Thursday, March 12, 2009

izin-Nya..

“ Alamak,macam mana boleh antah ni,rasa dah sukat air betul dah tadi “

“ Apasal lah dia tinggalkan aku….tak cukup hensem ke aku ni? “

“ Aduh,jerawat lagi…yang lama tak hilang lagi,dah tumbuh yang baru…huhu”

“ Geramnya!!! Tadi takde pulak nak keluar angin ni…time dah ambik wudhu’ nilah dia nak keluar..”

“ Laa,nape dah takde air panas ni…tak nampak ke kat luar tu bersalji lagi?..”

“ Aik,dia dapat markah penuh?...rasanya dia tak study semalam…”

“ Adoilaa,tak perlu kot nak pancit sekarang wahai tayar…”

“ Hujanlah pulak hari ni….punah harapan nak mandi sungai..”

“ Ya Allah,bila pulak tudung aku kene xxxx burung ni..”

Siapa yang tidak pernah merungut?...geram…marah….sedih….apabila sesuatu yang dirasakan tidak sepatutnya berlaku pada ketika dan saat itu,tiba2 terjadi….puas sudah merancang,namun natijahnya tidak seperti yang diharapkan….Mungkin pada saat itu,kita terlupa bahawa wujudnya satu kuasa agung yang menentukan tiap2 sesuatu yang berlaku….terlupa bahawa izin-Nya mengatasi segala….

Siapa yang harus disalahkan bila kari yang ingin dimasak tiba2 bertukar rasa menjadi masak lemak?....nak tuding jari pada siapa jika bilik yang pintunya berkunci itu masih boleh dilawat pencuri?......kurang enakkah rasa cacing ini yang gagal mengumpan walau seekor ikan kecil?.....

Muhasabah diri.

Renung.

Fikir.

Kita ini hanya hamba….layakkah seorang hamba menaikkan suara pada tuannya?.....

Terimalah segalanya dengan tenang….bersangka baik dengan Allah,itu yang paling utama….Allah yang mencipta kita,pasti Dia tahu apa yang terbaik buat kita…latih diri agar tidak mudah melatah kerana sesungguhnya setiap izin-Nya itu penuh rahsia dan hikmah hingga tidak mampu aqal ini memikirkan….

“ Ingatlah ketika Allah berfirman; Wahai Isa anak Maryam,ingatlah akan ni’matKu padamu dan pada ibumu,ketika Aku menguatkan engkau dengan roh suci ( Jibril),engkau bercakap dengan manusia di dalam buaian (masih bayi) dan ketika dewasa, dan ketika Aku mengajarkan kitab,hikmah,Taurat dan Injil kepadamu,dan ketika kamu membuat bentuk burung daripada tanah dengan izinKu,dan ketika engkau menyembuhkan orang buta dan sopak dengan izinKu,dan ketika engkau mengeluarkan orang mati (hidup kembali) dengan izinKu,dan ketika Aku tahan Bani Israil hendak membunuhmu ketika engkau beri keterangan kepada mereka,ini tidak lain,hanya sihir semata”

( Al-Maidah : 110 )

21 comments:

Tirana said...

Nice entry...buat kak tirana terfikir sejenak..

Liyana said...

saya selalu merungut... haih~
tengok, merungut lagi...huhu~

Farah Imani said...
This comment has been removed by the author.
Farah Imani said...

really nice..
kadang2 kita tahu dan mengerti..
namun seringkali terlupa..
terima kasih peringatan ini buat diri yg mungkin terlepas pandang dan terbiasa tanpa meyedari kebiasaan itu sebenarnya sesuatu yg bercanggah dgn akhlak seorg muslim yg beriman dan bertaqwa..

syukran ukhti

myikhwanfiideen said...

Alhamdulillah..

Byk muhasabah dan sesi koreksi diri kali ini..

Seperti Umar.. Sebelum tidur, beliau muhasabahkan diri dengan sebatang rotan..

