Saturday, February 28, 2009

SaTu HaTi SaTu JiWa....





~~together forever insyaAllah ^^ ~~


~~ aini dan kak long ( ain ) ~~


~~ fadhilah dan kak ngah ~~

~~ kak ngah ( zarina ) dan uda ( faeza ) yang tersayang ~~


“ tak bosan ke korang ni?...kat rumah, kat kelas, kat mana2 tengok muka yang sama je…”

Kata2 yang sudah lali masuk ke gegendang telinga Damai dan sahabat2 Damai…

“…antisosial laa korang ni…”

Antara ungkapan lain yang juga pernah ditelan telinga ini…

Namun,semuanya kami ( Damai dan sahabat2 Damai ) terima dengan hati terbuka…

~~ aik...kenapa Damai tak pandang tu? ^^ ~~

Kami bahagia bila bersama…ke mana2 sahaja kami selesa bersama…bila difikir dengan logic akal memanglah terpatri rasa bosan itu…bayangkan,kami semua tinggal serumah…sudahlah serumah,majority antara kami berada di dalam kelas yang sama…kesimpulannya,selama 6 tahun ini,kami sudah jadi seperti adik beradik…bezanya cuma lain ayah dan lain emak ^^



~~ achot ( maisara )....tinggal serumah tapi tak sekelas...~~

Namun,keakraban kami tidak meletakkan kami ke tahap tidak menerima kehadiran sahabat2 yang lain….bukan kami tidak ikuti program2 dan aktiviti2 yang diadakan….semuanya (kalau Damai tidak silap) kami ikut….bukan kami tidak kenal siapa si fulan itu,siapa si fulan ini…semuanya insyaAllah kami kenal dan akan kami simpan kemas dalam lipatan ingatan kami ^^

~~ apa guna henpon canggih2 kalau tak digunakan untuk mengambil gambar ^^ ~~

Dalam banyak hal juga,kami berinteraksi dengan sahabat2 yang lain…ada juga kami keluar membeli barang dengan sahabat2 lain….keluar mengembara dengan sahabat2 lain yang juga menyukai aktiviti2 pengembaraan….malahan, setiap dari kami juga mempunyai ahli usrah masing2 yang terdiri daripada sahabat2 seuniversiti yang lain ^^

Jadi,janganlah dipandang keakraban kami ini sebagai satu isu untuk dipersoalkan….bukankah setiap insan mempunyai cara mereka yang tersendiri?...kami bahagia bersama dan sentiasa bersyukur kerana ditaqdirkan untuk bersama selama 6 tahun di Ukraine ini…^^



~~ dengan achot jalan2 di penang balik malaysia tahun lepas ^^ ~~

~~persahabatan itu indah jika segalanya kerana Allah~~


~~ the last winter for us...maybe...~~


~~ love you sisters....^^ ~~



Tuesday, February 24, 2009

SABAR.......

~~entri khas buat sahabat yang sedang gundah gulana…DHIYA dan AZE….moga ingatan yang tidak seberapa ini mampu menyuntik semangat buat kamu berdua…insyaAllah ~~

Dari Abi Malik al-Harith bin ‘Asim al-Ash’ari radiyallahu’anhu katanya : telah bersabda Rasulullah saw;

“ Suci itu sebahagian iman,dan Alhamdulillah memenuhi timbangan, dan Subhanallah dan Alhamdulillah keduanya memenuhi atau memenuhi ruang antara langit dan bumi, dan solat itu cahaya, dan sedeqah itu keterangan, dan sabar itu sinaran, dan Al-Quran itu hujjah (dalil) bagi engkau atau atas engkau…Sekalian manusia itu berpagi-pagi maka ada orang yang menjual dirinya,lalu dimerdekakannya atau dibinasakannya”

( diriwayatkan oleh Muslim )

Meneliti maksud yang cuba disampaikan oleh junjungan besar Rasulullah saw dalam kata2 baginda itu…banyak pengajaran yang boleh hadamkan agar badan kita sejahtera dalam keberkatan-Nya…insyaAllah…

Entri ini ditulis kerana kali ini Damai ingin berbicara tentang perkara sabar…

Dalam hadith di atas,Rasulullah saw menyifatkan sabar itu sebagai satu sinaran...sinaran yang tetap terus menyuluh terang setiap jalan yang ditempuh….tidak kira sesulit mana jalan yang ditempuh, panjang pendek perjalanan yang penuh dugaan itu,ianya pasti terasa mudah untuk diharungi kiranya ada sinaran yang menerangi….begitulah besar fungsi makhluk Allah bernama sabar ini….

Apakah makna hidup jika tidak diuji?...seringkali Damai mengingatkan sahabat2 semua,ujian Allah itu tanda cinta kasih-Nya pada kita…andai kita bersabar dan redha,iman kita insyaAllah akan naik setingkat demi setingkat…jadi,janganlah mengeluh apabila ditimpa ujian…kerana sesungguhnya Allah menurunkan ujian untuk kita lebih dekat pada-Nya,mengadu merintih memohon bantuan dan kekuatan dari-Nya….

