Friday, March 27, 2009

Damai dan sejadahijau....


Salam khas buat kamu yang sedang membaca….semoga setiap nafas yang dihela tiada lain hanyalah untuk mencari keredhaan-Nya….

SELAMAT,SELAMAT,SELAMAT HARI LAHIR
SELAMAT DARI KEMURKAAN ALLAH
SELAMAT DARI MAKSIAT LAHIR DAN BATIN
SELAMAT BERSYUKUR SELAMAT BERSABAR....

DEMI MASA SESUNGGUHNYA MANUSIA ITU RUGI
KECUALI YANG BERIMAN DAN YANG BERAMAL SOLEH
JUGA YANG INGAT MENGINGATKAN
KEPADA KEBENARAN DAN KESABARAN

SELAMAT,SELAMAT,SELAMAT HARI LAHIR
SELAMAT DARI KEMURKAAN ALLAH
SELAMAT DARI MAKSIAT LAHIR DAN BATIN
SELAMAT BERSYUKUR SELAMAT BERSABAR

DARI ALLAH KITA DATANG KEPADA ALLAH KITA KEMBALI
UMUR YANG DIPINJAMKAN HARGAILAH
GUNAKAN UNTUK BERBAKTI DAN MENYEMBAH ALLAH
BILA DAPAT NIKMAT MALULAH DENGANNYA
BILA DAPAT UJIAN REDHOLAH DENGANNYA
BERSIAPLAH UNTUK PULANG PADANYA
HIDUP DI DUNIA SEBENARNYA TIPU DAYA

SELAMAT,SELAMAT HARI LAHIR
SELAMAT DARI KEMURKAAN ALLAH
SELAMAT DARI MAKSIAT LAHIR DAN BATIN
SELAMAT BERSYUKUR SELAMAT BERSABAR

WAHAI AYAH DAN BONDA YANG TERCINTA
DIDOAKAN PANJANG UMUR MURAH REZEKI
SIHAT BADAN SEMPENA HARI LAHIR
SEMOGA ILMU DAN IMAN TERTAMBAH
SEMPENA HARI LAHIR
SEMOGA ILMU DAN IMAN TERTAMBAH

DARI ALLAH KITA DATANG KEPADA ALLAH KITA KEMBALI
UMUR YANG DIPINJAMKAN HARGAILAH
GUNAKAN UNTUK BERBAKTI DAN MENYEMBAH ALLAH
BILA DAPAT NIKMAT MALULAH DENGANNYA
BILA DAPAT UJIAN REDHOLAH DENGANNYA

SELAMAT,SELAMAT,SELAMAT HARI LAHIR
SELAMAT DARI KEMURKAAN ALLAH
SELAMAT DARI MAKSIAT LAHIR DAN BATIN
SELAMAT BERSYUKUR SELAMAT BERSABAR.....

27 Mac 2009

Wah,sudah setahun Damai melahirkan sejadahijau....^^

Terima kasih buat kamu yang sudi menjadi sahabat maya Damai ^^

Semoga Allah terus memberi keizinan untuk Damai terus menulis entri2 di sini ^^

~~ Selamat Hari Lahir Sejadahijau kesayanganku ^^ ~~

Sunday, March 22, 2009

dusta,khianat....itu memang sifat kamu...

Salam buat kamu semua yang hidup dan mati hanya untuk Allah yang Maha Sempurna….

Salam rindu buat junjungan agung lagi mulia Nabi Muhammad SAW, ahlulbait Baginda dan para sahabat seluruhnya…

Kelmarin usrah berbincang tentang tafsiran surah Al-Munafiquun…surah ke 63 yang mengandungi 11 ayat ini diturunkan di Madinah khas bagi menceritakan kepada kita tentang hinanya sekumpulan manusia yang berlabelkan munafiq….nauzubillahi min zalik…

Apakah yang membezakan antara golongan munafiq ini dengan golongan musyrikin Makkah?...kedua2nya juga menentang dan menafikan ajaran Rasulullah SAW?....

Perbezaannya adalah golongan munafiq ini duduknya di madinah.....mereka merupakan golongan yang hipokrit dengan memecahbelahkan ummat Islam secara halus seperti menabur fitnah,melaga2kan antara kabilah2,menghasut dan sebagainya...sedang di hadapan Rasulullah SAW dan para sahabat,mereka bersumpah dengan lidah yang mereka percaya bahawa tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad SAW itu pesuruh Allah...mereka ini adalah satu golongan yang lemah kerana mereka lahir di tengah2 kota yang menerima sebulat suara akan kerasulan Nabi Muhammad SAW....jadi,untuk menentang secara terang2an adalah mustahil bagi mereka memandangkan tiada satu pun rumah di Kota Madinah ketika itu yang tidak dimasuki oleh Islam....

