Thursday, November 27, 2008

terima kasih Allah kerana...


Dia mengerling jam di tangannya…sudah menunjukkan pukul 2.45…hatinya mula risau…bimbang tidak sempat menunaikan fardhu asar…kak long masih belum membuat keputusan kasut mana yang hendak dibeli…nike,reebok atau adidas….

“kak long,kita solat dululah….jom kita tny cashier tu ada toilet x kat sini” dia mencadangkan..

“jom” pantas kak long menjawab..

“izviniti devushka,zdes yies tualiet?” dia mengajukan soalan..

“da…iditi na primoi..e meshdu nike e foxmart tam yies tualiet”

Dia dan kak long memacu langkah menuju toilet…terlepas pandang simbol di depan pintu,mereka memasuki toilet lelaki…fuh,nasib baik tidak ada sesiapa waktu itu…

Dia sedikit kagum melihat toilet di pasaraya itu…bukan apa,pattern toiletnya tidak ubah seperti toilet di Malaysia…jarang dapat bertemu dengan toilet macam ni kat bumi Allah Ukraine ni…

“sudah maju juga Ukraine ni” bisik hatinya..

Lega terasa apabila pili mengeluarkan air…bukan apa,kadangkala ada toilet yang hanya menjadikan pili sebagai perhiasan…pili cantik bukan main,tapi tidak mampu untuk mengeluarkan air..

Satu lagi ujian yang perlu dia dan sahabatnya itu hadapi…berwudhuk di sinki yang kecil itu…lebih2 lagi,rule utama negara ini…”TIDAK DIBENARKAN MEMBASAHKAN LANTAI DENGAN AIR”….

Dia menunjukkan muka risau….

“xpe,nnt kita mop laa balik” kak long memujuk..

Mereka mula mengangkat wudhuk…tiba2…

“devushki,shto takoe??!!”

Adus..kene marah untuk ke sekian kalinya….mereka meneruskan proses mengambil wudhuk dan terus keluar dari toilet sambil memohon maaf pada mak cik cleaner yang masam mencuka kerana kerjanya pada waktu itu telah bertambah….

Tiada tempat untuk solat…

“damai,kak long rasa nak nangis laa…”

“xpe,kita solat cepat…kat sini jelaa..”giliran dia pula untuk memujuk..

Di lorong sempit antara kedai nike dan foxmart itu mereka menghampar sweater untuk dijadikan sejadah dan mula meninggalkan dunia ini untuk bertemu Allah…Tuhan yang Maha Besar….

Tumpuannya sedikit terganggu apabila ada beberapa org yang lalu lalang di situ tertawa melihat dia ruku’ dan sujud…dia memohon diberi kekuatan iman untuk melangsaikan solatnya agar dia tidak berhutang dengan Allah…

Selesai solat,mereka terus menuju ke kedai kasut semula…namun,tiada yang dapat memikat hati kak long…dia pula sempat membeli sepasang kasut adidas…simple dan betul2 memenuhi citarasanya…

Di dalam bas…dia duduk mendiamkan diri…ingatannnya berpatah balik pada kejadian tadi…sedikit geram dan marah mula bercambah walaupun itu bukanlah kali pertama dia diketawakan ketika solat…malah pernah suatu ketika dulu,sejadahnya dipijak oleh mereka yang langsung tidak berhati perut itu…

Setengah dekad sudah dia berada di Ukraine....sebuah negara yang memilih kristian orthodoks sebagai agama kebangsaan….semestinya tiada surau disediakan di kawasan universiti…masjid pula boleh dikira dengan jari dan kedudukan nun jauh di pedalaman…ya,ada 1 surau di hostel tempat dia dan teman2nya yang lain tinggal..di situlah satu2nya tempat mereka berkumpul…berusrah,berkuliah,berqiam..

Kadang2 jadual kelas yang boleh dikatakan tidak berperikemanusiaan membuatkan dia dan teman2nya terpaksa bersolat di mana sahaja yang termampu….sebut sahaja di mana,asal sahaja diyakini kebersihannya,mereka akan membentang tikar sujud itu…

Bawah tangga…
Koridor…
Lecture hall…

Malah,pernah ketika pulang dari menziarahi seorang sahabat….kerana keretapi terlalu lambat tiba,mereka solat di kerikil2 batu tempat menunggu keretapi itu….

