Sunday, November 30, 2008

ngomelan di pagi hari....

Dari Ibnu Umar r.a, dari Nabi SAW baginda bersabda:”Lima kunci perkara ghaib, tidak mengetahuinya melainkan Allah iaitu: 1) Tiada mengetahui apa yang tersimpan di dalam rahim (kandungan perempuan) melainkan Allah. 2) Tiada yang mengetahui apa yang akan terjadi esok hari melainkan Allah. 3) Tiada seorangpun yang mengetahui bila waktunya hujan akan turun melainkan Allah. 4) Tiada seorangpun mengetahui di negeri mana dia akan mati melainkan Allah 5) Tiada yang mengetahui bila kiamat akan terjadi melainkan Allah.

(Bukhari)


pagi ahad yang sejuk...hari menunjukkan mendung..internet memaparkan hari ini suhu mencecah ke angka 5 darjah celcius...

rumah damai senyap sunyi je ni...almaklumlah malam tadi qiam di surau...pastinya mata2 itu tidak mampu menolak pujukan bantal untuk lelap barang sejam dua....biarlah...

xtau apa nak tulis nih....dalam benak fikiran ni,banyak je benda nak dilontarkan kat medan sejadahijau ni...tapi,hati berbisik...nantilah dulu...tulislah dan berilah ilmu hanya pada perkara yang betul2 pasti....

hari ini nabihah membatalkan usrah...xtaulah apa sebab musababnya...bahagialah kak sol sebab terlepas dari membuat presentation hari ni hehe....jeles2....huhu

novel 'tautan hati' memanggil2 minta dibaca...xde mood laa untuk membaca novel pagi2 yg penuh dengan blues ni...damai lebih suka mendengar lagu sambil menaip bait2 kata di sejadahijau ni...

di saat ini juga,sebenarnya damai sedang mem'bluetooth' lagu2 opick dari hp damai ke hp kak long...demam opick tiba2 menjelma....sedap2 juga lagu opick ni rupenye...selamanya damai hanya mendengar 1,2 lagu...

esok ade trial krok...bagi mereka yang tidak tahu..krok adalah set of objective questions yang perlu dijawab...soalannya berkisarkan semua subjek sejak dari tahun pertama dulu sehinggalah sekarang...exam yang sebenar2nya bulan 6 nanti insyaAllah...banyak betul soalan nak kene bace...Ya Allah,bantulah...

hmm dah sampai ke tahap yang "kata2mu tidak lagi memberi manfaat damai"...maka,damai stop kat sini dululah...ade something yang damai yang ingin tulis tapi damai belum ada kekuatan untuk menulisnya...insyaAllah akan diluahkan pada entri2 yang seterusnya...

sebelum menitikkan noktah terakhir...nak kongsi satu lagu opick ni...liriknya bagus,lagunya pun enak didengar hehe...hayatilah ye...




Taubat - Opick


Taubat
Album : Ya Rahman
Munsyid : Opickhttp://liriknasyid.com

Wahai Tuhan jauh sudah
Lelah kaki melangkah
Aku hilang tanpa arah
Rindu hati sinarmu

Wahai Tuhan aku lemah
Hina berlumur noda
Hapuskanlah terangilah
Jiwa di hitam jalanku

Ampunkanlah aku
Terimalah taubatku
Sesungguhnya engkau
Sang Maha Pengampun Dosa

Ya Rabbi ijinkanlah
Aku kembali padaMu
Meski mungkin takkan sempurna
Aku sebagai hambaMu

Ampunkanlah aku
Terimalah taubatku
Sesungguhnya engkau
Sang Maha Pengampun Dosa

Berikanlah aku kesempatan waktu
Aku ingin kembali
Kembali kepadaMu

Dan mungkin tak layak
Sujud padaMu
Dan sungguh tak layak aku

Saturday, November 29, 2008

menjemput Dzulhijjah....

Daripada Ibnu Umar r.a katanya: “Rasulullah SAW telah memegang kedua-dua bahu ku lantas bersabda : “Hendaklah kamu menjadi seperti seorang dagang di dunia ini atau seorang pengembara..” Ibnu Umar r.a berkata : “Apabila kamu berpetang-petang janganlah kamu menunggu waktu pagi, dan apabila kamu berpagi-pagi maka janganlah tunggu waktu petang dan pergunakan masa sihat mu sebelum sakit mu dan masa hidup mu sebelum mati mu...”

