Wednesday, February 18, 2009

ainul....dah siap ^^

10 things I hate about you….eh,tersilap pulak…10 things about me…(nak melangsaikan tag dari adik sayang yang nun jauh di bumi Jordan ^^ )

1) nama sebenar damai ialah nurul maya binti sharip….nama nurul tu ayah damai yang bagi…maya pulak mama damai yang bagi….antara nama2 cadangan sebelum nurul maya tu adalah maria,intan baiduri dan siti rohayu…malangnya semua nama itu ditolak oleh ayah damai…dan akhirnya,datanglah nama nurul maya yang memuaskan hati mama dan ayah damai ^^

2) damai suka warna hijau…sebab tu nama blog damai sejadahijau ^^

3) surah kegemaran damai ialah As-Sajadah ^^

4) sedang berusaha sekeras2nya untuk merendahkan tahap kecemburuan dalam diri...sesiapa ada petua?? ^^

5) suka makan apa sahaja yang diperbuat daripada kentang….keropok kentang ke…kentang goreng ke…karipap ke…mee jawa ke….semualah yang ada unsur2 kentang di dalamnya…^^

6) mudah terasa hati….kadang2 kawan2 buat lawak je pun,tapi akan buat damai kecik hati…pelik2 huhu ^^

7) jadi doctor bukan cita2 pertama damai…dulu damai nak jadi pramugari atau usahawan….mama damai pula suruh damai jadi ustazah….tapi,tup2 taqdir Allah meletakkan damai sebagai bakal doktor…alhamdulillah….impian nak teruskan pengajian untuk menjadi pakar kanak2….insyaAllah ^^

8) damai suka hafal nombor….kawan2 pun kadang2 pelik kenapa damai susah2 hafal nombor telefon…kan boleh ‘search’ je kat ‘phonebook’…^^

9) sejujurnya….damai suka basuh dan gosok baju tapi tak suka sidai dan lipat baju…suka masak tapi tak suka basuh pinggan mangkuk….damai suka hari hujan tapi tak suka bawak payung…

10) damai ada masalah angin….menguji damai untuk menahan wudhu’….kadang2 cemburu tengok kawan2 boleh tahan dan jaga wudhu’,bila masuk waktu solat terus bentang sejadah dan solat….ada sesapa ada petua bagaimana mengurangkan angin dalam badan? Huhu


~~ ok...masa untuk ke kelas ^^ ~~

5 comments:

Anonymous said...

salam...
nampaknya kali ni jadi org pertama pulak yang komen.. sebelum ni antara yang terakhir...=)

erm, saya nk kongsi skit psl nak kurangkan masalah angin ni.. yang paling utama, mestilah makan pada masa yang teratur.. jangan 'skip meal'... kemudian, elakkan makanan yang boleh menambah gas dlm badan, contohnya, air bergas,kobis, brokoli, cendawan dan kacang peas...
boleh cuba makan biskut, roti bakar @ yogurt boleh mengelakkan daripada angin...

sekian saje komentar saya kali ni..cuma nak berkongsi ilmu yang saya belajar.. seronok kiranya dapat membantu walaupon sedikit...(^_^)

Ibnurashidi said...

Salam buat bakal Doktor yang ada masalah angin..

Bagi saya, mudah saja. Minumlah air halia atau madu banyak-banyak. Sekejap saja angin itu menjadi sepoi-sepoi bahasa lalu hilang berlalu tanpa berita.

P/S : Saya sihat aja..sibuk sikit.

DAMAI said...

salam yEm^^

tahniah jadi yang pertama...nak hadiah ke?hihi

terima kasih banyak2 atas petua tu...insyaAllah damai cuba amalkan mana yang mampu ^^

~~malunya~~

DAMAI said...

salam ibnurashidi..

amboi,"bakal doktor yang ada masalah angin?"...huuhu

air halia?...huhu susah sikit tu...madu ok lagi insyaAllah....

ameen...semoga angin itu berlalu seperti kata2 kamu itu...ameen...

Anonymous said...

ade ke hadiah utk pemberi komen pertama?? kalau ade, mestilah saya nak.. hehe...

Damai tak perlu lah malu.. Damai kan bakal doktor.. nanti jika ade pesakit minta nasihat daripada Damai tentang masalah angin, kan lebih mudah, sebab sudah tahu serba sedikit tentangnya...