Sunday, March 22, 2009

dusta,khianat....itu memang sifat kamu...

Salam buat kamu semua yang hidup dan mati hanya untuk Allah yang Maha Sempurna….

Salam rindu buat junjungan agung lagi mulia Nabi Muhammad SAW, ahlulbait Baginda dan para sahabat seluruhnya…

Kelmarin usrah berbincang tentang tafsiran surah Al-Munafiquun…surah ke 63 yang mengandungi 11 ayat ini diturunkan di Madinah khas bagi menceritakan kepada kita tentang hinanya sekumpulan manusia yang berlabelkan munafiq….nauzubillahi min zalik…

Apakah yang membezakan antara golongan munafiq ini dengan golongan musyrikin Makkah?...kedua2nya juga menentang dan menafikan ajaran Rasulullah SAW?....

Perbezaannya adalah golongan munafiq ini duduknya di madinah.....mereka merupakan golongan yang hipokrit dengan memecahbelahkan ummat Islam secara halus seperti menabur fitnah,melaga2kan antara kabilah2,menghasut dan sebagainya...sedang di hadapan Rasulullah SAW dan para sahabat,mereka bersumpah dengan lidah yang mereka percaya bahawa tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad SAW itu pesuruh Allah...mereka ini adalah satu golongan yang lemah kerana mereka lahir di tengah2 kota yang menerima sebulat suara akan kerasulan Nabi Muhammad SAW....jadi,untuk menentang secara terang2an adalah mustahil bagi mereka memandangkan tiada satu pun rumah di Kota Madinah ketika itu yang tidak dimasuki oleh Islam....

Berbeza pula dengan golongan musyrikin Makkah kerana mereka adalah golongan yang menentang ajaran Nabi SAW secara terang2an....mereka menyeksa,mendera dan menyakiti baginda SAW dan para sahabat.....dijemur di tengah panas,disebat,dibutakan mata,semua ini kerja orang2 musyrikin.....hal ini terjadi kerana di Makkah,ajaran Rasulullah SAW ditolak langsung dan menyebabkan jumlah golongan yang musyrik lebih banyak daripada yang Islam....memegang takhta sebagai majoriti menjadikan mereka bebas untuk memperlakukan apa sahaja terhadap Nabi SAW dan pengikut2 Baginda.....

Ayat 5-8 surah ini diceritakan oleh ulama’ salaf bahawa ianya diturunkan untuk berbicara tentang ketua orang munafiq ketika itu iaitu Abdullah ibn Ubay ibn Salul....sebelum penghijrahan Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah,dikatakan bahawa penduduk Madinah akan menaikkan Abdullah ibn Ubay sebagai ketua atau pembesar di kota itu...namun,setelah kedatangan Baginda SAW,kerana sinar Islam yang indah itu,penduduk Madinah sebulat suara mengangkat Rasulullah SAW sebagai ketua di sana....ini menyebabkan wujudnya dendam kesumat di lubuk hati Abdullah ibn Ubay terhadap junjungan agung Rasulullah SAW....

”Dan apabila dikatakan kepada mereka: ” Marilah (bertaubat) supaya Rasulullah meminta ampun (kepada Allah) untuk kamu”, mereka (enggan sambil) menggeleng-gelengkan kepalanya; dan engkau melihat mereka berpaling (dari bertaubat) serta mereka berlaku sombong angkuh.”

”(Tidak ada faedahnya) kepada mereka, sama ada engkau meminta ampun untuk mereka atau engkau tidak meminta ampun, Allah tidak sekali-kali akan mengampunkan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang fasik.”

”Merekalah yang mengatakan (kepada orang-orang Islam di Madinah yang menolong Rasulullah dan orang-orang Muhajirin): “Janganlah kamu membelanjakan harta kamu kepada orang-orang yang ada bersama-sama Rasulullah supaya mereka bersurai (meninggalkannya)”.

"Padahal bagi Allah jualah perbendaharaan langit dan bumi, (tiada sesiapapun yang dapat memberi atau menyekat sebarang pemberian melainkan dengan kehendakNya); akan tetapi orang-orang yang munafik itu tidak memahami (hakikat yang sebenarnya).”

