Thursday, January 29, 2009

katakan...saya sayang diri saya..

“There are 5 levels of hormonal control in our body…sexual hormone I mean…”

Cik guru mula hendak menabur benih2 ilmu….Damai dan sahabat2 yang lain pantas menyalin setiap butir mutiara yang lahir dari lisan guru itu…

“ 1st level…which is the lowest level are those tissues which strongly sensitive to this sexual hormones…the tissues are uterus ( endometrium and myometrium ), follicle of the ovary and mammary glands….that’s why,if a woman come to you with the complain of menses disturbance,you must not only check the uterus but also the ovary and the mammary gland….”



Damai dan sahabat2 yang lain mengangguk2 tanda faham dengan jelas ilmu yang disampaikan itu….sang guru menyambung lagi…

“ 2nd level…connected with the organs which take part in producing several groups of hormones,such as group of oestrogenes which produce oestradiol,oestrone…group of androgens which produce androstendiol…and many other hormones such as progesterone and testosterone…..the organs are ovary and a part of adrenal glands..”

Tanpa ada soalan dari kami semua,kata2 guru diteruskan lagi…

“ the 3rd level is on the level of hypophysis….as we know,hypophysis produces many tropin’s hormones….and the hormone that concerned with our topic today is gonadotropin….gonadotropin produces important hormones such as follicle stimulating hormone,luteinizing hormone and prolactin…..”

Buku sudah hampir penuh dengan maklumat….tulisan semakin kecil…adakah tanda diri sudah semakin penat??...Damai memandang kak long yang duduk setentang dengan Damai,nampak dia macam masih boleh bertahan….

“ the next level is hypothalamus….in hypothalamus presents 2 types of nucleus which responsible for any cyclic regulation in our body…1st nucleus is ventral-medial nucleus which control the releasing hormones….for example,the gonadotropin-releasing hormone….under the action of this releasing hormone,the hypophysis will produce its hormone,gonadotropin….and the 2nd nucleus is located slightly above the chiasma,supra chiasma….here is the central for any cyclic changes in our body…for example,day and night….”




Tidak sabar menunggu tahap yang terakhir,yang ingin diberitahu oleh guru itu…

“ and the last level which is most important is…??”

“ the brain !!!...” kami menjawab serentak…

“ yes…you are right…the last level,which is the highest level is the brain cortex which regulates and controls the functions of all organs mentioned before…”

Agak rumit kan sebenarnya setiap proses yang berlaku di dalam badan ini…Maha Suci Allah yang menciptakan segalan2nya penuh kesempurnaan….melalui 5 tahap inilah,seseorang perempuan itu mengalami haid atau bagi yang sudah berkahwin,inilah antara proses yang ‘menyediakan’ tempat untuk pembentukan dan pembesaran janin…


Hari ini kelas habis lambat kerana guru amat banyak bercerita….tambahan pula,hari ini ada 2 kes menarik…

Kes pertama…seorang wanita datang dengan aduan bahawa beliau tidak pernah mengalami haid…kini,umurnya sudah menjangkau 21 tahun…pelik bukan???....dari segi fizikalnya,perempuan itu cukup sifat…maksud cukup sifat ini adalah pembentukan tubuh badannya tepat menepati ciri2 seorang wanita….namun,setelah melakukan pemeriksaan ‘ultrasound’ , didapati beliau sebenarnya tidak mempunyai uterus atau dalam bahasa melayunya ‘rahim’….kerana tiada uterus maka tiadalah haid bagi perempuan ini…dan kerana tiada uterus ini juga,maka adalah mustahil untuk beliau mengandung…kes ini dinamakan sebagai ‘ Mayer-Rokitansky syndrome’…di mana proses pembentukan uterus dan vagina terganggu ketika bayi masih di dalam perut ibu lagi….



Manakala kes kedua lebih unik lagi…seorang ibu melahirkan anak perempuan…genap umur bayi itu 2 minggu,bayi itu mengalami pendarahan dari kemaluannya dan buah dadanya membesar lebih dari pembesaran yang sepatutnya bagi seorang bayi normal berumur 2 minggu….setelah dikaji dan disoal ibu kepada bayi tersebut…beliau bercerita bahawa sepanjang tempoh mengandung,dan menyusukan bayi itu beliau banyak makan ayam…apakah kaitannya???

Sudah diketahui bahawa ayam2 sekarang ini kebanyakkannya disuntik agar proses pembesarannya lebih cepat dari yang sepatutnya…hormone yang disuntik pada ayam2 itu adalah sintetik hormone estrogen…oleh kerana perempuan yang mengandung itu memakan ayam dalam kuantiti yang agak berlebihan,tahap hormone estrogen ini tinggi di dalam badan beliau dan hormon ini dipindahkan ke dalam badan bayi sewaktu bayi di dalam perut ibu dan juga semasa proses bayi ini menyusu susu ibu….oleh sebab itu,bayi itu mengalami ‘haid’ seawal umur 2 minggu dan buah dadanya juga membesar….semuanya adalah kesan daripada hormone estrogen ini…Allahu a’lam..

