Friday, June 5, 2009

3 dalam 1

4 JUN 2009….

Alhamdulillah…hari ini selesai 3 subjek peperiksaan…..the triad of pediatrics, social medicine and hygiene….walaupun,banyak soalan yang Damai dapat adalah soalan yang seboleh2nya Damai tidak mahu ketemu,namun,Allah juga yang menentukan….soalan yang tak nak itulah yang dapat huhu tapi,alhamdulillah,dengan usaha yang segenggam dan ingatan yang secubit,dapatlah juga Damai membuka mulut ini menjawab soalan2 yang diberi…

Jadi,untuk entri kali ini....Damai cuma ingin memberitahu serba sedikit apakah itu pediatric, social medicine dan hygiene ni...sudi2lah baca ya ^^

PEDIATRIC


Subjek perubatan tentang kanak-kanak. Bermula dari lahirnya bayi sehingga berumur 18 tahun,jika ada sebarang masalah kesihatan,kanak2 ini akan dikategorikan di bawah bahagian pediatric ini. Secara umumnya,penyakit2 yang dipelajari dalam subjek pediatric ini selalunya sama sahaja dengan sakit untuk orang dewasa,tetapi ada juga beberapa penyakit yang khusus untuk bahagian ini,contohnya seperti hemolytic disease of newborn, respiratory distress syndrome dan fetal alcoholic syndrome.

Walaupun majoriti penyakit yang dipelajari adalah sama dengan subjek medicine atau therapy untuk orang dewasa, tetapi masih ramai yang mengeluh tentang susahnya belajar subjek pediatric ini. Mahu tahu kenapa? Kesusahan subjek ini terletak pada pertamanya,pengendalian dengan pesakit. Bukan mudah hendak berkomunikasi dengan kanak2 bukan? Kalau dapat yang fasih berkata2 dan tidak takut dengan ‘ orang yang berbaju putih’ ( white coat syndrome ),kerja akan jadi mudah sedikit. Tetapi,bila dapat kanak2 yang baru mendengar tapak kaki doktor pun dah meraung,setinggi2 kesabaran perlu disemai dalam lubuk hati. Itu belum lagi,pada bab bayi yang hanya tahu untuk menangis,menangis dan menangis jika ada sesuatu yang tidak kena pada badan. Kepekaan dan ketelitian yang tinggi amat diperlukan untuk menjadi seorang pakar kanak2. Perlu peka pada jenis tangisan,pada jenis2 batuk dan perlu juga pandai membezakan penyakit berdasarkan ciri2 ruam yang timbul pada kulit kanak2 itu.

Dan satu lagi perkara yang menjadikan pediatric adalah subjek yang ‘istimewa’ adalah pada hal treatment nya. Dos untuk setiap ubat amatlah berbeza dengan orang dewasa. Dalam erti kata lain,ianya memerlukan daya mengingat dan teknik pengiraan yang mantap.

Contohnya pada pengambilan pil ‘aspirin’. Satu pil aspirin dosnya adalah dari 80mg ke 1g. Damai ambil contoh aspirin dengan dos 325mg. Untuk orang dewasa,doktor hanya perlu ingat dos dan jumlah berapa kali pil aspirin yang berdos 325mg itu perlu diambil sehari. Tetapi,ianya berbeza dengan pediatric. Dos aspirin untuk kanak2 dikira mengikut berat kanak2 itu, jadi untuk kanak2 doktor perlu mengingat dos sebegini, aspirin 10-15mg/kg/day. Kemudian,dos yang sudah dikira itu pula perlu dibahagi untuk beberapa bahagian untuk diberikan pada kanak2 yang sakit itu.

Begitulah serba sedikit tentang pediatric. Subjek yang menarik tetapi memerlukan minat dan ketabahan yang tinggi untuk mempelajarinya ^^


SOCIAL MEDICINE

Subjek ini lebih kepada pengurusan dan statistik. Oh,waktu awal2 mengenal subjek ini,pening juga dibuatnya. Banyak rumus perlu dihafal. Banyak benda perlu dikaji. Dalam subjek ini,kita akan dapat melihat struktur penduduk sesebuah negara. Jika populasi kanak2 melebihi populasi orang tua,maka negara itu disebut sebagai negara yang berstruktur progressive. Manakala, jika populasi tua melebihi kanak2,negara itu termasuk di dalam kategori regressive.

Subjek social medicine ini juga mementingkan beberapa pengiraan. Contohnya pengiraan gunapakai katil di hospital, pengiraan ekonomi dan produktiviti sesebuah negara dan juga kira2 tentang tahap kesuburan populasi dalam negara itu.

Antara bahagian lain dalam social medicine ini adalah dalam ilmu mengendalikan sesebuah organisasi. Bagaimana untuk memulakan sesebuah projek, faktor2 kejayaan sesuatu projek dan cara mengambil keputusan dalam mengendalikan projek itu,semuanya ada di dalam subjek yang satu ini.

Dan bahagian yang paling Damai suka adalah pada bahagian mengisi borang. Dalam subjek inilah,kami diajar borang mana yang perlu diisi ketika pesakit minta MC,cuti bersalin,borang kecemasan dan sebagainya ^^

Social medicine adalah satu subjek yang mudah jika kita minat untuk mengenalinya. Tetapi,dalam masa yang sama,ianya akan menjadi satu subjek yang memeningkan jika tiada minat untuk mempelajarinya.

