Sunday, February 22, 2009

di mana bumi dipijak...

bangunan utama Crimea State Medical University,Ukraine

“ kamu menyesal tak belajar di sini? “

Seorang kawan berbangsa cina mengajukan soalan kepada Damai….kebetulan waktu rehat kami sama,jadi sempat kami berjumpa dan berbual2 kosong sambil masing2 sibuk memegang buku krok ( himpunan soalan2 objektif dari tahun 2002 – 2008 yang perlu dihadapi oleh pelajar2 tahun 3 dan tahun 6)…soalan apa yang bakal masuk tahun ini tidak dapat dijangka…apa yang penting,ilmu di kepala perlu dimampatkan semaksimum mungkin agar tidaklah terus “blank” ketika menjawab nanti…insyaAllah…

Terdiam Damai mendengar soalan kawan Damai itu…setelah berfikir 2-3 saat,lantas dengan yakin Damai menjawab..

“ no “

Dia menerima jawapan Damai seadanya…tidak membantah dan tidak menyokong…di wajahnya jelas seribu penyesalan ditaqdirkan belajar di Crimea State Medical University di Ukraine ini….aduh,kasihan Damai melihatnya…itulah beza antara kafir dengan yang muslim,kafir memang mudah berputus asa....sedangkan kita ada Allah,tempat disandarkan segala harapan ^^

Ya,sebetulnya 6 tahun yang lalu,ketika pihak Setiausaha Kerajaan Selangor menelefon Damai memberitahu bahawa Damai terpilih untuk menyambung pelajaran dalam bidang perbuatan,gembira hati Allah sahaja yang tahu….pertamanya,kerana dapat bidang yang memang Damai impikan…keduanya pula,bakal dihantar ke luar negara (suatu kenyataan yang tidak pernah berani Damai impikan )…

Tahun pertama berlalu tanpa masalah..alhamdulillah…kalau ada masalah pun,masalah “homesick” hihi….namun,semua itu asam garam kehidupan….kalau nak berjaya mestilah perlu berkorban sedikit….^^

Masuk tahun kedua,masalah mula timbul….kecoh di Malaysia tentang penarikan semula pengiktirafan Malaysia ke atas universiti Damai ini….alasan yang diberikan adalah doktor2 yang lahir dari universiti ini kurang hebat dan selalu ada masalah dalam komunikasi kerana perantaraan antara pelajar dan guru2 di universiti tidak menggunakan bahasa inggeris sepenuhnya…sebaliknya campuran antara bahasa inggeris dan bahasa rusia….

Damai sendiri melihat bagaimana “perbincangan” hangat berlaku dalam dewan parlimen antara seorang menteri yang membantah penarikan semula pengiktirafan ini dengan menteri2 lain yang sebaliknya setuju dengan cadangan tersebut….setelah berbulan2 krisis berlaku,akhirnya jatuhlah juga keputusan bahawa pengiktirafan itu perlu ditariksemula dan hingga sekarang masih belum ada tanda2 pengiktirafan itu akan diberikan semula…

Sepanjang 6 tahun berada di universiti ini banyak sudah pengalaman yang Damai alami….beraneka rasanya…manis,pahit,masam,masin,kelat….semuanya ada….menjadikan Damai lebih sayang dan rasa pilu hendak meninggalkan bumi Allah Ukraine ini…

Walaupun universiti ini bukanlah universiti hebat di mata masyarakat Malaysia….nama Ukraine juga boleh jadi ada yang tidak pernah mendengarnya….panas dan bingit sudah telinga ini mendengar sindiran2 sinis sesetengah doctor di Malaysia ketika Damai menjalankan praktikal setiap tahun di hospital Malaysia….

Namun,percayalah itu semua sedikitpun tidak mengubah rasa cinta Damai pada universiti ini…sekelumit pun tiada rasa benci pada kejelekan universiti Damai ini…kerana di sinilah tanah yang telah Allah taqdirkan Damai berdiri di atasnya….langit di mana Damai berjalan di bawahnya mencari dan menuntut ilmu sebanyak yang mungkin…masakan Allah mentaqdirkan sesuatu yang tidak baik untuk hamba-Nya bukan?...setiap ketentuan itu PASTI terselit hikmah untuknya…^^

Oleh itu,tanyalah Damai sebanyak mana yang kalian semua mahu tanya samada Damai menyesal atau tidak belajar di sini….jawapannya hanya satu, TIDAK….kerana bagi Damai,kehebatan dan kepakaran seseorang bukanlah terletak pada bagus atau hebatnya universiti yang dimasukinya,tetapi semuanya terletak pada kesungguhan dan ketinggian usaha insan itu sendiri….^^

~~mengumpul kekuatan untuk meneruskan bulan2 akhir di sini~~

gambar hiasan ~~ waktu rehat,masa untuk bergambar ^^ ~~

10 comments:

MOHD KHAIRUL HAFIZ said...

Teruskan berlari sampai berjaya ke garisan penamat

nurhuda_cahayapetunjuk said...

Assalamualaikum.

Damai yang jauh di bumi Ukraine..:)

Semoga Damai terus tabah dalam meniti hari akhir di sana..semuanya takdir Allah, maka kita hambaNYA mestilah meyakini bahawa setiap yang berlaku ada hikmahnya..Bila Damai balik Malaysia?

salam sayang drpd:
nurhuda_cahayapetunjuk..:)

Liyana said...

lagi berapa bulan saja nak sampai ke garis akhir..tegar juga ya hingga enam tahun di sana..

apa pun..all the best!

Nafsah Dulajis said...

salam damai~

seronok membaca ceritanya cerita...kerana bidang yg sama ^_^

bezanya kita dengan doktor lain itu adalah pada etika dan MUSLIMnya kita walaupun mungkin universiti tmpt kita menuntut itu berlainan tarafnya.

Sesungguhnya ISLAM menjadikan kita mulia...mari kita menjadi dokturah Muslimah yang berjaya!

Haji Jim Nun al Urduni ( ABU LUQMAN ) said...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam Persahabatan dari Abu Luqman

Sesuatu yang berlaku sudah tentu ada hikmahnya yang kita sendiri tidak tahu. Sebagai seorang insan yang diciptakan oleh Allah ,kita berserah sahaja kepada Allah kerana Allah itu Maha Mengetahui.
Apa yang penting- keikhlasan kita berjuang di jalanNya.

DAMAI said...

insyaAllah cinta agung....damai akan teruskan pelarian ini?...pelarian????hihi

DAMAI said...

waalaikumussalam warahmatullah huda yang jauh di malaysia...

insyaAllah huda...doakan Damai ya...

insyaAllah balik hujung bulan julai nanti...mengapa huda tanya?...nak jemput damai ke?hihi

sayang kamu juga huda ^^

DAMAI said...

puding caramel...

pejam celik pejam celik...di sini sudah damai akhirnya ^^

DAMAI said...

waalaikumussalam warahmatullah khairaummah...

impian menjadi doktor muslimah yang cemerlang tetap tersemat di sanubari...semoga niat kita ini dipermudahkan jalannya...insyaAllah ^^

DAMAI said...

salam persahabatan kembali abu luqman...

insyaAllah,dalam usaha mendidik hati pada perkara keikhlasan ^^