Menarik bukan??...siapa sangka perkara2 seperti ini boleh berlaku….5 tahap kawalan hormon yang Damai sebutkan di awal entri tadi amat penting bagi seorang wanita…sebarang ketidakstabilan yang berlaku,contohnya dari segi pemakanan atau dari segi tekanan yang dialami seseorang wanita,kelancaran perjalanan hormon2 ini akan terganggu juga….jadi,tidak hairanlah,berlaku kes seperti wanita yang ‘datang bulan’ sekali dalam masa 6 bulan…nauzubillah…

Entri kali ini secara kasarnya nampak seperti dikhususkan untuk perempuan…tetapi sedarlah wahai pembaca lelaki ( jika ada lelaki yang membaca ),perkara sebegini penting juga untuk kamu ketahui…dalam kehidupan berumahtangga nanti,seorang suami itu haruslah arif tentang pelbagai jenis darah yang akan isterinya alami seperti haid,istihadhah,nifas,wiladah dan sebagainya…lelaki haruslah tahu bagaimana membezakan darah2 ini kerana ianya berkaitan dengan soal ibadah isteri….jangan ambil mudah dan membebankan hal ini di bahu isteri sahaja….

~~maaf…kali ini seakan2 membebel…mungkin terkena ‘jangkitan’ guru Damai hehehe…namun,Damai harap bebelan ini bukan bebelan yang sia2…banyak lagi yang Damai perlu pelajari bagi menempuh kehidupan sebagai seorang doktor….sejujurnya,amat takut sekarang ini….aduan pesakit yang datang tidaklah 100% sama seperti yang tertulis di dalam buku….aduhai,semoga Allah membantu Damai dan juga kita semua untuk lebih faham tentang masalah2 yang berkaitan dengan kesihatan…..ameen. ~~




Tuesday, January 27, 2009

cukuplah sekali....


“ Assalamualaikum !! … Assalamualaikum !! ..”

“ Haa….nape ni? “

“ Azaad !!...api…”

“ Mane?...”

“ Cepatlah…kat dapur..”

Azaad berlari terus ke tempat yang dimaksudkan….

“ Ya Allah…”

Azaad terus masuk dan terdengar bunyi jirusan air… Muiz menyusul beberapa saat kemudian…Muiz terus ke dapur mencari Azaad…

Tidak sampai seminit dua,Muiz keluar semula dan mengarahkan Azaad juga keluar segera…

“ Dah..ok dah…jangan masuk dulu…bukak tingkap semua…” Azaad berpesan sebelum dia dan Muiz melangkah kaki masuk ke bilik mereka…

Lega sedikit hati Damai melihat api yang sudah pun terpadam…terima kasih Azaad dan Muiz…jasamu dikenang….hanya Allah yang layak membalasnya…

Beberapa minit sebelum itu…alkisahnya..

“ Damai…Damai…api…api…” Aini memanggil Damai…

“ Api apenye?” Damai melangkah malas...

“ Tu..tu..cepat..”

“ Ya Allah…api!!…”

Terus Damai berlari mendapatkan Azaad setelah sedar akan setakat mana kemampuan diri, tidak mampu rasanya untuk memadamkan api yang sedang marak itu…

Hmm itulah sedikit sebanyak cerita buat kali ini…pengalaman berharga untuk Damai…pertama kali berdepan dengan api….Tambahan pula,Damai orang pertama yang berdepan dengan api itu….aduhai,Ya Allah….hanya Engkau yang tahu betapa tinggi nilai pengalaman ini…

Sambil membersihkan sisa2 bahan yang terbakar di dapur,Damai benar2 menginsafi diri…api yang sedikit itu sahaja sudah tidak mampu Damai hadapi,apatah lagi azab api neraka Allah nanti yang panasnya tidak dapat digambar dengan kata2….

Namun,diri ini masih bersyukur pada-Mu Ya Allah kerana masih dikurniakan dengan umur yang panjang…agar masih mampu sujud taubat pada-Mu….alhamdulillah…

Monday, January 26, 2009

muncul kembali dengan tag....

5 things I’ve learned so far in life

~~ sesungguhnya keluarga damai adalah kurniaan teristimewa daripada Allah buat damai ~~
~~ untuk mendapatkan cinta sejati,pastikan cinta damai betul2 sejati dulu pada Allah ~~
~~ tiada ganjaran jika tiada usaha...sesungguhnya Allah Maha Melihat apa yang damai kerjakan sehari2 ~~
~~ damai tidak akan mampu menjadi setabah rakyat Palestin ~~
~~ pentingnya memilih dengan siapa damai perlu bersahabat...~~


5 things I’ve just discovered this year

~~ rupa2nya,ibu damai lembut hati orangnya...~~
~~ barangan Avon tersenarai dalam barangan yahudi dan amerika...astaghfirullah~~
~~ sudah masuk tahun akhir ni...kene ambil lesen kereta balik malaysia nanti ~~
~~ baru tersedar yang damai suka menulis...namun,sejadahijau akan terbengkalai jua nanti lantaran damai akan bekerja tidak lama lagi ~~
~~ siapa dia pemilik tulang rusuk damai ini... ~~