”Mereka berkata lagi: ” Demi sesungguhnya! Jika kita kembali ke Madinah (dari medan perang), sudah tentu orang-orang yang mulia lagi kuat (pihak kita) akan mengusir keluar dari Madinah orang-orang yang hina lagi lemah (pihak Islam)”. Padahal bagi Allah jualah kemuliaan dan kekuatan itu dan bagi RasulNya serta bagi orang-orang yang beriman; akan tetapi golongan yang munafik itu tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).”

( al-Munafiquun : 5-8 )

Kisah bagi 4 ayat dalam surah Al-Munafiquun ini bermula ketika berakhirnya Perang Bani al-Mustaliq di suatu tempat bernama al-Muraisi’ pada tahun ke-6 hijrah ( ada buku mengatakan tahun ke-5 hijrah)....di kawasan itu terdapat satu sumber air kepunyaan penduduk Madinah....usai peperangan,berlaku pergaduhan antara kaum Ansar ( penduduk Madinah ) dan kaum Muhajirin ( penduduk Mekah yang berhijrah ) dalam merebut air di kawasan itu.....Abdullah ibn Ubay yang melihat hal keadaan itu terus sahaja naik angin terhadap kaum Muhajirin....

“ Adakah mereka ( kaum Muhajirin ) tergamak melakukannya? Mereka telah melebihi kita di negeri kita sendiri. Demi Allah,keadaan kita dengan *jubah2 Quraisy ini tidak ubah seperti pepatah orang2 dahulu; ‘gemukkan anjingmu nescaya ia akan memakanmu’ , Demi Allah,jika kita kembali ke Madinah nanti,orang yang mulia akan menghalau orang yang hina dari
Madinah “ kata Abdullah ibn Ubay...

Sambungnya lagi....

“ Inilah akibat daripada perbuatan kamu ke atas diri kamu sendiri..kamu telah memasukkan mereka ( kaum Muhajirin ) ke dalam negeri kamu...kamu membahagi2kan harta benda kamu dengan mereka..Demi Allah,jika kamu tahan harta benda kamu daripada mereka dengan kuasa kamu,nescaya mereka akan berpindah ke tempat lain dari negeri kamu..”

Kata2 ini didengar oleh seorang anak muda bernama Zaid ibn Arqam...lalu dia segera mengkhabarkan kata2 ketua orang munafiq ini kepada Rasulullah SAW....

Saidina Umar al-Khattab yang berada bersama Rasulullah SAW terus sahaja ingin membunuh Abdullah ibn Ubay setelah mendengar aduan Zaid itu...namun Rasulullah SAW dengan tenang berkata...

“ Wahai Umar,bagaimana nanti jika orang bercakap2 bahawa Muhammad membunuh sahabat2nya? Ini tidak mungkin,tetapi perintahkan mereka supaya bertolak sekarang meninggalkan tempat ini..”

Tentera2 yang terdiri daripada golongan Ansar dan Muhajirin itu pun bergerak pulang menuju kota Madinah pada waktu itu juga ( waktu Zohor )....kebiasaannya,Rasulullah SAW tidak akan bergerak pulang pada waktu itu kerana cuaca yang terik panas akan menyukarkan para tentera tetapi setelah menerima berita itu,Rasulullah SAW terus sahaja bergerak meskipun ada di antara para sahabat yang kehairanan...Rasulullah SAW meneruskan perjalanan tanpa henti hingga zohor esoknya menyebabkan kesemua tentera merasa penat lalu tertidur...tujuan Rasulullah SAW tidak berhenti adalah bagi mengelakkan tentera2 itu berbicara tentang kata2 Abdullah ibn Ubay itu....

Di Madinah,anak Abdullah ibn Ubay yang mendengar perihal lisan ayahnya itu terus berjumpa Rasulullah SAW meminta izin agar tugas membunuh ayahnya itu diserahkan padanya...anaknya yang bernama Abdullah itu berkata...

“ Wahai Rasulullah,ada berita sampai kepada saya bahawa anda hendak membunuh ayah saya,Abdullah ibn Ubay kerana kata2 ancamannya yang telah sampai kepada anda..jika anda terpaksa berbuat begitu,maka serahkan sahaja perkara ini kepada saya..saya sanggup membawa kepalanya kepada anda..Demi Allah,suku Khazraj tahu bahawa tiada sorang lelaki di kalangan mereka yang lebih berbakti kepada kedua ibu bapanya melainkan saya..saya takut anda menyuruh orang lain dari saya membunuhnya...kerana itu janganlah anda membiarkan diri saya melihat pembunuh Abdullah ibn Ubay itu berjalan di tengah orang ramai hingga menyebabkan saya membunuhnya,dan ini bererti saya telah membunuh seorang Mu’min yang telah membunuh seorang kafir,dan akibatnya saya akan masuk ke dalam neraka..”