Sampai sudah tahun ini ke pengakhirannya…

Dzulhijjah…bulan yang mulia…bulan yang mana Allah sekali lagi mengurniakan kita dengan pelbagai ganjaran dan tarbiyyah untuk kita terus jadikan pedoman dalam kehidupan…

Rasulullah saw bersabda :

مَا مِنْ أَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيْهَا أَحَبَّ إِلَى اللهِ مِنْ هَذِهِ اْلأَيَّامِ - يَعْنِي أَيَّامَ الْعَشْرِ. قَالُوْا: يَا رَسُوْلَ اللهِ، وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيْلِ اللهِ؟ قَالَ: وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيْلِ اللهِ إِلاَّ رَجُلاً خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ ثُمَّ لَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَيْءٍ

“Tidaklah ada hari yang amal soleh di dalamnya lebih dicintai oleh Allah dari hari-hari tersebut (yaitu sepuluh hari pertama bulan Dzulhijjah).” Para sahabat pun bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah jihad di jalan Allah tidak lebih utama?” Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata: “Tidaklah jihad lebih utama (dari beramal di hari-hari tersebut), kecuali orang yang keluar (berjihad) dengan jiwa dan hartanya, kemudian tidak kembali dengan keduanya (karena mati syahid).” (HR. Al-Bukhari)

masyaAllah...betapa istimewanya bulan bongsu ini sehingga ganjarannya disamatarafkan dengan pahala bagi mereka yang mati syahid...

Makanya, adalah baik jika kita sama berebut mengambil peluang keemasan ini....perbanyakkan zikir,membaca Al-quran dan solat sunnat pada bulan ini...

Firman Allah :

وَيَذْكُرُوا اسْمَ اللهِ فِي أَيَّامٍ مَعْلُوْمَاتٍ
“Dan supaya mereka berdzikir menyebut nama Allah pada hari yang telah ditentukan.” (Al-Hajj: 28)

Disunnatkan juga untuk berpuasa dari 1-9 Dzulhijjah...puasa pada hari ke-9 Dzulhijjah dikenali jugak dengan nama Puasa Arafah..pada hari ini,para jemaah haji akan melakukan wukuf di Arafah...

Sabda Rasulullah saw lagi :

يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ
“(Puasa Arafah) menghapus dosa-dosa setahun yang lalu dan yang akan datang.” (HR. Muslim)

Hmm setelah berpuasa 9 hari...hari raya pun tiba...satu lagi hari raya bagi kita ummat Muhammad saw iaitu hari raya EidulAdha...atau dikenali juga sebagai Hari Raya Qurban atau Hari Raya Haji atau pun kat Ukraine ni dikenali sebagai Qurban Bairam....

Mengapakah hari raya ini istimewa??...

Kerana ianya mengingatkan kita akan peristiwa penting dalam sirah Nabi Allah Ibrahim ‘alaihissalam...di mana baginda diuji oleh Allah untuk menyembelih anak kesayangannya Nabi Allah Ismail ‘alaihissalam...damai confirm sume arif tentang kisah ni kan....(^_~)
1 lagi hari penting dalam bulan ini adalah dinamakan Hari Tasyriq....iaitu hari ke 11,12 dan 13 Dzulhijjah...pada tiga hari ini, kita diharamkan untuk berpuasa kerana Allah telah mengkhususkan hari2 ini sebagai hari untuk makan,minum dan berzikir....

Kata Nabi saw :

أَيَّامُ مِنَى أَيَّامُ أَكْلٍ وَشُرْبٍ وَذِكْرٍ لِلهِ عَزَّ وَجَلَّ
“Hari-hari Mina (hari nahr dan tasyriq) adalah hari-hari makan dan minum serta berdzikir kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala.” (HR. Muslim)

Hmm itu sahaja info yang dapat damai kongsi bersama kali ini...jom kita berpuasa....selain dapat mendekatkan diri dengan Allah...dapat juga sedikit sebanyak merehatkan gastrointestinal tract kita ni...hehe

Akhir kalam...




Thursday, November 27, 2008

terima kasih Allah kerana...


