapi oleh Rasulullah saw dan para sahabat dahulu…peristiwa hijrah menjadi bukti teguhnya iman meninggalkan keluarga dan harta,sehelai sepinggang menuju keredhaan Allah…

Sedangkan kita yang terpisah sementara ini merasakan rindu dan risau pada keadaan keluarga yang ditinggalkan,apatah lagi sahabat2 yang berhijrah itu…kerana Allah dan Rasul,sakit ini ditanggung…namun,adakalanya,lemah juga diri apabila ujian Allah datang bertamu…

Itulah yang ditanggung oleh seorang sahabat Nabi SAW bernama Hatib Ibn Abu Balta’ah…beliau merupakan seorang kaum muhajirin dan menyertai peperangan Badar….beliau juga terpilih di kalangan beberapa sahabat yang lain untuk mendengar rancangan Nabi SAW untuk menakluk Mekah kerana kaum musyrikin Mekah telah melanggar syarat2 perjanjian Hudaibiyah….di hujung perbincangan itu,Rasulullah SAW terlah berdoa :

“ Ya Tuhanku,lindungkan berita ini dari mereka ( kaum musyrikin ) “

Mendengar perancangan penyerangan kota Mekah itu membuat Hatib resah dan risau akan keselamatan sanak saudaranya yang masih berada di Mekah….lantas,beliau menulis sepucuk surat memberitahu tentang rancangan Rasulullah SAW itu dan diserahkan kepada seorang wanita musyrikin Mekah yang datang ke Madinah untuk diberikan kepada kaum keluarganya di Mekah….

Kerana berkat doa Nabi SAW,hal surat itu baginda ketahui lalu baginda SAW mengarahkan agar beberapa orang sahabat termasuk Saidina Ali bin Abi Talib mengejar wanita musyrikin itu dan mengambil semula surat yang diutuskan Hatib itu….

Sahabat2 berjaya menahan wanita itu….pada mulanya,wanita itu enggan mengaku tentang kewujudan surat tersebut….tetapi setelah diugut oleh Saidina Ali dan sahabat yang lain,akhirnya wanita musyrikin itu menyerahkan surat tersebut…

Saidina Umar yang mengetahui tentang hal tersebut terus sahaja berkata pada Rasulullah SAW…

“ Wahai Rasulullah,dia ( Hatib ) telah mengkhianati Allah dan Rasul-Nya dan sekalian orang mu’min,serahkan sahaja kepada hamba memenggal lehernya..”

Rasulullah SAW dengan tenang bertanya pada Hatib…

“ Apakah tujuan engkau berbuat begini? “

Hatib menjawab..

“ Demi Allah,saya tidak mempunyai apa2 tujuan melainkan untuk tetap beriman kepada Allah dan Rasul-Nya..tujuan saya berbuat begitu supaya budi saya dikenang mereka dan saya harap dengan budi ini,Allah melindungkan keluarga dan harta benda saya di sana,kerana tiada seorang pun daripada sahabat2 anda melainkan semuanya masing2 ada anak buahnya,dan dengan perantaraan mereka Allah melindungkan keluarga dan harta benda mereka di sana”

Rasulullah SAW pula berkata…

“ Cakapnya memang benar..oleh itu,janganlah lagi kamu berkata apa2 melainkan kata2 yang baik sahaja”

Saidina Umar berkata lagi..

“ Wahai Rasulullah,dia ( Hatib ) telah mengkhianati Allah dan Rasul-Nya dan sekalian orang mu’min,serahkan sahaja kepada hamba memenggal lehernya..”

Rasulullah SAW membalas…

“ Bukankah dia ahli peperangan Badar?”

Saidina Umar menjawab

“ Semoga Allah memberi kebaikan kepada ahli peperangan Badar”

Lalu,dengan terjadinya peristiwa ini,Allah telah menurunkan ayat 1-3 surah Al-Mumtahanah….

Demikianlah ujian yang Allah beri pada kita hamba-Nya…kisah di atas menunjukkan bahawa setiap insan punya kelemahannya masing2….walaupun,Hatib merupakan seorang pahlawan perang,namun kerana keluarga yang tercinta,imannya lemah juga sehingga hampir2 bocor rahsia golongan mu’minin…

Begitu juga dengan kita….Allah tidak sesekali menjadikan sesuatu peristiwa sia2…semuanya ada pengajaran bagi kita….dalam segala jenis urusan,Allah dan Rasul seharusnya berada di tempat yang pertama….

