Saturday, May 9, 2009

last day...



Salam buat semua yang masih sudi datang ke teratak sejadahijau ini…semoga kunjungan kamu tidak sia2 hendaknya…^^

Hari ini Damai sangat bahagia..sangat gumbira…sebab apa ya?..sebab hari ini hari terakhir Damai pergi ke kelas di alam universiti ini….sungguh tidak sedar….Alhamdulillah,pejam celik pejam celik 6 tahun sudah berlalu…gelaran ‘doktor’ itu insyaAllah semakin hampir untuk digenggam…semoga peperiksaan yang bakal datang dapat Damai dan sahabat2 lain tempuhi dengan cemerlang…ameen…

Kini,tinggal 11 hari sebelum peperiksaan bermula…namun,mengapa hati ini masih tidak merasakan debarannya?....nak kata sudah bersedia,pasti sahaja jawapannya belum….sebulan ini perlu berusaha keras untuk peperiksaan akhir ini…21 julai terasa seperti sudah memanggil2…tarikh apakah itu?....ya,itulah tarikh Damai akan pulang ke Malaysia abadan abada….sebagai seorang doktor…insyaAllah ^^

Keluarga akan menunggu di KLIA….mama sudah berkali2 beri kiriman SMS dan berulang2 kali menyatakan kerinduannya pada Damai…

tak sabarnya tunggu maya balik “ tulis mama dalam SMSnya…

mama tengah rehat2 ni…tak sabar tunggu maya balik…nanti mama beli katil baru untuk maya ya….adik2 pun tak sabar nak kemas bilik untuk maya duduk nanti “ kata mama ketika kami bercakap melalui telefon…

Hati yang gembira…

Tiba2 menjadi sayu….

Aduh,sedih pula hati ini terkenangkan mama….

Sabar ya mama...anakmu ini juga sudah seringkali termimpi2 pulang memelukmu....

Semoga segala urusan imtihan dipermudahkan-Nya...

~~ menghitung hari....75 hari lagi akan pulang ke Malaysia....kamu2 yang berada di Malaysia,nantikan juga ya kepulangan Damai ^^ ~~





36 comments:

serunaiklang_91 said...

wah...bestnyer!!
doakan kiter nak ajdik doktor gak!!huhu

~ZuLhAiRi~ said...

salam 'alayk...

mabruk!...

semoga pulangnya nanti membawa manfaat kepada ummah, ubati hati yang sakit juga ubati fizikal...

pasti x sabar menghitung hari ya...satu, dua, tiga...baru 60 saat...ah lambatnya...:D

Allah yubarik fik ya dukturah!

myikhwanfiideen said...

Salam'alayk..

Tahniah!

Mujahadah selama 6 tahun akhirnya berbaloi..

Moga dipermudahkan dalam imtihaan nnt..

1 org doktor lg utk rakyat Malaysia..

Liyana said...

wah...tahniah!!!

semoga kak damai berjaya dalam apa jua peperiksaan lepas ni.

lepas ini kak damai akan menuli sblog lagi x?

ASH said...

salam..

selamat kembali..InsyaAllah.
dan
berkhidmatlah dengan baik.

CABARAN kerjaya mnjadi doktor ni dahsyat tau!!Semoga Allah memberi keberkatan dalam segala usahamu.

errr btw. 21 July tu birthday salah seorang anak saya..

pencinta bahasa said...

salam..
mabruk 'alaik..
saya juga bercita-cita nak jadi doktor..XD..semoga mujahadah selama 6 tahun tidak sia-sia..

all the best in exam,
Bittaufiq Wanajah!!

Faridrashidi said...

Salam yang telah menamatkan pengajian...

Tahniah buat kamu kerana berjaya menempuh enam tahun diperantauan.

Sayu juga ya mahu berpisah kalau sudah bertahun-tahun bersama rakan taulan.

Apapun, semoga menjadi Doktor muslimah yang baik. Adakah sejadahijau akan bersawang selepas ini?

nahmy said...

selamat kembali & berkhidmat. pasti 'damai' tempat di mana damai berkhidmat kelak...insyaAllah.

yEm ^^ said...

salam Damai...

smoga berjaya dalam peperiksaan nanti..

erm, sudah tahukah dimana tempat posting nya nnti??

p/s:lama betul tak berkunjung ke sini. skali, dah abis blaja plak.. cepat btol..hehe...

Iliana said...

wahh~ damai sudah mahu pulang..selamat kembali ya..saya baca, saya pun terharu..

Balqis said...

Huhu, sedihnya entri, aduhailah....

Camnalah akak senior takde ni nanti, hehe.... habislah kitorang terkapai-kapai....

sedih, sedih.... huhu...

Cam tak nak kasik akak senior sumer balik jer...

camna ni, huhu...

Ain Mardhiah said...

bitaufiq akak!

DAMAI said...

insyaAllah serunaiklang_91...

berminat kah?