Dia mengerling jam di tangannya…sudah menunjukkan pukul 2.45…hatinya mula risau…bimbang tidak sempat menunaikan fardhu asar…kak long masih belum membuat keputusan kasut mana yang hendak dibeli…nike,reebok atau adidas….

“kak long,kita solat dululah….jom kita tny cashier tu ada toilet x kat sini” dia mencadangkan..

“jom” pantas kak long menjawab..

“izviniti devushka,zdes yies tualiet?” dia mengajukan soalan..

“da…iditi na primoi..e meshdu nike e foxmart tam yies tualiet”

Dia dan kak long memacu langkah menuju toilet…terlepas pandang simbol di depan pintu,mereka memasuki toilet lelaki…fuh,nasib baik tidak ada sesiapa waktu itu…

Dia sedikit kagum melihat toilet di pasaraya itu…bukan apa,pattern toiletnya tidak ubah seperti toilet di Malaysia…jarang dapat bertemu dengan toilet macam ni kat bumi Allah Ukraine ni…

“sudah maju juga Ukraine ni” bisik hatinya..

Lega terasa apabila pili mengeluarkan air…bukan apa,kadangkala ada toilet yang hanya menjadikan pili sebagai perhiasan…pili cantik bukan main,tapi tidak mampu untuk mengeluarkan air..

Satu lagi ujian yang perlu dia dan sahabatnya itu hadapi…berwudhuk di sinki yang kecil itu…lebih2 lagi,rule utama negara ini…”TIDAK DIBENARKAN MEMBASAHKAN LANTAI DENGAN AIR”….

Dia menunjukkan muka risau….

“xpe,nnt kita mop laa balik” kak long memujuk..

Mereka mula mengangkat wudhuk…tiba2…

“devushki,shto takoe??!!”

Adus..kene marah untuk ke sekian kalinya….mereka meneruskan proses mengambil wudhuk dan terus keluar dari toilet sambil memohon maaf pada mak cik cleaner yang masam mencuka kerana kerjanya pada waktu itu telah bertambah….

Tiada tempat untuk solat…

“damai,kak long rasa nak nangis laa…”

“xpe,kita solat cepat…kat sini jelaa..”giliran dia pula untuk memujuk..

Di lorong sempit antara kedai nike dan foxmart itu mereka menghampar sweater untuk dijadikan sejadah dan mula meninggalkan dunia ini untuk bertemu Allah…Tuhan yang Maha Besar….

Tumpuannya sedikit terganggu apabila ada beberapa org yang lalu lalang di situ tertawa melihat dia ruku’ dan sujud…dia memohon diberi kekuatan iman untuk melangsaikan solatnya agar dia tidak berhutang dengan Allah…

Selesai solat,mereka terus menuju ke kedai kasut semula…namun,tiada yang dapat memikat hati kak long…dia pula sempat membeli sepasang kasut adidas…simple dan betul2 memenuhi citarasanya…

Di dalam bas…dia duduk mendiamkan diri…ingatannnya berpatah balik pada kejadian tadi…sedikit geram dan marah mula bercambah walaupun itu bukanlah kali pertama dia diketawakan ketika solat…malah pernah suatu ketika dulu,sejadahnya dipijak oleh mereka yang langsung tidak berhati perut itu…

Setengah dekad sudah dia berada di Ukraine....sebuah negara yang memilih kristian orthodoks sebagai agama kebangsaan….semestinya tiada surau disediakan di kawasan universiti…masjid pula boleh dikira dengan jari dan kedudukan nun jauh di pedalaman…ya,ada 1 surau di hostel tempat dia dan teman2nya yang lain tinggal..di situlah satu2nya tempat mereka berkumpul…berusrah,berkuliah,berqiam..

Kadang2 jadual kelas yang boleh dikatakan tidak berperikemanusiaan membuatkan dia dan teman2nya terpaksa bersolat di mana sahaja yang termampu….sebut sahaja di mana,asal sahaja diyakini kebersihannya,mereka akan membentang tikar sujud itu…

Bawah tangga…
Koridor…
Lecture hall…

Malah,pernah ketika pulang dari menziarahi seorang sahabat….kerana keretapi terlalu lambat tiba,mereka solat di kerikil2 batu tempat menunggu keretapi itu….