Perkara kesabaran ini terbahagi kepada 3 bahagian :

1)sabar menjalankan ketaatan kepada-Nya..

bukan mudah sebenarnya untuk mengerjakan ibadah dalam bentuk yang berterusan…yang perempuannya,perlu solat di awal waktu…yang lelakinya pula perlu berjemaah di masjid setiap kali waktu solat….kalau tidak ada sifat sabar,tentulah ini tidak dapat kita rasai ni’mat istiqamah dalam amalan sehari2…

2)sabar meninggalkan atau menjauhkan ma’siat…

menahan diri dari jatuh ke lembah kehinaan nafsu dan tergelincir ke jurang api bisikan syaitan juga memerlukan kita untuk bersabar…sabar menahan diri dari melakukan zina,sabar menahan terik panas mentari di tengah Ramadhan,sabar bekerja dengan cara yang halal dari berjudi dan mengambil riba….semua keburukan2 itu dapat kita jauhi dengan wujudnya sifat sabar dalam diri kita…

3)sabar menghadapi dugaan dan ujian…

bahagian ini yang selalunya ramai yang tidak mampu mempraktikkan sabar…ramai yang mampu istiqamah dalam amalan dan tetap dirinya jauh dari melakukan ma’siat…tetapi,bila tiba2 ujian Allah datang,lantas mengeluh dia…berputus asa…bersedih…hatta,ada yang sampai sanggup membunuh diri….nauzubillah….sabar perlu diaplikasikan dalam setiap perkara….barulah kita terasa indah berada di dalam ujian Allah…

sebagaimana seorang pelajar yang akan menghadapi peperiksaan sibuk mengulangkaji pelajaran untuk mendapatkan sebuah kejayaan…..begitu jugalah kita mengaplikasi sabar dalam kehidupan…

peperiksaan = ujian yang datang
mengulangkaji pelajaran = sabar dan solat
kejayaan = syurga

“ Wahai orang2 yang beriman,minta tolonglah kamu dengan sabar dan solat,sesungguhnya Allah berserta dengan orang2 yang sabar “

( Al-Baqarah : 153 )

Teruskan berdoa agar sentiasa diberi semangat untuk menghadapi ujian2 yang bakal tiba dengan penuh sabar dan redha….segala yang berlaku pasti ada hikmahnya…terpulang pada kita untuk meneliti di mana terselitnya hikmah tersebut…jangan mudah mengalah atas ujian….kerana ketika ditimpa ujian,bererti Allah sedang memerhati dan memberi peluang untuk kita lebih dekat dan akrab dengan-Nya…insyaAllah ^^

tag dari sofie nur...

melayan budak kecil yang bernama sofie nur ^^

here's the instruction:- Go to your photos folder in your computer. Go to the 6th folder of photos. Go to the 6th picture in that folder. Put the picture on your blog and describe about it. Invite six friends to join the challenge. Link them in your blog and let them know they have been challenged....


tergambar kesengsaraan budak kecil ini....sewaktu kanak2 negara lain bahagia bermain,gelak ketawa...dia menangis ketakutan pada kegansan regim zionis la'natullah....

nak tag sape ek?

1)nabihah

2)dhiya

3)aze

4)ainul

5)e-leeyana

6)ilya

infertility...


~~peringatan : entri ini entri yang panjang ~~

Perkahwinan merupakan satu fitrah hidup seorang manusia…lelaki dan wanita sememangnya memerlukan di antara satu sama lain…selain mewujudkan suasana kehidupan yang harmoni di dalam masyarakat,dengan perkahwinan jugalah generasi Rasulullah saw dapat diteruskan dengan izin-Nya…tidak hairanlah mengapa perkahwinan termasuk antara perkara yang sunnat untuk dilaksanakan…

Namun,terbinanya mahligai indah antara dua insan ini tidak menjanjikan yang segalanya akan menjadi secerah mentari….dugaan Allah tidak pernah putus untuk hamba-Nya….Allah menguji kerana sayang pada kita hamba-Nya….dengan ujian,tahap keimanan kita boleh jadi akan meningkat dan tidak mustahil juga untuk berlaku sebaliknya…nauzubillah…

Antara masalah yang hendak Damai kongsikan di sini adalah masalah kemandulan atau “infertility”….sememangnya,masalah ini bukan merupakan masalah yang kecil dalam hal rumahtangga….bertahun2 sudah berkahwin,tetapi masih gagal memperolehi anak…siapa dan di manakah silapnya?...waktu inilah,pasangan suami isteri ini harus tidak saling menyalahkan antara satu sama lain,sebaliknya,hendaklah terus berjumpa doctor bagi mencari punca dan penyelesaian bagi masalah ini…

Secara asasnya,masalah kemandulan ini bukanlah 100% berpunca dari wanita…lelaki turut memberi kesan pada mustahilnya proses persenyawaan berlaku…Allahu a’lam…


Masalah kemandulan ini juga boleh dibahagikan kepada dua,iaitu kemandulan yang kekal (absolute) dan kemandulan yang relatif (relative)…absolute infertility bererti selama2nya wanita itu tidak akan dapat mengandung kerana mungkin terdapat kerencatan pada pertumbuhan rahimnya sejak dari kecil,atau terdapat perubahan pada jenis sel2 dinding rahimnya yang akan menyebabkan kegagalan penempelan berlaku...boleh jadi juga wanita itu menghidap sakit yang kronik seperti TB ( Tuberculosis = Batuk kering ) yang selalunya akan memberi kesan negative pada ovari lalu menyebabkan ovari gagal untuk menghasilkan telur untuk disenyawakan….bagi pihak lelaki pula,mungkin terdapat masalah dalam penghasilan sperma yang juga boleh menjadi punca masalah pasangan suami isteri itu….selalunya,pasangan yang tergolong di dalam golongan pertama ini,peratus untuk mendapatkan anak amatlah tipis sekali…

