Wednesday, December 17, 2008

hari istimewa....

Allah berfirman bermaksud: Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatu pun dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran) supaya kamu bersyukur. (Surah an-Nahl, ayat 78)


17 disember…23 tahun yg lalu, tepat jam 3.11 ptg,telah lahir ke dunia seorang bayi perempuan yang comel dgn berat 2.7kg hehe pada mulanya,ibunya tidak mahu melihat bayi itu kerana takut…sepanjang mengndungkan bayi itu bermacam2 perkara berlaku…antaranya:

Suatu malam bekalan elektrik terputus…hujan lebat agaknya…ibu menuju ke arah pintu utk keluar mengambil lilin…tiba2, nenek ibu muncul di depan pintu…terkejutlah ibu melihat nenek yg sudah pun beruban penuh itu tiba2 muncul di depannya…

Dan ada satu ketika, oleh kerana terlalu minat utk membela binatang, adik ibu telah membela seekor beruk…suatu hari, sedang ibu duduk2 menonton tv, tiba2 beruk itu berlari di sebelah ibu…apa lagi,ibu terkejut utk kali yg kedua…

Dan kerana kejadian2 seperti itulah,ibu itu tidak mahu melihat bayinya…kerana takut rambut anaknya putih dan badannya pula penuh bulu…hmm jgn ketawa ya…kepercayaan sebegini sememangnya wujud ^^

Setelah dipujuk oleh sang suami…barulah ibu berani melihat anaknya…lega hati melihat anaknya normal seperti anak orang lain ^^

Kini,anak itu sudah berusia 23 tahun…sudah melanjutkan pelajaran di universiti…dan bakal bergelar doctor tidak lama lagi…insyaAllah…

Ibu….ucapan ikhlas dariku…terima kasih ibu kerana membiarkan aku menumpang di dalam rahimmu selama 9 bulan….minta maaf sepanjang masa itu ibu sering berasa tidak sedap badan,loya2…minta maaf juga buat ayah yg pastinya terpaksa bersusahan kerana melayan karenah ibu yg sedang mengandung….terima kasih yg tidak terhingga kerana sudi berhadapan dengan maut hanya semata2 untuk melahirkanku….dan terima kasih ibu kerana membesarkan dan mendidikku agar mengerti bahawa tiada Tuhan yg wajib disembah melainkan Allah,dan Muhammad itu pesuruh Allah...

Terima kasih ibu
Terima kasih ibu
Terima kasih ibu….untuk segalanya (^_~)

6 comments:

Anonymous said...

Sanah helwah Ya Ukhti
=)

semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.
smg menjadi seorang doktor yang berjaya dunia dan akhirat

DAMAI said...

syukran ya ukhti...

setahun naik umur = setahun lagi dekat dengan maut...

Ya Allah...ampunkan daku...

Balqis said...

Selamat Hari Lahir
ucapanku untukmu....
Semoga berbahgia....

hehe...

kak maya, sebelum apa-apa, saya nak minta maaf banyak-banyak...

yang sebenarnya, kak maya...

saya...

dah TAG kak maya lagi sekali, hehe....

buat jangan tak buat...

SoFie NuR said...

hepi belated besday,,
moga dipanjangkan umur n dimurahkan rezeki...

keep smiling...
^_^

DAMAI said...

ye balqis...

cabaranmu itu insyaAllah akan ku sahut heheh

DAMAI said...

syukran sofie nur...

tq sudi ziarah ^^