Tuesday, February 24, 2009

SABAR.......

~~entri khas buat sahabat yang sedang gundah gulana…DHIYA dan AZE….moga ingatan yang tidak seberapa ini mampu menyuntik semangat buat kamu berdua…insyaAllah ~~

Dari Abi Malik al-Harith bin ‘Asim al-Ash’ari radiyallahu’anhu katanya : telah bersabda Rasulullah saw;

“ Suci itu sebahagian iman,dan Alhamdulillah memenuhi timbangan, dan Subhanallah dan Alhamdulillah keduanya memenuhi atau memenuhi ruang antara langit dan bumi, dan solat itu cahaya, dan sedeqah itu keterangan, dan sabar itu sinaran, dan Al-Quran itu hujjah (dalil) bagi engkau atau atas engkau…Sekalian manusia itu berpagi-pagi maka ada orang yang menjual dirinya,lalu dimerdekakannya atau dibinasakannya”

( diriwayatkan oleh Muslim )

Meneliti maksud yang cuba disampaikan oleh junjungan besar Rasulullah saw dalam kata2 baginda itu…banyak pengajaran yang boleh hadamkan agar badan kita sejahtera dalam keberkatan-Nya…insyaAllah…

Entri ini ditulis kerana kali ini Damai ingin berbicara tentang perkara sabar…

Dalam hadith di atas,Rasulullah saw menyifatkan sabar itu sebagai satu sinaran...sinaran yang tetap terus menyuluh terang setiap jalan yang ditempuh….tidak kira sesulit mana jalan yang ditempuh, panjang pendek perjalanan yang penuh dugaan itu,ianya pasti terasa mudah untuk diharungi kiranya ada sinaran yang menerangi….begitulah besar fungsi makhluk Allah bernama sabar ini….

Apakah makna hidup jika tidak diuji?...seringkali Damai mengingatkan sahabat2 semua,ujian Allah itu tanda cinta kasih-Nya pada kita…andai kita bersabar dan redha,iman kita insyaAllah akan naik setingkat demi setingkat…jadi,janganlah mengeluh apabila ditimpa ujian…kerana sesungguhnya Allah menurunkan ujian untuk kita lebih dekat pada-Nya,mengadu merintih memohon bantuan dan kekuatan dari-Nya….

Perkara kesabaran ini terbahagi kepada 3 bahagian :

1)sabar menjalankan ketaatan kepada-Nya..

bukan mudah sebenarnya untuk mengerjakan ibadah dalam bentuk yang berterusan…yang perempuannya,perlu solat di awal waktu…yang lelakinya pula perlu berjemaah di masjid setiap kali waktu solat….kalau tidak ada sifat sabar,tentulah ini tidak dapat kita rasai ni’mat istiqamah dalam amalan sehari2…

2)sabar meninggalkan atau menjauhkan ma’siat…

menahan diri dari jatuh ke lembah kehinaan nafsu dan tergelincir ke jurang api bisikan syaitan juga memerlukan kita untuk bersabar…sabar menahan diri dari melakukan zina,sabar menahan terik panas mentari di tengah Ramadhan,sabar bekerja dengan cara yang halal dari berjudi dan mengambil riba….semua keburukan2 itu dapat kita jauhi dengan wujudnya sifat sabar dalam diri kita…

3)sabar menghadapi dugaan dan ujian…

bahagian ini yang selalunya ramai yang tidak mampu mempraktikkan sabar…ramai yang mampu istiqamah dalam amalan dan tetap dirinya jauh dari melakukan ma’siat…tetapi,bila tiba2 ujian Allah datang,lantas mengeluh dia…berputus asa…bersedih…hatta,ada yang sampai sanggup membunuh diri….nauzubillah….sabar perlu diaplikasikan dalam setiap perkara….barulah kita terasa indah berada di dalam ujian Allah…

sebagaimana seorang pelajar yang akan menghadapi peperiksaan sibuk mengulangkaji pelajaran untuk mendapatkan sebuah kejayaan…..begitu jugalah kita mengaplikasi sabar dalam kehidupan…

peperiksaan = ujian yang datang
mengulangkaji pelajaran = sabar dan solat
kejayaan = syurga

“ Wahai orang2 yang beriman,minta tolonglah kamu dengan sabar dan solat,sesungguhnya Allah berserta dengan orang2 yang sabar “

( Al-Baqarah : 153 )

Teruskan berdoa agar sentiasa diberi semangat untuk menghadapi ujian2 yang bakal tiba dengan penuh sabar dan redha….segala yang berlaku pasti ada hikmahnya…terpulang pada kita untuk meneliti di mana terselitnya hikmah tersebut…jangan mudah mengalah atas ujian….kerana ketika ditimpa ujian,bererti Allah sedang memerhati dan memberi peluang untuk kita lebih dekat dan akrab dengan-Nya…insyaAllah ^^

22 comments:

Anonymous said...