Berbeza suasananya dengan pelajar di Malaysia…

Tabir memorinya disingkap lagi ketika dia belajar di matriks dulu….waktu solat memang disediakan….solat berjemaah di masjid…tenang dan damai sekali..tidak perlu risau air terkena lantai…tidak perlu terkejar2 mencuri2 waktu untuk solat…yang muslimin tidak perlu berlelah2 meminta izin ckgu untuk keluar solat jumaat…

Namun,dia tidak akan pernah mengeluh..dia tidak akan pernah kalah…dia tidak akan pernah tewas dengan cabaran ini….meskipun,dia tahu ramai sudah antara teman2nya di sini memilih untuk memegang prinsip2 buatan sendiriyang dia sendiri tidak tahu dari mana asalnya…

“kalau dah susah sgt nk sembahyang,sembahyang je balik kelas nnt…qada’ laa sume waktu yang tertinggal tu…” petah seorang teman kelasnya berkata…

Tidak…itu bukan caranya…itu bukan jalan penyelesaiannya…

Biarlah dia bersusah asalkan tiang agamanya masih tetap utuh berdiri…..

Bukankah Allah telah awal memberitahu..



“sesungguhnya orang2 yang berdosa telah mentertawakan orang2 yang beriman...
Apabila mereka bertemu dengan orang2 mukmin,mereka memberi isyarat dengan mata sesamanya untuk mengejek…dan apabila mereka kembali kepada keluarganya,mereka kembali dengan suka cita (membuat lucu)…apabila mereka melihat orang2 mukmin,mereka berkata,’sesungguhnya mereka orang2 yang sesat’….padahal bukanlah mereka diutus untuk menjaga orang2 mukmin…maka pada hari ini (qiamat),orang2 mukmin akan mentertawakan orang2 kafir itu….di atas dipan yang indah mereka melihat (orang2 kafir itu)….adakah orang2 kafir itu mendapat balasan atas apa yang telah mereka perbuat (tentunya mereka mendapat balasan)…”

Bait2 akhir surah Muthaffifin itu menenangkan kembali hatinya….

“na astanovke pazhalsta” suara kak long mematikan ingatannya…

Dia berjalan pulang dengan hati yang penuh syukur…
"terima kasih Allah kerana memberi peluang untuk aku melalui kehidupan di sini"...

~~suatu kisah benar…bukan ciptaan…bersyukurlah pada mereka yang belajar di negara Islam…imarahkanlah rumah Allah itu….sedang pada mereka yang senasib dengan damai…jgn putus asa dgn ujian ini…Allah pasti akan membantu…~~

Daripada Mukkil bin Yasar r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Beribadat dalam keadaan kekacauan (huruhara/malapetaka) sama kelebihannya dengan berhijrah kepadaku”



5 comments:

Balqis said...

Alah, ni emsti nak bagitahu yang dia ada kasut baru ni, kan?

haha, xdelah~

Yep, dugaan begini sememangnya tercabar, mencabar dan dicabar...

sejadah saya pernah kena pijak di tempat sujud, sudahnya, bagaimana mahu sujud di tempat kena pijak itu, pasti dan pastilah kotor, kan!

Kadang2 rasa mahu terus menegur yang memijak itu, hins...batallah pulak solat saya, nanti...

sabar2...

Nur said...

MasyaAllah...!

Gigihnya solat...sedangkan sebahagian besar manusia di Malaysia yang surau merata, tempat ambil wudu' selesa pon tiada mahu bersujud pada Tuhan..

Beautifully written Dik...kami disini selalu sahaja solat di fitting room! Hahhaha..ambil sehelai dua baju , konon2nya mahu mencuba, dan terus solat...alahmdulillah...disini jua akan belajar solat duduk yang unik...alhamdulillah..solat tetap solat..walau apa jua halangan menimpa..paling jelik bila orang kata, alamak, seluar ku kotor la, aku khado' jer la...huh...kotor mana lah debu2 di UK ini?

DAMAI said...

xpelaa balqis...mereka2 itu orang yang jahil...dan lebih teruk lagi,mereka jahil yang tidak mahu mencari kebenaran...nauzubillah...

DAMAI said...

idea yang bernas akak...akan cuba diaplikasikan pada masa2 akan dtg...syukur Allah pada anugerah iman ini...alhamdulillah...moga dikekalkan hingga ke nafas yang terakhir...^^

DAMAI said...

hehe...kasut baru biasa2 aja hahaha