Saturday, November 29, 2008

menjemput Dzulhijjah....

Daripada Ibnu Umar r.a katanya: “Rasulullah SAW telah memegang kedua-dua bahu ku lantas bersabda : “Hendaklah kamu menjadi seperti seorang dagang di dunia ini atau seorang pengembara..” Ibnu Umar r.a berkata : “Apabila kamu berpetang-petang janganlah kamu menunggu waktu pagi, dan apabila kamu berpagi-pagi maka janganlah tunggu waktu petang dan pergunakan masa sihat mu sebelum sakit mu dan masa hidup mu sebelum mati mu...”

Sampai sudah tahun ini ke pengakhirannya…

Dzulhijjah…bulan yang mulia…bulan yang mana Allah sekali lagi mengurniakan kita dengan pelbagai ganjaran dan tarbiyyah untuk kita terus jadikan pedoman dalam kehidupan…

Rasulullah saw bersabda :

مَا مِنْ أَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيْهَا أَحَبَّ إِلَى اللهِ مِنْ هَذِهِ اْلأَيَّامِ - يَعْنِي أَيَّامَ الْعَشْرِ. قَالُوْا: يَا رَسُوْلَ اللهِ، وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيْلِ اللهِ؟ قَالَ: وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيْلِ اللهِ إِلاَّ رَجُلاً خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ ثُمَّ لَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَيْءٍ

“Tidaklah ada hari yang amal soleh di dalamnya lebih dicintai oleh Allah dari hari-hari tersebut (yaitu sepuluh hari pertama bulan Dzulhijjah).” Para sahabat pun bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah jihad di jalan Allah tidak lebih utama?” Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata: “Tidaklah jihad lebih utama (dari beramal di hari-hari tersebut), kecuali orang yang keluar (berjihad) dengan jiwa dan hartanya, kemudian tidak kembali dengan keduanya (karena mati syahid).” (HR. Al-Bukhari)

masyaAllah...betapa istimewanya bulan bongsu ini sehingga ganjarannya disamatarafkan dengan pahala bagi mereka yang mati syahid...

Makanya, adalah baik jika kita sama berebut mengambil peluang keemasan ini....perbanyakkan zikir,membaca Al-quran dan solat sunnat pada bulan ini...

Firman Allah :

وَيَذْكُرُوا اسْمَ اللهِ فِي أَيَّامٍ مَعْلُوْمَاتٍ
“Dan supaya mereka berdzikir menyebut nama Allah pada hari yang telah ditentukan.” (Al-Hajj: 28)

Disunnatkan juga untuk berpuasa dari 1-9 Dzulhijjah...puasa pada hari ke-9 Dzulhijjah dikenali jugak dengan nama Puasa Arafah..pada hari ini,para jemaah haji akan melakukan wukuf di Arafah...

Sabda Rasulullah saw lagi :

يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ
“(Puasa Arafah) menghapus dosa-dosa setahun yang lalu dan yang akan datang.” (HR. Muslim)

Hmm setelah berpuasa 9 hari...hari raya pun tiba...satu lagi hari raya bagi kita ummat Muhammad saw iaitu hari raya EidulAdha...atau dikenali juga sebagai Hari Raya Qurban atau Hari Raya Haji atau pun kat Ukraine ni dikenali sebagai Qurban Bairam....

Mengapakah hari raya ini istimewa??...

Kerana ianya mengingatkan kita akan peristiwa penting dalam sirah Nabi Allah Ibrahim ‘alaihissalam...di mana baginda diuji oleh Allah untuk menyembelih anak kesayangannya Nabi Allah Ismail ‘alaihissalam...damai confirm sume arif tentang kisah ni kan....(^_~)
1 lagi hari penting dalam bulan ini adalah dinamakan Hari Tasyriq....iaitu hari ke 11,12 dan 13 Dzulhijjah...pada tiga hari ini, kita diharamkan untuk berpuasa kerana Allah telah mengkhususkan hari2 ini sebagai hari untuk makan,minum dan berzikir....

Kata Nabi saw :

أَيَّامُ مِنَى أَيَّامُ أَكْلٍ وَشُرْبٍ وَذِكْرٍ لِلهِ عَزَّ وَجَلَّ
“Hari-hari Mina (hari nahr dan tasyriq) adalah hari-hari makan dan minum serta berdzikir kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala.” (HR. Muslim)

Hmm itu sahaja info yang dapat damai kongsi bersama kali ini...jom kita berpuasa....selain dapat mendekatkan diri dengan Allah...dapat juga sedikit sebanyak merehatkan gastrointestinal tract kita ni...hehe

Akhir kalam...




3 comments:

Balqis said...

Selamat datang Zulhijjah...

sudah berapa zulhijjah ya, aku di perantauan...

isk, isk, isk~

DAMAI said...

dah 6 dzulhijjah untuk saye...dan 5 dzulhijjah ntuk anda balqis hehehe...

Balqis said...

bahekkkk!!!!