Bagi golongan yang relatif pula….mereka selalunya mempunyai sakit yang menyebabkan terhalangnya proses persenyawaan mahupun penempelan pada dinding rahim wanita….selalunya mereka ini boleh mendapatkan anak apabila sakit yang dihidapi itu berjaya dirawat….semuanya atas izin Allah juga ^^

Kemandulan bukan semata disebabkan wujudnya masalah pada system peranakan suami atau isteri….tetapi ianya boleh jadi kerana masalah lain…di sini Damai akan huraikan sedikit masalah2 yang boleh memberi asbab kepada sukarnya sepasang suami isteri itu mendapat anak…tetapi,sebelum itu,Damai ingin dahulu menerangkan fisiologi bagaimana suatu persenyawaan itu boleh berlaku…

Setiap bulan,dalam kira2 hari ke 13-15 kitaran haid wanita,proses yang dinamakan ovulation akan berlaku di mana ketika ini ovari akan mengeluarkan telur (ovum) untuk disenyawakan…ovum ini akan keluar dari ovari dan masuk ke Fallopian tube untuk sampai ke rahim wanita…..apabila proses persenyawaan antara sperma dan ovum berlaku,maka ianya akan menempel di dinding rahim wanita dan akan terus membesar membentuk seorang manusia insyaAllah…

Jadi,antara masalah yang boleh diramalkan apabila berlakunya masalah kemandulan adalah seperti berikut :

1)terdapat masalah pada ovari atau Fallopian tube yang menyebabkan gagalnya ovum dihasilkan atau gagalnya ovum itu untuk sampai ke rahim…selalunya,masalah yang timbul adalah masalah inflammation ( tidak pasti maksudnya dalam bahasa melayu,kalau Damai tidak silap,ia membawa maksud radang)…apabila terdapat “inflammatory process” pada ovari,ovari tidak mampu untuk mengeluarkan ovum untuk masuk ke Fallopian tube…dan jika ovari berfungsi dengan baik tetapi terdapat inflammation pula pada tube,ovum yang keluar dari ovari tidak pula akan dapat bergerak ke rahim untuk disenyawakan…maka,proses persenyawaan akan jadi mustahil…

2)terdapat masalah pada system yang mengawal keseimbangan hormone dalam badan wanita…Damai ada tulis mengenai system ini….
http://sejadahijau.blogspot.com/2009_01_01_archive.html.... apabila terdapat masalah pada salah satu tahap pengawalan hormone ini,ianya akan memberi kesan pada fungsi organ2 di bawahnya…

Contohnya begini…di bahagian kepala kita terdapat satu kelenjar yang dipanggil kelenjar pituitary…kelenjar ini bertanggungjawab untuk menghasilkan hormone yang dinamakan luteinizing hormone dan follicle stimulating hormone…hormon2 ini akan bertindak ke atas ovari untuk mematang dan menghasilkan ovum….jadi,sekiranya terdapat masalah dalam penghasilan kedua2 hormone ini,secara automatic ovari tidak mendapat “signal” untuk menghasilkan ovum…maka,tentulah proses persenyawaan mustahil untuk berlaku…

Masalah yang banyak berlaku sekarang adalah tingginya penghasilan hormone yang bernama prolactin…hormone ini juga dihasilkan oleh kelenjar pituitary tadi…apabila kelenjar menghasilkan hormone ini secara berlebihan,secara automatic juga penghasilan luteinizing hormone dan follicular stimulating hormone akan berkurangan…jadi,ovulation akan terhenti daripada berlaku…

Dan seperti yang Damai beritahu tadi,masalah kemandulan ini bukan sahaja boleh terjadi kerana masalah pada hormone yang bertanggungjawab pada bahagian peranakan sahaja,masalah2 pada organ endokrin yang lain juga boleh memberi kesan pada kesuburan wanita…seperti hyperthyroidism,Cushing-disease dan diabetes mellitus..

3)autoimmune process…tidak sedikit juga masalah timbul kerana proses ini,di mana wanita akan menghasilkan antibody terhadap sperma dan membunuh sperma2 tersebut…maka,tanpa sperma,proses persenyawaan tidak juga akan berlaku……nauzubillah…

Damai pernah bertemu dengan pesakit yang keguguran sebanyak 2 kali…apabila pemeriksaan antibody dilakukan,didapati di dalam badannya terdapat penghasilan antibody terhadap satu bahan yang dipanggil phospholipids (antiphospholipid antibody)….antibody ini mempunyai kesan buruk pada system anticoagulant dalam badan dan akan menyebabkan thrombosis berlaku pada system darah kita…bagi wanita ini,kerana berlakunya masalah thrombosis di bahagian placentanya,maka keguguran berlaku….sekarang,beliau menjalani rawatan plasmapheresis untuk membersihkan darahnya dari antibody ini…sampai satu tahap,di mana jumlah antibody ini sudah tiada dalam badan,insyaAllah beliau akan boleh mengandung dan melahirkan anak…


4)terdapat masalah pada rahim…seperti barah atau polyps yang memustahilkan penempelan berlaku…ini kerana,di tempat yang sepatutnya penempelan berlaku telah dipenuhi dengan sel2 barah ini…mungkin juga terdapat kelainan pada pertumbuhan rahim wanita tersebut…sebagai contoh,majoriti wanita mempunyai kedudukan rahim “anteflexion”,di mana kedudukannya sedikit flex ke hadapan,jadi semasa ejaculation berlaku,zakar lelaki akan turut berada dalam keadaan selari dengan kedudukan rahim…sperma akan bertemu dengan ovum untuk bersenyawa…tetapi,sesetengah wanita pula mempunyai kedudukan rahim yang selain dari anteflexion tadi…seperti retroflexion (flex ke belakang),lateroflexio dextra (flex ke kanan),lateroflexio sinistra (flex ke kiri) dan bermacam2 lagi kedudukan…jadi,ketika ejaculation berlaku,kedudukan zakar dan rahim tidak akan selari dan kebarangkalian untuk sperma bertemu dengan ovum akan menjadi rendah…bila sperma dan ovum tidak bertemu,maka tiadalah berlaku persenyawaan…

