Saturday, January 14, 2012

Allah tarik satu....

Bila dia putuskan untuk pergi,siapalah aku untuk menghalang...Telah menjadi takdir bahawa antara kami memang tiada rezeki untuk bersatu...Aku redha dan berusaha mencari kekuatan untuk bangkit semula...

Hati pedih?...Seharusnya hati ini merasakan sakitnya...tiada ubat yang boleh ditelan untuk menyembuhkan luka ini...malahan kalau dimasukkan ke hospital juga aku pasti tiada intravenous drug yang mampu meredakan pendarahan hatiku..

Tetapi aku tau,ada satu jalan yang boleh menyelamatkan aku dari rasa derita ini...REDHA...itulah jawapan untuk setiap persoalan hati ini...jika aku memilih untuk redha,segala yang pahit pasti terasa manis...

Allahu Rabbi...aku telah leka kerana dia...aku hampir2 berputus asa dengan rahmat-Mu semata2 kerana dia yang fana....sungguh tidak adil aku sebagai hamba-Mu...ku mohon keampunan dari-Mu,Tuhan Pengampun segala....

Kini aku lebih tenang...telah boleh tersenyum sendiri mengenangkan betapa lemahnya aku sebagai manusia...Aku mengharapkan kekuatan dari-Mu Ya Allah....kerana hanya dengan kekuatan itu aku lebih cekal menghadapi hari2 yang di hadapanku...insyaAllah....

Semoga dia lebih bahagia bila aku tidak lagi di sisinya....ameen :)

No comments: