Siapakah insan yang bertuah kerana mendapat ucapan sayang dari damai itu?... lelaki atau perempuankah dia…berdebar sudah ^^
Sebelum kamu sempat membuat apa2 sangkaan,terus terang di sini,dia yang istimewa itu adalah seorang perempuan,seorang muslimah,seorang muslimah solehah….insyaAllah…^^
Atau lebih dikenali dengan gelaran kak long bagi damai…sebenarnya dah janji dengan dia nak tulis tentang dia di ruangan sejadahijau ini khas sempena hari lahir dia yang ke-24 hari ini , 11 Januari,2009 …
Masuk tahun 2009 ni bermakna sudah genap 6 tahun persahabatan kami…xdelah lama sangat kan hehe sama2 datang ke Ukraine bawah tajaan SUK selangor….tinggal serumah….belajar dalam satu kelas yang sama….tugasan membeli barang rumah pada minggu yang sama…apa lagi???...hakikatnya,ke kiri dia pergi,ke kirilah damai…ke kanan dia,ke kananlah damai….
Dia seorang yang bijak…sebut sahaja namanya,insyaAllah satu universiti ini tahu…cikgu2 juga arif tentang kebijaksanaan dia…kadang2 cemburu juga…tapi,damai padam rasa cemburu itu dan gantikan dengan ucapan syukur kerana ditaqdirkan Allah untuk bersahabat dengannya ^^
Seorang yang sangat suka ketawa…walau dari jauh,apabila ada yang melihat dia,pasti orang itu sudah tersenyum ^^
Sangat mudah untuk mengetahui perasaannya…dalam erti kata lain,sangat tidak pandai berlakon….hehe kadang2 dia cuba berpura di depan damai menyukai sesuatu yang dia tidak suka,tetapi melalui raut mukanya,damai sudah arif ^^
Dia juga amat mudah untuk menangis….tidak percaya???...duduklah perhatikan dia tatkala dia khusyu’ menonton cerita kegemarannya ~~ cerita korea ~~ ^^
Satu perbezaan kami…dia amat suka warna merah jambu…sedangkan damai???...hehe faham2 sendirilah ya…~~ bukan tidak suka langsung,cuma kurang berminat pada warna itu…mengapa???...tiada jawapan untuk soalan itu ^^ ~~
Apa lagi ya??...
Dia sudah pun bertunang pada bulan 8 tahun lepas…tunangnya juga belajar di CSMU ini,senior kami…sekarang sudah pun bekerja di Hospital Taiping….doakan agar mereka bahagia ya ^^
Banyak lagilah keistimewaan dia yang tidak mampu damai lahirkan melalui tulisan…
Namun,apa yang paling damai suka tentang dia adalah,dia sangat memahami damai….walau apa pun pilihan yang damai buat,dia sentiasa memberikan sokongan….tidak pernah dia mempertikaikan malah terus setia memberi nasihat kepada damai….terima kasih ya kak long….nak nangislah pulak..aduhai…
Hmm mengapa damai panggil dia kak long???
Kerana jumlah kami yang sama2 di bawah tajaan SUK ini ( yang perempuan ) hanya 9 orang…kira dah macam adik beradik…tinggal satu rumah yang sama…masak sama2…makan sama2…mengikut bulan kelahiran,dia yang pertama,maka kami 9 beradik ini setuju untuk memanggil dia dengan panggilan itu ^^
Maafkan damai ya kak long…damai tidak begitu pandai menyusun kata agar menampakkan dirimu begitu istimewa buat diri ini…
Akhirnya…
~ Selamat hari lahir kak long sayang…semoga terus istiqamah atas jalan-Nya…tingkatkan amalan…kuatkan diri lebih2 lagi dalam jalan da’wah ini…jadilah seindah2 hiasan dunia ^^
Tidak layak bagimu kesedihan kak long sayang kerana dirimu sentiasa berusaha membuatkan insan sekelilingmu tersenyum dan ketawa….tabahkan diri atas ujian ini ya sayang….insyaAllah,satu hari nanti,pasti kesedaran akan timbul tentang betapa istimewanya dirimu…~
SAYANG KAK LONG BANYAK2 MACAM SALJI YANG TURUN SEKARANG ^^
11 comments:
Oh, oh, oh....
sweetnya, hehe.....
ya, persahabatan yang sungguh luar biasa!
kedua-duanya adalah seniorku yang sungguh baik hati!
betapa pun...
maafkan saya, kak maya
akak telah selamat ditag oleh saya...
maka, terimalah balasan ini, hehe..
hehe...jangan cemburu...
kami memang bagai isi dengan kuku...hehe ye ke????
jaga diri baik di tempat orang nanti ya adik sayang ^^
wah..sampaikan salah saya pada dia dan salam semoga bahagia dan senyum-senyum selalu. .:sweet:.
damai pun apa kurangnya, bisa membuatkan hati menjadi sedamai namanya
insyaAllah salam akan disampaikan hehe bilik sebelah2 je pun hehe
aduhai....moga katamu itu menjadi kenyataan hehe ameen...
salam akak
selamat hari lahir kak long!! ^_^
kak maya, akak grad tahun ni ya?
Salam Damai...
Entry damai buat kak su teringat sahabat lama... Rindu zaman itu. :(
waalaikumussalam warahmatullah ainul...
hehe ucapan telah disampaikan...^^
insyaAllah,dalam bulan 6 atau 7,gradlah...hehe doakan ya ^^
salam kembali buat akak 'suara' syg...
damai juga bakal menjadi seorang perindu huhuhu
balshoi spasiibaaa che...
terasa diriku begitu berharga..
ekekekek
sayang che jugak
luv-k.long a.k.a nurulain ab rahman
ya,kak long....sememangnya dirimu amat berharga...oleh itu,hargailah ia ya...
malunya ada orang sayang kat kita ^^
Post a Comment