Berbeza suasananya dengan pelajar di Malaysia…

Tabir memorinya disingkap lagi ketika dia belajar di matriks dulu….waktu solat memang disediakan….solat berjemaah di masjid…tenang dan damai sekali..tidak perlu risau air terkena lantai…tidak perlu terkejar2 mencuri2 waktu untuk solat…yang muslimin tidak perlu berlelah2 meminta izin ckgu untuk keluar solat jumaat…

Namun,dia tidak akan pernah mengeluh..dia tidak akan pernah kalah…dia tidak akan pernah tewas dengan cabaran ini….meskipun,dia tahu ramai sudah antara teman2nya di sini memilih untuk memegang prinsip2 buatan sendiriyang dia sendiri tidak tahu dari mana asalnya…

“kalau dah susah sgt nk sembahyang,sembahyang je balik kelas nnt…qada’ laa sume waktu yang tertinggal tu…” petah seorang teman kelasnya berkata…

Tidak…itu bukan caranya…itu bukan jalan penyelesaiannya…

Biarlah dia bersusah asalkan tiang agamanya masih tetap utuh berdiri…..

Bukankah Allah telah awal memberitahu..



“sesungguhnya orang2 yang berdosa telah mentertawakan orang2 yang beriman...
Apabila mereka bertemu dengan orang2 mukmin,mereka memberi isyarat dengan mata sesamanya untuk mengejek…dan apabila mereka kembali kepada keluarganya,mereka kembali dengan suka cita (membuat lucu)…apabila mereka melihat orang2 mukmin,mereka berkata,’sesungguhnya mereka orang2 yang sesat’….padahal bukanlah mereka diutus untuk menjaga orang2 mukmin…maka pada hari ini (qiamat),orang2 mukmin akan mentertawakan orang2 kafir itu….di atas dipan yang indah mereka melihat (orang2 kafir itu)….adakah orang2 kafir itu mendapat balasan atas apa yang telah mereka perbuat (tentunya mereka mendapat balasan)…”

Bait2 akhir surah Muthaffifin itu menenangkan kembali hatinya….

“na astanovke pazhalsta” suara kak long mematikan ingatannya…

Dia berjalan pulang dengan hati yang penuh syukur…
"terima kasih Allah kerana memberi peluang untuk aku melalui kehidupan di sini"...

~~suatu kisah benar…bukan ciptaan…bersyukurlah pada mereka yang belajar di negara Islam…imarahkanlah rumah Allah itu….sedang pada mereka yang senasib dengan damai…jgn putus asa dgn ujian ini…Allah pasti akan membantu…~~

Daripada Mukkil bin Yasar r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Beribadat dalam keadaan kekacauan (huruhara/malapetaka) sama kelebihannya dengan berhijrah kepadaku”



the memory stays.....

When I was just a little girl
I asked my mother, what will I be
Will I be pretty, will I be rich
Here's what she said to me.

Que Sera, Sera,
Whatever will be, will be
The future's not ours, to see
Que Sera, Sera
What will be, will be.

When I was young, I fell in love
I asked my sweetheart what lies ahead
Will we have rainbows, day after day
Here's what my sweetheart said.

Que Sera, Sera,
Whatever will be, will be
The future's not ours, to see
Que Sera, Sera
What will be, will be.

Now I have children of my own
They ask their mother, "what will I be"
"Will I be handsome, will I be rich"
I tell them tenderly.

Que Sera, Sera,
Whatever will be, will be
The future's not ours, to see
Que Sera, Sera
What will be, will be.

A cute song I used to sing during my primary school…

Tiba2 damai merindukan zaman itu…
Zaman kanak2 yang bebas dari masalah…
Suci daripada dosa…
Disayangi dan dibelai…
Ditatang dan dimanja…

Kini sudah 1 dekad telah berlalu dari waktu indah itu…
Teman2 dulu kini sudah pun berumahtangga….
Hati dan diri ini kian kotor dicemari dosa…
Sekarang bukan lagi masa untuk meminta disayangi…tetapi masa untuk belajar menyayangi..
Bukan lagi masa untuk mengharap belai kasih…tetapi masa untuk menghulur kasih…
Menyemai kasih…membaja sayang…
Pada yang selayaknya….

“Que Sera, Sera,
Whatever will be, will be
The future's not ours, to see
Que Sera, Sera
What will be, will be”

As the melody continues…
As the lyric whispers…
I hope I wish I pray….
For tomorrow will be better…
For tomorrow will be brighter….
Than today….