5 ways I’ve changed

~~ bersyukur atas hidayah-Nya dalam memimpin damai untuk berpakaian dengan lebih sempurna ~~
~~ sudah menjadi semakin penyabar ~~
~~ tidak lagi takut berbicara dengan ibu tentang perkara peribadi ~~
~~ sudah semakin pandai menghulurkan senyum...sebelum ni,hehe ~~
~~ semakin sayang pada ejai...ooppss jangan salah faham...satu2nya adik lelaki damai...dulu,geram je dengan dia walaupun dalam hal remeh temeh huhu ~~


5 things that make me happy

~~ dengar suara ibu ~~
~~ bantal busuk damai...tiada yang mampu menandinginya lagi setakat ini ~~
~~ menulis dan menambah kenalan di sejadahijau ~~
~~ bangun tidur dalam keadaan masih Islam dan masih merasai kemanisan iman ~~
~~ usik kawan2 dan lihat mereka tersenyum malu kerana usikan damai tu ~~

5 things I want

~~ dikurniakan kekuatan agar terus kekal dalam ni’mat islam dan iman ~~
~~ mudah menyebut kalimah ‘ La Ilaha Illallah ‘ di saat sakaratulmaut nanti ~~
~~ dihindarkan dari seksaan kubur ~~
~~ dipermudahkan hisab di hari akhirat ~~
~~ dimasukkan dalam golongan yang mendapat kemenangan di akhirat nanti ~~

5 names I want to tag

~~ e-leeyana ~~
~~ balqis ~~
~~ ainul ~~
~~ ustaz afifi ~~
~~ sofia ~~

Tuesday, January 20, 2009

idolaku...

“ Sesungguhnya orang2 yang mengadakan bohong ( terhadap Aishah ) ialah sekumpulan di antara kamu, janganlah kamu sangka bahawa itu kejahatan bagimu,bahkan kebaikan bagimu; setiap orang di antara mereka menanggung dosa yang dibuatnya;orang yang membuat dosa yang besar di antara mereka,untuknya seksa yang besar “

“ Ketika kamu mendengar khabar itu,mengapa orang2 beriman lelaki dan perempuan,tidak menyangka baik terhadap saudara mereka dan berkata : ini adalah bohong yang nyata. “

“ Mengapa mereka tidak mendatangkan empat orang saksi untuk tuduhannya itu, jika mereka tidak mendatangkan saksi2 adalah mereka orang yang dusta di sisi Allah “

“ Dan jika tiadalah kurnia Allah kepadamu dan rahmat-Nya,di dunia dan di akhirat, nescaya kamu ditimpa azab yang besar, kerana perbicaraan bohong itu. “

“ Ketika kamu ceritakan dengan lidahmu dan kamu katakana dengan mulutmu sesuatu yang tiada pengetahuan kamu tentang kebenarannya dan kamu kira hal itu tidak berdosa,padahal di sini Allah ( dosa ) besar. “

“ Dan mengapa tidak kamu katakan,ketika kamu mendengarnya : bahawa kita tidak sepatutnya bercakap tentang hal ini,Maha Suci Engkau Ya Allah ,inilah kebohongan yang besar. “

“ Allah memberi pengajaran kepadamu supaya kamu jangan kembali kepada yang seumpama itu selama2nya,jika kamu orang beriman. “

“ Dan Allah menerangkan kepadamu beberapa keterangan,Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. “

( An-Nur : 11-18 )


Siapa yang tidak tahu perihal kisah Aishah RA,isteri Rasulullah saw difitnah ini?...sejak di bangku sekolah rendah lagi,kisah ini telah diceritakan pada kita…namun,bukanlah kisah fitnah ini yang ingin damai ulaskan di sini,sebaliknya entri kali ini lebih kepada menceritakan betapa istimewanya wanita bernama Aishah ini…

Aishah…anak perempuan kepada sahabat akrab Rasulullah saw, Saidina Abu Bakar As-Siddiq…sejak kecil lagi,tercatat keunikan dalam penulisan kisah hidupnya….mana tidaknya,seawal umur 7 tahun,sudahpun bergelar isteri orang…dan apa yang lebih istimewa bahawa yang menjadi suaminya itu bukanlah calang2 manusia ciptaan Allah,tetapi insan yang namanya disebut sekalian penghuni langit dan bumi,iaitu Rasulullah saw sendiri…

Aishah…bermula umur 9 tahun,telah mula tinggal bersama Rasulullah saw….tidak hairanlah kebijaksanaannya disebut2 lisan manusia…masakan yang tinggal sebumbung dengan Pesuruh Allah seorang yang lemah….saban detik,saban ketika,didikan diterima dari yang mendapat didikan terus dari Yang Maha Mengetahui….sudah pastilah,kehebatannya tidak dapat ditandingi…

