Monday, February 16, 2009

sederhana....



SAIDINA UMAR AL-KHATTAB RADHIALLAHU ANHU BERKATA:

1. Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya
2. Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina
3. Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya
4. Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga

Barangsiapa mengumpulkan 6 perkara, dia akan mencari syurga dan meninggalkan neraka, iaitu :

o Dia mengenal Allah, lalu mentaati-Nya;
o Dia mengenal syaitan lalu menderhakainya;
o Dia mengenal kebenaran lalu mengikutinya;
o Dia mengenal batil lalu menjaga diri daripadanya;
o Dia mengenal dunia lalu menolaknya; dan
o Dia mengenal akhirat lalu mencarinya.
(Petikan kata-kata Saidina Ali R.A)


“ Jadilah muslim yang sentiasa berada dalam kesederhanaan pada 3 perkara iaitu amarah, nafsu dan ilmu. “

Satu lagi pesanan indah Dr Aidh Al-Qarni dalam kitab beliau ‘ La Tahzan ‘...

Pada mulanya agak pelik mendengarkan kata2 ini...ya,memang benar kita perlu bersederhana ketika marah dan juga sederhana pada perkara nafsu...tetapi,mengapa pula ilmu turut termasuk dalam perkara yang perlukan kesedehanaan?....bukankah sebagai ummat islam kita perlu lebih dalam segala hal,ilmu salah satunya...

Apa yang cuba Dr Aidh sampaikan adalah...pertamanya,dalam hal sederhana dalam amarah...perlunya kita menahan diri kita dari sifat marah ini...seperti entri damai sebelum ini berkenaan dengan marah...sebelum kita hendak menzahirkan rasa marah itu,terlebih dahulu hendaklah kita berfikir apakah kebaikan dan keburukan jika kita teruskan rasa amarah kita itu...marah itu datangnya dari syaitan....boleh sahaja marah itu menyebabkan terputusnya hubungan saudara hatta tidak kurang juga yang terlanjur sehingga menyebabkan kehilangan nyawa....nauzubillah....oleh itu kita perlu berhati2 dengan makhluk Allah bernama amarah ini...

Namun,itu tidaklah bermakna kita perlu terus diam membisu membiarkan insan di sekeliling kita membuli dan memijak2 kepala kita....apabila dirasakan marah itu perlu,silakan....tiada halangan buat anda....tetapi,pastikan ianya tidak akan membawa suasana dingin yang berpanjangan....begitu juga dalam hal kebenaran...apabila kita merasakan yang maruah agama dihina,bila mana hukum Allah dipandang lekeh...ya,waktu itu kita PERLU untuk marah....malah,jika di kala perkara sebegini berlaku,tetapi kita langsung tidak terdetik rasa marah,mungkin terdapat kecacatan pada iman kita...nauzubillah....

Itulah yang dikatakan dengan marah yang sederhana...iaitu kita haruslah tahu membezakan marah mana yang perlu dan marah mana yang tidak perlu ^^

Keduanya,berkenaan nafsu....manusia diciptakan penuh dengan kesempurnaan...dan salah satu yang menyempurnakan kita adalah nafsu....dengan adanya nafsu,kita dapat merasai ni’mat kenyang....ni’mat lena....ni’mat kecantikan...dengan makhluk yang bernama nafsu ini jugalah,manusia dapat meneruskan keturunannya....subhanallah....
Lantaran itu,Allah mengurniakan kita ‘aqal dan iman agar dapat kita gunakan untuk mengawal nafsu ini....kita bukanlah malaikat yang diciptakan Allah tanpa nafsu....namun,tidaklah pula kita ingin menjadi hamba kepada nafsu yang sentiasa akan membawa kita ke lembah hina pada akhirnya....nauzubillah...

Makanlah apa2 rezeki yang Allah limpahkan di atas muka bumi ini tetapi jangan sampai terlebih makan....bukan sahaja akan memberi kesan buruk pada ibadah kita malah ianya juga boleh menyebabkan banyak penyakit di dalam badan....gunakanlah harta yang Allah beri untuk keperluan harian kita dan apa2 yang menjadi impian kita untuk memilikinya tetapi jangan pula sampai kita terlupa pada insan2 yang memerlukan kita untuk menghulurkan sedikit sedeqah....dan apa yang paling penting,kawallah diri pada perkara nafsu yang satu ini,andai sudah mampu segerakanlah pernikahan agar diri terselamat dari dosa besar zina....insyaAllah.....

Begitu juga sebaliknya....jangan kita menolak rezeki Allah dengan berpuasa setiap hari tanpa makan dan minum semata2 kononnya mahu mendidik nafsu....jangan kita 24/7 duduk di atas sejadah beribadah tanpa tidur....kerana kita adalah ummat Muhammad...hamba-Nya yang terpilih....hamba-Nya yang mampu besederhana pada perkara nafsu ini...insyaAllah ^^

Dan yang akhirnya....tentang perkara ilmu....mudah sahaja...memang kita dikerah untuk bertebaran di muka bumi ini mencari dan belajar ilmu2 Allah....dengan ilmu,iman dapat kita tingkatkan...bila iman meningkat,kedudukan kita dengan Allah insyaAllah akan lebih dekat...