5)idiopathic….iaitu kemandulan yang tidak dapat diketahui puncanya…namun,masalah seperti kurang vitamin,malnutrition boleh juga memberi kesan pada kesuburan…

6)pengambilan pil perancang atau teknik2 yang menghalang persenyawaan berlaku seperti memasang IUD (intrauterine device) pada rahim…sekiranya wanita pernah mengambil langkah2 perancangan seperti ini,kesannya akan berlarutan agak lama meskipun selepas berhenti menggunakannya…

Aduh…sudah banyak pula dapat membebel di sini….pasti kamu yang membaca sudah bosan…maaf ya…masalah kemandulan ini memang banyak puncanya,oleh itu banyak yang Damai ingin kongsikan bersama…

Oleh itu,apa yang Damai hendak nasihatkan di sini….selalu dan segeralah berjumpa dengan pakar2 sakit puan (bagi yang perempuan) dan pakar2 sakit tuan (bagi yang lelaki) untuk menjalankan pemeriksaan kesihatan…pelbagai pemeriksaan boleh dilakukan kini untuk memastikan kesihatan kita dan untuk memastikan kemampuan kita untuk mendapatkan anak…
Fahami dan ketahui setiap segi dan struktur organ dalaman kita agar kita mengetahui cara atau teknik yang betul untuk memudahkan proses persenyawaan berlaku…jangan cepat menuding jari pada si isteri kerana stress juga merupakan salah satu punca wanita susah untuk mengandung…isteri yang stress kerana desakan daripada suami atau ibubapa mudah mengalami ketidakstabilan hormone dalam badan….dan sekali lagi,ketidakstabilan ini boleh menjadi punca kemandulan…


Dan akhirnya,bila semua usaha telah dilakukan,perbanyakkanlah berdoa kepada Allah….mungkin belum masanya untuk mendapat anak,jadi Allah tangguhkan dulu kurniaan-Nya itu….kadangkala kita merasakan yang kita sudah bersedia untuk menimang cahayamata tetapi hakikatnya,Allah lebih Mengetahui bila masa dan waktu yang terbaik untuk kita bergelar seorang ibu dan seorang ayah…^^

Diharapkan entri ini dapat memberi manfaat buat semua,sama ada yang sudah berkahwin mahupun yang akan berkahwin…Damai belum lagi bergelar seorang doctor,masih lagi dalam proses pembelajaran…jadi,andai ada salah dan silap pada entri ini diharap dapat ditegur untuk Damai perbetulkan….^^


Monday, February 23, 2009

diary ^^

Menulis catatan sehari2 atau lebih dikenali sebagai “diary” bukanlah suatu kerja mudah…penulisnya perlu rajin dan istiqamah dalam penulisannya sehari2…di perut buku catatan itu tersemat kemas jutaan rahsia tuannya….boleh saja,insan yang memiliki buku catatan ini hidup dalam dunianya sendiri….hidup dalam tulisan kehidupannya…

Namun,adalah lebih baik andai di dalam buku catatan itu terselit beberapa nota penting yang boleh dijadikan rujukan,bukan sahaja bagi kita malah bagi ahli keluarga dan sahabat terdekat kita…beberapa nota penting yang Damai rasakan amat perlu berada di dalam buku catatan itu adalah…

1)hutang yang perlu kita langsaikan…tidak kiralah dari segi wang ataupun barangan….setiap sen yang kita pinjam yang kita telah pun berjanji untuk membayarnya kembali perlulah dicatat kerana boleh jadi kita terlupa akan hutang tersebut….berhutang dengan sesame manusia adalah lebih payah kerana andai kita tidak melangsaikannya di dunia,proses penyelesaiannya akan bersambung di akhirat kelak….oleh itu,kita harus sentiasa pastikan yang setiap pinjaman yang dibuat dicatat dan dilangsaikan segera….bukan sahaja kita perlu mencatatkan pinjaman kita dari sahabat2 kita,malah adalah lebih baik jika kita senaraikan juga hutang yang kita hulurkan pada sahabat2 kita…bukan untuk berkira2 tetapi sebagai jalan penyelamat andai ditaqdirkan sahabat kita itu terlupa untuk melangsaikannya…

“ eh,aku dah bayar ke belum hutang hari tu?”

