Abu Darda’ radhiyallahu anhu berkata
“3 perkara yang sangat dibenci oleh manusia tetapi aku sangat suka adalah kefaqiran,kesakitan dan kematian..kerana kefaqiran itu memberi ketenangan pada hati,kesakitan itu dapat menghapuskan dosa dan kematian itu dapat memberi peluang untukku bertemu dengan Allah”
Abu Darda’….satu nama yang tersohor di bibir mereka yang mengkaji sejarah Islam…malulah pada mereka yang mengaku kasihkan Rasulullah saw andai tidak mengenali siapakah dia Abu Darda’…
Sedikit sejarah tentang sahabat ulung Rasulullah saw ini…
Merupakan seorang yang berbangsa yahudi…terkenal sebagai seorang peniaga yang jujur lagi murah hati…beliau sering menjual barangan dengan harga yang rendah menyebabkan penduduk Makkah begitu senang untuk berurus niaga dengan beliau…
Hidayah Allah menyusuri masuk ke dalam hatinya….di hadapan Rasulullah saw sendiri beliau melafazkan kesaksian bahawa tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan sesungguhnya Muhammad itu pesuruh Allah…
Mengamalkan kehidupan yang zuhud,beliau hanya menduduki sebuah pondok kecil dan mencari nafkah sekadar memenuhi tuntutan asas seorang manusia…beliau menolak lamaran seorang penguasa bernama Yazid Ibn Mu’awiyah yang ingin menyunting puterinya kerana beliau khuatir yang puterinya itu akan hidup di dalam kesenangan sehingga akan lupa untuk mengutamakan cinta dan redha Allah…
“engkau tidak akan dapat menjadi taqwa selagi tidak berilmu..sedang ilmu itu tidak akan sempurna tanpa amal”..merupakan kata2 yang menjadi pegangan beliau….
Menghembuskan nafasnya yang terakhir di Mesir dan dimakamkan di kota Iskandariah sedang Allah menjanjikan kedudukannya di kalangan orang2 yang soleh…
Berhenti bercerita tentang Abu Darda’…kerana apa yang damai nak story secara amnya adalah sesuatu yang berkaitan dengan kata2 beliau di awal artikel tadi…^^
Satu kesimpulan yang boleh dibuat tentang kata2 itu adalah betapa optimisnya pemikiran insan yang dikasihi sekalian penduduk langit dan bumi ini…di kala setiap jiwa membenci kepada kefaqiran,kesakitan dan kematian…beliau tampil dengan keyakinan bahawa setiap perkara itu sebenarnya membawa seribu kebaikan…
Sedang kita pada hari ini lebih suka dan lebih dahulu untuk memilih mudah dari payah…padahal jalan yang lebih payah itu sebenarnya membuatkan kita lebih dekat padaNya…
Persoalan mudah untuk membuktikan kenyataan di atas…di antara waktu senang dan susah,PASTI di kala susahlah baru kita terduduk merintih, meraung dan berjuraian airmata mengharapkan bantuan Allah…di waktu senang,tikar sejadah itu hanya sekadar dihampar untuk menunaikan solat yang fardhu,itupun tidak lebih dari 10-15 minit….Ya Allah,ampunkanlah kami…
Seperkara lagi wahai sahabat….Abu Darda’ juga melatih kita agar menerima setiap musibah yang datang dengan hati yang penuh baik sangka pada Allah ~Tuhan Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya….
Memang berat menempuh dugaan yang tiba tetapi yakinlah bahawa setiap butir kesabaran yang lahir dari hati yang redha,tiada ganjaran yang akan datang melainkan semua yang baik2 belaka…tidak di dunia,di akhirat nanti…janji Allah itu BENAR….
Itu aje buat kali ini…semoga kita semua tergolong dalam golongan orang2 yang hatinya bersih dari segala sifat mazmumah dan tepu dengan sifat2 mahmudah…ameen…^^
2 comments:
Ho yeah...
thanx for boosting up my spirit with this post...
i'm off to do my duty right now...
Ikkimasu yo!
la tahzan...innallaha ma'ana...^^
Post a Comment