Tuesday, January 20, 2009

idolaku...

“ Sesungguhnya orang2 yang mengadakan bohong ( terhadap Aishah ) ialah sekumpulan di antara kamu, janganlah kamu sangka bahawa itu kejahatan bagimu,bahkan kebaikan bagimu; setiap orang di antara mereka menanggung dosa yang dibuatnya;orang yang membuat dosa yang besar di antara mereka,untuknya seksa yang besar “

“ Ketika kamu mendengar khabar itu,mengapa orang2 beriman lelaki dan perempuan,tidak menyangka baik terhadap saudara mereka dan berkata : ini adalah bohong yang nyata. “

“ Mengapa mereka tidak mendatangkan empat orang saksi untuk tuduhannya itu, jika mereka tidak mendatangkan saksi2 adalah mereka orang yang dusta di sisi Allah “

“ Dan jika tiadalah kurnia Allah kepadamu dan rahmat-Nya,di dunia dan di akhirat, nescaya kamu ditimpa azab yang besar, kerana perbicaraan bohong itu. “

“ Ketika kamu ceritakan dengan lidahmu dan kamu katakana dengan mulutmu sesuatu yang tiada pengetahuan kamu tentang kebenarannya dan kamu kira hal itu tidak berdosa,padahal di sini Allah ( dosa ) besar. “

“ Dan mengapa tidak kamu katakan,ketika kamu mendengarnya : bahawa kita tidak sepatutnya bercakap tentang hal ini,Maha Suci Engkau Ya Allah ,inilah kebohongan yang besar. “

“ Allah memberi pengajaran kepadamu supaya kamu jangan kembali kepada yang seumpama itu selama2nya,jika kamu orang beriman. “

“ Dan Allah menerangkan kepadamu beberapa keterangan,Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. “

( An-Nur : 11-18 )


Siapa yang tidak tahu perihal kisah Aishah RA,isteri Rasulullah saw difitnah ini?...sejak di bangku sekolah rendah lagi,kisah ini telah diceritakan pada kita…namun,bukanlah kisah fitnah ini yang ingin damai ulaskan di sini,sebaliknya entri kali ini lebih kepada menceritakan betapa istimewanya wanita bernama Aishah ini…

Aishah…anak perempuan kepada sahabat akrab Rasulullah saw, Saidina Abu Bakar As-Siddiq…sejak kecil lagi,tercatat keunikan dalam penulisan kisah hidupnya….mana tidaknya,seawal umur 7 tahun,sudahpun bergelar isteri orang…dan apa yang lebih istimewa bahawa yang menjadi suaminya itu bukanlah calang2 manusia ciptaan Allah,tetapi insan yang namanya disebut sekalian penghuni langit dan bumi,iaitu Rasulullah saw sendiri…

Aishah…bermula umur 9 tahun,telah mula tinggal bersama Rasulullah saw….tidak hairanlah kebijaksanaannya disebut2 lisan manusia…masakan yang tinggal sebumbung dengan Pesuruh Allah seorang yang lemah….saban detik,saban ketika,didikan diterima dari yang mendapat didikan terus dari Yang Maha Mengetahui….sudah pastilah,kehebatannya tidak dapat ditandingi…

Abu Dawud pernah menceritakan…suatu hari Rasulullah saw telah datang kepada Aishah semasa Aishah sedang bermain…baginda terlihat patung kuda yang bersayap dua…lalu baginda pun bertanya kepada Aishah “ ini apa,wahai Aishah?”…”kuda” jawab Aishah… ”adakah kuda bersayap dua?” Baginda bertanya lagi….Aishah menjawab “ bukankah kuda Nabi Sulaiman banyak sayapnya?”…Nabi Muhammad saw tertawa mendengar jawapan spontan Aishah itu….itu bukti bijaknya Aishah meskipun umurnya ketika baru setahun jagung…

Aishah…pengarang jantung Rasulullah saw…sahabat Anas bin Malik pernah menceritakan,Rasulullah saw pernah ditanya “ Siapakah orang yang paling tuan sayangi?”…baginda menjawab “ Aishah”….baginda ditanya lagi..” yang lelakinya? “ …baginda menjawab, “ bapanya “…

Aishah….mengapa aishah begitu istimewa di sisi Rasulullah saw….kerana Aishah punca ilmu…kehebatan Aishah memahami sesuatu hukum dan permasalahan agama menyebabkan mudah untuk kaum wanita pada zaman itu bertanyakan apa2 penyelesaian permasalahan mereka tanpa berjumpa dengan Rasulullah saw sendiri…begitu juga sehingga wafatnya baginda,Aishah menjadi sumber rujukan sebarang kekeliruan dan masalah yang timbul…

