HATI SEDIH....
“ Mana Damai tahu akak ni lelaki? “
“ Hihihi...maaflah Damai...”
Wah,semudah itu rupanya kata2 maaf diminta...ya,jauh di sudut hati,Damai sudah memaafkan tetapi di suatu ruang hati yang terhiris itu juga ketahuilah ianya amat payah untuk diubati....
Pertama kali Damai tertipu...seorang yang sudah lama Damai kenali,sudah dianggap seperti kakak sendiri meski hanya sekadar berkenalan di YM tetapi atas niat bersaudara,Damai mudah menyayangi bahkan sentiasa mendidik hati agar tidak berburuk sangka pada sesiapa....tiba2 terbongkar rahsia bahawa dia yang Damai anggap seorang kakak yang mendengar keluhan penat lelah Damai,rupa2nya seorang lelaki....Ya Allah,wujud rupanya insan sebegini....tidak rasa bersalahkah menipu sesama saudara?...
Sebetulnya,ianya salah Damai juga....banyak kali mama dan baba pesan,berhati2 dalam memilih sahabat,lebih2 lagi di medan maya ini....kak long (ain) juga selalu mengatakan keraguannya terhadap ‘kakak’ ini,tetapi atas dasar ukhuwwah Damai cuba berfikiran baik terhadapnya...terimalah wahai Damai natijah akibat kepercayaan kamu....sungguh bodoh rasanya....ditipu sebegini...bukan kenal sehari dua,sudah berbulan2 lamanya....Ya Allah,terima kasih atas petunjuk-Mu ini....
Wahai insan yang bernama manusia....yang sejarahnya bukan calang2....lahir dari sebuah universiti terkenal di bumi Anbiya’....insaflah....kalau masih ramai lagi di luar sana yang tertipu kerana kamu,kembalilah pada Allah....perbuatan dusta ini dibenci Rasulullah SAW meskipun ketika hendak bergurau....ilmu yang kamu timba datang dari tanah yang penuh barakah,dari langit yang penuh manfaat....jangan sia2kannya....
~~Masih bersarang rasa sedih...namun,kerana marah itu sudah reda,airmata tidak mampu lagi mengalir....~~

RINTIH IBU...
Hari ini Damai telefon mama di Malaysia...mama sedang bekerja rupanya....oh,sunyinya hidup mama sekarang...adik di kuantan...ayah di terengganu....anak2 buah semuanya balik kelantan,tinggal mama keseorangan di rumah....sabar ya mama sayang,4 bulan sahaja lagi,anakmu ini akan pulang menemanimu setiap detik setiap masa...insyaAllah...
Mama bercerita tentang seorang sahabatnya yang sedang risau lantaran anaknya sudah berbulan tidak menghantar SMS....ingin tahu kenapa?
Kerana si anak hendak keluar mengembara di bumi Eropah,namun kerana masalah keluarga yang melanda,si ibu tidak dapat memberi sejumlah wang yang si anak perlukan untuk tujuan kembara itu...lantas,dari detik itu hingga kini,anaknya merajuk dengan tidak mengirim sebarang berita pada si ibu....
Aduh,pasti sedih sekali hati si ibu....anak dihantar belajar setinggi langit dengan harapan dapat memetik sebutir dua bintang buat pengganti tiap titis peluh yang mengalir....namun,kasihan nasib si ibu,jangankan bintang yang diharapkan,malah anaknya sendiri sudah lupa untuk turun menjejak kaki ke bumi.....Ya Allah,ampunkan dosanya dan dosa kami sebagai anak....
Wahai anak....tidak cukupkah peringatan yang diberikan-Nya dalam Al-Quran?
Wahai anak....tidak cukupkah paparan sejarah mereka2 yang pernah dijatuhkan azab terus di dunia lantaran derhakanya mereka pada kedua ibubapa?
Wahai anak....lupakah dikau bahawa syurga yang indah ni’mat itu terletak di telapak kaki ibu?
~~Ya Allah,semoga pintu hatinya terbuka menerima petunjuk-Mu....tabahkanlah hati ibunya....dan jauhkanlah diri ini dari kedurhakaan ini...ameen~~
“ Dan Kami wasiatkan kepada manusia,terhadap ibubapanya...ibunya mengandungkannya dengan ( menderita ) kelemahan di atas kelemahan dan menceraikannya dari susuan dalam dua tahun; bersyukurlah kepada-Ku dan kepada ibubapamu;kepada-Ku tempat kembali. " ( Luqman : 14 )

20 comments:
Sampai hati anak berbuat begitu kepada si ibu. Lupakah dia siapa yang mengandungkannya sembilan bulan sepuluh hari..
p/s Hati sedih? tak sangka ya lepasan dari sini sanggup berbuat begitu. Gurau pun gurau, tapi biarlah bertempat bukan.