Abu Dawud pernah menceritakan…suatu hari Rasulullah saw telah datang kepada Aishah semasa Aishah sedang bermain…baginda terlihat patung kuda yang bersayap dua…lalu baginda pun bertanya kepada Aishah “ ini apa,wahai Aishah?”…”kuda” jawab Aishah… ”adakah kuda bersayap dua?” Baginda bertanya lagi….Aishah menjawab “ bukankah kuda Nabi Sulaiman banyak sayapnya?”…Nabi Muhammad saw tertawa mendengar jawapan spontan Aishah itu….itu bukti bijaknya Aishah meskipun umurnya ketika baru setahun jagung…

Aishah…pengarang jantung Rasulullah saw…sahabat Anas bin Malik pernah menceritakan,Rasulullah saw pernah ditanya “ Siapakah orang yang paling tuan sayangi?”…baginda menjawab “ Aishah”….baginda ditanya lagi..” yang lelakinya? “ …baginda menjawab, “ bapanya “…

Aishah….mengapa aishah begitu istimewa di sisi Rasulullah saw….kerana Aishah punca ilmu…kehebatan Aishah memahami sesuatu hukum dan permasalahan agama menyebabkan mudah untuk kaum wanita pada zaman itu bertanyakan apa2 penyelesaian permasalahan mereka tanpa berjumpa dengan Rasulullah saw sendiri…begitu juga sehingga wafatnya baginda,Aishah menjadi sumber rujukan sebarang kekeliruan dan masalah yang timbul…

Aishah….dirinya juga tidak jauh beza dari wanita yang lain….sifat cemburu begitu sinonim dengan namanya…cintanya pada insan bernama Muhammad itu tiada tolok bandingnya….Aishah pernah berkata. “ pada suatu malam saya dapati Nabi Muhammad saw tiada di samping saya,saya sangka baginda pergi kepada isterinya yang lain,rupa2nya baginda sedang rukuk ataupun sujud sambil berdoa ‘ Maha Suci Engkau Ya Allah dan segala puji untukmu,tiada Tuhan selain Engkau’…Aishah berkata lagi “ saya menyangka yang bukan2,rupa2nya kekasih Allah sedang mengerjakan yang lain “ ( Muslim dan Nasai’e )

Aishah….begitu istimewa hingga hujung nafas Rasulullah saw dihembus di rumahnya dan jasad baginda dimakamkan di bilik Aishah sendiri….

Aishah…beruntung wanita bernama Aishah ini…seharusnya kita mencontohi akhlak dan keperibadiannya…Aishah…dikau wanita unggul…sesuai dengan namamu, Ummul Mukminin…
Aishah pernah berkata, “ saya mempunyai 9 keistimewaan berbanding wanita2 lain, saya menyebut perkara ini bukan untuk bermegah2, keistimewaan itu adalah ;

~ Nabi Muhammad saw pernah didatangi Malaikat yang menyerupai diriku ~

~ Nabi Muhammad saw berkahwin dengan saya semasa saya berusia 7 tahun ~

~ Nabi Muhammad saw mengajak saya tinggal bersama baginda semasa saya berumur 9 tahun ~

~ Nabi Muhammad saw berkahwin dengan saya semasa saya masih perawan ~

~ Wahyu pernah turun semasa Nabi Muhammad saw bersama saya dalam satu selimut ~

~ Saya termasuk dalam salah seorang yang baginda cintai ~

~ Ada beberapa ayat dalam Al-Quran diturunkan kerana diri saya ~

~ Saya pernah melihat Jibril dengan mata kepala saya sendiri,sesuatu yang tidak pernah dialami oleh isteri baginda yang lain ~

~ Nabi Muhammad saw pernah didatangi Malaikat dalam sebuah rumah yang pada masa itu hanya kami berdua yang ada di rumah ~

Tidak terbanding diri ini dengan dirimu Aishah….jaraknya bagai timur dan barat…bezanya umpama langit dan bumi….alangkah indahnya andai setiap sifatmu dapat dikutip dan disemai dalam diri ini….

~~semoga damai dan sahabat2 yang lain dikurniakan kemuliaan sifat umpama Ummul Mukminin ini…ameen ^^ ~~



aisyah humaira - UNIC

Saturday, January 17, 2009

al-wahn kah ini??

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:“Bukankah aku telah memberitahu kamu tentang ahli-ahli neraka? Mereka itu ialah orang-orang yang keras kepala, sombong, suka mengumpul harta tetapi tidak suka membelanjakannya untuk kebaikan”.

Riwayat al-Bukhari dan Muslim


KUALA LUMPUR 17 Jan. – Rakyat Malaysia diminta lebih praktikal dalam memboikot barangan buatan Amerika Syarikat (AS) kerana tindakan itu dikhuatiri boleh menyebabkan negara bankrap pada masa depan.