Berbeza pula dengan golongan musyrikin Makkah kerana mereka adalah golongan yang menentang ajaran Nabi SAW secara terang2an....mereka menyeksa,mendera dan menyakiti baginda SAW dan para sahabat.....dijemur di tengah panas,disebat,dibutakan mata,semua ini kerja orang2 musyrikin.....hal ini terjadi kerana di Makkah,ajaran Rasulullah SAW ditolak langsung dan menyebabkan jumlah golongan yang musyrik lebih banyak daripada yang Islam....memegang takhta sebagai majoriti menjadikan mereka bebas untuk memperlakukan apa sahaja terhadap Nabi SAW dan pengikut2 Baginda.....

Ayat 5-8 surah ini diceritakan oleh ulama’ salaf bahawa ianya diturunkan untuk berbicara tentang ketua orang munafiq ketika itu iaitu Abdullah ibn Ubay ibn Salul....sebelum penghijrahan Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah,dikatakan bahawa penduduk Madinah akan menaikkan Abdullah ibn Ubay sebagai ketua atau pembesar di kota itu...namun,setelah kedatangan Baginda SAW,kerana sinar Islam yang indah itu,penduduk Madinah sebulat suara mengangkat Rasulullah SAW sebagai ketua di sana....ini menyebabkan wujudnya dendam kesumat di lubuk hati Abdullah ibn Ubay terhadap junjungan agung Rasulullah SAW....

”Dan apabila dikatakan kepada mereka: ” Marilah (bertaubat) supaya Rasulullah meminta ampun (kepada Allah) untuk kamu”, mereka (enggan sambil) menggeleng-gelengkan kepalanya; dan engkau melihat mereka berpaling (dari bertaubat) serta mereka berlaku sombong angkuh.”

”(Tidak ada faedahnya) kepada mereka, sama ada engkau meminta ampun untuk mereka atau engkau tidak meminta ampun, Allah tidak sekali-kali akan mengampunkan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang fasik.”

”Merekalah yang mengatakan (kepada orang-orang Islam di Madinah yang menolong Rasulullah dan orang-orang Muhajirin): “Janganlah kamu membelanjakan harta kamu kepada orang-orang yang ada bersama-sama Rasulullah supaya mereka bersurai (meninggalkannya)”.

"Padahal bagi Allah jualah perbendaharaan langit dan bumi, (tiada sesiapapun yang dapat memberi atau menyekat sebarang pemberian melainkan dengan kehendakNya); akan tetapi orang-orang yang munafik itu tidak memahami (hakikat yang sebenarnya).”

”Mereka berkata lagi: ” Demi sesungguhnya! Jika kita kembali ke Madinah (dari medan perang), sudah tentu orang-orang yang mulia lagi kuat (pihak kita) akan mengusir keluar dari Madinah orang-orang yang hina lagi lemah (pihak Islam)”. Padahal bagi Allah jualah kemuliaan dan kekuatan itu dan bagi RasulNya serta bagi orang-orang yang beriman; akan tetapi golongan yang munafik itu tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).”

( al-Munafiquun : 5-8 )

Kisah bagi 4 ayat dalam surah Al-Munafiquun ini bermula ketika berakhirnya Perang Bani al-Mustaliq di suatu tempat bernama al-Muraisi’ pada tahun ke-6 hijrah ( ada buku mengatakan tahun ke-5 hijrah)....di kawasan itu terdapat satu sumber air kepunyaan penduduk Madinah....usai peperangan,berlaku pergaduhan antara kaum Ansar ( penduduk Madinah ) dan kaum Muhajirin ( penduduk Mekah yang berhijrah ) dalam merebut air di kawasan itu.....Abdullah ibn Ubay yang melihat hal keadaan itu terus sahaja naik angin terhadap kaum Muhajirin....

“ Adakah mereka ( kaum Muhajirin ) tergamak melakukannya? Mereka telah melebihi kita di negeri kita sendiri. Demi Allah,keadaan kita dengan *jubah2 Quraisy ini tidak ubah seperti pepatah orang2 dahulu; ‘gemukkan anjingmu nescaya ia akan memakanmu’ , Demi Allah,jika kita kembali ke Madinah nanti,orang yang mulia akan menghalau orang yang hina dari
Madinah “ kata Abdullah ibn Ubay...

Sambungnya lagi....

