Riwayat al-Bukhari dan Muslim
KUALA LUMPUR 17 Jan. – Rakyat Malaysia diminta lebih praktikal dalam memboikot barangan buatan Amerika Syarikat (AS) kerana tindakan itu dikhuatiri boleh menyebabkan negara bankrap pada masa depan.
Ketua Pengarah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA), Datuk Jalilah Baba berkata, meskipun tindakan itu bertujuan memprotes situasi yang berlaku di Genting Gaza namun ia boleh mendatangkan musibah kepada negara sekiranya kuasa besar itu membuat perkara yang sama kepada Malaysia.
Beliau yang melahirkan kebimbangan dengan situasi semasa berkata, sebagai rakan dagangan terbesar di Malaysia, AS mampu melakukan apa sahaja untuk membalas tindakan memboikot barangannya.
‘‘Dalam hal ini, Malaysia sebenarnya boleh diibarat seperti mentimun dengan durian, tergolek rosak, digolek binasa,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini.
Geram?...
Marah?....
Biarkan?...
Sedih?...
Tidak tahu apa hendak dilakarkan di sini....tatkala sepasang mata ini membaca baris demi baris berita itu dan dalam penat lelah otak menafsirkan tiap2 kata yang dibaca,hati sibuk mencari satu kesimpulan perasaan yang sesuai bagi keratan akhbar itu...
Inilah yang terjadi sekarang...jangan diwar2kan kononnya negara2 arab diam bisu buta mata tuli telinga akan penderitaan Palestin....sedangkan kita sendiri pun tidak ada bezanya dengan mereka...
Kalau ada yang masih kabur akan maksud kata2 Rasulullah saw tentang perkara
AL-WAHN...tidak perlu bersusah payah lagi kerana bukti telah terpampang di depan mata...takut mempertahankan saudara Islam sendiri,kerana bimbang negara akan tergugat ekonomi...aduhai....tidak terkata apa...
Bukankah setiap putaran bumi... rintik hujan... desir angin...pukulan ombak... denyutan nadi... SEMUANYA di bawah aturan dan izin Allah....tidak akan terjatuh walau sehelai daun di kala musim luruh tanpa izin dari Allah...tidak mungkin hidup beruang2 kutub di kawasan yang sejuk yang boleh membawa maut itu tanpa izin Allah....tidak akan tumbuh walau sebatang gigi bayi jika tanpa izin dari Allah....SEMUANYA berlaku atas perintah dan izin Allah...
Mengapa takut pada Amerika itu...ya,mungkin benar firasat itu...Amerika mampu melakukan sesuatu yang lebih teruk pada negara sebagai balasan pemboikotan barangan mereka....namun,burukkah perkara itu??...bukankah kita hidup atas prinsip HIDUP MULIA MATI SYAHID....
Buat apa hidup aman, selesa andai tidak mulia di sisi Allah...
Tidak sia2 mati andai mati itu dalam keadaan mempertahankan agama Allah...
Hmm damai bukan seorang yang hebat mana...namun sebagai saudara seislam,damai rasa terpanggil untuk membetulkan,atau lebih tepat mengingatkan siapa2 yang terlupa akan fungsi kita dilahirkan di dunia ini...maaf andai ada pihak yang terasa...tidak kisahlah apa pangkat dan darjat pihak itu,namun yang salah perlu ditegur....
Ya Allah,ampunkanlah kelalaian kami....ameen..
~~ credit for aini...~~ dapat artikel akhbar itu dari dia....
19 comments:
artikel yg menarik..hmm....masa mula2 bace berita ni kat utusan ngn bace kat blog ni dapat feel yg berbeza..
tersentak ku dari lamunan...
mmg diakui agak emo la kan bace berita tu masa mula2...huhuhu...
smg ALLAH bg hidayah dan petunjuk NYA pd kite sume...
emosi pulak bace ini. terima kasih.
manusia dihijab dunia. bimbang susah di dunia.
aduhai
Salam kak damai.
Bile baca artikel kat utusan rase cam "apsal ni?"
asyik pk pasal keuntungan sendiri sedang saudara kita dibantai habis-habisan.Takut AS mampu membuat sesuatu yang buruk terhadap kita.Huh..panas ati.Pentingkan diri sendiri!
Yup,setuju kak damai.
Buat apa hidup aman, selesa andai tidak mulia di sisi Allah.
Damai..saya baca ulasan Dr.M mengenai ini. dan yang menariknya adalah di bahagian komennya. ada yang sokong dan ada yang tidak. sehinggakan teranjak paradigma saya untuk menghadam setiap ulasan pembaca.
walau usaha memboikot ini hanya 0.0001% sahaja yang terkesan, tetapi yang penting jika ianya istiqamah, insyaallah akan menggugat juga.
sungguh, saya tak gemar mengaitkan hal dunia dengan politik. permainan politik itu sungguh melicikkan. kuasa semata-mata. tak suka!
Apakata kita boikot sistemnya juga?saya yakin kalau semua umat Islam dan pemimpinnya boikot sistem sekular penjajah nescaya sekejap saja umat Islam akan bersatu dan kembali mempertahankan AQSA.
Dah agak, mereka akan kata begitu.
Lumrah alam sekarang memang seperti itu, damai. Tidak semua yang berani berdepan dengan kenyataan. Hakikat sebenar kehidupan.
Semua seakan lupa bahawa dunia yang dikejar tidak akan pernah bererti jika akhirat sana terabai.