“ entahlah,aku pun tak ingat”

Seringkali keadaan di atas berlaku…jadi untuk mendapat kembali hak kita dan juga untuk mengelakkan kita terlebih mengambil harta,maka lebih baiklah kita latih diri untuk mencatat setiap jenis pinjaman yang dilakukan ^^

2)mencatat tarikh datang dan keringnya haid (bagi wanita sahaja)….ini adalah satu perkara yang penting bagi wanita….mungkin kita tidak mengalami apa2 masalah kitaran haid (masa haid kurang dari 15 hari dan masa suci lebih dari 15 hari ),namun masa hadapan tiada siapa yang tahu bukan melainkan Allah…ada masanya tatkala ketidakstabilan hormon berlaku dalam badan,perkara2 seperti datang haid awal atau lewat,haid yang berterusan boleh berlaku…di waktu inilah kita amat memerlukan tarikh2 kitaran ini agar kita tahu apa yang perlu kita lakukan…jangan ambil mudah perkara berkaitan haid ini (juga darah2 yang lain yang mewajibkan mandi) kerana ianya berkait dengan perkara ibadah kita…


3)mencatat jumlah hari puasa yang perlu diqadha’….hal ini bukan sahaja boleh terjadi pada wanita (haid,nifas dan sebagainya),malah untuk lelaki juga…jadi,catatlah jumlah berapa banyak hari puasa yang perlu kita qadha’ agar di akhirat kelak kita bebas dari hutang ini dengan Allah…insyaAllah ^^

4)latih diri untuk mencatat perkara2 penting yang perlu kita lakukan…seperti menghadiri kelas agama,usrah atau aktiviti2 seperti ziarah dan “study group”….ini bagi mengelakkan berlakunya pertembungan antara aktiviti2 ini dengan aktiviti2 kita yang lain….tetapkan masa yang dikhaskan untuk aktiviti2 seperti ini,dan tolak aktiviti2 lain ke satu masa lain yang kita “free”…

5)akhir sekali yang Damai boleh kongsi adalah….catatlah tarikh2 istimewa bagi ahli keluarga dan sahabat2 kita…seperti hari lahir,tarikh peperiksaan adik beradik kita,hatta tarikh ulangtahun perkahwinan ibubapa kita….insyaAllah ianya dapat mengeratkan lagi hubungan sesama keluarga dan sahabat….membuatkan insan2 di sekeliling kita gembira juga insyaAllah akan mendapat ganjaran dari Allah ^^

Tidak salah kiranya menulis “diary” menjadi hobi kita…cuma,gunakanlah hobi kita itu sebagai satu cara untuk kita lebih teliti dalam kehidupan sehari2 dan moga hobi yang satu ini memberi manfaat bukan sahaja untuk kita malah insan sekeliling kita….insyaAllah….^^

Sunday, February 22, 2009

di mana bumi dipijak...

bangunan utama Crimea State Medical University,Ukraine

“ kamu menyesal tak belajar di sini? “

Seorang kawan berbangsa cina mengajukan soalan kepada Damai….kebetulan waktu rehat kami sama,jadi sempat kami berjumpa dan berbual2 kosong sambil masing2 sibuk memegang buku krok ( himpunan soalan2 objektif dari tahun 2002 – 2008 yang perlu dihadapi oleh pelajar2 tahun 3 dan tahun 6)…soalan apa yang bakal masuk tahun ini tidak dapat dijangka…apa yang penting,ilmu di kepala perlu dimampatkan semaksimum mungkin agar tidaklah terus “blank” ketika menjawab nanti…insyaAllah…

Terdiam Damai mendengar soalan kawan Damai itu…setelah berfikir 2-3 saat,lantas dengan yakin Damai menjawab..

“ no “

Dia menerima jawapan Damai seadanya…tidak membantah dan tidak menyokong…di wajahnya jelas seribu penyesalan ditaqdirkan belajar di Crimea State Medical University di Ukraine ini….aduh,kasihan Damai melihatnya…itulah beza antara kafir dengan yang muslim,kafir memang mudah berputus asa....sedangkan kita ada Allah,tempat disandarkan segala harapan ^^

Ya,sebetulnya 6 tahun yang lalu,ketika pihak Setiausaha Kerajaan Selangor menelefon Damai memberitahu bahawa Damai terpilih untuk menyambung pelajaran dalam bidang perbuatan,gembira hati Allah sahaja yang tahu….pertamanya,kerana dapat bidang yang memang Damai impikan…keduanya pula,bakal dihantar ke luar negara (suatu kenyataan yang tidak pernah berani Damai impikan )…

Tahun pertama berlalu tanpa masalah..alhamdulillah…kalau ada masalah pun,masalah “homesick” hihi….namun,semua itu asam garam kehidupan….kalau nak berjaya mestilah perlu berkorban sedikit….^^

Masuk tahun kedua,masalah mula timbul….kecoh di Malaysia tentang penarikan semula pengiktirafan Malaysia ke atas universiti Damai ini….alasan yang diberikan adalah doktor2 yang lahir dari universiti ini kurang hebat dan selalu ada masalah dalam komunikasi kerana perantaraan antara pelajar dan guru2 di universiti tidak menggunakan bahasa inggeris sepenuhnya…sebaliknya campuran antara bahasa inggeris dan bahasa rusia….

Damai sendiri melihat bagaimana “perbincangan” hangat berlaku dalam dewan parlimen antara seorang menteri yang membantah penarikan semula pengiktirafan ini dengan menteri2 lain yang sebaliknya setuju dengan cadangan tersebut….setelah berbulan2 krisis berlaku,akhirnya jatuhlah juga keputusan bahawa pengiktirafan itu perlu ditariksemula dan hingga sekarang masih belum ada tanda2 pengiktirafan itu akan diberikan semula…

Sepanjang 6 tahun berada di universiti ini banyak sudah pengalaman yang Damai alami….beraneka rasanya…manis,pahit,masam,masin,kelat….semuanya ada….menjadikan Damai lebih sayang dan rasa pilu hendak meninggalkan bumi Allah Ukraine ini…

Walaupun universiti ini bukanlah universiti hebat di mata masyarakat Malaysia….nama Ukraine juga boleh jadi ada yang tidak pernah mendengarnya….panas dan bingit sudah telinga ini mendengar sindiran2 sinis sesetengah doctor di Malaysia ketika Damai menjalankan praktikal setiap tahun di hospital Malaysia….