“ Inilah akibat daripada perbuatan kamu ke atas diri kamu sendiri..kamu telah memasukkan mereka ( kaum Muhajirin ) ke dalam negeri kamu...kamu membahagi2kan harta benda kamu dengan mereka..Demi Allah,jika kamu tahan harta benda kamu daripada mereka dengan kuasa kamu,nescaya mereka akan berpindah ke tempat lain dari negeri kamu..”

Kata2 ini didengar oleh seorang anak muda bernama Zaid ibn Arqam...lalu dia segera mengkhabarkan kata2 ketua orang munafiq ini kepada Rasulullah SAW....

Saidina Umar al-Khattab yang berada bersama Rasulullah SAW terus sahaja ingin membunuh Abdullah ibn Ubay setelah mendengar aduan Zaid itu...namun Rasulullah SAW dengan tenang berkata...

“ Wahai Umar,bagaimana nanti jika orang bercakap2 bahawa Muhammad membunuh sahabat2nya? Ini tidak mungkin,tetapi perintahkan mereka supaya bertolak sekarang meninggalkan tempat ini..”

Tentera2 yang terdiri daripada golongan Ansar dan Muhajirin itu pun bergerak pulang menuju kota Madinah pada waktu itu juga ( waktu Zohor )....kebiasaannya,Rasulullah SAW tidak akan bergerak pulang pada waktu itu kerana cuaca yang terik panas akan menyukarkan para tentera tetapi setelah menerima berita itu,Rasulullah SAW terus sahaja bergerak meskipun ada di antara para sahabat yang kehairanan...Rasulullah SAW meneruskan perjalanan tanpa henti hingga zohor esoknya menyebabkan kesemua tentera merasa penat lalu tertidur...tujuan Rasulullah SAW tidak berhenti adalah bagi mengelakkan tentera2 itu berbicara tentang kata2 Abdullah ibn Ubay itu....

Di Madinah,anak Abdullah ibn Ubay yang mendengar perihal lisan ayahnya itu terus berjumpa Rasulullah SAW meminta izin agar tugas membunuh ayahnya itu diserahkan padanya...anaknya yang bernama Abdullah itu berkata...

“ Wahai Rasulullah,ada berita sampai kepada saya bahawa anda hendak membunuh ayah saya,Abdullah ibn Ubay kerana kata2 ancamannya yang telah sampai kepada anda..jika anda terpaksa berbuat begitu,maka serahkan sahaja perkara ini kepada saya..saya sanggup membawa kepalanya kepada anda..Demi Allah,suku Khazraj tahu bahawa tiada sorang lelaki di kalangan mereka yang lebih berbakti kepada kedua ibu bapanya melainkan saya..saya takut anda menyuruh orang lain dari saya membunuhnya...kerana itu janganlah anda membiarkan diri saya melihat pembunuh Abdullah ibn Ubay itu berjalan di tengah orang ramai hingga menyebabkan saya membunuhnya,dan ini bererti saya telah membunuh seorang Mu’min yang telah membunuh seorang kafir,dan akibatnya saya akan masuk ke dalam neraka..”

Baginda SAW menjawab...

“ Sebenarnya kita akan melayaninya dengan lemah lembut dan kita akan terus bersahabat baik dengannya selama dia berada bersama2 kita..”

Pulangnya Abdullah ibn Ubay ke pintu masuk Madinah disambut oleh anaknya dengan pedang yang terhunus....Anaknya berkata...

“ Demi Allah,ayah tidak boleh lalu di sini melainkan apabila ayah telah diizinkan Rasulullah SAW kerana dialah orang yang mulia sedangkan ayah seorang yang hina..”

Rasulullah SAW yang ketika itu turut masuk ke kota Madinah terus sahaja memberi kebenaran untuk Abdullah ibn Ubay memasuki Madinah...inilah tafsiran ayat ke-8 surah ini berkaitan penyingkiran orang yang hina oleh orang yang mulia...Allah membuktikan siapa di antara mereka itu yang mulia dan hina....

Rasulullah SAW melayan kaum munafiq dengan baik,tidak seperti golongan kafir yang lain...bahkan Rasulullah SAW tidak pernah menyebut nama2 mereka yang munafiq ini di hadapan sahabat2 kecuali pada seorang sahabat Baginda SAW yang dipercayainya iaitu Huzaifah ibn al-Yaman....para sahabat yang lain hanya dapat mengetahui seseorang itu dalam golongan munafiq atau tidak pada hari kematian orang itu...kerana Rasulullah SAW tidak akan menyembahyangkan jenazah orang munafiq.....selepas kewafatan Rasulullah SAW,Huzaifah ibn al-Yaman meneruskan perbuatan Rasulullah SAW ini...para sahabat yang lain akan mengikut Huzaifah...sekiranya Huzaifah ikut menyembahyangkan jenazah,para sahabat akan turut ikut solat...jika tidak,maka para sahabat tidak akan solat....