Salam buat kamu yang mengingatkan erti sabar...

Bagus, teruskan menasihati rakan-rakanmu yang inginkan semangat kesabaran.

P/S : Saya tak dapat berkomentar panjang..perlu selesaikan kerja. Jumpa lagi!

Anonymous said...

trime kasih maya.aze grab sket ilmu dr maya ye.tq ;).doakan smoga kesabaran masih ada dlm hati ni

SoFie NuR said...

sabar itu memang penting n i myself stil learn how to be more patient...n alhamdulillah dah ade jugak sifat sabar dalam diri ini...

MOHD KHAIRUL HAFIZ said...

Sabar banyak2...

Abang Long said...

Syukur Alhamdulillah.

Damai bila berada disini.

laki cikgu kimia said...

erti sabar memang dalam..

DAMAI said...

salam ibnurashidi...

insyaAllah ^^

ya,kamu sedang sibuk memasak bukan?^^

DAMAI said...

insyaAllah aze...jangan marah2 nnt cepat tua ^^

DAMAI said...

alhamdulillah...tahniah buat kamu sofie nur ^^..teruskan usaha untuk latih diri dengan lebih banyak sifat mahmudah ^^

DAMAI said...

cinta agung...

sabar banyak2..marah sikit2...betulkah begitu??? ^^

DAMAI said...

abang long..

insyaAllah julai nanti baru balik malaysia...doakan ya ^^

DAMAI said...

chi am..

benar...memang benar...tiada yang benar melainkan yang benar2 sahaja apa yang kamu katakan itu ^^

Nafsah Dulajis said...

sesungguhnya solat itu lebih mudah daripada sabar.

dan sabar itulah menjadi kuci kejayaan. kerana dengan sabar sahajalah lahirnya istiqamah, dengan sabar barulah dapatr bersolat dan taat, dengan sabar barulah dapat meninggalkan maksiat.

~Sabar itu indah~

Farah Imani said...

salam ziarah..semoga SABAR milik kita. Suatu Keindahan di sebalik KESABARAN.. boleh berkenalan?
belaja medic ye?

Nur said...

Salam,

Bagi akak, sabar itu sangat berat untuk di praktik kan, sabara dalam menunaikan solat itu lagi berat, godaan dan bisikan syaitan itu, mak aiii, kalah kita kadang2, untuk mendapatkan solat yang kyusuk lagik la, nauzubillah...

doakan kami disini berjaya ya? :D

DAMAI said...

khairaummah..

sabar itu memang indah...pasti orang yang mempunyai sifat sabar itu akan indah juga peribadinya...insyaAllah ^^

DAMAI said...

waalaikumussalam warahmatullah farah imani...

nak berkenalan?boleh2,apa salahnya ^^
ya,damai pelajar perubatan di ukraine...

terima kasih ya sudi singgah di sejadahijau ^^

DAMAI said...

kak nur..

ya,sabar memang susah untuk dipraktikkan...yang menulis entri ini sendiri kadang2 tidak lepas dari terlupa untuk bersabar...huhu

insyaAllah akak...mana yang termampu,damai doakan ^^

Iliana said...

salam damai sayang

sabar itu separuh dari iman. hilang sabar bisa meruntuhkan banyak perkara. tapi, mampukan sabar itu terlaksana seperti mudahnya bicara? owh~ saya hanya berharap agar kesabaran itu sentiasa menjadi peneman jiwa. hanya dengan sabar, hidup ini dapat diteruskan

DAMAI said...

salam sayang juga buat kamu e-leeyana...

ya,dengan sabar sahaja seseorang itu mampu meneruskan hidup di celahan jutaan manusia....bukan mudah untuk berinteraksi sesama manusia,perselisihan faham pasti wujud lantaran berbezanya cara fikir dan lihat antara kita ^^

Anonymous said...

salam kak damai,apekabar?maaf ye nasuha nk tegur,ayat albaqarah tu..''sesungguhnya Allah berserta dengan orang2 yang solat'' sepatutnye ''sesungguhnya Allah berserta dengan orang2 yang SABAR''

xpe2,mgkin akak damai telepas pndang ;)

salam jauh dari shoubra,allahu bariklak =)

DAMAI said...

astaghfirullah...

terima kasih sangat2 ya nasuha...^^