Namun,percayalah itu semua sedikitpun tidak mengubah rasa cinta Damai pada universiti ini…sekelumit pun tiada rasa benci pada kejelekan universiti Damai ini…kerana di sinilah tanah yang telah Allah taqdirkan Damai berdiri di atasnya….langit di mana Damai berjalan di bawahnya mencari dan menuntut ilmu sebanyak yang mungkin…masakan Allah mentaqdirkan sesuatu yang tidak baik untuk hamba-Nya bukan?...setiap ketentuan itu PASTI terselit hikmah untuknya…^^

Oleh itu,tanyalah Damai sebanyak mana yang kalian semua mahu tanya samada Damai menyesal atau tidak belajar di sini….jawapannya hanya satu, TIDAK….kerana bagi Damai,kehebatan dan kepakaran seseorang bukanlah terletak pada bagus atau hebatnya universiti yang dimasukinya,tetapi semuanya terletak pada kesungguhan dan ketinggian usaha insan itu sendiri….^^

~~mengumpul kekuatan untuk meneruskan bulan2 akhir di sini~~

gambar hiasan ~~ waktu rehat,masa untuk bergambar ^^ ~~

Wednesday, February 18, 2009

ainul....dah siap ^^

10 things I hate about you….eh,tersilap pulak…10 things about me…(nak melangsaikan tag dari adik sayang yang nun jauh di bumi Jordan ^^ )

1) nama sebenar damai ialah nurul maya binti sharip….nama nurul tu ayah damai yang bagi…maya pulak mama damai yang bagi….antara nama2 cadangan sebelum nurul maya tu adalah maria,intan baiduri dan siti rohayu…malangnya semua nama itu ditolak oleh ayah damai…dan akhirnya,datanglah nama nurul maya yang memuaskan hati mama dan ayah damai ^^

2) damai suka warna hijau…sebab tu nama blog damai sejadahijau ^^

3) surah kegemaran damai ialah As-Sajadah ^^

4) sedang berusaha sekeras2nya untuk merendahkan tahap kecemburuan dalam diri...sesiapa ada petua?? ^^

5) suka makan apa sahaja yang diperbuat daripada kentang….keropok kentang ke…kentang goreng ke…karipap ke…mee jawa ke….semualah yang ada unsur2 kentang di dalamnya…^^

6) mudah terasa hati….kadang2 kawan2 buat lawak je pun,tapi akan buat damai kecik hati…pelik2 huhu ^^

7) jadi doctor bukan cita2 pertama damai…dulu damai nak jadi pramugari atau usahawan….mama damai pula suruh damai jadi ustazah….tapi,tup2 taqdir Allah meletakkan damai sebagai bakal doktor…alhamdulillah….impian nak teruskan pengajian untuk menjadi pakar kanak2….insyaAllah ^^

8) damai suka hafal nombor….kawan2 pun kadang2 pelik kenapa damai susah2 hafal nombor telefon…kan boleh ‘search’ je kat ‘phonebook’…^^

9) sejujurnya….damai suka basuh dan gosok baju tapi tak suka sidai dan lipat baju…suka masak tapi tak suka basuh pinggan mangkuk….damai suka hari hujan tapi tak suka bawak payung…

10) damai ada masalah angin….menguji damai untuk menahan wudhu’….kadang2 cemburu tengok kawan2 boleh tahan dan jaga wudhu’,bila masuk waktu solat terus bentang sejadah dan solat….ada sesapa ada petua bagaimana mengurangkan angin dalam badan? Huhu


~~ ok...masa untuk ke kelas ^^ ~~

Monday, February 16, 2009

sederhana....



SAIDINA UMAR AL-KHATTAB RADHIALLAHU ANHU BERKATA:

1. Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya
2. Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina
3. Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya
4. Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga

Barangsiapa mengumpulkan 6 perkara, dia akan mencari syurga dan meninggalkan neraka, iaitu :

o Dia mengenal Allah, lalu mentaati-Nya;
o Dia mengenal syaitan lalu menderhakainya;
o Dia mengenal kebenaran lalu mengikutinya;
o Dia mengenal batil lalu menjaga diri daripadanya;
o Dia mengenal dunia lalu menolaknya; dan
o Dia mengenal akhirat lalu mencarinya.
(Petikan kata-kata Saidina Ali R.A)


“ Jadilah muslim yang sentiasa berada dalam kesederhanaan pada 3 perkara iaitu amarah, nafsu dan ilmu. “

Satu lagi pesanan indah Dr Aidh Al-Qarni dalam kitab beliau ‘ La Tahzan ‘...

Pada mulanya agak pelik mendengarkan kata2 ini...ya,memang benar kita perlu bersederhana ketika marah dan juga sederhana pada perkara nafsu...tetapi,mengapa pula ilmu turut termasuk dalam perkara yang perlukan kesedehanaan?....bukankah sebagai ummat islam kita perlu lebih dalam segala hal,ilmu salah satunya...

Apa yang cuba Dr Aidh sampaikan adalah...pertamanya,dalam hal sederhana dalam amarah...perlunya kita menahan diri kita dari sifat marah ini...seperti entri damai sebelum ini berkenaan dengan marah...sebelum kita hendak menzahirkan rasa marah itu,terlebih dahulu hendaklah kita berfikir apakah kebaikan dan keburukan jika kita teruskan rasa amarah kita itu...marah itu datangnya dari syaitan....boleh sahaja marah itu menyebabkan terputusnya hubungan saudara hatta tidak kurang juga yang terlanjur sehingga menyebabkan kehilangan nyawa....nauzubillah....oleh itu kita perlu berhati2 dengan makhluk Allah bernama amarah ini...

