Wednesday, December 3, 2008

indah yang berbatas....








Pesan Saidina Ali karamallahu wajhah :

“tidakkah engkau mengetahui,sesungguhnya pena diangkat daripada orang gila sehingga sedar, kanak2 sehingga dia mengetahui dan orang yang tidur sehingga terjaga”

Salam buat sahabat2 yang hatinya milik Allah…yang jiwanya penuh dengan rindu bertemu Rasulullah saw….^^

“tabarruj itu adalah apabila kita kelihatan berlainan dari yang lain”

Kata2 itu berlegar2 dalam kepala damai....itu adalah jawapan yang diberikan oleh madihah,seorang junior damai di sini apabila damai bertanyakan pada dia tentang bagaimana yang dikatakan dengan “tabarruj”…bukan apa,bimbang juga hati ini andaikata terjatuh dalam kategori dan sifat wanita jahiliyyah itu…nauzubillah..

Sesungguhnya apabila yang dikatakan dengan seorang wanita itu,dialah pastinya seseorang yang menginginkan kepada kecantikan…tetapi hati2lah wahai saudara2 ku kerana dari situlah bisikan syaitan bisa bermula…

Ada satu hadith Rasulullah saw yang sering kita dengar…bunyinya :

“tidak aku tinggalkan sesudahku,suatu fitnah yang dahsyat ke atas kaum lelaki melainkan berpunca daripada kaum wanita” (bukhari dan muslim)

Nah,penghulu kita telah awal2 memberi ingatan....peganglah dan ikutlah wahai sahabat…

Melalui sedikit pembacaan yang damai buat…erti tabarruj ini luas sebenarnya…tetapi apa yang dapat damai simpulkan adalah tabarruj itu berlaku apabila seorang wanita memperlihatkan kecantikan rupa parasnya…

Tabarruj dan ‘aurat saling berkait rapat…kerana ingin menonjolkan kecantikan,ramai wanita yang sanggup untuk membuka ‘auratnya…nauzubillah…


Ada juga yang menutup ‘aurat sepenuhnya mengikut syariat Islam,tetapi dalam masa yang sama,dia juga mengenakan solekan yang boleh membuatkan lelaki2 ajnabi memandang dengan pandangan yang berbahaya….

Ada sesetengah wanita yang menganggap tanpa solekan,wajahnya akan kusam,layu dan ini akan menyebabkan dia lambat ketemu jodohnya…Astaghfirullah…kerana pemikiran yang singkat ini,aturan Allah berani di pinggirkan…

Damai ada terbaca satu hadith Nabi Muhammad saw yang menyatakan bahawa setiap wanita itu apabila keluar dari rumah,syaitan akan mula berbisik2 di hatinya…something yang berbunyi mcm tu..tapi malangnya,tatkala nak tulis perihal hadith tersebut di sejadahijau ni,damai x jumpe hadith tersebut untuk dikongsi bersama…

Tidak banyak yang damai ingin katakana tentang hal2 tabarruj ini…kerana maksudnya jelas,hukumnya juga jelas….

Cukuplah hiaskan wajah ini dengan air wudhu’…dan bagi mereka yang mempunyai masalah kulit kering atau berminyak,cukuplah dengan menggunakan krim yang insyaAllah dapat membantu masalah ini TANPA ianya sedikitpun mengubah struktur asal wajah…berbedak juga insyaAllah dibolehkan selagi tidak mengubah wajah sebenar seseorang muslimat itu…

Dalam hal bercelak pula, ada cara dan adab bercelak yang dibolehkan…dan celak yang digunakan bukanlah celak moden (pensel – kering atau basah) yang banyak ditemui sekarang ini..tapi celak yang dimaksudkan adalah celak ismid yang hanya dikenakan pada mata kanan dan kiri sebanyak 3 kali calitan…selain daripada itu tidak dikatakan sunnah…Allahu a’lam…kalau damai tersalah,silalah betulkan…

Rasulullah saw bersabda :

“gunakanlah celak ismid (drpd galian) ke mata kerana ia menambahkan cahaya kpd mata (yakni menguatkan penglihatan) dan juga menolong pertumbuhan bulu mata…Baginda sendiri mempunyai satu kotak celak mata yang digunakannya pada setiap malam dicalit 3 kali pada sebelah kanan dan tiga kali pada sebelah kiri”

Sepanjang pencarian dan soal jawab damai dengan mereka2 yang arif tentang hal berhias2 ni…semuanya mengatakan bahawa mengenakan alat2 solek yang selain dari disebutkan di atas adalah tidak boleh….ini termasuklah berwangi2an,bergincu,memakai pemerah pipi, eyeshadow, memakai contact lens yang berwarna-warni dan yang sewaktu dengannya…nauzubillah…

Damai melahirkan sejadahijau bukan untuk menghukum…jauh sekali untuk memerli mahupun memalukan…tetapi sejadahijau adalah satu2nya medan untuk damai berkongsi ilmu…sekaligus memberi ingatan pada diri damai pertama2nya dan pada diri sahabat2 muslimat terutamanya…

Islam telah datang dengan memuliakan kita kaum wanita…mengapa hendak kembali pada zaman yang hina itu?...

maaf entri kali ini sgt panjang…mohon pada Allah agar panjangnya entri ini tidak sia2…moga memberi manfaat insyaAllah..