“ Dan jangan engkau sembahyang atas seseorang yang telah mati di antara mereka selama2nya dan janganlah pula engkau berdiri di atas kuburnya ( untuk ziarah ), sesungguhnya mereka itu kafir terhadap Allah dan Rasul-Nya,dan mereka mati sedang mereka itu fasiq. “
( At-Taubah : 84 )

~~oh,entri yang panjang...maaf ya sahabat2...ambil masa kamu sedikit ^^ ~~

Akhirnya....selalu2lah baca doa ini...

“ Ya Allah,sucikanlah hati kami dari sifat2 munafiq....amalan2 kami dari sifat riak....pandangan2 kami dari perkara2 khianat...dan lisan kami dari berkata perkara dusta...”

Ameen...ameen...ameen Ya Rabbal’alameen ^^

Wednesday, March 18, 2009

HATI SEDIH DAN RINTIH IBU...


HATI SEDIH....

“ Mana Damai tahu akak ni lelaki? “

“ Hihihi...maaflah Damai...”

Wah,semudah itu rupanya kata2 maaf diminta...ya,jauh di sudut hati,Damai sudah memaafkan tetapi di suatu ruang hati yang terhiris itu juga ketahuilah ianya amat payah untuk diubati....

Pertama kali Damai tertipu...seorang yang sudah lama Damai kenali,sudah dianggap seperti kakak sendiri meski hanya sekadar berkenalan di YM tetapi atas niat bersaudara,Damai mudah menyayangi bahkan sentiasa mendidik hati agar tidak berburuk sangka pada sesiapa....tiba2 terbongkar rahsia bahawa dia yang Damai anggap seorang kakak yang mendengar keluhan penat lelah Damai,rupa2nya seorang lelaki....Ya Allah,wujud rupanya insan sebegini....tidak rasa bersalahkah menipu sesama saudara?...

Sebetulnya,ianya salah Damai juga....banyak kali mama dan baba pesan,berhati2 dalam memilih sahabat,lebih2 lagi di medan maya ini....kak long (ain) juga selalu mengatakan keraguannya terhadap ‘kakak’ ini,tetapi atas dasar ukhuwwah Damai cuba berfikiran baik terhadapnya...terimalah wahai Damai natijah akibat kepercayaan kamu....sungguh bodoh rasanya....ditipu sebegini...bukan kenal sehari dua,sudah berbulan2 lamanya....Ya Allah,terima kasih atas petunjuk-Mu ini....

Wahai insan yang bernama manusia....yang sejarahnya bukan calang2....lahir dari sebuah universiti terkenal di bumi Anbiya’....insaflah....kalau masih ramai lagi di luar sana yang tertipu kerana kamu,kembalilah pada Allah....perbuatan dusta ini dibenci Rasulullah SAW meskipun ketika hendak bergurau....ilmu yang kamu timba datang dari tanah yang penuh barakah,dari langit yang penuh manfaat....jangan sia2kannya....

~~Masih bersarang rasa sedih...namun,kerana marah itu sudah reda,airmata tidak mampu lagi mengalir....~~


RINTIH IBU...

Hari ini Damai telefon mama di Malaysia...mama sedang bekerja rupanya....oh,sunyinya hidup mama sekarang...adik di kuantan...ayah di terengganu....anak2 buah semuanya balik kelantan,tinggal mama keseorangan di rumah....sabar ya mama sayang,4 bulan sahaja lagi,anakmu ini akan pulang menemanimu setiap detik setiap masa...insyaAllah...

Mama bercerita tentang seorang sahabatnya yang sedang risau lantaran anaknya sudah berbulan tidak menghantar SMS....ingin tahu kenapa?

Kerana si anak hendak keluar mengembara di bumi Eropah,namun kerana masalah keluarga yang melanda,si ibu tidak dapat memberi sejumlah wang yang si anak perlukan untuk tujuan kembara itu...lantas,dari detik itu hingga kini,anaknya merajuk dengan tidak mengirim sebarang berita pada si ibu....