Kita juga tidak perlu menjadikan musuh Allah sebagai pembantu ( Hatib yang memohon bantuan wanita musyrikin)…kerana boleh dia akan mengkhianati kita….namun,Allah juga tidak sesekali melarang kita berbaik dengan mereka selagi mereka tidak melampaui batas…

Contohi Rasulullah SAW dalam menyelesaikan sesuatu masalah…tidak tergopoh gapah menjatuhkan hukum,sebaliknya bertanya dengan penuh sabar dan tenang….sungguh mulia junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW ini….

Dan latihlah diri mencontohi sifat Hatib yang berani berkata benar meskipun beliau tahu natijah yang bakal diterimanya kerana perbuatannya itu….walaupun mungkin akan kehilangan kepala,berkata dusta tidak sekali kali…

Patuhnya para sahabat pada arahan seorang ketua juga perlu kita ikut….apabila Rasulullah SAW menasihatkan agar hal ini tidak disebut2 lagi,para sahabat tidak sekali kali mengungkit akan hal ini sama ada di hadapan atau di belakang Hatib dan Rasulullah SAW….kalau kita,sebulan pun belum tentu hal ini akan reda….astaghfirullah…

Banyak lagi ilmu yang boleh diserap dari tafsiran surah Al-Mumtahanah ini….semoga kita semua membaca,memahami dan mengamalkannya dalam usaha untuk mencapai redha-Nya…insyaAllah…

Tuesday, March 3, 2009

fikir-fikir....

Tidak semua makanan itu mengenyangkan,
Tidak semua kenyang selepas makan.

Tidak semua kesedihan perlu ditangisi,
Tidak semua tangisan menunjukkan kesedihan.

Tidak semua yang pelupa itu tua,
Tidak semua yang tua itu pelupa.

Tidak semua cinta itu buta,
Tidak semua buta kerana cinta.

Tidak semua ubat itu pahit,
Tidak semua yang pahit itu ubat.

Tidak semua yang berdarah itu sakit,
Tidak semua yang sakit perlu berdarah.

Tidak semua mati kerana sakit,
Tidak semua sakit pengakhirannya mati.

Saturday, February 28, 2009

SaTu HaTi SaTu JiWa....





~~together forever insyaAllah ^^ ~~


~~ aini dan kak long ( ain ) ~~


~~ fadhilah dan kak ngah ~~

~~ kak ngah ( zarina ) dan uda ( faeza ) yang tersayang ~~


“ tak bosan ke korang ni?...kat rumah, kat kelas, kat mana2 tengok muka yang sama je…”

Kata2 yang sudah lali masuk ke gegendang telinga Damai dan sahabat2 Damai…

“…antisosial laa korang ni…”

Antara ungkapan lain yang juga pernah ditelan telinga ini…

Namun,semuanya kami ( Damai dan sahabat2 Damai ) terima dengan hati terbuka…

~~ aik...kenapa Damai tak pandang tu? ^^ ~~

Kami bahagia bila bersama…ke mana2 sahaja kami selesa bersama…bila difikir dengan logic akal memanglah terpatri rasa bosan itu…bayangkan,kami semua tinggal serumah…sudahlah serumah,majority antara kami berada di dalam kelas yang sama…kesimpulannya,selama 6 tahun ini,kami sudah jadi seperti adik beradik…bezanya cuma lain ayah dan lain emak ^^



~~ achot ( maisara )....tinggal serumah tapi tak sekelas...~~

Namun,keakraban kami tidak meletakkan kami ke tahap tidak menerima kehadiran sahabat2 yang lain….bukan kami tidak ikuti program2 dan aktiviti2 yang diadakan….semuanya (kalau Damai tidak silap) kami ikut….bukan kami tidak kenal siapa si fulan itu,siapa si fulan ini…semuanya insyaAllah kami kenal dan akan kami simpan kemas dalam lipatan ingatan kami ^^

~~ apa guna henpon canggih2 kalau tak digunakan untuk mengambil gambar ^^ ~~

Dalam banyak hal juga,kami berinteraksi dengan sahabat2 yang lain…ada juga kami keluar membeli barang dengan sahabat2 lain….keluar mengembara dengan sahabat2 lain yang juga menyukai aktiviti2 pengembaraan….malahan, setiap dari kami juga mempunyai ahli usrah masing2 yang terdiri daripada sahabat2 seuniversiti yang lain ^^

Jadi,janganlah dipandang keakraban kami ini sebagai satu isu untuk dipersoalkan….bukankah setiap insan mempunyai cara mereka yang tersendiri?...kami bahagia bersama dan sentiasa bersyukur kerana ditaqdirkan untuk bersama selama 6 tahun di Ukraine ini…^^



~~ dengan achot jalan2 di penang balik malaysia tahun lepas ^^ ~~

~~persahabatan itu indah jika segalanya kerana Allah~~


~~ the last winter for us...maybe...~~


~~ love you sisters....^^ ~~