Tidak pasti sama ada damai pernah menulis tentang marah atau tidak….dan diri ala2 malas hendak menyemak entri2 terdahulu,makanya damai teruskan juga menaip patah2 perkataan ini…
Marah….siapa di antara kita yang tidak pernah rasa marah?...tidak kisahlah marah yang ditunjuk depan2 atau yang dipendam diam2 dalam benak perasaan…kalau ada para pembaca yang tidak pernah marah sepanjang umur dia,meh damai bagi hadiah….damai yakin setiap dari kita PASTI pernah diselubungi rasa marah….
Dalam kehidupan sehari2 kita menerokai dunia dengan perlu berdepan dengan pelbagai jenis manusia….dunia ini bukan milik kita seorang…dan kita juga tidak mampu untuk hidup bersendirian….oleh sebab itu,saban hari akan ada suatu masalah yang dinamakan konflik yang akan kita hadapi dalam proses berkomunikasi antara satu sama lain….
Waktu inilah,kita seharusnya bijak mengawal diri…sesuai dengan siapa kita berinteraksi…bukan bererti kita harus menjadi lalang,tetapi andai sedikit perubahan sikap yang kita lakukan itu mampu mewujudkan suasana yang harmoni sesama kita,maka perubahan itu adalah lebih baik dari kita terus menerus dengan sikap yang boleh sahaja mengeruhkan ikatan silaturrahim yang terbina…
Memang kadang2 susah hendak mengawal rasa marah ini…tetapi apabila kita didik jiwa kita dengan sifat maaf,pasti api marah itu senang sahaja dipadam lantas dilupakan…
Kadang2 kita marah sahabat2 kita tanpa usul periksa….belum dengar penjelasan yang hendak diberikannya,kita lebih dahulu meninggikan suara ke arahnya….tidakkah sesaat kita terfikir,apakah perasaan sahabat kita itu?....letakkan diri kita di tempatnya,apa yang akan kita rasa?...
“ anum,aku dah belikan kau fail untuk letak kertas kerja kau…atas meja tu,yang warna hijau tu”
“ sape suruh kau beli?...lain kali kalau nak belikan pun,tanyalah aku dulu nak warna apa…ni pandai2 je beli sendiri”
( nama dan kisah adalah rekaan semata2..tiada kaitan dengan yang hidup ataupun yang telah tiada )
Hmm nampak macam tidak munasabah kemarahan anum itu bukan?...namun,percayalah ianya boleh terjadi dalam kehidupan kita…tidak kiralah sama ada kita menjadi yang memarah atau yang dimarah…
Sudahlah ucapan terima kasih tidak diucap,dibalas pula kebaikan itu dengan herdikan….cubalah kita didik diri dengan sifat syukur…bukan mudah mendapat sahabat yang mahu membantu kita TANPA kita terlebih dahulu meminta pertolongan….hargailah setiap kebaikan yang dihulur meskipun mungkin terselit dalam kebaikan itu,sesuatu yang tidak kita sukai…
Damai menulis kerana telah berjumpa dengan banyak situasi2 sebegini…bahkan mungkin juga satu ketika dahulu,damai pernah menjadi seorang yang pemarah….bila difikir2kan semula,betapa lemahnya kita ini…salah sedikit itu yang kita nampak berbanding bakti yang terlindung di sebalik perbuatan sahabat kita itu…
Mulia saat ini,berjanjilah pada diri kita agar terus kuat melawan sifat marah ini….bukankah Saidina Umar pernah berpesan,yang dikatakan orang yang kuat itu adalah orang yang mampu menahan marahnya….bila terjadi sesuatu perkara di luar kehendak kita,selidik,fahami dan berbincanglah dengan aman….jangan diturutkan bisikan syaitan itu…
Biasakan diri dengan wudhu’…insyaAllah sifat marah tidak akan terlekat pada diri kita…
Ingatkan diri yang dia yang ingin kita marah itu juga seorang manusia,yang punya hati dan perasaan….bagaimana kita mahu hati kita dijaga oleh insan lain,begitulah juga yang perlu kita lakukan….