Aduh,pasti sedih sekali hati si ibu....anak dihantar belajar setinggi langit dengan harapan dapat memetik sebutir dua bintang buat pengganti tiap titis peluh yang mengalir....namun,kasihan nasib si ibu,jangankan bintang yang diharapkan,malah anaknya sendiri sudah lupa untuk turun menjejak kaki ke bumi.....Ya Allah,ampunkan dosanya dan dosa kami sebagai anak....

Wahai anak....tidak cukupkah peringatan yang diberikan-Nya dalam Al-Quran?

Wahai anak....tidak cukupkah paparan sejarah mereka2 yang pernah dijatuhkan azab terus di dunia lantaran derhakanya mereka pada kedua ibubapa?

Wahai anak....lupakah dikau bahawa syurga yang indah ni’mat itu terletak di telapak kaki ibu?

~~Ya Allah,semoga pintu hatinya terbuka menerima petunjuk-Mu....tabahkanlah hati ibunya....dan jauhkanlah diri ini dari kedurhakaan ini...ameen~~

“ Dan Kami wasiatkan kepada manusia,terhadap ibubapanya...ibunya mengandungkannya dengan ( menderita ) kelemahan di atas kelemahan dan menceraikannya dari susuan dalam dua tahun; bersyukurlah kepada-Ku dan kepada ibubapamu;kepada-Ku tempat kembali. " ( Luqman : 14 )






Sunday, March 15, 2009

A tag from Rdhanz...

If someone says "are you okay" you say?
Yaa...I’m fine...


What do you like in a guy/girl?
Sense of humor....


What is your life's purpose?
Search for His love...


What's your motto?
Sabar itu indah...


What do your friends think of you?
A naughty girl...


What do your parents think of you?
”When will this girl grow up and be matured???” ^^


What do you think about very often?
I’m the most unpretty girl among people ^^


What do you think about your best friend?
She’s my second mother ^^


What is your life story?
It’s delicious....with all the flavours needed...alhamdulillah


What do you want to be when you grow up?
Erm...don’t know....because right now,I’m busy learning on how to grow up ^^


What do you think when you see the person you like?
”Why do I like her?”


You dance at your wedding?
”Should I????”


What is your hobby/interest?
Blogging,sleeping......


What is your biggest fear?
Allah....


What is your biggest secret?
Lets the secret safe just between Allah and me ^^


What do you want right now?
My lovely family...missing them so much


What do you think of your friends?
They are all very pretty....^^


What will you post this as?
A tag from Rdhanz....

Thursday, March 12, 2009

izin-Nya..

“ Alamak,macam mana boleh antah ni,rasa dah sukat air betul dah tadi “

“ Apasal lah dia tinggalkan aku….tak cukup hensem ke aku ni? “

“ Aduh,jerawat lagi…yang lama tak hilang lagi,dah tumbuh yang baru…huhu”

“ Geramnya!!! Tadi takde pulak nak keluar angin ni…time dah ambik wudhu’ nilah dia nak keluar..”

“ Laa,nape dah takde air panas ni…tak nampak ke kat luar tu bersalji lagi?..”

“ Aik,dia dapat markah penuh?...rasanya dia tak study semalam…”

“ Adoilaa,tak perlu kot nak pancit sekarang wahai tayar…”

“ Hujanlah pulak hari ni….punah harapan nak mandi sungai..”

“ Ya Allah,bila pulak tudung aku kene xxxx burung ni..”

Siapa yang tidak pernah merungut?...geram…marah….sedih….apabila sesuatu yang dirasakan tidak sepatutnya berlaku pada ketika dan saat itu,tiba2 terjadi….puas sudah merancang,namun natijahnya tidak seperti yang diharapkan….Mungkin pada saat itu,kita terlupa bahawa wujudnya satu kuasa agung yang menentukan tiap2 sesuatu yang berlaku….terlupa bahawa izin-Nya mengatasi segala….

Siapa yang harus disalahkan bila kari yang ingin dimasak tiba2 bertukar rasa menjadi masak lemak?....nak tuding jari pada siapa jika bilik yang pintunya berkunci itu masih boleh dilawat pencuri?......kurang enakkah rasa cacing ini yang gagal mengumpan walau seekor ikan kecil?.....

Muhasabah diri.

Renung.

Fikir.

Kita ini hanya hamba….layakkah seorang hamba menaikkan suara pada tuannya?.....

Terimalah segalanya dengan tenang….bersangka baik dengan Allah,itu yang paling utama….Allah yang mencipta kita,pasti Dia tahu apa yang terbaik buat kita…latih diri agar tidak mudah melatah kerana sesungguhnya setiap izin-Nya itu penuh rahsia dan hikmah hingga tidak mampu aqal ini memikirkan….