Ketua Pengarah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA), Datuk Jalilah Baba berkata, meskipun tindakan itu bertujuan memprotes situasi yang berlaku di Genting Gaza namun ia boleh mendatangkan musibah kepada negara sekiranya kuasa besar itu membuat perkara yang sama kepada Malaysia.


Beliau yang melahirkan kebimbangan dengan situasi semasa berkata, sebagai rakan dagangan terbesar di Malaysia, AS mampu melakukan apa sahaja untuk membalas tindakan memboikot barangannya.


‘‘Dalam hal ini, Malaysia sebenarnya boleh diibarat seperti mentimun dengan durian, tergolek rosak, digolek binasa,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Geram?...

Marah?....

Biarkan?...

Sedih?...

Tidak tahu apa hendak dilakarkan di sini....tatkala sepasang mata ini membaca baris demi baris berita itu dan dalam penat lelah otak menafsirkan tiap2 kata yang dibaca,hati sibuk mencari satu kesimpulan perasaan yang sesuai bagi keratan akhbar itu...

Inilah yang terjadi sekarang...jangan diwar2kan kononnya negara2 arab diam bisu buta mata tuli telinga akan penderitaan Palestin....sedangkan kita sendiri pun tidak ada bezanya dengan mereka...

Kalau ada yang masih kabur akan maksud kata2 Rasulullah saw tentang perkara
AL-WAHN...tidak perlu bersusah payah lagi kerana bukti telah terpampang di depan mata...takut mempertahankan saudara Islam sendiri,kerana bimbang negara akan tergugat ekonomi...aduhai....tidak terkata apa...

Bukankah setiap putaran bumi... rintik hujan... desir angin...pukulan ombak... denyutan nadi... SEMUANYA di bawah aturan dan izin Allah....tidak akan terjatuh walau sehelai daun di kala musim luruh tanpa izin dari Allah...tidak mungkin hidup beruang2 kutub di kawasan yang sejuk yang boleh membawa maut itu tanpa izin Allah....tidak akan tumbuh walau sebatang gigi bayi jika tanpa izin dari Allah....SEMUANYA berlaku atas perintah dan izin Allah...

Mengapa takut pada Amerika itu...ya,mungkin benar firasat itu...Amerika mampu melakukan sesuatu yang lebih teruk pada negara sebagai balasan pemboikotan barangan mereka....namun,burukkah perkara itu??...bukankah kita hidup atas prinsip HIDUP MULIA MATI SYAHID....

Buat apa hidup aman, selesa andai tidak mulia di sisi Allah...

Tidak sia2 mati andai mati itu dalam keadaan mempertahankan agama Allah...

Hmm damai bukan seorang yang hebat mana...namun sebagai saudara seislam,damai rasa terpanggil untuk membetulkan,atau lebih tepat mengingatkan siapa2 yang terlupa akan fungsi kita dilahirkan di dunia ini...maaf andai ada pihak yang terasa...tidak kisahlah apa pangkat dan darjat pihak itu,namun yang salah perlu ditegur....

Ya Allah,ampunkanlah kelalaian kami....ameen..

~~ credit for aini...~~ dapat artikel akhbar itu dari dia....

diriku dan gambar...

menyelesaikan tag dari balqis...huhu...akhirnya..

"The rules are simple. Use Google Image to search the answers to the questions below. Then you must choose a picture in the first page of the results, and post it as your answer. After that tagged 5 people."

1. next year (2010) I'm......25...insyaAllah ^^

2. I want to go to.....





3. my favourite places...



4. my favourite things...... bantal bucuk...koleksi jubah....sejadahijau...^^







5. my favourite drinks...







6. my favourite food...masakan mama...laksa kelantan...taufufa...cheese cake...nasi grg ayam..








7. my favourite colors...... green...soft orange...white....and grey...





8. I live in..........semenyih......
9. I was born in..............
10. A nickname for me....
11. my college major............
12. my bad habits...... merajuk....chatting...



13. my hobby... sleeping...blogging....writing...




14. I wish................^^ hmmm...no need to explain I think ^^

aduh...lelah sudah selesaikan tag ini...alhamdulillah,akhirnya....
cabaran diteruskan buat.......DHIYA.....KAK SOL....ILYA...AZE....FAIRUZ....
~~ buat nama2 di atas...kira punya masa...sila2 lah ya ^^ ~~
























































































































































































































Monday, January 12, 2009

sayang dia...hehe

Salam buat kamu yang sedang membaca entri ini…sebetulnya,damai ingin mengingatkan kamu yang entri ini dikategorikan sebagai entri suka2….sebagai menunaikan janji kepada seorang sahabat yang cukup2 disayangi…cewahhhhhhh….