Akhirnya,damai selitkan sebuah kisah perbualan antara Rasulullah saw dengan puteri baginda Saidatina Fatimah radiyallahu ‘anha yang ada kaitan dengan hal tabarruj…bacalah dan ambillah pengajaran daripadanya…

Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali karam allahu wajhah:

“Saya dengan Fatimah pergi mengadap Rasulullah s.a.w kami dapati baginda
sedang menangis lalu kami bertanya kepadanya:

“Apakah yang menyebabkan ayahanda menangis, ya Rasulullah?”
Rasulullah menjawab:

“Aku lihat ada perempuan rambutnya tergantung, otaknya menggelegak.

Aku lihat perempuan yang digantung lidahnya, tangannya terikat ke belakang dan Qathran (air yang menggelegak) dicurahkan ke dalam halkumnya.

Aku lihat perempuan tergantung, kedua kakinya diikat, tangannya terikat di umbun umbunnya dan disuakan dengan ular dan kala.

Aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api.

Aku mlihat perempuan yang memotong tubuhya dengan gunting daripada api neraka.

Aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.

Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta,diisi ke dalam sebuah peti yang diperbuat daripada api neraka, otaknya keluar dari lubang hidungnya, badannya berbau busuk, kerana berpenyakit sopak dan kusta.

Aku lihat perempuan yang kepalanya seperti khinzir, badannya seperti badan keldai, beribu-ribu kesengsaraan yang dirasainya.

Aku lihat perempuan, rupanya seperti anjing, kala dan ular masuk ke kemaluannya, atau ke mulutnya dan keluar di duburnya. Malaikat memukul kepalanya dengan corong daripda api
neraka”.

Fatimah pun berdiri dan bertanya kepada ayahnya:

“Ayahanda yang dikasihi, ceritakanlah kepada anakanda; apakah kesalahan yang dilakukan oleh perempuan-perempuan itu?”.

Rasulullah menjawab:

Perempuan yang seperti anjing itu adalah perempuan yang suka membuat fitnah dan membenci suaminya”.

“Fatimah, adapun perempuan yang tergantung rambutnya itu ialah perempuan yang tidak menutup rambutnya daripada lelaki yang yang bukan muhrimnya.

Perempuan yang lidahnya tergantung itu ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki hamun dan menyakiti hati suaminya.

Perempuan yang kedua-dua kakinya tergantung itu ialah perempuan yang keluar dari rumahnya dengan tidak mendapat keizinan daripada suaminya dan tidak mahu mandi suci daripada haid dan nifas.

Perempuan yang memakan badannya sendiri itu ialah kerana ia berhias untuk lelaki yang bukan suaminya dan suka mengumpat-ngumpat orang.

Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka, ia memperkenalkan dirinya kepda orang asing, bersolek dan berhias supaya kecantikannya itu dilihat oleh lelaki lain.

Perempuan yang diikat kedua-dua kakinya, tangannya diikat ke arah umbun-umbun dan disuakan dengan ular dan kala, ianya boleh bersembahyang dan berpuasa, tetapi tidak mahu mengambil air sembahyang dan tidak mahu mandi janabah (junub).

Perempuan yang kepalanya itu seperti khinzir dan badannya berupa badan keldai ialah perempuan ahli pengumpat dan pendusta.



4 comments:

Nur said...

Astaqfirullah....iya..kadang2 akak in lupa dri...astaqfirullah...ampuni dosa ku ya Allah..sudah dzulhijjah pun mahu lagi membuat dosa...

syukran ya ukht, excellent post.

DAMAI said...

terima kasih...

yang dinamakan insan itu pasti sering saja lupa...^^

sama2lah kita ingat mengingati ^^

Balqis said...

Alhamdulillah saya tidak diajar solek menyolek nih, tangan takde seni, hehe... (tapi kdg2 terlintas juga mahu mencuba sekali-sekala)...

Iya, pakai lotion dan lip balm, kemudian sedkit bedak safi (kdg2 lupa pakai pun, isk2...x sempat ler tu, haha)

Udahnya, kejer doktor ni ada masa ker bermake up2 nih, haha...

apa pun makasih igtkn... bkn psl make up2 jer tau..pakaian, tudung tu sumerlah kan? Huhu~

DAMAI said...

hmm btl2 balqis...

tp jgn xtau,kalau dah name pompuan tu mesti ada je idea2 nk bercantik2 hehe

yup...tabarruj include sume tu...dari tudung smpilah kasut ^^