Benar kata orang malang itu tidak berbau....kalau berbau pasti makan gaji buta lah doktor2 di hospital :)
Tetapi,sebagai manusia,Allah kurniakan :
- mata : untuk melihat ke sekeliling kita...
- telinga : untuk mendengar nasihat dan peringatan...
Dan yang paling penting,kita dianugerahkan akal untuk berfikir...dengan akal manusia dapat membezakan baik dan buruk....dapat mendekatkan diri dengan Pencipta...dan menjauhkan kita dari disamakan dengan haiwan....
Pernah terserempak dengan segerombolan lembu yang tiba2 melintas di tengah2 jalan?... kasihan lembu2 itu,tidak mampu berfikir padahnya melintas tanpa menoleh kiri kanan,tanpa tengok lampu isyarat....lebih kasihan lagi apabila kita sebagai manusia tidak mampu menggunakan akal dalam kehidupan seharian...sudah diajar dalam kelas memandu,yang merah itu berhenti,kuning itu bersedia dan hijau itu jalan....kenapa masih ada yang ingkar?...hmm mungkin dia menganggap dirinya cukup kebal untuk menghadapi apa2 musibah yang bakal berlaku....tak sayang nyawa namanya...
Namun apa yang terjadi yang sebenarnya semasa kejadian di atas berlaku hanya yang terlibat mengetahui....semoga jadi iktibar untuk kita...insyaAllah...
p/s : pernah berhadapan dengan pesakit yang jatuh bangunan,muka memang dah hancur dengan mata tersembol keluar...tetapi masih boleh berkata2 dengan Damai....ngeri memang ngeri,semoga dijauhkan dari musibah sedemikian...
~ thanks to cikgu Mohd Khalid Md Yusof for the idea ~
Kejadian anak cina ini yang paling tidak boleh Damai bayangkan betapa manusia langsung tidak menggunakan akal yang Allah bagi secara percuma....sedih :(
2 comments:
assalamualaikum doc, itulah adat kehidupan dunia...tiada yg sempurna. makin di cari kesempurnaan makin terlihat akan kepincangan. ianya hanyalah 'fatamorgana'...seperti yg saidina Ali kata..'hidup ini adalah tidor, mati itu terjaga'...wallahalam.
Salam cria dari seorang Pelaut. Moga Allah kasih.
Terus bertinta. :)
Post a Comment