Namun,itu tidaklah bermakna kita perlu terus diam membisu membiarkan insan di sekeliling kita membuli dan memijak2 kepala kita....apabila dirasakan marah itu perlu,silakan....tiada halangan buat anda....tetapi,pastikan ianya tidak akan membawa suasana dingin yang berpanjangan....begitu juga dalam hal kebenaran...apabila kita merasakan yang maruah agama dihina,bila mana hukum Allah dipandang lekeh...ya,waktu itu kita PERLU untuk marah....malah,jika di kala perkara sebegini berlaku,tetapi kita langsung tidak terdetik rasa marah,mungkin terdapat kecacatan pada iman kita...nauzubillah....

Itulah yang dikatakan dengan marah yang sederhana...iaitu kita haruslah tahu membezakan marah mana yang perlu dan marah mana yang tidak perlu ^^

Keduanya,berkenaan nafsu....manusia diciptakan penuh dengan kesempurnaan...dan salah satu yang menyempurnakan kita adalah nafsu....dengan adanya nafsu,kita dapat merasai ni’mat kenyang....ni’mat lena....ni’mat kecantikan...dengan makhluk yang bernama nafsu ini jugalah,manusia dapat meneruskan keturunannya....subhanallah....
Lantaran itu,Allah mengurniakan kita ‘aqal dan iman agar dapat kita gunakan untuk mengawal nafsu ini....kita bukanlah malaikat yang diciptakan Allah tanpa nafsu....namun,tidaklah pula kita ingin menjadi hamba kepada nafsu yang sentiasa akan membawa kita ke lembah hina pada akhirnya....nauzubillah...

Makanlah apa2 rezeki yang Allah limpahkan di atas muka bumi ini tetapi jangan sampai terlebih makan....bukan sahaja akan memberi kesan buruk pada ibadah kita malah ianya juga boleh menyebabkan banyak penyakit di dalam badan....gunakanlah harta yang Allah beri untuk keperluan harian kita dan apa2 yang menjadi impian kita untuk memilikinya tetapi jangan pula sampai kita terlupa pada insan2 yang memerlukan kita untuk menghulurkan sedikit sedeqah....dan apa yang paling penting,kawallah diri pada perkara nafsu yang satu ini,andai sudah mampu segerakanlah pernikahan agar diri terselamat dari dosa besar zina....insyaAllah.....

Begitu juga sebaliknya....jangan kita menolak rezeki Allah dengan berpuasa setiap hari tanpa makan dan minum semata2 kononnya mahu mendidik nafsu....jangan kita 24/7 duduk di atas sejadah beribadah tanpa tidur....kerana kita adalah ummat Muhammad...hamba-Nya yang terpilih....hamba-Nya yang mampu besederhana pada perkara nafsu ini...insyaAllah ^^

Dan yang akhirnya....tentang perkara ilmu....mudah sahaja...memang kita dikerah untuk bertebaran di muka bumi ini mencari dan belajar ilmu2 Allah....dengan ilmu,iman dapat kita tingkatkan...bila iman meningkat,kedudukan kita dengan Allah insyaAllah akan lebih dekat...

Apa yang dikatakan dengan bersederhana dalam ilmu adalah janganlah sesekali kita kedekut,kemut atau menyorokkan apa2 ilmu yang kita tahu daripada diketahui sahabat2 kita....berkongsilah ilmu yang kita ada itu dengan sahabat2 kita....tidak berkurang ilmu itu jika dikongsi bersama....

Tetapi,jangan pula sampai kita gunakan ilmu itu untuk sama2 membina atau mencipta sesuatu yang membawa kepada keburukan ataupun kerosakkan di muka bumi ini sepertimana yang sedang dilakukan oleh rejim zionis la’natullah.....gunakanlah ilmu pada jalan kebaikan bukannya pada jalan kebatilan ^^

Sedikit ilmu untuk dikongsi kali ini....semoga memberi manfaat kepada kita...sampai2kan pada sahabat2 yang tidak sempat singgah ke sejadahijau ni...^^

~~ hendaklah kita tahu apa yang kita tahu...dan juga tahu apa yang kita tidak tahu....amalkanlah apa2 ilmu yang kita tahu....dan teruslah berusaha mencari apa2 ilmu yang masih kita tidak
tahu ~~


Saturday, February 14, 2009

M.A.R.A.H

Tidak pasti sama ada damai pernah menulis tentang marah atau tidak….dan diri ala2 malas hendak menyemak entri2 terdahulu,makanya damai teruskan juga menaip patah2 perkataan ini…

Marah….siapa di antara kita yang tidak pernah rasa marah?...tidak kisahlah marah yang ditunjuk depan2 atau yang dipendam diam2 dalam benak perasaan…kalau ada para pembaca yang tidak pernah marah sepanjang umur dia,meh damai bagi hadiah….damai yakin setiap dari kita PASTI pernah diselubungi rasa marah….

Dalam kehidupan sehari2 kita menerokai dunia dengan perlu berdepan dengan pelbagai jenis manusia….dunia ini bukan milik kita seorang…dan kita juga tidak mampu untuk hidup bersendirian….oleh sebab itu,saban hari akan ada suatu masalah yang dinamakan konflik yang akan kita hadapi dalam proses berkomunikasi antara satu sama lain….