Masa untuk melelapkan mata…
Masa untuk merehatkan minda…
Masa untuk seketika bebas dari dosa….
Selamat malam semua ^_^

Wednesday, November 26, 2008

optimis sentiasa....

Abu Darda’ radhiyallahu anhu berkata

“3 perkara yang sangat dibenci oleh manusia tetapi aku sangat suka adalah kefaqiran,kesakitan dan kematian..kerana kefaqiran itu memberi ketenangan pada hati,kesakitan itu dapat menghapuskan dosa dan kematian itu dapat memberi peluang untukku bertemu dengan Allah”

Abu Darda’….satu nama yang tersohor di bibir mereka yang mengkaji sejarah Islam…malulah pada mereka yang mengaku kasihkan Rasulullah saw andai tidak mengenali siapakah dia Abu Darda’…

Sedikit sejarah tentang sahabat ulung Rasulullah saw ini…

Merupakan seorang yang berbangsa yahudi…terkenal sebagai seorang peniaga yang jujur lagi murah hati…beliau sering menjual barangan dengan harga yang rendah menyebabkan penduduk Makkah begitu senang untuk berurus niaga dengan beliau…

Hidayah Allah menyusuri masuk ke dalam hatinya….di hadapan Rasulullah saw sendiri beliau melafazkan kesaksian bahawa tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan sesungguhnya Muhammad itu pesuruh Allah…

Mengamalkan kehidupan yang zuhud,beliau hanya menduduki sebuah pondok kecil dan mencari nafkah sekadar memenuhi tuntutan asas seorang manusia…beliau menolak lamaran seorang penguasa bernama Yazid Ibn Mu’awiyah yang ingin menyunting puterinya kerana beliau khuatir yang puterinya itu akan hidup di dalam kesenangan sehingga akan lupa untuk mengutamakan cinta dan redha Allah…

“engkau tidak akan dapat menjadi taqwa selagi tidak berilmu..sedang ilmu itu tidak akan sempurna tanpa amal”..merupakan kata2 yang menjadi pegangan beliau….

Menghembuskan nafasnya yang terakhir di Mesir dan dimakamkan di kota Iskandariah sedang Allah menjanjikan kedudukannya di kalangan orang2 yang soleh…

Berhenti bercerita tentang Abu Darda’…kerana apa yang damai nak story secara amnya adalah sesuatu yang berkaitan dengan kata2 beliau di awal artikel tadi…^^

Satu kesimpulan yang boleh dibuat tentang kata2 itu adalah betapa optimisnya pemikiran insan yang dikasihi sekalian penduduk langit dan bumi ini…di kala setiap jiwa membenci kepada kefaqiran,kesakitan dan kematian…beliau tampil dengan keyakinan bahawa setiap perkara itu sebenarnya membawa seribu kebaikan…

Sedang kita pada hari ini lebih suka dan lebih dahulu untuk memilih mudah dari payah…padahal jalan yang lebih payah itu sebenarnya membuatkan kita lebih dekat padaNya…

Persoalan mudah untuk membuktikan kenyataan di atas…di antara waktu senang dan susah,PASTI di kala susahlah baru kita terduduk merintih, meraung dan berjuraian airmata mengharapkan bantuan Allah…di waktu senang,tikar sejadah itu hanya sekadar dihampar untuk menunaikan solat yang fardhu,itupun tidak lebih dari 10-15 minit….Ya Allah,ampunkanlah kami…
Seperkara lagi wahai sahabat….Abu Darda’ juga melatih kita agar menerima setiap musibah yang datang dengan hati yang penuh baik sangka pada Allah ~Tuhan Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya….

Memang berat menempuh dugaan yang tiba tetapi yakinlah bahawa setiap butir kesabaran yang lahir dari hati yang redha,tiada ganjaran yang akan datang melainkan semua yang baik2 belaka…tidak di dunia,di akhirat nanti…janji Allah itu BENAR….

