Setiap dari kita alhamdulillah punya ibu,punya ayah,punya adik beradik dan sanak saudara yang amat kita sayangi….siapa yang tidak cinta pada seraut wajah tua ibu yang tidak pernah rehat melayan karenah kita sejak dari dalam perut sehingga apabila kita sudah punya anak sendiri….siapa yang tidak kasih pada tubuh tua ayah yang dulu tidak pernah kering peluh keluar mencari sesuap nasi buat kita yang kelaparan di rumah….siapa yang tidak rindu pada saudara2 seibu seayah yang sama2 membuat ‘onar’ di rumah sehingga pening kepala ibu melayan…
Namun,itulah pengorbanan yang terpaksa diambil jika diri inginkan kejayaan…tidak kira kejayaan di dunia mahupun akhirat…
Terkadang pernah juga terfikir ingin lari terus dari dunia belajar ini dan pulang bermesra2 bersama2 keluarga tercinta…rezeki kan boleh dicari…sedangkan ulat di dalam batu pun boleh hidup…tapi,bukankah ini satu amanah…bukan sekadar amanah keluarga bahkan amanah agama dan negara juga…
Begitulah yang terpaksa dihadapi oleh Rasulullah saw dan para sahabat dahulu…peristiwa hijrah menjadi bukti teguhnya iman meninggalkan keluarga dan harta,sehelai sepinggang menuju keredhaan Allah…
Sedangkan kita yang terpisah sementara ini merasakan rindu dan risau pada keadaan keluarga yang ditinggalkan,apatah lagi sahabat2 yang berhijrah itu…kerana Allah dan Rasul,sakit ini ditanggung…namun,adakalanya,lemah juga diri apabila ujian Allah datang bertamu…
Itulah yang ditanggung oleh seorang sahabat Nabi SAW bernama Hatib Ibn Abu Balta’ah…beliau merupakan seorang kaum muhajirin dan menyertai peperangan Badar….beliau juga terpilih di kalangan beberapa sahabat yang lain untuk mendengar rancangan Nabi SAW untuk menakluk Mekah kerana kaum musyrikin Mekah telah melanggar syarat2 perjanjian Hudaibiyah….di hujung perbincangan itu,Rasulullah SAW terlah berdoa :
“ Ya Tuhanku,lindungkan berita ini dari mereka ( kaum musyrikin ) “
Mendengar perancangan penyerangan kota Mekah itu membuat Hatib resah dan risau akan keselamatan sanak saudaranya yang masih berada di Mekah….lantas,beliau menulis sepucuk surat memberitahu tentang rancangan Rasulullah SAW itu dan diserahkan kepada seorang wanita musyrikin Mekah yang datang ke Madinah untuk diberikan kepada kaum keluarganya di Mekah….
Kerana berkat doa Nabi SAW,hal surat itu baginda ketahui lalu baginda SAW mengarahkan agar beberapa orang sahabat termasuk Saidina Ali bin Abi Talib mengejar wanita musyrikin itu dan mengambil semula surat yang diutuskan Hatib itu….
Sahabat2 berjaya menahan wanita itu….pada mulanya,wanita itu enggan mengaku tentang kewujudan surat tersebut….tetapi setelah diugut oleh Saidina Ali dan sahabat yang lain,akhirnya wanita musyrikin itu menyerahkan surat tersebut…
Saidina Umar yang mengetahui tentang hal tersebut terus sahaja berkata pada Rasulullah SAW…
“ Wahai Rasulullah,dia ( Hatib ) telah mengkhianati Allah dan Rasul-Nya dan sekalian orang mu’min,serahkan sahaja kepada hamba memenggal lehernya..”
Rasulullah SAW dengan tenang bertanya pada Hatib…
“ Apakah tujuan engkau berbuat begini? “
Hatib menjawab..
“ Demi Allah,saya tidak mempunyai apa2 tujuan melainkan untuk tetap beriman kepada Allah dan Rasul-Nya..tujuan saya berbuat begitu supaya budi saya dikenang mereka dan saya harap dengan budi ini,Allah melindungkan keluarga dan harta benda saya di sana,kerana tiada seorang pun daripada sahabat2 anda melainkan semuanya masing2 ada anak buahnya,dan dengan perantaraan mereka Allah melindungkan keluarga dan harta benda mereka di sana”
Rasulullah SAW pula berkata…
“ Cakapnya memang benar..oleh itu,janganlah lagi kamu berkata apa2 melainkan kata2 yang baik sahaja”
Saidina Umar berkata lagi..

Rasulullah SAW membalas…
“ Bukankah dia ahli peperangan Badar?”