Kenapa mereka terlalu takutkan kuasa-kuasa besar? Adakah tidak ada kuasa yang lebih besar dan agung daripada itu?
pabila agama pada namanya..
tadikan damai,k.long nak beli blendamed tp dh naik 17grv,huhu,then colgate 9grv aje,tapi memandangkan kite kene boikot betol2,maka k.long pon amiklah blendamed tersebut..hahahahha
Hari ini ramai yang marahkan Amerika. Ramai yang membuat demonstrasi menunjukkan penentangan terhadap Amerika dan sekutunya. Bagus. Alhamdulillah Syukur. Tetapi bagaimana pula dengan amalan AMERIKA yang berada dalam diri kita. Apakah kehidupan kita hari ini lebih menyamai kehidupan Amerika atau kehidupan suci murni nabi s.a.w. Adakah fikir kita menyamai fikir Amerika atau fikir nabi s.a.w. Apakah usaha kita menyamai usaha orang-orang Amerika atau menyamai usaha nabi s.a.w dan usaha para sahabat? Apakah kerisauan kita menyamai seperti kerisauan orang-orang Amerika atau menyamai kerisauan nabi s.a.w. Sekiranya kehidupan kita lebih mirip kepada kehidupan Amerika, bagaimana harus kita membuat demontrasi dan Boikot barangan Amerika!
Hari ini kita mengatakan benci dan penentangan terhadap Amerika, tetapi kehidupan Amerika itu kita ambil! Orang-orang Barat (Amerika khasnya) menjadikan dunia sebagai hala tuju kehidupa mereka, kita juga menjadikan dunia sebagai hala tuju kehidupan kita. Dalam masa yang sama, kita mengatakan kita menyayangi Baginda nabi saw, tetapi sejauh mana hala tuju kehidupan nabi menjadi hala tuju kehidupan kita? Sejauh mana kita telah ambil kerisauan nabi sebagai kerisauan kita. Di saat wafat nabi saw hanya risaukan ummati dan solat, sejauh mana kita hari ini menjadikan ummat ini dan kepentingan solat sebagai keutamaan fikir risau bimbang kita?
baca seterusnya di sini
http://tamindhari.blogspot.com/2009/01/bagaimana-kita-memerhati-isu-palestin.html
terima kasih anonymous kerana sudi ziarah....dan sudi pula meninggalkan sebaris dua kata...
moga doa kamu diangkat ke langit dan dimakbulkan Allah...ameen ^^
jangan emosi puding caramel....
manusia sememangnya begitu...minta dijauhkan sahaja dari sikap sedemikian...ameen...
bila emosi atau marah,makanlah puding caramel...sedapnyeeeeeeee ^^
hana sayang,
kalam-Nya pada surah Al-Insan,akak tujukan buat kamu....baca dan hayatilah ya...^^
sygku e-leeyana,
setiap orang ada fungsinya dalam proses boikot ini...meskipun hanya 0.0001%...yang penting usaha...Allah sudah katakan sejak dari awal,bukan hasilnya yang akan Dia lihat,tetapi berapa banyak usaha yang dikerahkan,itu yang menjadi hitungan...Allahu a'lam...moga usaha kita ini dipandang dan diberkati-Nya..
politik itu fitrahnya suci...tetapi bila yang mengendalikan hitam kotor tangan,inilah natijahnya....serahkan semua pada Allah...
ibnurashidi...
kata2mu memang benar...penderitaan Palestin jika dikaji dengan lebih dalam,dapat kita ketemu jawapannya...semuanya berpunca dari kita...bila ummat ini tidak bersatu,runtuhlah bangunan Islam itu...
moga Allah ampunkan kelalaian kita...ameen..
sangmentari,
moga hatimu dikurniakan Allah dengan cahaya yang terang seperti mentari yang menyinari sekalian alam...
sebetulnya,perkataan 'insan' sendiri membawa maksud lupa...
namun,itu bukan sebab untuk kita bersikap lemah...tidak perlu takut pada kaum yang kafir itu kerana kita,ummat Muhammad saw ini adalah ummat yang terhebat...
~~tidak perlu menggelarkan mereka "kuasa besar"...~~
khairaummah...
pabila agama pada namanya...
sungguh benar kata kamu....kita menghidap Alzheimer...nauzubillah...
kak long syg,
alalalala shiannya dia....
kita contohi cara hidup orang turki...mereka akan cuba sedayanya mengelakkan membeli barangan dari golongan yang tidak sempurna agama meskipun kadangkala membeli melalui orang memelihara agama,harganya sedikit mahal...semuanya kerana iman...lebih baik berbelanja lebih sedikit asalkan kita tahu,duit itu tidak mengalir pada yang tidak sepatutnya...^^
TaminDhari,
sungguh benar kata2mu...oleh itu,inilah masanya untuk bangkit kembali menghidupkan sunnah Rasulullah saw dalam kehidupan kita seharian...bermula dari celik mata di pagi hari sehinggalah pejam mata pada malamnya...^^
dari pejuang agama allah...assalamualaikum smue shbt..ape cite sht??mf le klu ayat sye ganaz skt..bgs gn blog ni..dlm kte seronok gn dunia kte msti sbk gn cari ilmu keagamaan..yela smpai ble nk seronok kn kengkawan??btl x??satu nsht nk bg kengkawan-nk wt sesauatu pk dlu yg bek,jgn men buat bru pk tau..adam shuobrawi,cairo..
Post a Comment