Tuesday, June 2, 2009

menghadirkan ikhlas ^^

Dalam apa jua pekerjaan atau usaha yang kita lakukan sehari2,berusahalah untuk menghadir dan menyuburkan ikhlas di sudut hati...sekecil2 perkara jika disertakan dengan ikhlas,insyaAllah akan dipandang besar di sisi Allah SWT....

Namun,perkara ikhlas ini bukanlah semudah lisan berkata2....ada yang mengatakan :

“ ikhlas itu umpama seekor semut hitam yang berada di atas batu hitam di dalam gua yang gelap pada malam hari “

Haa....susahkan? boleh ke kita nampak semut itu? Begitulah halnya dengan perkara ikhlas ini...hati yang ikhlas tidak akan sesekali terdetik perkara ‘ujub atau ta’jub akan kelebihan dan kebaikan dirinya....hati yang ikhlas tidak akan sesekali mengeluarkan kata2 riak menceritakan kebaikan yang dilakukannya...hati yang ikhlas tidak akan pernah mengungkit kebaikannya walaupun ketika orang yang ditaburkan budi itu melakukan perkara yang buruk terhadapnya....

Hati yang ikhlas melakukan semua perkara hanya kerana Allah SWT...

Tiada balasan dari manusia...

Tiada penghargaan dari insan...

Hanya redha Allah yang menjadi harapan dan impian....

Apabila sifat ikhlas telah datang dan wujud dalam hati kita,kebaikan atau usaha yang orang lain anggap kecil akan nampak besar di mata kita...perkara kebaikan biasa akan nampak luar biasa pada pandangan kita....di sini,Damai sertakan sebuah kisah yang berlaku tatkala Nabi Ibrahim Khalilullah hendak dibakar hidup2 oleh raja Namrud....semoga kisah ini memberi pengajaran pada kita....insyaAllah...

Sebuah kisah di zaman Nabi Ibrahim, semasa Nabi Ibrahim dibakar oleh kaumnya, seekor burung kecil terbang berulang alik mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar. Itulah yang dilakukannya berulangkali. Tingkah lakunya diperhatikan oleh makhluk Allah yang lain lalu bertanya kepada burung kecil itu :

‘‘buat apa kau penat-penat mengambil air berulang alik, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim takkan terpadam dengan air yang kau siramkan itu.’’

Lalu dijawab oleh burung tersebut :

‘‘Memang ia tidak akan memadamkan api tersebut, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya samada aku berjaya memadamkan api itu ataupun tidak. Dan janganlah kita menjadi seperti cicak (yang terbang), yang bertindak jahat dengan menghembus-hembus kepada api yang membakar Nabi Ibrahim dengan harapan api akan menjadi marak lagi untuk terus membakar Nabi Ibrahim (walaupun sebenarnya hembusannya itu tidak membawa kesan ke atas api berkenaan.) “

Allah berfirman:

“Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim”

Anbiyaa [69]

Hadith riwayat Ibn Hatim, dari A’isyah ra. bahawa Rasulullah saw bersabda :

”Sesungguhnya Ibrahim tatkala dicampakkan kedalam api, semua binatang yang melata dimuka bumi ini cuba memadamkan api, kecuali cicak, kerana sesungguhnya dia (cicak) meniupkan api keatas Nabi Ibrahim…”

Kesimpulannya,berusahalah untuk ikhlas dalam setiap perkara yang kita lakukan....tetapi,jangan pula kita bertangguh2 untuk melakukan kebaikan hanya kerana kita menunggu2 untuk sifat ikhlas itu datang.....mulakan saja kebaikan itu dan beristiqamahlah dalam melakukannya,insyaAllah lama kelamaan makhluk ikhlas itu akan terbit dalam hati....^^


15 comments:

Ummu Mishkah said...

Nakkk sangat jadi ikhlas dalam semua perkara.. tetapi betulla h seperti semut hitam tu, sukar sangat kan?

Balqis said...

Salam Kak maya...

keif hal?

Ada award bertuah untuk kak Maya- silalah dtg ambil yer..

saya ikhlas..

doakan kami tuk exam!

DAMAI said...

betul tu ummumishkah....Damai sendiri belum sampai ke tahap itu...namun,harap2 sebelum ajal datang menjemput,manisnya ikhlas itu dapat Damai rasai...insyaAllah ^^

DAMAI said...

waalaikumussalam warahmatullah balqis ^^

bilkhair alhamdulillah ^^

wah,ada award?...hmm menarik hihi

ya,doakan untuk akak juga ya ^^

~~ sat lagi akak datang amik k ^^ ~~

saffmukmin said...

ikhlas..mmg ssh.st kata2 Imam an-nawawi dlm kitab al-azkar 'meninggalkan amal kerna mnusia adalah riya', beramal kerna manusia adalah syirik, dan keikhlasan mnjadikan Allah menyelamatkan kamu drpd kedua2nya..'

~ikhlas..

MOHD KHAIRUL HAFIZ said...

Salamualaik ya dr..bgitu hal riak,ibarat smut htm atas btu htm dlm mlm yg gelap.Payoh nk detect.Wslm

Anonymous said...

Kalaulah ikhlas ini boleh tercipta dengan mudah.. Alangkah baiknya..

Saya suka N3 ni...Terima kasih kerana berkongsi..

nahmy said...

tp yg selalu terjadi, kita sering dgn ikhlasnya mempersoalkan keikhlasan orang...

DAMAI said...

terima kasih saffmukmin atas penringatan ^^

DAMAI said...

waalaikumussalam warahmatullah cinta agung ^^

ye,mmg susah nak cari ^^

DAMAI said...

arryani..

sesuatu yang susah dimiliki itu baru kita hargai ^^

suka ke?...hihi terima kasih ^^

DAMAI said...

hehe nahmy...

tiada bantahan atas kata2 kamu ^^

Farid Rashidi said...

Salam Damai,

Keikhlasan itu sangat penting dalam beramal. Tanpa ikhlas pokok tak berbuah.

Kembali ke kaedah al-umuru bimaqasidiha.

DAMAI said...

waalaikumussalam warahmatullah ibnu rashidi...

penatnya menanam pokok yang tidak berbuah kan...

jadi,kita harus berusaha untuk melahirkan sifat ikhlas itu...mudah2an hasilnya menjadi penghilang dahaga bukan sahaja untuk kita tetapi untuk insan di sekeliling kita juga...insyaAllah ^^

pencinta bahasa said...

salam kak maya aka damai..=D

Ibnul Qoyyim memberi perumpamaan seperti ini, “Amal tanpa keikhlasan seperti musafir yang mengisi kantong dengan kerikil pasir. Memberatkannya tapi tidak bermanfaat.” Dalam kesempatan lain beliau berkata, “Jika ilmu bermanfaat tanpa amal, maka tidak mungkin Allah mencela para pendeta ahli Kitab. Jika ilmu bermanfaat tanpa keikhlasan, maka tidak mungkin Allah mencela orang-orang munafik.”

susah ye hendak melahirkan rasa ikhlas..tapi insyaallah sekiranya ada keinginan dan kesungguhan pasti akan tercapai juga..