Damai,
Kena hati-hati sebab ramai penipu di luar sana...lebih-lebih lagi yang kenal secara online..jangan mudah percaya.. Ramai kawan kak tirana dah terkena..yang involve duit ringgit pun ada so be be careful.
wahai kakak,
alam maya sering terdedah dengan perkara ini. saya juga banyak belajar
saya juga pernah terasa tertipu begitu dengan org yg dikenali setahun lebih. saya tahu ada yg tak kena, tapi saya buat2 seperti tidak faham macam seorang yg naif. maka, lepas ni kena beringatlah. tapi, bila difikirkan. kepecayaan itu sematkan dalam peratus yg sikit je kat dunia maya ni. tiada yg realiti. bukan prejudis, cuma berhati2.
emak, aduh, wahai anak. sanggup di layan ibunya begitu. saya di sini sangat bimbangkan ibu dia mengabaikan ibunya pula. bersyukurlah selagi punya ibu.
tiba-tiba nak nangis pula.
aduh..
p/s: kak damai. terima kasih komen di blog saya :) :) :) titip sayang buat kakak jauh di ukraine
assalamualaikum...
Wahai Damai yg dibawah lembayung rahmat Allah S.W.T..
Amatlah sukar untuk mencari sahabat yang bersahabat ikhlas hanya kerana Allah..maka jika sifat ikhlas ini tiada dalam diri, maka terjadinya penipuan dalam bersahabat..Damai kena berhati-hati, dalam dunia hari ini, jgn terlalu percaya pada seseorng, lebih-lebih lagi orang yang dikenali di dunia maya..ada kalanya byk yg diselindung..tetapi bukan semua begitu , cuma dlm hidup realiti hari ini, perkataan "berhati-hati" perlu ada dalam diri kita..
Janganlah dirimu gundah, kerana setiap yang berlaku pasti ada rahmatnya..moga dirimu akan bertemu sahabat sejati, ikhlas hanya kerana Allah..:)
Buat insan yg bernama anak itu..
Sanggup dia membiarkan seorang ibu meratapi kesedihan kerana perbuatan dia. Tetapi saya banyak mendengar kisah sebegini...sedih rasa hati..marilah kita berdoa moga-moga insan ini sentiasa diber petunjuk Allah ke jalan yang benar dan diredhai...
sang mentari...
sesungguhnya manusia itu mudah lupa :(
akak tirana sayang...
huhu tu lah sekarang mahu lebih berhati2...tapi,entahlah...susah juga kadang2...sebab itu mama Damai selalu sahaja cakap..
" Damai ni...kalau tunggul kayu dipakaikan baju melayu dgn kopiah pun Damai kata itu orang baik"
hehe...
wahai adikku manja...
akak akan lebih berhati2...^^
sebab itu penting untuk kita memilih sahabat...kadang2 kerana terlalu terikut2kan kawan,ibu di rumah dizalimi...nauzubillah ...
menangislah andai airmata itu bertujuan untuk lebih dekat pada-Nya ^^
salam sayag juga buat kamu ^^
jaga diri ya :D
waalaikumussalam warahmatullah huda yang diingati selalu ^^
mungkin ini ujian buat Damai agar lebih berwaspada pada masa hadapan...doakan Damai ya huda ^^
ya,doakan juga buat anak itu...agar hatinya lembut menerima petunjuk-Nya dan kembali menginsafi kesalahan2nya...ameen
Salam DAMAI yang percayakan seorang 'kakak' tetapi rupanya lelaki...
Serius saya katakan, ia sangat memalukan. Saya seperti ditampar muka berdas-das bila ada ia berkaitan 'Universiti itu'.
Ingatlah, saya sendiri akui bila melihat situasi ini..tak semua yang belajar itu mengamalkannya. Jika tidak mengamal, umpama belajar lalu cuba memekakkan telinga. Aduhh!sungguh menakutkan dan bahaya sekali.
Beringatlah wahai kalian wanita-wanita..LELAKI sangat membahayakan jika statusnya bukan SUAMI kamu.
Berhati-hatilah menggunakan YM. Saya sendiri hanya meletakkan 20% kepercayaan. Itupun masih samar-samar. Usah percaya melainkan betul-betul kamu kenal siapa DIA sebenar. Berhati-hatilah jika mahu meluahkan rahsia atau apa-apa yang melibatkan maruah.