Saidina Umar menjawab
“ Semoga Allah memberi kebaikan kepada ahli peperangan Badar”
Lalu,dengan terjadinya peristiwa ini,Allah telah menurunkan ayat 1-3 surah Al-Mumtahanah….
Demikianlah ujian yang Allah beri pada kita hamba-Nya…kisah di atas menunjukkan bahawa setiap insan punya kelemahannya masing2….walaupun,Hatib merupakan seorang pahlawan perang,namun kerana keluarga yang tercinta,imannya lemah juga sehingga hampir2 bocor rahsia golongan mu’minin…
Begitu juga dengan kita….Allah tidak sesekali menjadikan sesuatu peristiwa sia2…semuanya ada pengajaran bagi kita….dalam segala jenis urusan,Allah dan Rasul seharusnya berada di tempat yang pertama….
Kita juga tidak perlu menjadikan musuh Allah sebagai pembantu ( Hatib yang memohon bantuan wanita musyrikin)…kerana boleh dia akan mengkhianati kita….namun,Allah juga tidak sesekali melarang kita berbaik dengan mereka selagi mereka tidak melampaui batas…
Contohi Rasulullah SAW dalam menyelesaikan sesuatu masalah…tidak tergopoh gapah menjatuhkan hukum,sebaliknya bertanya dengan penuh sabar dan tenang….sungguh mulia junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW ini….
Dan latihlah diri mencontohi sifat Hatib yang berani berkata benar meskipun beliau tahu natijah yang bakal diterimanya kerana perbuatannya itu….walaupun mungkin akan kehilangan kepala,berkata dusta tidak sekali kali…
Patuhnya para sahabat pada arahan seorang ketua juga perlu kita ikut….apabila Rasulullah SAW menasihatkan agar hal ini tidak disebut2 lagi,para sahabat tidak sekali kali mengungkit akan hal ini sama ada di hadapan atau di belakang Hatib dan Rasulullah SAW….kalau kita,sebulan pun belum tentu hal ini akan reda….astaghfirullah…
Banyak lagi ilmu yang boleh diserap dari tafsiran surah Al-Mumtahanah ini….semoga kita semua membaca,memahami dan mengamalkannya dalam usaha untuk mencapai redha-Nya…insyaAllah…

17 comments:
salam damai yang dirindui..
entri ini seperti ditujukan untuk diri damai sendiri juga ya. seperti sedang meletakkan kayu penahan di sebalik para yang sedikit goyang..
damai,
tak mengapa, pujuklah hati sendiri. dengan pujukan sendiri sahaja kita mampu berdiri kembali - insyaallah..
salam buat yang iliana yang sedang rindu pada Damai^^
hihi betul tu iliana..kadang2 kita kepingin pujukan insan2 sekeliling tetapi hakikatnya,hanya kita yang mampu dan tahu bagaimana memujuk hati kita sendiri ^^
terima kasih ya iliana sayang...kamu selalu ambil berat tentang Damai...sungguh terharu....semoga hidup kamu sentiasa dalam islam dan iman,iliana...dan moga semua urusan kamu dipermudahkan Allah ^^
salam DAMAI yang sudah sayang pada iliana..
Semoga pengajaran dan iktibar kita perolehi hasil dari penulisan dan peringatan ini.
Usah letak kayu pada para yang bergoyang tetapi pakulah ia supaya lebih kukuh..nanti runtuh kamu juga yang merana sendiri..susah pula mahu memasak gulai:)
salam buat kamu ibnurashidi ^^
insyaAllah...moga tulisan ini mampu memberi kebaikan buat yang membaca ^^
akan Damai bertukang malam ini hihi...adus,gulai yang biasa itu....malu kalau nak dibandingkan dengan nasi bukhari ibnurashidi ^^
Salam mereka-mereka yang telah bertukang...
Sudah selesai bertukangkah? Nasi Bukhari yang tidak cukup perasa itu usahlah dijadikan bandingan. Bagai langit dengan bumi rasanya.
Tumpang tanya. Barukisu blog sudah senyapkah?
salam ibnurashidi yang rendah diri...
balqis ada masalah pada internetnya...baru sahaja malam tadi Damai menemani beliau betulkan perisian tu,tapi tetap gagal....mungkin sehingga hujung sem ini,balqis tidak dapat berblog..huhu
Damai, semakin banyak tazkirah yang saya peroleh dari sini. Terima kasih atas peringatan. Semoga semua tulisan ini mampu memberi lebih insaf dan sedar kepada semua pembaca khususnya saya yang lalai ini... salam
Salam,
Ya, akak jua tertanya2, dimana adikku Balqis itu? sihat kah dia? sampaikan salam rindu akak padanya ya.
