Monday, February 23, 2009

diary ^^

Menulis catatan sehari2 atau lebih dikenali sebagai “diary” bukanlah suatu kerja mudah…penulisnya perlu rajin dan istiqamah dalam penulisannya sehari2…di perut buku catatan itu tersemat kemas jutaan rahsia tuannya….boleh saja,insan yang memiliki buku catatan ini hidup dalam dunianya sendiri….hidup dalam tulisan kehidupannya…

Namun,adalah lebih baik andai di dalam buku catatan itu terselit beberapa nota penting yang boleh dijadikan rujukan,bukan sahaja bagi kita malah bagi ahli keluarga dan sahabat terdekat kita…beberapa nota penting yang Damai rasakan amat perlu berada di dalam buku catatan itu adalah…

1)hutang yang perlu kita langsaikan…tidak kiralah dari segi wang ataupun barangan….setiap sen yang kita pinjam yang kita telah pun berjanji untuk membayarnya kembali perlulah dicatat kerana boleh jadi kita terlupa akan hutang tersebut….berhutang dengan sesame manusia adalah lebih payah kerana andai kita tidak melangsaikannya di dunia,proses penyelesaiannya akan bersambung di akhirat kelak….oleh itu,kita harus sentiasa pastikan yang setiap pinjaman yang dibuat dicatat dan dilangsaikan segera….bukan sahaja kita perlu mencatatkan pinjaman kita dari sahabat2 kita,malah adalah lebih baik jika kita senaraikan juga hutang yang kita hulurkan pada sahabat2 kita…bukan untuk berkira2 tetapi sebagai jalan penyelamat andai ditaqdirkan sahabat kita itu terlupa untuk melangsaikannya…

“ eh,aku dah bayar ke belum hutang hari tu?”

“ entahlah,aku pun tak ingat”

Seringkali keadaan di atas berlaku…jadi untuk mendapat kembali hak kita dan juga untuk mengelakkan kita terlebih mengambil harta,maka lebih baiklah kita latih diri untuk mencatat setiap jenis pinjaman yang dilakukan ^^

2)mencatat tarikh datang dan keringnya haid (bagi wanita sahaja)….ini adalah satu perkara yang penting bagi wanita….mungkin kita tidak mengalami apa2 masalah kitaran haid (masa haid kurang dari 15 hari dan masa suci lebih dari 15 hari ),namun masa hadapan tiada siapa yang tahu bukan melainkan Allah…ada masanya tatkala ketidakstabilan hormon berlaku dalam badan,perkara2 seperti datang haid awal atau lewat,haid yang berterusan boleh berlaku…di waktu inilah kita amat memerlukan tarikh2 kitaran ini agar kita tahu apa yang perlu kita lakukan…jangan ambil mudah perkara berkaitan haid ini (juga darah2 yang lain yang mewajibkan mandi) kerana ianya berkait dengan perkara ibadah kita…


3)mencatat jumlah hari puasa yang perlu diqadha’….hal ini bukan sahaja boleh terjadi pada wanita (haid,nifas dan sebagainya),malah untuk lelaki juga…jadi,catatlah jumlah berapa banyak hari puasa yang perlu kita qadha’ agar di akhirat kelak kita bebas dari hutang ini dengan Allah…insyaAllah ^^

4)latih diri untuk mencatat perkara2 penting yang perlu kita lakukan…seperti menghadiri kelas agama,usrah atau aktiviti2 seperti ziarah dan “study group”….ini bagi mengelakkan berlakunya pertembungan antara aktiviti2 ini dengan aktiviti2 kita yang lain….tetapkan masa yang dikhaskan untuk aktiviti2 seperti ini,dan tolak aktiviti2 lain ke satu masa lain yang kita “free”…

5)akhir sekali yang Damai boleh kongsi adalah….catatlah tarikh2 istimewa bagi ahli keluarga dan sahabat2 kita…seperti hari lahir,tarikh peperiksaan adik beradik kita,hatta tarikh ulangtahun perkahwinan ibubapa kita….insyaAllah ianya dapat mengeratkan lagi hubungan sesama keluarga dan sahabat….membuatkan insan2 di sekeliling kita gembira juga insyaAllah akan mendapat ganjaran dari Allah ^^

Tidak salah kiranya menulis “diary” menjadi hobi kita…cuma,gunakanlah hobi kita itu sebagai satu cara untuk kita lebih teliti dalam kehidupan sehari2 dan moga hobi yang satu ini memberi manfaat bukan sahaja untuk kita malah insan sekeliling kita….insyaAllah….^^

8 comments:

Anonymous said...

i have my own diary during d old days.mase tu rase everything leh handle.but nowadays,lepas jd cikgu,da bz ngan mcm2 benda,xsempat nk tulis diary.the different is skang sng sgt tensi.especially when it comes to baby.seriesly sgt frust sbb maseh xde baby sdgkan yg lain da berisi.blh x maya anta ape2 tazkirah untuk meredakan rasa hati yg gundah gulana ni?huhu..thanks ;)

Anonymous said...

saya takde diari.. tapi saya ade planner yg mencatatkan apa yg saya kena buat mengikut bulan... hidup saya rasa lebih tersusun sebab saya tau apa yang saya nak lakukan saban hari... hutang2, tarikh2 penting semua dicatatkan...buat planner ini membuatkan saya lebih menghargai masa.. masa itu kan lebih berharga daripada emas.. jadi, tak boleh disia2kan... (^_^)

fusarium solani said...

Salam singgah Nurul Maya...

Damai namamu
Mudah disebut
Indah dibaca
Semoga terus
Mencatat ilmu
Berguna

SoFie NuR said...

diary...i used to have a diary before...tapi cam istiqamah je..so,i decided not to have it for now...hihi...

DAMAI said...

insyaAllah aze...nanti maya tolong redakan hati yang resah itu ^^

DAMAI said...

bagus cara kamu itu yEm^^...

tidak ramai yang melakukan apa yang kamu lakukan itu...semuanya yakin bahawa mereka akan ingat perkara2 itu di dalam kepala...

teruskan habit yang bagus ini ya ^^

DAMAI said...

salam kembali fusarium solani^^

sungguh unik nama kamu ^^

baru pertama kali sudah menjual puisi kah pada damai?

insyaAllah,selagi diberi keizinan oleh Allah,damai akan terus menulis ^^

DAMAI said...

sofie nur...

tag dah siap...

nak tulis diary memang kene ada komitmen hihi..akak pun selalu terkandas di tengah jalan huhu

tapi,bende2 penting yang akak beritahu tu jangan lupa dan jangan malas untuk dibuat catatan ok...^^