Sunday, April 5, 2009

R.A.H.M.A.N

Salam teristimewa buat kamu yang sedang mencari ilmu…ilmu Allah yang tidak akan pernah dikuasai sepenuhnya lantaran luasnya ilmu itu….

Pernah kamu dengar perkataan Rahman?...

Ya,hari2 kita sebut perkataan ini…..

“bismillahir RAHMANir rahim”

Menunjukkan sifat Allah yang pengasih…cukup pengasih buat kita yang saban detik bergelumang dosa….astaghfirullah…

Namun,kali ini Damai bukan nak bercerita tentang kemuliaan nama Allah yang satu ini...tetapi hendak bercerita tentang satu perkara yang boleh jadi suatu suratan atau mungkin juga sekadar suatu kebetulan…^^

Suatu ketika dahulu,seseorang telah memberitahu Damai rahsia dari perkataan RAHMAN ini…

“ Tahu tak nama2 perdana menteri kita akan membentuk perkataan RAHMAN? “

“ Ye ke?...”
Damai seakan tidak percaya pada mulanya…

“ Iya…cuba tengok…dimulai dengan Tunku Abdul Rahman….kemudian Tun Abdul Razak…lepas tu Tun Hussein Onn…sekarang Mahathir…”

“ R untuk Rahman….A untuk Abdul Razak….H untuk Hussein Onn….M untuk Mahathir….ah,kebetulan je kot..kita tak tahu lepas ni sape kan?.....”

“ Kita tunggu dan lihat sahajalah…”

Naiknya Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 jumaat lalu mengingatkan Damai pada perbualan itu….

R = Rahman

A= Abdul Razak

H= Hussein Onn

M= Mahathir

A= Abdullah

N = Najib

Indah sungguh aturan Allah….dengan berkat nama Allah ini,diharapkan Malaysia akan terus berada di bawah rahmat dan belas kasihan Pencipta seluruh alam ini….bertukarnya pemimpin seharusnya menjanjikan satu perubahan atau penghijrahan kepada sesuatu yang lebih baik….dan yang dikatakan lebih baik itu pastinya bermaksud supaya kita lebih dekat
pada-Nya….

Tetapi andaikata jalan yang lebih baik ini tidak mahu dikecap atau dengan sengaja kita menyimpang jauh dari mendekatinya,maka ingatlah,azab Allah itu sesungguhnya teramat amat pedih….

Bangunlah rakyat Malaysia….celikkan mata….dengarkan ke telingamu….lontarkan dengan lisanmu…dan gerakkan kaki dan tanganmu pada usaha mencari yang haq dan menegah yang batil….perubahan puncak kepimpinan sesekali tidak akan mengubah keadaan dan menyelesaikan masalah melainkan ketua yang dipilih itu cukup jelas akan tujuan hidup di muka bumi ini…..

Kembali pada Allah…

Pulang pada Allah…

Tunduk pada Allah….

Itulah hakikat kehidupan yang sebenar….itulah punca penyelesaian setiap masalah,tidak kira kecil atau besar masalah itu….

Tidak kira berapa kali turun naiknya kuasa kepimpinan...tidak penting sehebat mana tahap kepimpinan ketua itu....andai dia jauh dari Allah,jauh dari kuasa yang Menciptakannya.....
masalah pasti akan terus menjengah dan jalan penyelesaian akan menjadi bertambah sukar untuk dicari…

Allah juga yang Maha Mengetahui rahsia setiap sesuatu yang berlaku….

~~ selepas N sudah tiada huruf…apakah ertinya?~~

30 comments:

Unknown said...

masa belajar sejarah malaysia pun perasan benda ni..mneumonic utk igt nama2 PM2 msia..
suratan atau kebetulan??

tapi entah mengapa dada ini berdebar membaca ayat terakhir entri kali ini..

~~ selepas N sudah tiada huruf…apakah ertinya?~~

~ZuLhAiRi~ said...

Apa ertinya ya setelah akhirnya N?...

mungkinkah generasi baru dari syoff yang baru akan mengambil alih?...atau tiada lagi PM selepas ini oleh kerana datang hari pembalasan, atau apa lg...ilmu Allah...sungguh luas!...hanya dia yg mengetahui, doa moga yg terbaik kita peroleh!...insyaAllah

SangMentari said...

Aduh, tidak pernah saya terjangka selama ini. Hebat sungguh aturan-Nya.

p/s mungkin saja masanya telah tiba, semakin hampir.

muhriz rahmat said...

Ketinggian Sifat ArRahman itu memang tiada yang dapat menewaskannya
Adapun nama manusia disebut Abdul Rahman..

