Dari Abi Mas'ud 'Uqbah bin Amru al-Ansari al-Badri ra,katanya : Rasulullah saw bersabda : "bahawasanya setengah yang didapati manusia dari perkataan Nabi yang terdahulu ; ialah apabila engkau tidak malu maka kerjakanlah apa yang engkau kehendaki"
(Bukhari)
Salam buat sahabat2 yang sudi menjenguk barang sesaat dua ke sejadahijau ini :)
Lama sudah damai tidak menulis lantaran kontangnya idea tentang apa yang mahu dibebelkan di sini...
Namun,dengan kekuatan dan sedikit ilmu yang damai timba dari selaut ilmu yang Allah limpahkan,kali ini damai hendak berbicara dengan sahabat2 semua tentang suatu sifat mulia, salah satu cabang iman iaitu MALU.
Malu adalah suatu perasaan dalaman yang memimpin anggota badannya daripada melakukan perkara2 yang tidak baik, sebaliknya hanya melakukan perkara2 yang baik dan terpuji. (tafsiran dari kitab Hadith 40)
Malu bukanlah suatu perkara yang perlukan penjelasan yang mendalam kerana kita sememangnya dari kecil sudah dididik dengannya. Kata2 seperti " malu2 kucing" atau " malu bertanya sesat jalan" sudah acapkali kedengaran di gegendang telinga ini. Namun, mengapa meskipun gegendang telinga itu sudah bosan menelan gelombang2 berkenaan malu ini, sifat malu itu dilihat semakin lama semakin hilang dalam diri kita...
Melalui hadith ini, Rasulullah saw bukan sahaja ingin mengingatkan perihal pentingnya sifat malu itu semata,bahkan baginda saw sebenarnya memberi ancaman agar kita tidak sekali2 mengabaikan sifat ini..
" kalau tak malu,buatlah"
Perkara yang keji atau tidak baik hanya mampu dilakukan oleh mereka yang kurang atau tidak ada di dalam dirinya sifat malu itu...Sifat malu itu sendiri terbahagi kepda 2 jenis iaitu :
1) Malu yang asli
-iaitu malu yang menjadi tabiat sekalian manusia seperti memakai baju, malu ketika dirisik dan sebagainya.
2) Malu yang dipupuk
-iaitu malu yang dididik setelah tuan yang empunya diri itu kenal akan Allah...seperti menutup aurat sepenuhnya, malu jika tidak puasa dan sebagainya...
Berbahagialah bagi mereka yang mempunyai kedua2 jenis sifat malu ini lebih2 lagi jenis yang kedua kerana ianya membuktikan nilai tingginya iman dan cintanya buat Allah swt...
" Iman dan malu itu seiringan, jika terangkat salah satunya, maka yang satu lagi terangkat juga"
sahabat2,
bersifat malulah dengan cara pakaian kita...tutuplah aurat DENGAN SEMPURNA...pakailah pakaian yang tidak jarang, longgar dan tidak terlalu menarik perhatian warnanya...
bersifat malulah dengan cara percakapan kita...katakanlah dan sebutlah hanya perkataan2 yang baik2 dan menyenangkan hati orang yang mendengarnya...
bersifat malulah dengan cara menjaga akhlaq....lembutkan suara, gelak tawa...
Mohonlah dalam setiap doa kita agar dikurniakan dengan sifat malu ini. Jangan sampai Allah tariknya dari diri kita.
"Bahawa apabila Allah berkehendak kebinasaan kepada seorang hamba, maka dicabut perasaan malu daripadanya. Dan tidak engkau mendapati melainkan dia seorang yang benci lagi dibencikan. Setelah itu ditinggalkan pula perasaan amanah daripadanya. Dan engkau dapatinya seorang seorang khianat lagi mengkhianati, seorang yang telah kehilangan perasaan rahmat atau belas kasihan. Kemudian itu,jadilah ia seorang yang kasar lagi keras kelakuannya. Dicabut daripadanya ikatan imannya dari tengkuknya. Akhirnya, engkau memandang dia bukan lagi sebagai insan ( manusia ) tetapi sebagai syaitan yang durjana"
Hadith ini dikatakan hadith dhaif..tetapi insyaAllah boleh dijadikan sebagai panduan tentang betapa pentingnya sifat malu itu untuk dijadikan hiasan diri.
Nah...itu sahaja bicara damai buat kali ini...suatu perkara yang mungkin sering diambil mudah namun ianya memberi seribu satu makna bagi diri kita sebagai hambaNya...
2 comments:
subhanAllah!
menangis nangis hati akak membaca nya, iya, akak dahulu sangat keras hati, insyaAllah akan diperbaiki diri...
doakan akak supaya akhlak ku secantik saidina khadijah ya...moga2 damai berjaya menjawap semua soklan exams!
insyaAllah akak...
yg pntg ada niat dan usaha ke arah kebaikan ^^
damai xde exam sem ni hehe relax sikit ^^...alhamdulillah...
Post a Comment