DAMAI said...

waalaikumussalam warahmatullah ~ZuLhAiRi~..

syukran :)

insyaAllah...kamu doakan juga ya...

oh,kalau dikira memang akan jadi lambat huhu

ameen ^^

DAMAI said...

salam juga buat kamu myikhwanfiideen...

ya,penat sudah rasanya...sudah jadi pelajar selama 18 tahun...^^

terima kasih atas doa kamu...^^

DAMAI said...

terima kasih ~*puding caramel*~ sayang...

ameen...dalam usaha membaca buku untuk menghadapi imtihan laa nih...

oh,soalan itu susah nak jawab...tengoklah bagaimana ya ^^

DAMAI said...

salam ashley...

takutnya Damai dengan kata2 kamu itu huhu

semoga Allah permudahkan segalanya...ameen...

salam harijadi buat anak kamu ya ^^

DAMAI said...

salam pencinta bahasa...

terima kasih ^^

ya,kamu juga mampu untuk jadi doktor...chaiyo!!!

gemuruh untuk menghadai peperiksaan kian terasa...huhu

DAMAI said...

salam buat yang akan tamat pengajian juga tahun ini ^^

terima kasih ^^

sayu memang sayu...tapi masih belum masanya untuk menitiskan airmata...

insyaAllah...Damai akan cuba jadi dokturah muslimah yang baik ^^

bersawang?...hmm mungkin lebih dari itu agaknya hihi

DAMAI said...

nahmy...

terima kasih...

hehe insyaAllah...Damai akan cuba mandamaikan tempat kerja itu nanti ^^

DAMAI said...

yEm^^

salam kembali buat kamu...

terima kasih atas doa kamu itu ^^

masih tidak tahu..berkira2 untuk memilih selangor,perak dan terengganu..tengoklah mana yang dapat ^^

kamu sibuk ya...sebab tu sudah lama tidak berkunjung ke sini...sejadahijau rindu pada kamu ^^

DAMAI said...

iliana...

ya,Damai akan pulang...

doakan ya...^^

kamu terharu?...lembutnya hati kamu ^^

DAMAI said...

balqis sayang...

tahanlah kami dari naik kapal terbang nanti hihihi

siapkan diri kamu untuk jadi senior...lepas itu nanti,kita jumpa di hospital ya ^^

kamu antara adik junior yang sangat akak sayang...jaga diri ya ^^

DAMAI said...

syukran ainul...untuk kamu juga doa itu ^^

SangMentari said...

Semoga menjadi doktor terbaik, Damai. Mereka semua memerlukan sumbangan kamu. Tahniah..selamat menempuh peperiksaan...

MR ASRIL AZIZAN said...

wahhhhh hebat gitu!!! sudah mau jd doktor... tapi mau nya nanti bakal jadi apa ya?
kanak-kanak?, sakit puan?, atau psikiatrik? huu..
kamu mmg hebat dr maya

nurhuda_cahayapetunjuk said...

assalamualaikum..

Duhai Damai yg jauh di mata tapi dekat di hati..

Lama sungguh saya tidak menjengok kamu di sini..rupa-rupanya sudah hampir pulang ke Malaysia...semoga berjaya dalam imtihan...saya doakan selamat semuanya...;)

Anonymous said...

salam.

tahniah diucapkan.masa berlalu sungguh laju bukan?

semoga segala apa yang dipelajari di sana(termasuk selain di dalam kelas) dapat dikongsikan bersama mereka di tanah air nanti.

saffmukmin said...

semoga semuanya sentiasa dpt curahkan idea dan pnglmn berada disana utk org2 di tmpt kita.pesan al banna, jadilah kamu dengan manusia seperti pokok buah-buahan yang mereka lempari dengan batu tetapi pokok itu sebaliknya melempari manusia dengan buah-buahnya..istiqamah..salam:)

Nur said...

Salam,

Sudah lama akak tak kemari, ya, alasan paling tua - akak memang tiada mood dan ditambah pula dengan urusan ibu bapa ke mari, lelah!

Damai, jangan tinggalkan sejadahhijau ini, akak sangat mencintai tulisan mu, yang penuh kata2 semangat, yang memberikan cahaya pada akak dan seterusnya membenarkan akak memberi cahaya pada mereka2 yang lain.

Akak jua akan pulang ke Malaysia insyaAllah July ini! Engga sabar mau ke kampung halaman, walaupun bunda dan ayahanda di sini, engga sama rasa2nya seperti di Malaysia

Doakan ayah dan ibu akak sehat sepanjang pengembaraan eropah ini!

dan kamu, moga2 berjaya dengan cemerlang di arena peperiksaaan, insyaAllah!

DAMAI said...

sang mentari....

terima kasih...

kamu juga cepat pulang ya...^^

DAMAI said...

asril azizan...

semua dari Allah ^^ alhamdulillah...

jadi apa?...hmm hajat di hati pakar kanak2...tapi,ada sahabat menasihati jadi pakar sakit puan...apa2 pun,kena kerja dulu,baru buat keputusan ^^

DAMAI said...

waalaikumussalam warahmatullah huda...

ya,Damai tahu kamu sibuk...kamu juga perlu jadi cikgu yang baik ok? ^^

doakan Damai berjaya ya huda sayang ^^

DAMAI said...

waalaikumussalam warahmatullah warungkampung...

ya,masa memang berlari...penat sungguh Damai mengejar...

insyaAllah...akan Damai beri yang terbaik...kamu juga ya,perlu beri yang terbaik ^^

DAMAI said...

terima kasih saffmukmin...

kata2 kamu akan disemat elok2 dan cuba direalisasikan....insyaAllah^^

DAMAI said...

salam sayang dan rindu kak fakhzan ^^

sampaikan salam Damai pada kedua orang tua akak ya...semoga mereka gembira berjalan2 tu ^^

insyaAllah akak...Damai juga terlalu sayang untuk meninggalkan sejadahijau ini....terlalu banyak kenangannya ^^

hmm bolehlah kita jumpa nanti di malaysia ^^

terima kasih atas doa itu akak sayang ^^

~~ akak juga harap2nya akan terus menulis,menulis dan menulis ok? ^^ ~~