Thursday, April 16, 2009

soal hati ^^



Pertanyaan 1

“ Kak Damai…apa pendapat akak..boleh tak sesebuah pasangan tu,tak kisahlah yang akan bertunang atau yang sudah bertunang berhubung?...siapakah yang lebih perlu dihormati,pasangan yang tidak mahu berhubung langsung atau yang berhubung tapi sedikit2 sahaja? “

Pertanyaan 2

“ Macam mana ni Damai…mak akak memang tak suka abang akak tu….dari hari tu asyik tangguh2 je tarikh nikah….mak akak memang nak doctor juga….kalau akak cakap yang si B tu nak masuk meminang,confirm masa tu juga terus gi tempah hotel 5 bintang agaknya….sebab yang B tu doctor…”

2 persoalan yang ditujukan buat Damai dalam masa terdekat ini…susah juga hendak memberi jawapan….jawapan yang diberi perlulah betul dan tepat mematuhi syarat dan hukum agama….dan Damai sendiri bukanlah seorang yang layak untuk menjawab persoalan2 sebegini…

Ramai antara kita yang berusaha menjadi yang terbaik dan berusaha mencari pasangan hidup yang terbaik…dan masalah yang sering timbul adalah ketika hati mula berputik rasa sayang tetapi dalam masa yang sama batas2 Allah perlu diletak di hadapan agar sayang yang datang itu mendapat keberkatan dari-Nya…

Dalam usaha untuk menjaga hubungan yang terjalin antara dua hati ini bukanlah semudah yang disangka tetapi bukan juga sepayah yang dibayangkan….

Bagi Damai,semuanya terletak pada pasangan itu sendiri….

Bagi Damai,tidak salah untuk pasangan itu untuk berhubung melalui emel, YM hatta mesej sekalipun ASALKAN yang diborakkan itu tidak melalaikan dan tidak berhari2...sekadar sekali dalam sebulan atau sekali dalam seminggu sekalipun,ianya tiadalah suatu perkara yang memudharatkan.....SELAGI ianya sekadar untuk bertanya khabar atau bertanya hal2 perkembangan terbaru pasangan itu,tidak lebih dari itu....memang tidak berhubung langsung itu adalah yang terbaik dan kita digalakkan untuk mengikuti jalan itu tetapi itu tidak sama sekali mengharamkan kita untuk berhubung dengan pasangan kita....ini adalah pendapat Damai,mungkin ada yang tidak bersetuju....Damai hormat pada yang mampu untuk terus tidak berhubung dan hanya menanti saat pernikahan tiba...tetapi Damai merasakan hal ini sebenarnya terpulang kepada individu itu sendiri....Islam memberi panduan untuk kita ikut,ikutlah dengan bersungguh2,jangan sampai memberi kesusahan pada kita....malah,proses pertunangan itu diadakan dalam Islam memang untuk kita kenal siapa pasangan kita itu....bukan kenal secara berlebih2an,tetapi cukup sekadar kita tidak tersilap orang ketika akad nanti ^^


Dalam hal kedua pula...memang soal sekufu itu penting....seperti yang telah dibentang oleh ibnurashidi dalam rumah barunya ( http://www.faridrashidi.com/ ) ....seringkali kita yang muda ini mengutamakan cinta dari hal2 yang lain...tetapi,ibu yang melahirkan itu lebih tahu dan lebih arif dari kita....bukan maksud si ibu untuk menghina pilihan kita tetapi segalanya kadang2 dilakukan untuk kebaikan kita juga...tidak di waktu sekarang,mungkin di waktu akan datang....bukankah restu ibu yang mengendong kita 9 bulan itu lebih patut diutamakan daripada insan yang kita kenal selama beberapa tahun itu?...Allahu a’lam ^^

Akhirnya...setiap dari kita punya ilmu...sedikit atau banyak...masih juga ianya bernama ilmu...gunakanlah ilmu itu apabila tiba masanya....^^






30 comments:

~ZuLhAiRi~ said...

salam 'alayk...kupasan yg menarik!...ringkas tp padat...fitrah dan syariat sebenarnya boleh saja beriringan, hanya perlu memahami apa yg perlu dan apa yg tidak...:)

Anonymous said...

salam..lama tak beri komen di sini..hmm..

proses khitbah lah tu ek..

nahmy said...

salam..

menarik..hmm..apa yg damai komen tu sebenarnya dah lebih dr cukup utk dijdkan jwp. my humble-2 cents word.. 1. berhubunglah asal saja mengikut batas2 syarak dahulu & kemudian batas2 sosial (adab&adat). nak kata jgn terus berhubung maka payah gak di sbbkan fitrah manusia yg suka berhubung.

2. berbincanglah dgn baik dgn siibu...manusia Allah cipta dgn 'kuasa pilihan'. kita ada pilihan & ibu juga ada pilihan...klu kita menidakkan 'kuasa pilihan' anugerah Allah itu maka tak elok juga, tp klu ikut pilihan semata (tanpa mohon restuNya) pun tak elok juga. jd beristiharah & berbincanglah..wallahualam.

