Tidak semua makanan itu mengenyangkan,
Tidak semua kenyang selepas makan.
Tidak semua kesedihan perlu ditangisi,
Tidak semua tangisan menunjukkan kesedihan.
Tidak semua yang pelupa itu tua,
Tidak semua yang tua itu pelupa.
Tidak semua cinta itu buta,
Tidak semua buta kerana cinta.
Tidak semua ubat itu pahit,
Tidak semua yang pahit itu ubat.
Tidak semua yang berdarah itu sakit,
Tidak semua yang sakit perlu berdarah.
Tidak semua mati kerana sakit,
Tidak semua sakit pengakhirannya mati.
Tidak semua kenyang selepas makan.
Tidak semua kesedihan perlu ditangisi,
Tidak semua tangisan menunjukkan kesedihan.
Tidak semua yang pelupa itu tua,
Tidak semua yang tua itu pelupa.
Tidak semua cinta itu buta,
Tidak semua buta kerana cinta.
Tidak semua ubat itu pahit,
Tidak semua yang pahit itu ubat.
Tidak semua yang berdarah itu sakit,
Tidak semua yang sakit perlu berdarah.
Tidak semua mati kerana sakit,
Tidak semua sakit pengakhirannya mati.
16 comments:
Salam KeDAMAIan...
Sangat memberi makna yang bagus. Saya meletakkannya sebagai 4 1/2 bintang.
Oleh itu, marilah kita makan makanan yang mengenyangkan zahir dan batin.
salam ibnurashidi...
terima kasih terima kasih....hihi
4 1/2 pun 4 1/2 laa....akan cuba untuk mendapat 5 bintang ^^
insyaAllah takkan dibiarkan perut sahaja kenyang...batin juga mesti diisi ^^
salam damai yang sedang befikir
damai, aduhai saya suka ayat tang ubat itu. makanya, tak perlulah saya makan ubat ya hehehe (salah pemahaman ni nampaknya)..
Salam buat Cik Damai..
Moga diberi kemudahan olehNya dalam setiap Urusan..
Ameen..
salam alaik..
syukran buat saya berfikir..
tidak semua yg INDAH hadir dalam kehidupan.
hakikatnya INDAH itu sentiasa hadir pabila kehidupan bersulam dengan keSYUKURAN..
Teruskan usaha mu!!
Wah, sajak yang menarik. Sangat memberi kesan. Sama-samalah kita sentiasa berfikir. Setiap berlaku itu pasti ada hikmahnya.
p/s Tidak semua yang berfikir itu benar, tidak semua yang benar itu pun berfikir...
saya tersentuh...
hari ini hari tersentuh saya
bila baca ini saya tersentuh..
tetiba rasa nak nangis.
tulisan ini berjaya buat saya tersentuh. tahniah
salam...
kalau cik iliana suka ayat tentang ubat (sebab malas makan ubat), saya pula suka ayat yang ini (ayat lain pon saya suke jugak.hehe)...
" Tidak semua makanan itu mengenyangkan,
Tidak semua kenyang selepas makan".
jangan hanya ingat makanan untuk perut je.. makanan untuk hati pon penting juga.. (^_^)
p/s: hurm, sejak akhir2 ini cepat lapar la.kalau tak makan, rs macam nak pengsan pula.kalau makan byk kali, takut gemuk pulak.adeh....
Assalamualaikum...
Wahh Dr Damai membuatkan huda termenung seketika membaca entri ukhti ini...
namun biarlah kita berfikir ke arah yang membawa kebaikan dan keredhaan Allah...
Salam sayang buat Dr Damai..;)
salam buat kamu e-leeyana yang tidak suka makan ubat...
hmm akan Damai cari kamu dan sumbat kamu dengan ubat2 ^^
takut tak?
salam myikhwanfiideen...
insyaAllah...mudah2an doa kamu dimakbulkan Allah...
semoga kamu juga sentiasa mendapat bantuan dan kekuatan dari-Nya ^^
salam farah imani...
wah,sedap kata2 kamu...Damai suka^^
kamu juga perlu terus tingkatkan usaha ya ^^
terima kasih sang mentari...
tapi,sajak Damai tidak sehebat tulisan2 kamu ^^
bukan sahaja akal perlu berfikir tentang kebenaran,malah lisan ini juga perlu sentiasa ungkapkan yang benar2 sahaja ^^
~*puding caramel*~
takutnya Damai bila tahu kamu tersentuh...harap2 tersentuh sikit2 sahaja ya...^^
yEm^^
jangan tahan makan...ikut cara Rasulullah SAW,bila lapar,makan...sebelum kenyang,berhenti...
kalau takut naik badan,bersenamlah...baik untuk kesihatan jantung juga ^^
waalaikumussalam warahmatullah huda sayang..
alhamdulillah andai niat Damai tercapai...moga semua pembaca berfikir sedikit tentang setiap apa yang kita lakukan setiap hari....
keredhaan Allah adalah yang paling utama ^^
salam sayang juga buat kamu huda ^^
Post a Comment