Siapakah insan yang bertuah kerana mendapat ucapan sayang dari damai itu?... lelaki atau perempuankah dia…berdebar sudah ^^

Sebelum kamu sempat membuat apa2 sangkaan,terus terang di sini,dia yang istimewa itu adalah seorang perempuan,seorang muslimah,seorang muslimah solehah….insyaAllah…^^


~~ NURULAIN BINTI AB RAHMAN ~~

Atau lebih dikenali dengan gelaran kak long bagi damai…sebenarnya dah janji dengan dia nak tulis tentang dia di ruangan sejadahijau ini khas sempena hari lahir dia yang ke-24 hari ini , 11 Januari,2009 …

Masuk tahun 2009 ni bermakna sudah genap 6 tahun persahabatan kami…xdelah lama sangat kan hehe sama2 datang ke Ukraine bawah tajaan SUK selangor….tinggal serumah….belajar dalam satu kelas yang sama….tugasan membeli barang rumah pada minggu yang sama…apa lagi???...hakikatnya,ke kiri dia pergi,ke kirilah damai…ke kanan dia,ke kananlah damai….

Dia seorang yang bijak…sebut sahaja namanya,insyaAllah satu universiti ini tahu…cikgu2 juga arif tentang kebijaksanaan dia…kadang2 cemburu juga…tapi,damai padam rasa cemburu itu dan gantikan dengan ucapan syukur kerana ditaqdirkan Allah untuk bersahabat dengannya ^^
Seorang yang sangat suka ketawa…walau dari jauh,apabila ada yang melihat dia,pasti orang itu sudah tersenyum ^^


Sangat mudah untuk mengetahui perasaannya…dalam erti kata lain,sangat tidak pandai berlakon….hehe kadang2 dia cuba berpura di depan damai menyukai sesuatu yang dia tidak suka,tetapi melalui raut mukanya,damai sudah arif ^^

Dia juga amat mudah untuk menangis….tidak percaya???...duduklah perhatikan dia tatkala dia khusyu’ menonton cerita kegemarannya ~~ cerita korea ~~ ^^


Satu perbezaan kami…dia amat suka warna merah jambu…sedangkan damai???...hehe faham2 sendirilah ya…~~ bukan tidak suka langsung,cuma kurang berminat pada warna itu…mengapa???...tiada jawapan untuk soalan itu ^^ ~~

Apa lagi ya??...

Dia sudah pun bertunang pada bulan 8 tahun lepas…tunangnya juga belajar di CSMU ini,senior kami…sekarang sudah pun bekerja di Hospital Taiping….doakan agar mereka bahagia ya ^^


Banyak lagilah keistimewaan dia yang tidak mampu damai lahirkan melalui tulisan…

Namun,apa yang paling damai suka tentang dia adalah,dia sangat memahami damai….walau apa pun pilihan yang damai buat,dia sentiasa memberikan sokongan….tidak pernah dia mempertikaikan malah terus setia memberi nasihat kepada damai….terima kasih ya kak long….nak nangislah pulak..aduhai…


Hmm mengapa damai panggil dia kak long???

Kerana jumlah kami yang sama2 di bawah tajaan SUK ini ( yang perempuan ) hanya 9 orang…kira dah macam adik beradik…tinggal satu rumah yang sama…masak sama2…makan sama2…mengikut bulan kelahiran,dia yang pertama,maka kami 9 beradik ini setuju untuk memanggil dia dengan panggilan itu ^^


Maafkan damai ya kak long…damai tidak begitu pandai menyusun kata agar menampakkan dirimu begitu istimewa buat diri ini…

Akhirnya…
~ Selamat hari lahir kak long sayang…semoga terus istiqamah atas jalan-Nya…tingkatkan amalan…kuatkan diri lebih2 lagi dalam jalan da’wah ini…jadilah seindah2 hiasan dunia ^^
Tidak layak bagimu kesedihan kak long sayang kerana dirimu sentiasa berusaha membuatkan insan sekelilingmu tersenyum dan ketawa….tabahkan diri atas ujian ini ya sayang….insyaAllah,satu hari nanti,pasti kesedaran akan timbul tentang betapa istimewanya dirimu…~


SAYANG KAK LONG BANYAK2 MACAM SALJI YANG TURUN SEKARANG ^^

Sunday, January 11, 2009

tiada bicara buatmu Palestin....

Tiada bicara buatmu Palestin....namun,percayalah bisunya aku di medan sejadahijau ini bukan kerana lalainya aku pada kepedihan yang ditanggung olehmu...tetapi,aku memilih untuk merenung melalui kaca mata ini akan penderitaan yang cuba kau sampaikan...maafkan aku Palestin kerana terlalu lemah untuk bersama2 denganmu menamatkan riwayat makhluk yang dila'nat Allah itu...


“ Dan janganlah kamu menyangka bahawa orang2 yang telah terbunuh di jalan Allah itu mati, bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya serta diberi rezeki.”



“ Mereka bersuka ria dengan kurnia yang dilimpahkan kepada mereka, lagi mendapat khabar gembira tentang orang2 yang belum menyusul mereka dari belakangnya ( belum mati ), bahawa tiada ketakutan atas mereka dan tidak mereka berdukacita.”



“ Mereka bersuka ria dengan ni’mat Allah dan kurniaNya dan sesungguhnya Allah tidak mensia2kan pahala orang2 yang beriman.”