Akhirnya...semoga mereka bertaubat. Dan..."fitnah pelajar pengajian islam" ada maksud saya.
astargfirullah...ini dah kira pembohongan tahap A+. sabarle dik...Allah sentiasa bersama mereka yg sabar..
Salam Kak Damai...
Sungguh tidak bermoral perbuatan kenalan YM Itu...apa pun...moga Allah berikannya petunjuk untuk insaf dari perbuatan itu...tabahkan hati ya...'di sebalik kepahitan ada keinsafan'..berhati-hatilah selalu...
Sampai hati si anak menghukum ibunya semata-mata tidak memenuhi kehendaknya...moga Allah berikan kekuatan pada si Ibu....amin..
salam juga buat kamu ibnurashidi ^^
ya,kini Damai akan lebih berhati2,berjaga2 dan berwaspada....alhamdulillah belumlah sampai berkongsi perkara peribadi,tetapi ada juga sikit2 Damai mengadu masalah pada dia...takpelah,bila Damai fikir2 balik,dia memanglah baik...selalu sahaja bagi nasihat ketika Damai memerlukan,cumanya yang dia tipu tu yang buat pedih sikit hati ini...oh :(
kamu harus jadi lelaki yang baik tau ibnurashidi ^^
amboi2 nahmy...
mentang2 entri kamu tentang menjadi suami bertahap A+...kes Damai ini juga kamu nak letak markah ya hihihihi
salam permata nusantara...
sabar2 hihi akak dah 'cool' dah sekarang ^^
semoga kita dijauhkan dari menyakiti hati ibu...ameen,ameen, ameen ya Rabb ^^
Salam KeDAMAIan..
Ya Allah..
Terkejut sy mndgr berita ini.. Tp...
Entahlah.. Jari jemari begitu mudah menipu! Bukan seorang dua.. Dan bukan kes terpencil..
"Jangan mudah letak nilai percaya sebelum ada bukti yang nyata" Surah Hujurat..
Sabar ye ukhti DAMAI...
salam kembali myikhwanfiideen ^^
terima kasih atas peringatan itu ya...insyaAllah kejadian yang sama tidak akan berulang ^^
kamu juga perlu berhati2 ya ^^
salam damai yang dirindui..
aduhai..rindu sekali untuk menjejakkan kata di sini..alhamdulillah berkesempatan juga..
damai, apa sekalipun, saya lebih suka berpandangan positif..mungkin niat awalnya baik, 'mahu bersahabat' cuma caranya yang salah..maafkanlah dia sahabatku..
ini memang risiko bersahabat maya, tapi, jangan takut ya, sebab saya memang seorang perempuan (^_^)
aduhai~ sedih sekali membaca coretan kisah anak yang lupa diri..merajuk untuk apakah itu? masakan hanya kekurangan sekecil itu mampu menutup kelebihan yang jauh lebih besar lagi? tak sangka, ilmunya tinggi, akalnya rendah..nauzubillah min zalik..
saya baru pulang berprogram di rumah orang tua..ada kisah ingin disampaikan di blog nanti - insyaallah..
salam rindu dan sayang juga buat kamu iliana ^^
terima kasih atas nasihat itu....akan Damai semat baik2 dalam hati ^^
menunggu entri kamu...
sibukkah??
ada pepriksaan barangkali ya ^^
Salam Damai sayang...
Hmm... Rasanya penipuan yang Damai hadapi tidak sehebat penipuan yang kak su alami.
Kalau mahu di senaraikan penipuan yg pernah kenalan (yg kak su anggap adik, yg kak su kenal melalui satu laman forum dan membawa kepala pertemuan bermata-mata sbb keluarga kak su pun dah jumpa dia) kak su tu hidangkan buat kak su, rasanya tak cukup bilangan jari kaki dan tangan. Bersilih ganti... malah dia cuba penutup penipuan dgn penipuan.
Allah dah selamatkan kak su dari terus menjadi mangsa penipuannya. Tak guna ada ikatan persahabatan dgn seorang penipu. Cuma kak su ingat satu ayat yg kak su tak ingat kak su baca dari mana; "Bencilah perangainya dan bukan orangnya" Ya Allah... ampunilah dia... dan serapkanlah rasa keinsafan di hatinya.
salam kak su sayang..
terima kasih kak su atas nasihat itu...akan Damai pegang kata2 itu...sedih melebihi marah sebenarnya....huhuu
akak punya pengalaman lagi dahsyat rupanya...maafkanlah dia ya kak...memang ada golongan yang macam tu dalam dunia ini...huhu
lama tak dengar cerita akak...winduuuu ^^
Post a Comment