Moga kita sentiasa ingat.. kerana semuanya berlaku dgn izinNya..

nahmy said...

yg haru ialah semasa tgh 'kena' mrk akan merungut..tp kemudian 'sedar' setelah merenunginya kembali dan terus mengucapkan 'astaghfirullah atau masyaAllah'.

yg 'paling haru' ialah semasa tgh 'kena' mrk akan merungut & terus merungut selepas itu.

yg cantik ialah semasa tgh kena mereka mengucapkan 'alhamdulillah'& berterusan selepas itu mengucapkannya selepas itu...

Iliana said...

salam Damai yang dirindui..

bukankah manusia ini tidak pernah puas dengan apa yang ada.

saya juga tidak gemar dengan orang yang suka menuding jari ke arah orang lain.

ada sedikit rentetan cerita yang akan saya tulis di blog nanti - insyaallah jika berkesempatan

DAMAI said...

kak tirana...

ini adalah entri yang ilhamnya datang tiba2 sahaja...teruskan berfikir akak,kerana itulah asbab kita dikurniakan aqal ^^

DAMAI said...

~*puding caramel*~

kadang2 akak punterlepas jugak..tapi,cepat2lah kita sedar dan beristighfar....^^

DAMAI said...

farah imani....

alhamdulillah andai entri ini sedikit sebanyak memberi ruang untuk kita bermuhasabah....

la syukran 'ala wajib ya ukhti ^^

DAMAI said...

myikhwanfiideen...

Saidina Umar memang seorang yang unggul...bukankah Nabi Muhammad SAW sendiri pernah berkata andai ada nabi selepas baginda,pastilah Umar orangnya....

insyaAllah...moga kita sentiasa ingat dan mengingatkan ^^

DAMAI said...

nahmy...

Damai yang mana satu antara 3 itu ya?huhuhu...

berlatih untuk jadi lebih baik dari semalam^^

DAMAI said...

salam sayang dan rindu buat kamu juga iliana ^^

sibukkah?...lama menghilang^^

ya,sebetulnya manusia memang tidak pernah MUDAH mengucap syukur...apa yang ada selalu tidak kelihatan,yang dinampaknya hanya yang ada pada orang lain...semoga Allah ampunkan kelemahan kita ini...

menunggu entri kamu juga...jaga diri ya ^^

Anonymous said...

saya pon kadang2 merungut jugak skit2... tapi saya cepat2 sedarkan diri yang ini semua ujian daripada Allah... semua yang terjadi pasti dengan hikmahnya... =)

saya sedih kalau tengok orang merungut secara berlebih-lebihan...habis semua perkataan tak elok keluar...nak sedapkan hati, saya anggap yang diorang bersikap mcm tu, mungkin sekadar nak lepaskan perasaan je kot...

Ain Mardhiah said...

macam tau2 je ainul tengah rasa apa.. hehe.. thanks kak maya!

Anonymous said...

Syukurilah atas segala nikmat yang diberi. Dengan itu kita lekas tahu bahawa setiap yang dirungut, setiap yang ditamgisi itu adalah tiada apa dibandingkan dengan limpahan kurniaNya ke atas kita. Terima kasih, damai.

saffmukmin said...

mgkn rungutan blh jadi satu muhasabah..

DAMAI said...

semua orang pun macam tu yEm^^...yang penting,kita cepat sedar dan cepat mohon ampunan-Nya ^^

DAMAI said...

ainul sayang...

wah,ada chemistry ke kita?...alhamdulillah,semoga dapat membantu kamu sikit2 ^^

DAMAI said...

sang mentari...

terima kasih atas tazkirah itu...

sama2 juga ^^

DAMAI said...

selamat datang saffmukmin^^

insyaAllah...sebenarnya setiap perkara yang berlaku akan dapat kita aplikasikan untuk lebih dekat dengan Allah...tak kisahlah ianya baik atau buruk ^^