Lalu bagaimana seorang penagih dadah bernama Abdul Rahman tidak punya
watak arRahman.. Ya kerana dia adalah hamba arRahman.
Kerana itu iman tidak terletak pada nama.
Andai iman itu pada nama, tentunya nama Muhammad jadi pilihan
semua manusia.

Tirana said...

N merupakan huruf yang terakhir dalam senarai PM malaysia dari kalangan UMNO. Itu tidak bermakna selepas itu kita tidak ada PM, mungkin PM dalam era lain pulak..era kepimpinan ulama' harap2nya..

Izzah said...

saya pernag dengar tentang R.A.H.M.A.N nie sejak zaman sekolah rendah lagi..untuk ingat nama2 P.M,even masa tu zaman Mahathir..kebetulan Anuar jadi timbalan nya..

banyak benda boleh jadi selepas N yang akhir itu..
harap2 perkara yang baik2 Allah aturkan untuk negara kita..

Wardatul Shaukah said...

salam ziarah buat damai :)

ya, saya sudah pun pernah membaca teori R-A-H-M-A-N ni dalam salah satu forum. tak sangka juga. macam sudah diatur. saya cuma ingin ucap.. tahniah saja lah buat perdana menteri baru ini -_-"

Iliana said...

salam damai yang sedang kesibukan..

saya pernah dengar teori ini..dan di sekolah dulu, saya dan kawan-kawan gemar berfikir, lepas habis hurus N tu, apa pula? sambung ikut nama PM kedua pula ke? atau itu tanda negara akan bermasalah - nauzubillah min zalik, minta dijauhkan..

DAMAI said...

eye...

berdebarkah?...^^

insyaAllah...segalanya akan baik2 sahaja andai kita terus berpegang dengan tali Allah....^^

jangan risau ya eye...dan hentikan debaran kamu itu ^^

DAMAI said...

wah...nampaknya soalan terakhir ini menarik perhatian ^^

~ZuLhAiRi~....moga kata2 kamu itu menjadi doa yang diterima Allah...teruskan berdoa ya^^

DAMAI said...

sang mentari...

ya,insyaAllah masanya kian hampir...sudah bersediakah?harap2nya,kamu bakal menjadi salah seorang pemimpin yang akan memandu masyarakat ke arah mengenal Allah,Tuhan yang Satu ...ameen^^

DAMAI said...

muhriz rahmat...

Damai suka membaca pandangan kamu....memang pada nama itu ada keberkatan,tetapi mempercayai segala keberkatan datang pada nama adalah salah sama sekali...

sebab itu disunnatkan memberi nama anak pada hari ke-7 kelahirannya...dalam masa 7 hari itu,ibubapa hendaklah memerhati tingkahlaku si anak supaya dapat memberi nama yang betul2 sesuai untuknya...^^

DAMAI said...

kak tirana sayang...

ya,memang itulah perkara yang sedang kita semua nantikan...adakah kenyataan itu masih jauh untuk dijangkau?...atau seperti kata sang mentari,ianya makin hampir untuk menjadi realiti...segalanya kembali semula pada perancangan dan penentuan Allah SWT ^^

DAMAI said...

izzah...

belajar sejarah memang payah kalau tiada mneumonic2 sebegini...Damai tidak minat belajar sejarah malaysia...Damai lebih suka sejarah peradaban dunia...(err,ada orang tanya ke?hihihii)

sama2 kita mohon pada Allah ya izzah agar kepimpinan yang lebih baik akan wujud di dalam negara kita^^

DAMAI said...

wardatul syaukah...

salam perkenalan buat kamu ^^

berat memikul amanah menjadi seorang ketua....memikul amanah menjadi hamba sendiri sudah tidak termampu,apatah lagi untuk menjadi seorang ketua...

seorang sahabat pernah berpesan....jangan ucapkan tahniah pada seseorang yang mendapat pangkat kerana sesungguhnya amanah yang dipikul andai tidak berjaya dilaksanakan,betapa ruginya dia di akhirat nanti....

DAMAI said...

salam iliana yang menulis tentang perihal mengenali lelaki dan perempuan ^^

panjang lagilah perjalanan PM malaysia kalau nak ikut nama setiap PM hihihi

apa2 pun,doakan sahaja agar yang baik2 sahaja yang akan berlaku dalam kepimpinan malaysia...ameen ^^

Unknown said...

betul tu damai..berhusnu zon la kita dgn PM yg baru ni..RAHMAN ALLAH masih bersama kita..

damai...boku moo(saya pn..)^^ suka sejarah peradaban dunia banding dgn sejarah malaysia...mungkin kerna kurang penghayatan atau kurang menjiwai sejarah malaysia~

DAMAI said...

eye...

kamu ada blog ke?...Damai try link kamu tu,tak boleh pun ....huhu

Unknown said...