Apa yang dikatakan dengan bersederhana dalam ilmu adalah janganlah sesekali kita kedekut,kemut atau menyorokkan apa2 ilmu yang kita tahu daripada diketahui sahabat2 kita....berkongsilah ilmu yang kita ada itu dengan sahabat2 kita....tidak berkurang ilmu itu jika dikongsi bersama....

Tetapi,jangan pula sampai kita gunakan ilmu itu untuk sama2 membina atau mencipta sesuatu yang membawa kepada keburukan ataupun kerosakkan di muka bumi ini sepertimana yang sedang dilakukan oleh rejim zionis la’natullah.....gunakanlah ilmu pada jalan kebaikan bukannya pada jalan kebatilan ^^

Sedikit ilmu untuk dikongsi kali ini....semoga memberi manfaat kepada kita...sampai2kan pada sahabat2 yang tidak sempat singgah ke sejadahijau ni...^^

~~ hendaklah kita tahu apa yang kita tahu...dan juga tahu apa yang kita tidak tahu....amalkanlah apa2 ilmu yang kita tahu....dan teruslah berusaha mencari apa2 ilmu yang masih kita tidak
tahu ~~


16 comments:

Nur said...

Salam,

akak dahulu jua seorang pemrah, masyaAllah! lama2, cuba dikurangkan, insyaAllah, akan terus dikurang dan kurang...Marah sangat perlu bertempat, kalau kemungkaran dan kebathilan didepan mata, dan kita tidak marah waima didalam hati pun, maka, sudah tentu hati kita itu kurang iman nya bukan?

:D jaga diri ya!

Iliana said...

salam damai (^_^),

damai, dulu saya pernah lihat seorang ilmuan mengubat penyakit misteri seorang pesakit..soalan pertamanya adalah, 'kamu ni panas baran ke?' dan jawapan pesakit itu adalah, 'ya'. lalu dibalas dengan, 'itulah tandanya ada syaitan di dalam tubuh kamu'.

masyaallah..tatkala itu, saya tersedar bahawa sememangnya syaitan itu suka membuatkan manusia bersifat pemarah.

ilmu itu terlalu luas. saya sendiri sering rasa betapa tandusnya ilmu saya. bila saya baca kembali sejarah ilmuan terbilang, mereka terlalu 'gila' dalam menimba ilmu. dibandingkan dengan saya, jauh bezanya..

Ibnurashidi said...

Assalamualaikum buat sejadahijau yang sederhana...

Sungguh berguna sekali pesanmu itu. Ayuh, teruskan langkah ke depan mengiyakan apa dikata.

respon kepada e-leeyana..sebenarnya, orang yang sedang marah itu telah dirasuk syaitan. Syaitan telah menginap dalam saluran darahnya. Nauzubillah..

SoFie NuR said...

saya pun seorang yang agak panas baran tapi sekarang ni still tengah belaja camner nak kawal perasaan marah ni...alhamdulillah ade peningkatan ckit...

gud luck...

Ain Mardhiah said...

salam kak maya~

nice post.. mengingatkan diri sndiri supaya sntiasa rileks sebelum mengamuk. ^_^


akak, ada award utk akak nih. amik la..

Anonymous said...

Bagus entri ini. Biarlah bersederhana dalam setiap tindakan...jangan terlebih, jangan pula sampai terkurang...terima kasih atas peringatan.

Anonymous said...

salam buat damai...^^,

bersederhana dalam kehidupan memang penting... tapi jangan pula keterlaluan sehingga diri sendiri tidak maju kedepan... (^_^)

Anonymous said...

Betul... Betul.. Betul

DAMAI said...

salam akak sayang...

semua orang pun threshold marahnye kan...hihi

baguslah kalau akak dah mampu menahan marah...menunjukkan akak sudah semakin hebat ^^

akak pun jaga diri ^^

DAMAI said...

salam e-leeyana...

marah itu memang datangnya dari syaitan....kalau nampak ada orang tunjuk tanda2 nak marah,simbah dengan air ^^

tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad...^^

DAMAI said...

salam ibnurashidi yang suka memuji..

insyaAllah,akan dikota apa yang dikata....

DAMAI said...

hmm sofie nur...kene suruh kak ngah buat kelas tambahan untuk kamu ni...belajar cara2 menahan marah...mudah jika diri benar2 mahu berubah...insyaAllah ^^

DAMAI said...

salam ainul...

terima kasih sayang ^^

dah ambil dah award tu ^^

DAMAI said...

terima kasih sangmentari...

marilah kita besederhana bersama2...jadikan semuanya kerana Allah ^^

DAMAI said...

yEm^^

betul kata kamu...sederhana mengajar kita untuk meraih kejayaan tanpa mencuit sedikitpun kemurkaan Allah...insyaAllah..

DAMAI said...

si mawar...

apa yang betulnye? hihi