“ Orang2 yang menyahut seruan Allah dan Rasul, sesudah mereka mendapat luka2, untuk orang2 yang berbuat baik di antara mereka itu, juga orang yang bertaqwa, pahala yang besar, mendapat rezeki dan kepuasan rohani.”



“ ( Iaitu ) orang2 ( yang mentaati Allah dan Rasul ), yang kepada mereka ada orang2 yang mengatakan ; ‘ Sesungguhnya manusia telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, kerana itu takutlah kepada mereka’ ,maka perkataan itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab ; ‘ Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik2 Pelindung.”


“ Maka mereka kembali dengan ni’mat dan kurnia (yang besar) dari Allah, mereka tidak mendapat bencana apa2, mereka mengikuti keredhaan Allah, dan Allah mempunyai keredhaan yang besar.”



“ Sesungguhnya mereka itu tidak lain hanyalah syaitan yang menakut-nakuti (kamu) dengan kawan2nya (orang2 Musyrik Quraisy) , kerana itu janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kepada-Ku, jika kamu benar2 orang2 yang beriman.”



“ Janganlah kamu disedihkan oleh orang2 yang segera menjadi kafir, sesungguhnya mereka tidak sekali2 dapat memberi mudharat kepada Allah sedikitpun, Allah berkehendak tidak akan memberi sesuatu bahagian (dari pahala) kepada mereka di hari Akhirat, dan bagi mereka azab yang pedih.”



“ Sesungguhnya orang2 yang menukar iman dengan kekafiran, sekali2 mereka tidak dapat memberi mudharat kepada Allah sedikitpun, dan bagi mereka azab yang pedih.”




“ Dan janganlah sekali2 orang2 kafir menyangka bahawa pemberian tangguh Kami kepada mereka adalah lebih baik bagi mereka, sesungguhnya Kami memberi tangguh kepada mereka hanyalah supaya bertambah2 dosa mereka, dan bagi mereka azab yang menghinakan.”




“ Allah sekali2 tidak akan membiarkan orang2 yang beriman dalam keadaan kamu sekarang ini, sehingga Dia menyisihkan yang buruk (munafiq) dengan yang baik (Mukmin), dan Allah sekali2 tidak akan memperlihatkan kepada kamu hal2 yang ghaib, akan tetapi Allah memilih siapa yang dikehendaki-Nya di antara Rasul2-Nya, kerana itu berimanlah kepada Allah dan Rasul2-Nya, dan jika kamu beriman dan bertaqwa, maka bagimu pahala yang besar.”



“ Sekali2 janganlah orang2 yang bakhil dengan harta yang Allah berikan kepada mereka dari kurnia-Nya menyangka bahawa kebakhilan itu baik bagi mereka, sebenarnya kebakhilan itu adalah buruk bagi mereka, harta yang mereka bakhilkan itu akan dikalungkan kelak di lehernya pada hari kiamat, dan kepunyaan Allahlah segala warisan (yang ada) di langit dan di bumi, dan Allah Mengetahui apa yang kamu kerjakan.”



“ Sesungguhnya Allah telah mendengar perkataan orang2 yang mengatakan ; ‘ Sesungguhnya Allah miskin dan kami kaya’, Kami akan mencatat perkataan mereka itu dan perbuatan mereka membunuh Nabi2 tanpa alasan yang benar, dan Kami akan mengatakan (kepada mereka) ; ‘ Rasakanlah olehmu azab yang membakar’ “



“ ( Azab) yang demikian itu adalah disebabkan perbuatan tangan kamu sendiri. Dan bahawasanya Allah sekali2 tidak menganiaya hamba2-Nya.”



“ ( Iaitu ) orang2 (yahudi) yang mengatakan ; ‘ Sesungguhnya Allah telah memerintahkan kepada kami supaya kami jangan beriman kepada seorang Rasul, sebelum dia mendatangkan kepada kami korban yang dimakan api’, katakanlah ; ‘ Sesungguhnya telah datang kepada kamu beberapa orang Rasul sebelumku, membawa keterangan2 yang nyata dan membawa apa yang kamu sebutkan, maka mengapa kamu membunuh mereka jika kamu adalah orang2 yang benar.”



“ Jika mereka mendustakan kamu, maka sesungguhnya Rasul2 sebelum kamu pun telah didustakan (pula), mereka membawa mu’jizat2 yang nyata, Zabur dan kitab yang memberi penjelasan dengan sempurna.”



“ Tiap2 yang bernyawa akan merasakan mati, dan sesungguhnya pada hari kiamat sahajalah disempurnakan pahalamu, sesiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah berjaya, kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.”



“ Kamu sungguh2 akan diuji terhadap hartamu dan dirimu, dan (juga) kamu sungguh2 akan mendengar dari orang2 yang diberi Kitab sebelum kamu dan dari orang2 yang mempersekutukan Allah, gangguan yang banyak yang menyakitkan hati, jika kamu bersabar dan bertaqwa, maka sesungguhnya yang demikian itu termasuk urusan yang patut diutamakan.”