“ Ingatlah ketika Allah berfirman; Wahai Isa anak Maryam,ingatlah akan ni’matKu padamu dan pada ibumu,ketika Aku menguatkan engkau dengan roh suci ( Jibril),engkau bercakap dengan manusia di dalam buaian (masih bayi) dan ketika dewasa, dan ketika Aku mengajarkan kitab,hikmah,Taurat dan Injil kepadamu,dan ketika kamu membuat bentuk burung daripada tanah dengan izinKu,dan ketika engkau menyembuhkan orang buta dan sopak dengan izinKu,dan ketika engkau mengeluarkan orang mati (hidup kembali) dengan izinKu,dan ketika Aku tahan Bani Israil hendak membunuhmu ketika engkau beri keterangan kepada mereka,ini tidak lain,hanya sihir semata”

( Al-Maidah : 110 )

Tuesday, March 10, 2009

Muhammad ibnu Az-Zabahain....

Salam buat junjungan besar Muhammad SAW yang hidupnya tidak pernah berhenti dari memikirkan nasib ummatnya….berbahagialah di samping Allah,Tuhan yang memberi kemuliaan….semoga air dari telaga Kauthar itu dapat kami teguk dari telapak tanganmu Ya Rasulullah SAW…ameen…

Salam Maulidur Rasul juga buat kamu yang membaca ^^

Siapa yang tidak kenal pada insan mulia Muhammad SAW….baginda dikenali bukan sahaja di kalangan mereka yang beragama Islam,malah yang Yahudi,Nasrani,Buddha, hatta yang tidak punya agama juga kenal pada nama ini….bukan itu sahaja,seluruh makhluk di langit dan di bumi serta di antaranya juga kenal pada kekasih Allah ini….Maha Suci Allah yang telah memuliakan baginda….

Tidaklah Damai ingin bercerita panjang tentang sirah Rasulullah SAW ini kerana Damai pasti kita semua sudah arif berkenaan kehidupan baginda sejak dari kelahiran baginda sehinggalah saat nyawanya ditarik…Cuma,di sini Damai ingin menulis sedikit tentang satu gelaran yang diberikan pada Nabi SAW yang jarang kita dengar mengenainya iaitu gelaran Muhammad ibnu Az-Zabahain yang membawa maksud Muhammad anak dari 2 penyembelihan yang tak jadi....ilmu ini Damai dapat dari siri jejak rasul ( musim tak ingat ) dari ustaz Abu Hassan Din Al-Hafiz ^^

Mengapa Nabi SAW digelar sedemikian?

Jika kita menyusuri susur galur baginda,baginda SAW berasal dari keturunan Nabi Ibrahim ‘alaihissalam melalui isterinya Siti Hajar yang melahirkan Nabi Ismail ‘alaihissalam….kita semua sudah tahu mengenai peristiwa Qurban yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim ‘alaihissalam ke atas anaknya,Nabi Ismail ‘alaihissalam itu….kerana tulusnya cinta dan ikhlasnya hati Nabi Ibrahim ‘alaihissalam pada Allah,Allah telah menggantikan Nabi Ismail ‘alaihissalam dengan seekor kibas untuk disembelih….

Dari keturunan Nabi Ismail ‘alaihissalam inilah lahirnya Abdul Mutalib,datuk kepada Nabi Muhammad SAW…Abdul Mutalib pernah suatu ketika bernazar,sekiranya beliau dikurniakan sepuluh orang anak lelaki,beliau akan mengorbankan seorang daripada anaknya itu….

Setelah dua dekad berlalu,Allah telah mengurniakan sepuluh orang anak lelaki buat Abdul Mutalib…tibalah masa untuk beliau mengundi anak yang akan disembelih….ketika mencabut nama yang perlu disembelih,naiklah nama Abdullah,bapa Nabi Muhammad SAW yang merupakan anak bongsu Abdul Mutalib…kerana kasihnya Abdul Mutalib pada anak bongsunya itu,beliau memutuskan untuk mengorbankan 10 ekor unta sebagai ganti…namun,ketika sekali lagi undian dibuat,masih lagi nama Abdullah yang naik…beliau menambah lagi 10 ekor unta untuk dijadikan ganti….tetapi,nama Abdullah tetap juga naik selepas itu…setelah 10 kali undian,barulah nama Abdullah tidak lagi naik…bererti penyembelihan Abdullah juga tidak jadi dan telah ditebus dengan 100 ekor unta…Allahu a’lam…

Dari Abdullah yang telah berkahwin dengan Aminah,lahirlah penghulu kita Nabi Muhammad SAW….maka,kerana itulah baginda SAW digelar juga dengan nama ibnu Az-Zabahain…Allahu a'lam...