Akhirnya,selalu muhasabah diri….dosa kita yang makin hari makin bertambah ini Allah dengan mudah memaafkan…apalah sangat kesalahan sahabat2 kita yang tidak seberapa itu…
16 comments:
salam damai cayang (^_^)
damai, sifat marah tu mesti ada. tapi, kalau tak tahu nak naik marah (macam saya hehe) susah juga. semua orang akan ambil kesempatan pada kita. akan pijak kepala kita.
tapi, kemarahan terlampau tu ibarat syaitan kan. maka, biarlah marah itu bertempat.
contoh dialog itu, uhhh memang menyakitkan sekali..bersabarlah
salam kak damai.
biasanya bila marah, sangat mudah menampakkan kelemahan kita.
tak marah tapi tegas.
mungkin itu lebih baik
tp kalau tahan marah sgt2 mesti nk ternangis. tataw kenapa
*saya selalu tak tahan marah*
Salam Damai...saya pernah berkunjung ke laman ini beberapa kali..tapi ini kali pertama meninggalkan komen...(^_^)
Bila saya marah...saya akan diam..xbercakap...dan kenalan rapat sudah tahu..pasti sy ketika itu sedang marah...dan bila sy mula kembali bersuara...mereka juga tahu rasa marah sy sudah pun hilang..heeee...(^_~)
p/s: ape pun..biar bagaimana rasa marah itu dipendam mahu pun diluahkan...jgn sampai memakan diri....
wah, janganlah marah-marah! :)
sedikit perkongsian...
http://khayra-ummah.blogspot.com/2008/12/janganlah-marah-marah.html
Aduh, damai dan kawan-kawanku semua... kalau ada yang sedang marah itu, luahkan segera. Jangan dipendam lama-lama. Merana diri!
p/s sebenarnya terkejut bila tahu cara permatanusantara menahan marah. Nanti boleh ajar sama saya ya teknik 'membatukan diri' dalam mengawal marah. Pasti istimewa.
salam sayang kembali e-leeyana...
betul tu,marah biar bertempat...bila salah meletakkan marah,sudah jatuh zalim..huhu nauzubillah...
salam juga buat kamu puding caramel...
tegas dan marah adalah 2 perkara berbeza...jadilah orang yang tidak pandai marah tetapi tegas menegakkan pendirian...jangan hanya mampu jadi lalang yang suka marah2...^^
bila marah dipendam,kita akan stress...dan menangis adalah salah satu cara menghilangkan stress...(teori akak je ni....hihihi ^^ )
puding caramel...
bila rasa hendak marah,cepat2 berwudhu'...marah itu dari syaitan...syaitan itu dari api...^^
salam permatanusantara...
damai juga perasan komen2 kamu terutama di blog ibnurashidi...
ya,damai juga selalu mengambil cara kamu itu....memilih untuk diam dari terkeluar kata2 yang mungkin tidak sedap didengar telinga...
ya,betul tu...jangan sampai memakan diri...dan juga yang paling pent...yang penting jangan sampai memakan diri orang yang dimarah itu...nauzubillah..
wah..khairaummah...
lama kiranya tidak ke temu ^^
terima kasih atas perkongsian itu ^^
sangmentari...
hmm baru kam tahu ya teknik2 kami kaum Hawa mengawal marah hihi
kalau sangmentari ada teknik2 yang ingin dikongsi,silakan...sejadahijau sentiasa mengalu2kannya ^^
diam2 ubi berisi...eh,ada kaitan ke? hihi ^^
permatanusantara, cara kamu sama dengan saya. saya juga akan berdiam diri jika marah. kadangkala terasa gelojak di jiwa sendiri, ahh~ tahankan sahaja..kalau dah tak tertahan, saya akan ke satu tempat jauh dari orang dan melepaskannya di situ dengan apa cara sekalipun..kerana marah itu membuatkan kita hilang pertimbangan..jadi, agak bahaya untuk saya berada disamping yang 'berperasaan' ketika itu..
jika saya diam, mereka akan turut diam..kerana mereka tahu bahawa saya sedang 'marah'. kalau nak cari pasal, beranilah menegur saya ketika itu hee~
Salam Maya...
Kak su pun pernah buat n3 pasal marah ni dulu. :)
salam buat damai...^^,
maaf yer.. ini bukan kunjungan kali pertama..tapi pertama kali mahu tinggalkan komen..hehe...
entri yang menarik.komentar2 nya pon menarik sehinggakan saya pon tergerak hati nk sibuk berkomentar bersama... =p
cara saya menahan marah sama seperti iliana, permata nusantara, dan damai juga kan? rupanya ramai yg ikut cara ni. mendiamkan diri sahaja (tapi kalau marah sangat, sampai menangis jugak. tapi sorok2..huhu) mungkin lebih selamat kerana bimbang apa yg dilakukan ketika marah akan dikesali pula nanti..
erm, sekian sahaja komentar kali ni...
"jgn marah2, nnti cepat tua.." (^_^)
salam kak su,
terima kasih sudi berkongsi artikel^^
salam kembali yEm^^
terima kasih untuk komen kamu...sejadahijau sentiasa mengalu2kan komen2 kamu ^^
kalau marah,memang kene diam...kalau tak,habis binasa semuanya ^^
jangan marah2..nanti dapat darah tinggi..hehe nauzubillah ^^
Post a Comment