masih belum mengeblog..hanya rajin menimba ilmu dari blog2 kalian..^^

ada hajat utk ngeblog tapi belum ada kekuatan~

DAMAI said...

ooo sudah Damai tahu siapa kamu eye....hihihihi

xpe2...semoga akan wujud satu blog bertuankan kamu nanti ^^

Kersani Art Studio said...

hurmmm... prihal ni dah lame saya dengar dari kawan yang benar2 percayakan lingkah ini, tapi saya sekadar mendengar bersahaja walaupun ia cukup menginjak dalam di fikiran sy... ada dua perkara penting yang kate x sedar tapi kite kerap menyebutnya, -dalam basmallah- ada perkataan Arrahman dan Arrohim, jika dibelek kitab tafsir al-furqan karangan imam abu nasri jilid 1 halam 67, Allah sengaja menyebut Arrahman dahulu baru la Arrohim, ini kerana rahman Allah adalah untuk semua makhluk di bumi...samada baik atau jahat, islam atau kafir... ia tetap berikan nikmat tu kepada semua untuk menguji manusia, adakah ia sedar atau tidak peranannya di atas muka bumi ini, namun manusia t'alpa jua, sedang dia tak tau yang rahman Allah x ade di akhirat, di akhirat hanya rahim allah saja yang ade untuk hambanya yang taat...
bagi saya...cukup silap jika kita menilai aturan nama itu sebagai pencukup kepada kesempurnaan kepimpinan... kerana terlalu banyak silap dalam pucuk kepimpinan kite... ya Allah ampunilah mereka... harapnya islam akan berdaulat jua suatu masa nanti...supaya kita sama2 mendapat "BALDATUN TOYYIBATUN WAROBBUL GHAFUR" kite seharusnya belajar dari kesilapan yang menjadi sejarah, tpi kite mencipta lagi kesilapan yang lebih besar..jika kita x kaji n x faham sejarah...maka kita akan dihukum untuk mengulangi sejarah...

Liyana said...

salam wahai kakak yang yang sangat jauh di mata

saya pun pernah dengar pasal teori RAHMAN ini

tapi ketika itu masi RAHM
ingatkan sembang kosong saja.
tapi semacam kebetulan

ah, suratan atau kebetulan xkisahlah
doakan negara kita di bawah pimpinan pemerintah yang adil

nahmy said...

rahman? tunku dipanggil rahman...tp tun razak dipanggil abd razak pulak? kenapa tak razak jee. maaf tp saya kurang atau langsung tak percaya pd aturan nih.

aturan ini pd saya hanyalah sesuatu yg 'diperlihatkan' hanya kerana kita nak sgt 'melihatnya'. tiada rasionalnya aturan ini...melainkan permainan huruf & perkataan shj...wallahualam.

MDFarid said...

Salam DAMAI...

Saya sukakan Ar-Rahman dan Ar-Rahmin..bukan R.A.H.M.A.N..

DAMAI said...

Kersani Art Studio...

terima kasih atas kunjungan dan komentar itu...

sesungguhnya sifat kesempurnaan itu hanyalah milik Allah...kita sebagai manusia tidak sedikitpun layak untuk menandinginya....

insyaAllah,kemenangan itu pasti akan tiba...janji Allah itu adalah benar....apa yang penting sekarang adalah sejauh mana usaha kita untuk mencapai matlamat itu?....kalau pun,kita merasakan kita sudah cukup mengamalkan segala suruhannya,bagaimana pula dengan ahli rumah kita...jiran2 kita...bila ahli rumah kita turut beramal,jiran2 kita sama beramal...barulah kemudahan dan kemenangan itu akan Allah kurniakan....sama2 kita berusaha ke arahnya...moga terus istiqamah pada jalan-Nya..ameen ^^

DAMAI said...

~*puding caramel*~ yang disayangi...

insyaAllah....pemerintahan berteraskan ISLAM akan terbentuk di negara kita satu hari nanti....kuatkan diri dengan iman kerana persediaan ke arah membentuk pemerintahan sebegitu selalunya menjanjikan belenggu dan keperitan....

jaga diri ya sayangku ^^

DAMAI said...

nahmy...

ya,kata2 kamu memang benar...tidak selayaknya 'mneumonic' ini dijadikan sebagai rujukan apa yang telah,sedang dan akan berlaku...Damai sendiri menulis bukan kerana Damai percaya,jauh sekali untuk meyakini...^^

DAMAI said...

salam kembali MDFarid @ ibnurashidi...

ya,Damai juga seperti kamu ^^

Ameen Muslim said...

Semoga nama2 indah ALLAH diaturkan pula kpd generasi seterusnya.

DAMAI said...

insyaAllah Ameen Muslim...

banyak2 doa ya ^^