“ Dan (ingatlah), ketika Allah mengambil janji dari orang2 yang telah diberi Kitab (iaitu) ; ‘Hendaklah kamu menerangkan isi Kitab itu kepada manusia, dan janganlah kamu menyembunyikannya’, lalu mereka melemparkan janji itu ke belakang punggung mereka dan mereka menukarkannya dengan harga yang sedikit, amatlah buruknya tukaran yang mereka terima.”



“ Janganlah sekali2 kamu menyangka, bahawa orang2 yang gembira dengan apa yang telah mereka kerjakan dan mereka suka supaya dipuji terhadap perbuatan yang belum mereka kerjakan, janganlah kamu menyangka bahawa mereka terlepas dari seksa, dan bagi mereka seksa yang pedih.”



“ Kepunyaan Allahlah kerajaan langit dan bumi, dan Allah Maha Perkasa atas segala sesuatu.”


“ Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda2 bagi orang2 yang ber’aqal.”



“ (Iaitu) orang2 yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi ( seraya berkata ) ; ‘Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia2, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari seksa neraka.”



“ Ya Tuhan kami, sesungguhnya siapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka, maka sungguh telah Engkau hinakan ia, dan tidak ada bagi orang2 zalim seorang penolong pun."




“ Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami mendengar ( seruan) yang menyeru kepada iman (iaitu) ; ‘Berimanlah kamu kepada Tuhanmu’, maka kami pun beriman, Ya Tuhan kami, ampunilah bagi kami dosa2 kami dan hapuskanlah dari kami kesalahan2 kami, dan wafatkanlah kami beserta orang2 yang banyak berbuat bakti.”




“ Ya Tuhan kami, berilah kami apa yang telah Engkau janjikan kepada kami dengan perantaraan Rasul2 Engkau, dan janganlah Engkau hinakan kami di hari kiamat, sesungguhnya Engkau tidak menyalahi janji.”


“ Maka Tuhan mereka memperkenankan permohonannya (dengan berfirman) ; ‘Sesungguhnya Aku tidak mensia2kan amal orang2 yang ber’amal di antara kamu, baik lelaki atau perempuan, (kerana) sebahagian kamu adalah turunan dari sebahagian yang lain, maka orang2 yang berhijrah, yang diusir dari kampung halamannya, yang disakiti pada jalan-Ku, yang berperang dan yang dibunuh, pastilah akan Kuhapuskan kesalahan2 mereka dan pastilah Aku masukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir sungai2 di bawahnya, sebagai pahala di sisi Allah, dan Allah pada sisi-Nya pahala yang baik.”



“ Janganlah sekali2 kamu terpedaya oleh kebebasan orang2 kafir bergerak di dalam negeri.”



“ Itu hanyalah kesenangan sementara, kemudian tempat tinggal mereka ialah Jahannam, dan Jahannam itu adalah tempat yang seburuk2nya.”



“ Akan tetapi orang2 yang bertaqwa kepada Tuhannya, bagi mereka syurga yang mengalir sungai2 di dalamnya, sedang mereka kekal di dalamnya sebagai tempat tinggal (anugerah) dari sisi Allah, dan apa yang di sisi Allah adalah lebih baik bagi orang2 yang berbakti.”



“ Dan sesungguhnya di antara ahli kitab ada orang yang beriman kepada Allah dan kepada apa yang diturunkan kepada kamu dan yang diturunkan kepada mereka sedang mereka berendah hati kepada Allah dan mereka tidak menukarkan ayat2 Allah dengan harga yang sedikit, mereka memperoleh pahala di sisi Tuhannya, sesungguhnya Allah amat cepat perhitungan-Nya.”



“ Hai orang2 yang beriman,bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu dan tetaplah bersiap sedia ( di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.



~~ ayat2 Allah dipetik dari surah Al-Imran...dari ayat 169 sehingga 200...bacalah ayat2 ini,fahamilah maksudnya dan hayatilah apa yang Allah ingin sampaikan kepada kita...~~


YA ALLAH
Sesungguhnya kami meletakkan-MU di batang-batang leher musuh-musuh kami
dan kami berlindung dengan-MU daripada kejahatan-kejahatan mereka

YA ALLAH...
LEBURKANLAH kumpulan-kumpulan mereka..
PECAH-BELAHKANLAH dan KACAU-BILAUKANKANLAH persatuan mereka...
GONCANGKAN pendirian mereka..
Dan HANTARKANLAH ANJING-ANJING-MU kepada mereka..

Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa..
Wahai Tuhan Yang Maha Menghukum...
Wahai Tuhan Yang Bersifat Murka...

YA ALLAH...
YA ALLAH...
YA ALLAH...

Wahai Tuhan yang menurunkan Al-Quran...
Wahai Tuhan yang menggerakkan awan...
Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab...

Kalahkan mereka...
Kalahkan mereka...
Kalahkan mereka...
Dan menangkan kami atas mereka.....
Ameen...