Permata Nusantara said...

salam damai...

tajuknya 'soal hati'....pastinya cinta itu dari hati yang merasa.....tanya semula pada hati....di situ juga ada jawapan....samada mencinta sedalamnya...atau sebaliknya.....jika itu yang terbaik di rasa....itulah pilihan yang tuhan beri....tapi hati ibu perlu dijaga....tanya pendapat ibu...sebelum hubungan itu pergi lebih jauh...

bagi saya berhubung tiada salahnya....jika tidak, saya sendiri tak tahu di mana status perhubungan itu....masih kuat? hambar? sayup2? atau berakhir..?? itulah gelombang rasa dari dua jiwa....

soal hormat menghormati itu tidak timbul dgn cara samada kerap berhubung atau tidak....tetapi pada hemat pasangan itu sendiri.....saling mencintai beerti perlu ada rasa hormat menghormati....jika tiada...bagaimana mahu mengharungi bahtera rumahtangga....

p/s: maaf damai...komen tertulis panjang pula...hehe...sekadar ingatan pada diri sendiri...(^_^)

MR ASRIL AZIZAN said...

maaf kalau komen ini tak sehebat yang laen,
hanya nak sampaikan rasa kagum yang amat tinggi hasil tulisanmu itu..
ko memang kerreeennn sih!!!

Farid Rashidi said...

Salam...

Saya mahu ucapkan terim kasih. Kerana sudi melinkkannya. Semoga Allah berkati.

suara said...

Salam dik maya sayang...

Kalau berdasarkan pd pengalaman, soalan pertama tu tak layak untuk kak su menambahnya. Jawapan Damai lebih dari cukup.

Soalan kedua... rasanya kak su lebih menjurus pd ibu sbb restu ibu itu penting.

Ish... tulis komen macam le soalan tu perlukan jawapan kedua dari kak su. Hehehe

SangMentari said...

Setiap kita punya prinsip sendiri. Selagi agama tidak disamping, saya kira manusia berhak melakukan apa yang dikira benar untuk menjaga hubungannya.

p/s semoga semua beroleh manfaat dari entrimu ini damai, terima kasih.

Balqis said...

Ooooo...

saya budak kecil lagi, tak faham bincang soal-soal hati ni...

Betul lah apa kata kak maya tu, huhu...

Soalnya, jaga hati, ya!!

Unknown said...

"Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah (untuk membela Islam) dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu), merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka beroleh keampunan dan limpah kurnia yang mulia." (Al-Anfaal 8:74)

Salam ziarah dari saya,,blog yang menarik ,jemput muzakarah di blog saya....dan jadikan blog saya sebagai rakan anda..tq

Anonymous said...

soalnyer ati sukar dimengerti..hi,nama saye sama dgn heroin soal hati tauu...hahahaha-k.long yg sgt disayangi oleh che2 a.k.a damai

Unknown said...

salam,,kamu kena banyak Sabar ye,,,,moga kesabaran itu...akan berakhir..

MOHD KHAIRUL HAFIZ said...

Salam Damai,
"Soal Hati" ye....

umi Faheem said...

hmm...

blh ke jd mcm ni..

hati yg menyoal, hati yg kena jwb sendri..uhu~

sarahss said...

salam kak maya...itu cincin risik ke?

:D *sekadar bertanya*

DAMAI said...

salam kembali ~ZuLhAiRi~

alhamdulillah andai entri ini memberi sedikit lagi kefahaman pada kamu dan pada semua yang membaca ^^

DAMAI said...

salam Syahidah...

ya,itulah yang dinamakan proses khitbah @ pertunangan..

dalam proses khitbah ini juga,sebenarnya kedua buah keluarga itu telah mengikat janji untuk mendirikan masjid itu...namun begitu,ada janji yang tidak kesampaian...semuanya atas izin Allah juga ^^

DAMAI said...

salam nahmy...

terima kasih atas komen kamu...amat berharga kerana kamu sendiri sudah punya pengalaman sendiri ^^

DAMAI said...

salam Permata Nusantara...

wah wah wah...komentar kamu begitu panjang seolahnya ada pengalaman sahaja ^^

setiap insan ada cara mereka sendiri...apa pun,semoga kita dikurniakan pasangan yang soleh dan solehah...ameen ^^

DAMAI said...

asril ^^

tiada istilah komen hebat atau tidak...kamu sudi bagi komen sudah cukup buat Damai gembira ^^

DAMAI said...

Ibnurashidi...

salam kembali untuk kamu...

sama2 ^^

DAMAI said...

kak su sayang...

jawapan dan pandangan dari kak su lah yang lebih afdhal di sini...kerana akak sendiri sudah menjalani kehidupan rumahtangga itu...akak sudah merasakan erti kasih sayang yang sebenar antara lelaki dan perempuan dan juga akak sudah merasai ni'matnya mendapt restu dan berkat ibu bapa ^^

DAMAI said...

Sang Mentari...

terima kasih atas komen kamu...itu juga yang cuba Damai sampaikan...^^

DAMAI said...

Balqis si budak kecil...

hehe kamu kena juga belajar soal hati ini...sebagai persiapan untuk masa hadapan ^^

DAMAI said...

Anak Pendang Sekeluarga...

sudah saya ziarah blog kamu...

terima kasih sudi datang sini ^^

DAMAI said...

malas nak layan kak long haha

DAMAI said...

salam kembali Anak Pendang Sekeluarga...

tidak faham maksud komen kamu itu huhu

DAMAI said...

salam cinta agung....

ya,soal hati hihi

DAMAI said...

pari-pari...

betul tu...hati sendiri yang mampu menjawab persoalan hati sendiri ^^

DAMAI said...

sarahss...

a'ah cincin risik...tapi bukan merisik akak...merisik sipa entah...(akak ambil kat internet lah sayang) ^^