Saturday, January 28, 2012

saya sayang kerja saya

Salam buat yang sedang membaca....moga 5 minit yang digunakan untuk menelaah penulisan Damai ini dapat memberi sedikit ilmu pada kamu...:)

Di penghujung 'housemanship',ramai yang bertanya pada Damai....

" nak jadi doktor apa? "

" bius insyaAllah..."

" best ke?"

" entah...."

Terlalu umum soalan itu..Damai sendiri tak tahu sejauh mana 'best'nya jadi doktor bius....Namun apa yang pasti,hati ini macam menarik2 kaki untuk melangkah ke bidang itu.....

Secara umum tugas seorang doktor bius adalah menjaga pesakit yang dimasukkan di unit rawatan rapi ( ICU ), pesakit yang berada di dalam bilik bedah dan pesakit di wad biasa yang memerlukan bantuan mesin pernafasan....

Nampak mudah,nampak tak mencabar bukan?....tapi hakikatnya,hanya yang menghadapi mampu merasakan....

ICU....pesakit yang masuk semuanya dalam keadaan kritikal....tak stabil....menjadi tugas kami dan 'main team' untuk memastikan bahawa pesakit dapat keluar dari unit ini dalam keadaan sihat,sama ada separuh sihat atau sepenuhnya....setiap sistem badan akan dipastikan berada dalam keadaan baik dan stabil....sekecil-kecil masalah akan dipantau dan dirawat....

Kami akan berasa lega sekiranya pesakit dapat sekurang-kurangnya 'improve' dari sudut Glascow Coma Scale ( GCS )....kebanyakkan pesakit yang masuk dengan GCS 3 akan kami bantu untuk bangun dari keadaan koma itu....


Lain pulak ceritanya di dalam bilik bedah....Tugas kami adalah untuk memastikan pesakit tidak merasa walau sediktpun rasa sakit dibedah....Sama ada bius separuh atau penuh,pesakit tidak sepatutnya merasakan sakitnya kulit itu dibelah....

Ramai yang merasakan tugas ini senang,mudah.....

" ala bagi jelah ubat tahan sakit tu...bukannya susah sangat..."

Ya,memang betul...tetapi tahukah mereka ubat-ubat yang berada di genggaman doktor-doktor bius ini mampu mengambil terus nyawa pesakit-pesakit itu?....Kesemua ubat-ubat yang digunakan memberi impak pada jantung,salur pernafasan,otak,tulang belakang.....Pesakit tua yang menghidap penyakit kencing manis,darah tinggi,lebih-lebih lagi jantung lemah,stroke...semuanya berisiko tinggi untuk diberikan bius...silap-silap,boleh terhenti degupan jantung yang lemah itu apabila terkena sentuhan ubat bius yang diberi...


Memang ada sesetengah sahabat kedoktoran yang berada di bidang lain seakan-akan tidak memahami tugas kami,sehingga kadang-kadang mendatangkan pertengkaran.....Bagi kami,nyawa pesakit perlu diutamakan....sejauh mana kepentingan pembedahan dibanding dengan risiko pembiusan perlu diambil kira....

Sebagai contoh....baru-baru ini Damai ditugaskan berada di bahagian pembedahan tulang...pembedahan pertama akan dijalankan pada seorang kanak-kanak berumur 8 tahun....Bila Damai 'check' kanak-kanak itu ternyata dia sedang demam beserta batuk dan sakit tekak....Ini meletakkan pesakit ini di zon bahaya jika pembedahan diteruskan kerana salur pernafasan kanak-kanak sangat sensitif dan boleh menjadi sempit secara tiba-tiba sahaja....ditambah dengan masalah kesihatan itu,risiko salur pernafasan sempit itu akan automatik jadi berganda....bila sempit,susah untuk oksigen masuk ke dalam badan,dan akibatnya pesakit boleh mendapat kecacatan otak.....maka,atas bantuan pakar,pembedahan itu terpaksa dibatalkan dan ditunda sehingga kanak-kanak itu benar-benar sihat.....


Damai bersyukur dapat ditempatkan di bahagian ini...Alhamdulillah,perjalanannya amat mudah...sampai-sampai sahaja di Hospital Teluk Intan,terus permohonan untuk menjadi doktor bius diterima oleh Tuan Pengarah Hospital....( dengar cerita sebelum itu,ada yang memohon tetapi kebanyakkannya gagal )....Mungkin tempat telah disediakan untuk Damai berkhidmat di bahagian ini....:)

~ Berazam untuk mengambil 'master' dalam masa setahun dua lagi...teman-teman pun menggalakkan....kata mereka,kalau sudah berkahwin,berat sikit nak ambil 'master'...jadi,baik ambil sekarang sementara masih 'single'.....huhu insyaAllah ~

3 comments:

nahmy said...

teruskan...semoga menjadi pakar bius yg baik...insyaAllah

Anonymous said...

btul2..jd pakar bius yg terbaik.jgn jd cam doktor ammar dulu,overdose smp hmpir melayangkan nyawa.aiyoo~

Unknown said...

Boleh terangkan kpd saye x mcm mne prjlnn dokter utk mnjd seorg pkar bius..