Sungguh indah aturan Allah bukan ^^

Sebagai akhir entri kali ini,Damai ingin ingatkan agar kamu yang membaca dapat memperbanyakkan lagi berselawat ke atas baginda SAW…..

Dari Ibnu Mas’ud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
"Orang yang terdekat denganku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku”. (Hadis Riwayat At-Trimidzi)
Dari Abu Hurairah r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda:
"Janganlah kamu jadikan kuburku sebagai tempat perayaan dan berselawatlah kepadaku, maka sesungguhnya bacaan selawatmu itu akan sampai kepadaku dimana sahaja kamu berada”. (Hadis Riwayat Abu Daud)

Dan amalkanlah sunnah baginda SAW sesungguh2nya sebagaimana yang kita mampu....kerana sesiapa yang tidak suka untuk mengamalkan sunnah baginda SAW, di akhirat nanti Nabi Muhammad SAW tidak akan menerima mereka sebagai ummat baginda....nauzubillah...

~~mari istiqamah berselawat atas Rasulullah SAW paling kurang 100 kali sehari~~

Friday, March 6, 2009

tarbiyyah di sebalik 'Al-Mumtahanah'....

Setiap dari kita alhamdulillah punya ibu,punya ayah,punya adik beradik dan sanak saudara yang amat kita sayangi….siapa yang tidak cinta pada seraut wajah tua ibu yang tidak pernah rehat melayan karenah kita sejak dari dalam perut sehingga apabila kita sudah punya anak sendiri….siapa yang tidak kasih pada tubuh tua ayah yang dulu tidak pernah kering peluh keluar mencari sesuap nasi buat kita yang kelaparan di rumah….siapa yang tidak rindu pada saudara2 seibu seayah yang sama2 membuat ‘onar’ di rumah sehingga pening kepala ibu melayan…

Namun,itulah pengorbanan yang terpaksa diambil jika diri inginkan kejayaan…tidak kira kejayaan di dunia mahupun akhirat…

Terkadang pernah juga terfikir ingin lari terus dari dunia belajar ini dan pulang bermesra2 bersama2 keluarga tercinta…rezeki kan boleh dicari…sedangkan ulat di dalam batu pun boleh hidup…tapi,bukankah ini satu amanah…bukan sekadar amanah keluarga bahkan amanah agama dan negara juga…

Begitulah yang terpaksa dihadapi oleh Rasulullah saw dan para sahabat dahulu…peristiwa hijrah menjadi bukti teguhnya iman meninggalkan keluarga dan harta,sehelai sepinggang menuju keredhaan Allah…

Sedangkan kita yang terpisah sementara ini merasakan rindu dan risau pada keadaan keluarga yang ditinggalkan,apatah lagi sahabat2 yang berhijrah itu…kerana Allah dan Rasul,sakit ini ditanggung…namun,adakalanya,lemah juga diri apabila ujian Allah datang bertamu…

Itulah yang ditanggung oleh seorang sahabat Nabi SAW bernama Hatib Ibn Abu Balta’ah…beliau merupakan seorang kaum muhajirin dan menyertai peperangan Badar….beliau juga terpilih di kalangan beberapa sahabat yang lain untuk mendengar rancangan Nabi SAW untuk menakluk Mekah kerana kaum musyrikin Mekah telah melanggar syarat2 perjanjian Hudaibiyah….di hujung perbincangan itu,Rasulullah SAW terlah berdoa :

“ Ya Tuhanku,lindungkan berita ini dari mereka ( kaum musyrikin ) “

Mendengar perancangan penyerangan kota Mekah itu membuat Hatib resah dan risau akan keselamatan sanak saudaranya yang masih berada di Mekah….lantas,beliau menulis sepucuk surat memberitahu tentang rancangan Rasulullah SAW itu dan diserahkan kepada seorang wanita musyrikin Mekah yang datang ke Madinah untuk diberikan kepada kaum keluarganya di Mekah….

Kerana berkat doa Nabi SAW,hal surat itu baginda ketahui lalu baginda SAW mengarahkan agar beberapa orang sahabat termasuk Saidina Ali bin Abi Talib mengejar wanita musyrikin itu dan mengambil semula surat yang diutuskan Hatib itu….