Waktu inilah,kita seharusnya bijak mengawal diri…sesuai dengan siapa kita berinteraksi…bukan bererti kita harus menjadi lalang,tetapi andai sedikit perubahan sikap yang kita lakukan itu mampu mewujudkan suasana yang harmoni sesama kita,maka perubahan itu adalah lebih baik dari kita terus menerus dengan sikap yang boleh sahaja mengeruhkan ikatan silaturrahim yang terbina…

Memang kadang2 susah hendak mengawal rasa marah ini…tetapi apabila kita didik jiwa kita dengan sifat maaf,pasti api marah itu senang sahaja dipadam lantas dilupakan…

Kadang2 kita marah sahabat2 kita tanpa usul periksa….belum dengar penjelasan yang hendak diberikannya,kita lebih dahulu meninggikan suara ke arahnya….tidakkah sesaat kita terfikir,apakah perasaan sahabat kita itu?....letakkan diri kita di tempatnya,apa yang akan kita rasa?...

“ anum,aku dah belikan kau fail untuk letak kertas kerja kau…atas meja tu,yang warna hijau tu”

“ sape suruh kau beli?...lain kali kalau nak belikan pun,tanyalah aku dulu nak warna apa…ni pandai2 je beli sendiri”

( nama dan kisah adalah rekaan semata2..tiada kaitan dengan yang hidup ataupun yang telah tiada )

Hmm nampak macam tidak munasabah kemarahan anum itu bukan?...namun,percayalah ianya boleh terjadi dalam kehidupan kita…tidak kiralah sama ada kita menjadi yang memarah atau yang dimarah…

Sudahlah ucapan terima kasih tidak diucap,dibalas pula kebaikan itu dengan herdikan….cubalah kita didik diri dengan sifat syukur…bukan mudah mendapat sahabat yang mahu membantu kita TANPA kita terlebih dahulu meminta pertolongan….hargailah setiap kebaikan yang dihulur meskipun mungkin terselit dalam kebaikan itu,sesuatu yang tidak kita sukai…

Damai menulis kerana telah berjumpa dengan banyak situasi2 sebegini…bahkan mungkin juga satu ketika dahulu,damai pernah menjadi seorang yang pemarah….bila difikir2kan semula,betapa lemahnya kita ini…salah sedikit itu yang kita nampak berbanding bakti yang terlindung di sebalik perbuatan sahabat kita itu…
Mulia saat ini,berjanjilah pada diri kita agar terus kuat melawan sifat marah ini….bukankah Saidina Umar pernah berpesan,yang dikatakan orang yang kuat itu adalah orang yang mampu menahan marahnya….bila terjadi sesuatu perkara di luar kehendak kita,selidik,fahami dan berbincanglah dengan aman….jangan diturutkan bisikan syaitan itu…

Biasakan diri dengan wudhu’…insyaAllah sifat marah tidak akan terlekat pada diri kita…

Ingatkan diri yang dia yang ingin kita marah itu juga seorang manusia,yang punya hati dan perasaan….bagaimana kita mahu hati kita dijaga oleh insan lain,begitulah juga yang perlu kita lakukan….

Akhirnya,selalu muhasabah diri….dosa kita yang makin hari makin bertambah ini Allah dengan mudah memaafkan…apalah sangat kesalahan sahabat2 kita yang tidak seberapa itu…

Wednesday, February 11, 2009

sunyi sudah...

Salam rindu…salam sayang…salam cinta buat semua yang sudi berkunjung ke sejadahijau…kira2nya sudah 15 hari damai tidak mengemaskini sejadahijau…bukanlah merajuk atau ada apa2 permasalahan berlaku,cuma kebelakangan ini jadual harian damai agak sibuk…tidak sempat2 untuk menjengah medan ini….terima kasih buat beberapa sahabat yang sudi bertanya sihat sakit damai….terharu kerana tidak sangka sedikit sebanyak damai terselit di sudut ingatan kamu semua meskipun kita berkenalan dan berbicara hanya dengan bait2 tulisan di ruang blog ini….terima kasih ya…^^

Sememangnya,ada perkara yang ingin damai kongsikan di sini…tetapi,seringkali ketidakcukupan masa membuat damai tertangguh2 menulisnya…namun,alhamdulillah kerana belum sempat damai mencoretkan isi2 yang terpendam di lubuk hati,ada yang telah terlebih dahulu menuturkannya….terima kasih buat ibnurashidi atas entri kamu tentang filem Indonesia ‘Kun Fayakun’…..damai baru sahaja berkira2 ingin menulis sesuatu tentang filem penuh manfaat itu,tetapi memandangkan kamu telah menulis tentangnya,jadi,damai tidaklah begitu menyesal tidak dapat berkongsi filem itu dengan pembaca2 yang lain….terima kasih ya ibnurashidi ^^


http://ibnurashidi.blogspot.com/2009/02/aplikasi-sebuah-kun-fayakun.html

Tentang hal ‘Perak’….cukuplah kiranya damai mengingatkan semua tentang hadith Rasulullah saw berkenaan sifat Al-Wahn…sesungguhnya,itu bukti kita sekarang berada di akhir zaman….cinta dunia dan takut mati….semoga Allah memberi keinsafan pada hati2 yang ingin insaf dan ingin kembali meraih cinta akhirat dan rindu pada maut….insyaAllah…

Tidak banyak yang ingin damai tulis kali ini…kerana sudah sampai masa bersiap2 ke kelas…jaga diri ya sahabat2 semua…semoga terus kekal dalam islam dan iman…insyaAllah ^^