HYGIENE

Hygiene adalah subjek yang paling banyak menggunakan daya ingatan. Subjek perbuatan yang lain pun tidak memerlukan ingatan sebagaimana pentingnya ingatan pada hygiene.

Hygiene adalah subjek tentang mengetahui tahap optimum untuk semua perkara. Bermula dari cuaca yang optimum,suasana kelas yang optimum,kebersihan makanan dan minuman yang optimum, pekerjaan yang optimum dan semualah yang optimum. Hihi

Contohnya, Damai ambil di sini suasana di dalam kelas.

Kelas yang memenuhi kriteria yang hygienic adalah..

1) suhu di dalam kelas antara 18-22 celcius
2) kelembapan di dalam kelas antara 40-60%
3) kadar pergerakan udara antara 0.2-0.4 meter sesaat
4) pencahayaan natural – a) nisbah antara tingkap dan lantai kelas 1/4 – 1/5
b) nilai pencahayaan dari persekitaran luar tingkap 1.5%
5) pencahayaan artificial – nilai cahaya dari lampu 150 lux
6) jarak antara meja depan dan papan hitam 2.0 – 2.5m
7) jarak antara meja pelajar 0.7m
8) jarak antara meja dan dinding kelas 0.5m
9) ketinggian meja dan kerusi adalah 1/7 – 1/8 ketinggian pelajar
10) jumlah udara bagi setiap pelajar dalam lingkungan 20-30 meter padu
11) keluasan kelas untuk seorang pelajar 1.25 meter2

Hmm itu baru untuk kelas sahaja. Dan itu pun belum semua Damai tuliskan. Memang banyak nak kena ingat. Huhuhu itu belum masuk lagi fakta2 yang lain,yang tidak melibatkan nombor. Oh,sungguh,hygiene adalah subjek yang mampu membunuh.

Itu sahaja buat kali ini. ( itu sahaja?...dah tiga muka microsoft word ni Damai tulis ^^ )
Sedikit maklumat untuk sesiapa yang ingin tahu tentang subjek2 ini. Peperiksaan seterusnya pada 20hb 6 insyaAllah. Itu adalah triad yang mengerikan ~ sakit puan,medicine @ therapy dan surgery ~ semoga Allah beri kekuatan…ameen ^^

16 comments:

pujaan said...

banyak memerlukan daya ingatan...ini yang susah.hehe..DAMAI nie study kat mane erk?

MR ASRIL AZIZAN said...

hmm rasanya aku sendiri x mampu ingat banyak2 facts camni..
barangkali aku sudah banyak telan semut dalam minuman .. sccrrrooootttttttt!!
hik3x

Farid Rashidi said...

Salam,

Semoga segala ilmu yang dipelajari mampu memberikan sesuatu yang berharga kepada umat Islam. Percayalah, kesusahan dahulu itu biasa untuk mendapatkan luar biasa.

DAMAI said...

betul tu pujaan...tapi nak buat macam mana,jalan ini Damai yang pilih ^^

Damai study kat Ukraine...^^

DAMAI said...

asril...

eleh,fizik pun banyak benda kena ingat kan?...jangan tipuuuuuu hihihi ^^

DAMAI said...

salam kembali buat kamu ibnu rashidi...

insyaAllah...semoga diri ini mampu memberi sesuatu pada agama Allah ini...ameen ^^

pujaan said...

setiap mende yg lbh mencabar 2 kan lbh besar ganjarannya...

setiap yg kita lakukan pasti ada matlamat,dan sebesar-besar matlamat adalah mengharap redhaNya..

semoga kita sentiasa mendapat petunjukNya utk menempuhi jalan2 itu..

DAMAI said...

pujaan...

insyaAllah...keredhaan Allah itu juga yang sentiasa dipohon dalam setiap lafaz doa...

semoga kamu juga diberikan Allah kemudahan dalam setiap apa yang kamu lakukan ^^

School Of Tots said...

tinggi martabat orang berilmu
teruskan jihad menggali ilmu
semakin tinggi semakin tunduk
sebagai ibadah yg penuh tawadduk

DAMAI said...

School of Tots..

aduh,berpantun pula kamu...nak kena balas ke ni?huhuhu

UnGu VioLet said...

salam kenal.. salam ziarah.. ade masa, singgahla ke terak UNGU VIOLET pulak..

pencinta bahasa said...

salam..
minat sngat dgn medic..igt nak ambik medic..cita2 nk jd paediatric surgent..ade pape tips yg boleh dikongsi buat seorg plajar skola men ni??hehe..=D

Balqis said...

Wah, hehe... penerangan yang detail, gitu... bagus2... senang saya nak paham taun depan...

kak, kasik soklan bocor kat sini plak, bleh? Haha.. xdelah...

all the best, der exm lagikan?

Unknown said...

wah...menarik entry kali ni..(entry2 lain pun menarik juga..^^)

mudah utk junior2 nk menyemai minat kalau cik damai lah gurunya..
=)

hmm..perenggan pertama ttg hygiene..

''Subjek perbuatan yang lain pun tidak memerlukan ingatan sebagaimana pentingnya ingatan pada hygiene.''

ada kesalahan menaip kah di situ?

gudluck 4 next triad exm..

nahmy said...

thanks for the informative article. semoga berjaya melepasi 'exam' tu..

keretasorong said...

HYGIENE...

teringat presentation kawan time subjek BTQ (basic theme of al-quran)...

tq kerna berkongsi ilmu ^_^