Aishah….dirinya juga tidak jauh beza dari wanita yang lain….sifat cemburu begitu sinonim dengan namanya…cintanya pada insan bernama Muhammad itu tiada tolok bandingnya….Aishah pernah berkata. “ pada suatu malam saya dapati Nabi Muhammad saw tiada di samping saya,saya sangka baginda pergi kepada isterinya yang lain,rupa2nya baginda sedang rukuk ataupun sujud sambil berdoa ‘ Maha Suci Engkau Ya Allah dan segala puji untukmu,tiada Tuhan selain Engkau’…Aishah berkata lagi “ saya menyangka yang bukan2,rupa2nya kekasih Allah sedang mengerjakan yang lain “ ( Muslim dan Nasai’e )

Aishah….begitu istimewa hingga hujung nafas Rasulullah saw dihembus di rumahnya dan jasad baginda dimakamkan di bilik Aishah sendiri….

Aishah…beruntung wanita bernama Aishah ini…seharusnya kita mencontohi akhlak dan keperibadiannya…Aishah…dikau wanita unggul…sesuai dengan namamu, Ummul Mukminin…
Aishah pernah berkata, “ saya mempunyai 9 keistimewaan berbanding wanita2 lain, saya menyebut perkara ini bukan untuk bermegah2, keistimewaan itu adalah ;

~ Nabi Muhammad saw pernah didatangi Malaikat yang menyerupai diriku ~

~ Nabi Muhammad saw berkahwin dengan saya semasa saya berusia 7 tahun ~

~ Nabi Muhammad saw mengajak saya tinggal bersama baginda semasa saya berumur 9 tahun ~

~ Nabi Muhammad saw berkahwin dengan saya semasa saya masih perawan ~

~ Wahyu pernah turun semasa Nabi Muhammad saw bersama saya dalam satu selimut ~

~ Saya termasuk dalam salah seorang yang baginda cintai ~

~ Ada beberapa ayat dalam Al-Quran diturunkan kerana diri saya ~

~ Saya pernah melihat Jibril dengan mata kepala saya sendiri,sesuatu yang tidak pernah dialami oleh isteri baginda yang lain ~

~ Nabi Muhammad saw pernah didatangi Malaikat dalam sebuah rumah yang pada masa itu hanya kami berdua yang ada di rumah ~

Tidak terbanding diri ini dengan dirimu Aishah….jaraknya bagai timur dan barat…bezanya umpama langit dan bumi….alangkah indahnya andai setiap sifatmu dapat dikutip dan disemai dalam diri ini….

~~semoga damai dan sahabat2 yang lain dikurniakan kemuliaan sifat umpama Ummul Mukminin ini…ameen ^^ ~~



aisyah humaira - UNIC

8 comments:

Ibnu Saif said...

InsyaAllah kalo anak pertama PompuaN.. Bagi nama Aisyah Humaira.. HiHi.. kalo Laki... bagi nama Umar.. :-)

Anonymous said...

Jarang sekali saya jumpa mereka yang mempunyai idola seperti kamu ini damai...Semoga kamu menjadi seunggul Aisyah...ameen

Nur said...

:D

Yet many claims that Nabi Muhammad saw is the child molester because he married a child. I've read a muslim blog who converted to others (or perhaps being an atheist) just because he believed that Nabi Muhammad is a child molester.

Astagfirullah. MasyaAllah, may he be guides by Allah swt, and may all the non-believers - be rooted in hell...or better, be converted to muslims!

DAMAI said...

hmm ustaz..

itu nasihat buat saya atau ustaz memberitahu tentang perancangan masa hadapan ^^

DAMAI said...

insyaAllah sangmentari...

aduh...sungguh jauh impian itu...walaubagaimanapun,damai ameenkan juga doa kamu itu...syukran ya sangmentari...

DAMAI said...

akak...

bila hati sudah gelap gelita,lisan pun akan berkata yang buruk2 sahaja...nauzubillah..

kenalilah Penghulu kita itu sedalam2nya....agar kita bisa menjawab segala fitnah yang lahir dari mulut mereka2 yang tidak pernah berhenti berbicara...

Anonymous said...

susah nak cari perempuan yg mempunyai salasilah seperti Aisyah.. semoga masih ada lagi kaum Hawa yg mempunyai sifat seperti Aisyah..Aminn..

DAMAI said...

insyaAllah bad...

mulakan dengan detik niat,langkah usaha dan akhirnya istiqamah..insyaAllah,kalau betul2 mahu,Allah akan mudahkan jalan-Nya ^^