Baginda SAW menjawab...

“ Sebenarnya kita akan melayaninya dengan lemah lembut dan kita akan terus bersahabat baik dengannya selama dia berada bersama2 kita..”

Pulangnya Abdullah ibn Ubay ke pintu masuk Madinah disambut oleh anaknya dengan pedang yang terhunus....Anaknya berkata...

“ Demi Allah,ayah tidak boleh lalu di sini melainkan apabila ayah telah diizinkan Rasulullah SAW kerana dialah orang yang mulia sedangkan ayah seorang yang hina..”

Rasulullah SAW yang ketika itu turut masuk ke kota Madinah terus sahaja memberi kebenaran untuk Abdullah ibn Ubay memasuki Madinah...inilah tafsiran ayat ke-8 surah ini berkaitan penyingkiran orang yang hina oleh orang yang mulia...Allah membuktikan siapa di antara mereka itu yang mulia dan hina....

Rasulullah SAW melayan kaum munafiq dengan baik,tidak seperti golongan kafir yang lain...bahkan Rasulullah SAW tidak pernah menyebut nama2 mereka yang munafiq ini di hadapan sahabat2 kecuali pada seorang sahabat Baginda SAW yang dipercayainya iaitu Huzaifah ibn al-Yaman....para sahabat yang lain hanya dapat mengetahui seseorang itu dalam golongan munafiq atau tidak pada hari kematian orang itu...kerana Rasulullah SAW tidak akan menyembahyangkan jenazah orang munafiq.....selepas kewafatan Rasulullah SAW,Huzaifah ibn al-Yaman meneruskan perbuatan Rasulullah SAW ini...para sahabat yang lain akan mengikut Huzaifah...sekiranya Huzaifah ikut menyembahyangkan jenazah,para sahabat akan turut ikut solat...jika tidak,maka para sahabat tidak akan solat....

“ Dan jangan engkau sembahyang atas seseorang yang telah mati di antara mereka selama2nya dan janganlah pula engkau berdiri di atas kuburnya ( untuk ziarah ), sesungguhnya mereka itu kafir terhadap Allah dan Rasul-Nya,dan mereka mati sedang mereka itu fasiq. “
( At-Taubah : 84 )

~~oh,entri yang panjang...maaf ya sahabat2...ambil masa kamu sedikit ^^ ~~

Akhirnya....selalu2lah baca doa ini...

“ Ya Allah,sucikanlah hati kami dari sifat2 munafiq....amalan2 kami dari sifat riak....pandangan2 kami dari perkara2 khianat...dan lisan kami dari berkata perkara dusta...”

Ameen...ameen...ameen Ya Rabbal’alameen ^^

4 comments:

Ibnurashidi said...

Salam DAMAI yang selalu berusrah...

Bagi saya, benda yang baik tidak kiralah ianya panjang berjela-jela atau pun singkat bukanlah menjadi alasan untuk hilangnya waktu yang berharga itu.

Moga terjauh dari sifat munafik.

P/S: Alhamdulillah, sudah berjaya menjawab komentar kamu.

madziani said...

Salam Kak Damai:

Saya rindu pada usrah. Alangkah indahnya kalau saya mengikuti usrah spt kamu. terima kasih atas perkongsian. harapnya akan muncul byk lagi entri2 tentang usrah kamu.

moga kita semua terjauh dari sifat munafik.

DAMAI said...

waalaikumussalam Warahmatullah ibnurashidi..

terima kasih sudi baca ^^

memang minta dijauhkan dari menyerupai orang munafik ini...ameen....

~~sudah dibaca komentar itu ^^ ~~

DAMAI said...

salam hana sayang ^^

di universiti kamu tiada usrahkah?
kalau tiada,kamulah yang perlu memulakannya ^^

insyaAllah hana...selagi Allah memberi 'green light' untuk akak terus menulis,akan akan terus menulis ^^

ya,moga dijauhkan dari sifat yang buruk ini...ameen ^^