Sahabat2 berjaya menahan wanita itu….pada mulanya,wanita itu enggan mengaku tentang kewujudan surat tersebut….tetapi setelah diugut oleh Saidina Ali dan sahabat yang lain,akhirnya wanita musyrikin itu menyerahkan surat tersebut…

Saidina Umar yang mengetahui tentang hal tersebut terus sahaja berkata pada Rasulullah SAW…

“ Wahai Rasulullah,dia ( Hatib ) telah mengkhianati Allah dan Rasul-Nya dan sekalian orang mu’min,serahkan sahaja kepada hamba memenggal lehernya..”

Rasulullah SAW dengan tenang bertanya pada Hatib…

“ Apakah tujuan engkau berbuat begini? “

Hatib menjawab..

“ Demi Allah,saya tidak mempunyai apa2 tujuan melainkan untuk tetap beriman kepada Allah dan Rasul-Nya..tujuan saya berbuat begitu supaya budi saya dikenang mereka dan saya harap dengan budi ini,Allah melindungkan keluarga dan harta benda saya di sana,kerana tiada seorang pun daripada sahabat2 anda melainkan semuanya masing2 ada anak buahnya,dan dengan perantaraan mereka Allah melindungkan keluarga dan harta benda mereka di sana”

Rasulullah SAW pula berkata…

“ Cakapnya memang benar..oleh itu,janganlah lagi kamu berkata apa2 melainkan kata2 yang baik sahaja”

Saidina Umar berkata lagi..

“ Wahai Rasulullah,dia ( Hatib ) telah mengkhianati Allah dan Rasul-Nya dan sekalian orang mu’min,serahkan sahaja kepada hamba memenggal lehernya..”

Rasulullah SAW membalas…

“ Bukankah dia ahli peperangan Badar?”

Saidina Umar menjawab

“ Semoga Allah memberi kebaikan kepada ahli peperangan Badar”

Lalu,dengan terjadinya peristiwa ini,Allah telah menurunkan ayat 1-3 surah Al-Mumtahanah….

Demikianlah ujian yang Allah beri pada kita hamba-Nya…kisah di atas menunjukkan bahawa setiap insan punya kelemahannya masing2….walaupun,Hatib merupakan seorang pahlawan perang,namun kerana keluarga yang tercinta,imannya lemah juga sehingga hampir2 bocor rahsia golongan mu’minin…

Begitu juga dengan kita….Allah tidak sesekali menjadikan sesuatu peristiwa sia2…semuanya ada pengajaran bagi kita….dalam segala jenis urusan,Allah dan Rasul seharusnya berada di tempat yang pertama….

Kita juga tidak perlu menjadikan musuh Allah sebagai pembantu ( Hatib yang memohon bantuan wanita musyrikin)…kerana boleh dia akan mengkhianati kita….namun,Allah juga tidak sesekali melarang kita berbaik dengan mereka selagi mereka tidak melampaui batas…

Contohi Rasulullah SAW dalam menyelesaikan sesuatu masalah…tidak tergopoh gapah menjatuhkan hukum,sebaliknya bertanya dengan penuh sabar dan tenang….sungguh mulia junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW ini….

Dan latihlah diri mencontohi sifat Hatib yang berani berkata benar meskipun beliau tahu natijah yang bakal diterimanya kerana perbuatannya itu….walaupun mungkin akan kehilangan kepala,berkata dusta tidak sekali kali…

Patuhnya para sahabat pada arahan seorang ketua juga perlu kita ikut….apabila Rasulullah SAW menasihatkan agar hal ini tidak disebut2 lagi,para sahabat tidak sekali kali mengungkit akan hal ini sama ada di hadapan atau di belakang Hatib dan Rasulullah SAW….kalau kita,sebulan pun belum tentu hal ini akan reda….astaghfirullah…

Banyak lagi ilmu yang boleh diserap dari tafsiran surah Al-Mumtahanah ini….semoga kita semua membaca,memahami dan mengamalkannya dalam usaha untuk mencapai redha-Nya…insyaAllah…

Tuesday, March 3, 2009

fikir-fikir....

Tidak semua makanan itu mengenyangkan,
Tidak semua kenyang selepas makan.

Tidak semua kesedihan perlu ditangisi,
Tidak semua tangisan menunjukkan kesedihan.

Tidak semua yang pelupa itu tua,
Tidak semua yang tua itu pelupa.

Tidak semua cinta itu buta,
Tidak semua buta kerana cinta.

Tidak semua ubat itu pahit,
Tidak semua yang pahit itu ubat.

Tidak semua yang berdarah itu sakit,
Tidak semua yang sakit perlu berdarah.

Tidak semua mati kerana sakit,
Tidak semua sakit pengakhirannya mati.