Tersenyum damai ketika mendengar keluhan seorang pemanggil dalam rancangan Bersama Dato’ Fadzilah Kamsah….memang sukar mengubah sesuatu sifat atau sikap yang sejak dari kecil, dibelai dimanja oleh yang empunya diri…
Keluhan yang sama pernah diajukan pada damai suatu masa dahulu…
“ nak buat cmane damai..inilah diri aku…kalau aku berubah,mksdnya itu bukan diri aku yang sebenar…buat apa nak berpura2 kan..”
Lebih kurang macam itulah kata2nya…waktu itu, tiada sebarang balasan yang dapat damai beri padanya….Cuma seukir senyum, dengan harapan senyum itu dapat mendamaikan resah gelisah yang bertandang di hati sahabat damai itu…
Seharusnya, malah tidak keterlaluan jika damai katakan, sewajibnya kita menjadi diri kita sendiri…kerana sesungguhnya berpura2 itu adalah sifat bagi orang2 munafiq…nauzubillah..
Tidak salah menjadi diri sendiri TETAPI biarlah “diri” yang ingin kita jadi itu adalah diri yang Islam, diri yang sejahtera…
Setiap dari kita dilahirkan ke dunia dengan fitrah yang putih suci…dalam erti kata lain, dengan diri yang baik2 belaka..tiada cacat cela…bersih dari dosa…
Kesucian dan keputihan itu ternoda sifatnya lantaran adanya makhluk Allah iaitu syaitan dan nafsu yang tidak akan pernah jemu menghasut dan membisik kata2 yang menyesatkan…maka dengan sebab itu, “diri” yang baik itu perlahan2 bertukar menjadi “diri” yang tidak baik…
Sudah sampai masanya untuk kita menjadi diri sendiri…diri sendiri yang sejahtera..bukan sahaja sejahtera di dunia, malah di akhirat nanti…
Jika dulu kita sibuk mencari identiti sendiri dengan mencuba berbagai2 jenis fesyen rambut agar nampak lain dari yang lain, kini jadilah diri sendiri yang sejahtera dengan menutup rambut itu dengan sehelai tudung yang juga tidak kurang hebat fesyen2nya…berfesyen itu tidak salah,asalkan batas2 Allah dijaga dan dipertahankan ^^
“ Katakanlah ( wahai Muhammad ) kepada orang2 lelaki yang beriman, janganlah mereka memandang kepada yang dilarang dan hendaklah mereka menjaga ( memelihara ) kehormatan mereka ( jangan berzina ) dan katakanlah juga kepada para wanita beriman, agar jangan mereka memandang kepada yang dilarang dan hendaklah menjaga kehormatan ( maruah ) dan janganlah memperlihatkan perhiasan mereka kecuali yang zahir daripadanya, hendaklah mereka melabuhkan kain tudung kepala ( jilbab ) mereka hingga menutupi dada, janganlah mereka mendedahkan perhiasan mereka kecuali kepada suami mereka, bapa mereka, bapa mertua mereka, anak2 mereka, anak2 suami (tiri) mereka, saudara lelaki mereka, anak lelaki kepada saudara lelaki dan saudara perempuan mereka (anak saudara), perempuan2 Islam, hamba lelaki mereka, khadam lelaki yang telah tidak mempunyai keinginan kepada perempuan ( kerana telah tua ) dan kanak2 yang belum ada keinginan kepada perempuan. Dan janganlah mereka berjalan menghentak2kan kaki untuk memperdengarkan perhiasan ( gelang) kaki mereka. Bertaubatlah kamu kepada Allah wahai orang2 beriman mudah2an kamu mendapat kemenangan.” ( An-Nur : 30-31 )
Andai dulu, semua orang sudah kenal siapa yang sedang berkata2 itu tanpa perlu menolehkan kepala lantaran frekuensi suara kita yang tinggi ini, kini jadilah diri sendiri yang sejahtera dengan suara yang lembut namun tidak melalaikan…^^
“ Dan bersederhanalah dalam perjalananmu dan lunakkanlah suaramu, sesungguhnya seburuk2 suara adalah suara himar (keldai).” ( Luqman : 19 )
Kalau dulu,kita terkenal dengan sikap yang tidak endahkan hal semasa,kini sudah sampai masanya untuk kita menjadi diri sendiri yang sejahtera dengan mengambil tahu apa yang menimpa saudara2 kita di Gaza….
“ tidak sempurna iman seseorang itu selagi dia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri “ ( Al-Hadith)
Apabila kita telah berjaya menjadi diri sendiri yang sejahtera itu…pasti kita akan sedar dan faham apakah yang maksud di sebalik perkataan “sejahtera” itu…
Menjadi diri sendiri yang sejahtera bererti menjadi diri yang bukan sahaja mampu memberi manfaat buat insan di sekelilingnya malah menjadi diri yang sejahtera di dalam syurga Allah di akhirat kelak…insyaAllah ^^
Tidak perlu berpenat lelah mencari identiti diri kerana di dalam Al-Quran dan juga melalui sifat dan kata2 Nabi Muhammad saw,telah lengkap membicarakan tentang diri yang sepatutnya kita ikut dan amal ^^