Saturday, February 28, 2009

SaTu HaTi SaTu JiWa....





~~together forever insyaAllah ^^ ~~


~~ aini dan kak long ( ain ) ~~


~~ fadhilah dan kak ngah ~~

~~ kak ngah ( zarina ) dan uda ( faeza ) yang tersayang ~~


“ tak bosan ke korang ni?...kat rumah, kat kelas, kat mana2 tengok muka yang sama je…”

Kata2 yang sudah lali masuk ke gegendang telinga Damai dan sahabat2 Damai…

“…antisosial laa korang ni…”

Antara ungkapan lain yang juga pernah ditelan telinga ini…

Namun,semuanya kami ( Damai dan sahabat2 Damai ) terima dengan hati terbuka…

~~ aik...kenapa Damai tak pandang tu? ^^ ~~

Kami bahagia bila bersama…ke mana2 sahaja kami selesa bersama…bila difikir dengan logic akal memanglah terpatri rasa bosan itu…bayangkan,kami semua tinggal serumah…sudahlah serumah,majority antara kami berada di dalam kelas yang sama…kesimpulannya,selama 6 tahun ini,kami sudah jadi seperti adik beradik…bezanya cuma lain ayah dan lain emak ^^



~~ achot ( maisara )....tinggal serumah tapi tak sekelas...~~

Namun,keakraban kami tidak meletakkan kami ke tahap tidak menerima kehadiran sahabat2 yang lain….bukan kami tidak ikuti program2 dan aktiviti2 yang diadakan….semuanya (kalau Damai tidak silap) kami ikut….bukan kami tidak kenal siapa si fulan itu,siapa si fulan ini…semuanya insyaAllah kami kenal dan akan kami simpan kemas dalam lipatan ingatan kami ^^

~~ apa guna henpon canggih2 kalau tak digunakan untuk mengambil gambar ^^ ~~

Dalam banyak hal juga,kami berinteraksi dengan sahabat2 yang lain…ada juga kami keluar membeli barang dengan sahabat2 lain….keluar mengembara dengan sahabat2 lain yang juga menyukai aktiviti2 pengembaraan….malahan, setiap dari kami juga mempunyai ahli usrah masing2 yang terdiri daripada sahabat2 seuniversiti yang lain ^^

Jadi,janganlah dipandang keakraban kami ini sebagai satu isu untuk dipersoalkan….bukankah setiap insan mempunyai cara mereka yang tersendiri?...kami bahagia bersama dan sentiasa bersyukur kerana ditaqdirkan untuk bersama selama 6 tahun di Ukraine ini…^^



~~ dengan achot jalan2 di penang balik malaysia tahun lepas ^^ ~~

~~persahabatan itu indah jika segalanya kerana Allah~~


~~ the last winter for us...maybe...~~


~~ love you sisters....^^ ~~



12 comments:

Iliana said...

salam damai yang enak bermain salji di sana..ohhh~ teringinnya

damai, jika kalian itu sehati sejiwa, umpama adik-beradik, alangkah bertuahnya damai. berbeza jauh sekali dengan saya.

bila jauh di perantauan, di mana sahabat senegara itu kecil kumpulannya, ukhwah itu lebih erat ikatannya. bila di sini, pilihan terlalu ramai, sehinggakan banyak juga masalah yang tibul di belakang kira. yang terkadang amat mengecewakan.

damai, hargai persahabatn itu ya. dan usirlah semua kata nista tu. tiada maknanya pun hehe

duOne_sTarz said...

salam damai...
seronoknya bermain salji.hihi...alang2 duduk ditempat orang, baek cuba try test sume benda yang xde kat malaysia...
slamat mencuba la...

Nur said...

Salam Damai,

Terasa terpaku melihat kalian yang masih berpakaian yang amat sopan even during winter.

Rindu pada salji, mau salji lagi! mau salji supaya gamba2 di kampung sepi ini pula diabadikan...:D

best bukan kalau punya sahabat sejiwa? yang di pandu Allah?

:D

rasa2nya, damai sudah jumpa your silverswords, but it is females, but i'm pretty sure you have found your male silversword!

:D

MOHD KHAIRUL HAFIZ said...

Salam Damai....

main salji ye?alang2 salji banyak, buatlah ABC.Bgs x idea tu?

Anonymous said...

'the last winter for us'
terasa sayu pula melihat kawan-kawan yang bakal tamat belajar. Pulang ke tanah air... damai, semoga menjadi doc yang terbaik untuk masyarakat..insyaAllah

Ibnurashidi said...

Salam Damai yang satu hati satu jiwa...

Bagus, kamu semua masih mampu mengekalkan kesopanan dan tatacara syariat Islam dalam berpakaian..teruskan begitu dan jangan lupa, ukhuwah itu harus dijaga rapi sebagaimana kamu menjaga dirimu sendiri..

DAMAI said...

salam buat kamu juga e-leeyana...

benar kata2 kamu itu...bila sedikit,rasa sayang untuk bermasam muka..kerana pusing2,muka itu juga yang akan dicari^^

insyaAllah sayangku....setiap persahabatan yang terbina akan Damai hargai...termasuklah persahabatan antara kita ^^

DAMAI said...

salam duOne_sTarz..

insyaAllah...selagi tidak melanggar batas2 Allah,semuanya pasti Damai cuba ^^

DAMAI said...

salam kak fakhzan..

alhamdulillah,dulu masa mula2 jejak kaki ke sini,kami terikut2 juga pakai seluar...tapi,setelah beberapa ketika,rasa macam lebih selesa bila berpakaian sebegini ^^

tentulah best akak...akak pun mesti ada sahabat2 yang begitu...^^

sejujurnya,sehingga sekarang tidak tahu apa itu silversword....:(

DAMAI said...

salam cinta agung...

boleh2...Damai buat kamu minum boleh?^^

DAMAI said...

insyaAllah sangmentari...doakan kami semua berjaya habiskan tahun akhir ni...dan semoga kamu juga akan menjadi doktor yang baik ^^

DAMAI said...

salam kembali untuk kamu ibnurashidi...

alhamdulillah juga pada Allah yang memberi hidayah ^^

akan Damai simpan kemas2 ikatan persahabatan ini dalam hati..insyaAllah ^^