Hebat sekali damai ini, dalam melontarkan tazkirah berkenaan tafsir ayat ini. Sesungguh nya manusia inisangat2 lemah, dan andaikata tiada perlindungan dan pertolongan Allah swt, masyaAllah, mungkin sahaja nasib nya lebih buruk dari sampah...
waalaikumussalam warahmatullah sang mentari...
alhamdulillah...itu juga yang Damai harapkan...insyaAllah ^^
salam akak...
insyaAllah,akan disampaikan kerinduan akak itu ^^
alhamdulillah...alhamdulillah... alhamdulillah...semoga Allah memberi berkat pada sejadahijau dan pada semua yang membaca...ameen ^^
damai, terima kasih beri peringatan.
chi am...
semuanya dari Allah juga...alhamdulillah ^^
Salam pemilik blog ni wanita kan...hu3..bagi tips ckit noh(remaja macam nak blajo cakap agama) bila dalam rumahtangga,ada pasangan yang melanggar perintah Allah,macam na rumahtangga tu nak bahgia..contohnya dalam rumah tangga itu ada yang tak solat,,macam na nak tarik kasih sayang dari Allah,,sedangkan kasih sayang itu dari ALlah,,kebahgian dari Allah..hu3
Salam ziarah,,sebuah blog yang menarik,,,jemput ziarah ke blog saya untuk tujuan muzakarah dan sila add blog saya sebagai rakan blog anda...Jazakallahkhair....
assalamualaikum & salam ziarah damai.
terima kasih atas 'jengahan' ke blog marhaen saya tu. t.kasih juga atas tarbiyyah Al-Mumtahanah yg dpt insyaAllah memenuhkan 'ruang-ruang kosong' dlm diri saya ni.
Anak Pendang Sekeluarga...
Pertamanya terima kasih sudi datang ke sejadahijau...Damai sudahpun link kan blog kamu ^^
Keduanya, ya, Damai seorang perempuan...
Ketiganya,mengenai soalan kamu....sejujurnya,susah hendak menjawab soalan kamu itu kerana Damai masih cetek ilmunya....tapi,setakat apa ilmu yang Damai mampu berikan,Damai tuliskan di sini ya...
Sememangnya soal bahagia ini adalah suatu yang subjektif.....orang yang beriman akan merasai kebahagiaan,bahkan orang yang tidak beriman juga boleh merasakan kebahagiaan kerana bahagia itu rahmat dari Allah untuk hamba-Nya,sama ada beriman atau tidak...
Berkenaan kebahagiaan dalam rumahtangga yang dibina pula,Damai tidak pasti soalan kamu...rumahtangga yang dimaksudkan tu rumahtangga kamu atau secara general sahaja?...
Dekati insan2 itu dengan lemah lembut....ajarkan pada mereka tentang rukun islam yang lima dengan penuh hikmah kerana boleh jadi mereka tidak begitu didedahkan pada hal2 agama dari kecil....
Sekiranya mereka mengadu masalah berkaitan rumahtangga mereka pada kamu,gunakan masa itu untuk menyelitkan kata2 dakwah kamu tentang wajibnya melaksanakan suruhan Allah terutama solat yang merupakan tiang agama kita...
Jika mereka orang yang tinggi ilmu dan hebat aqal,ajak mereka berbual2 dan berfikir tentang kehebatan Allah dan dengan kehebatan yang tidak tertanding itu,kita sebagai hamba harus tunduk dan sujud pada Allah....
Bila kamu ingin pergi ke mana2 kelas atau ceramah agama,hatta solat di masjid,jangan lupa ajak mereka sekali....jika ajakan pertama gagal,cuba lagi,cuba,cuba,dan cuba lagi....
Akhirnya,panjatkan doa buat mereka agar Allah bukakan pintu hati mereka dan agar Allah mengurniakan hidayah-Nya ke dalam jiwa mereka....
Jangan berhenti berdoa....meskipun segala usaha kamu nampaknya seperti tidak membuahkan hasil....bukankah Nabi Muhammad SAW sendiri tidak dapat mengislamkan Abu Talib?...semuanya atas kehendak Allah juga....
Aduhai,Damai bukanlah insan yang layak untuk menjawab persoalan ini....semoga membantu kamu ya ^^
p/s : jangan sesekali berkasar dengan orang yang dida’wah sama ada dari segi perkataan,apatah lagi dengan perbuatan...walau apa reaksi mereka,hadapi dan balaslah dengan senyuman....^^
waalaikumussalam warahmatullah nahmy...
insyaAllah,moga yang menulis dan yang membaca sama2 dapat manfaatnya ^^
Post a Comment