Itu aje buat kali ini…semoga kita semua tergolong dalam golongan orang2 yang hatinya bersih dari segala sifat mazmumah dan tepu dengan sifat2 mahmudah…ameen…^^


Saturday, November 22, 2008

"practicing the theory"...thanks balqis (^_~)

sekadar suke2 melayan adik kesayanganku balqis ehhehehe

The rules are:

1. Take a screenshot of your desktop without moving/closing any of the windows
2. Tag 5 people!

so,sahabat2 yg dikasihi Allah..ini adalah desktop display damai...




damai sekarang dlm mood utk 'ayat2 cinta'...tapi tiada kaitan ye dgn sesape...samada yg masih hidup ataupun yg telah meninggal dunia...

dah lame jugaklah rasenya damai xtukar display ni..before ni letak gambar budak nakal -akish- my cousin...^^

hmm nk tag sape ni???...

1) dhiya

2) 'bluetulip'

3) delima

4) fairuz diyana

5) ustaz afifi

tazkirah utk kali ini :


Drpd Abdullah bin Mas’ud r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: " Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya ada seberat biji sawi dari kesombongan dan tidak akan masuk neraka orang yang di dlm hatinya ada seberat biji sawi dr iman"

p/s : bal,akak berjaya melakukan seperti yg diajar..hehe

Saturday, November 15, 2008

tewas meskipun berperisai.....




“kenapa kita masih diganggu syaitan dan jin meskipun dah bace 2 surah ni?” naqibah damai mengemukakan soalan…

Damai dan sahabat2 yg lain terdiam….berfikir….

“ hmm kerana…kurangnya keyakinan kita pada pertolongan Allah itu…apabila keyakinan kurang,maka syaitan pn mudah utk menembusi benteng pertahanan kita…”

Lebih kurang mcm tu laa jwpn kpd persoalan yg diberikan tadi…

Berbincang tentang tafsiran 2 surah lazim yg plg awal menjadi hafalan kita sewaktu kecil iaitu Surah An-Nas dan Surah Al-Falaq berakhir di situ…

Syaitan la’natullah sejak penciptaan Nabi Adam ‘alaihissalam lagi telah berjanji akan menyesatkan keturunan Bani Adam sehinggalah tibanya hari Qiamat nnt…ia berjanji akan menggoda manusia agar terus dlm kelalaian dan melupakan janji2 yg dipatrikan semasa di dlm alam roh dulu….

Namun,Allah tdk prnh sesekali membiarkn hamba2Nya berlawan memerangi anasir2 jahat ini tanpa sebarang senjata dan perisai…segala2nya Allah ciptakan lengkap buat kita gunakan utk melindungi diri dari mengikut jejak langkah penderhaka2 ini…

Secara khususnya,Allah telah menurunkan surah An-Nas dan surah Al-Falaq ini sbagai perlindungan buat kita…

TAFSIRAN SURAH AN-NAS

1. Katakanlah: “Aku berlindung kepada Tuhan (yang memelihara dan menguasai) manusia.
2. Raja manusia.
3. Sembahan manusia.
4. Dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi,
5. yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia,
6. dari (golongan) jin dan manusia.


TAFSIRAN SURAH AL-FALAQ
Katakanlah (wahai Muhammad):

1.Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk.
2.Dari bencana makhluk-makhluk yang Dia ciptakan.
3.Dari bahaya gelap apabila ia masuk.
4.Dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan).
5.Serta dari kejahatan orang yang dengki apabila dia melakukan dengkinya.


Damai tahu...semua org pn tahu bace surah ni...bahkan,2 surah ni adalah antara surah feveret kita dlm solat krn ianya pendek dan simple...tp berbalik pada persoalan,kenape walau dh bace surah ni,dh hafaz,masih ade lagi kejadian sihir,pukau,histeria terjadi???...

Apakah xcukup kuat perisai ini buat kita?mustahil...krn masakan Allah tdk melengkapkan kita dgn kelengkapan yg secukupnya...Maha Suci Allah...Allah itu Maha Sempurna dari segala kekurangan...

Semuanya terletak pada diri kita...

Apabila lidah kita melafazkn ayat2 Allah ini,adakah kita btl2 yakin akan fungsinya sbgi pelindung?

Apabila kita fasih menyebut tiap patah perkataan ini,adakah kita benar2 fhm dan menghayati maksudnya?

Andainya,kita hny lancar di lidah,ttapi hati ini masih lagi ‘blur’ akan mksdnya,dan masih lagi berasa takut pada makhluk2 yg dila’nat ini,tentuny perbuatan kita itu akan tggl sia2...

Oleh itu,adalah sebaikny utk kita memahami sepenuhny maksud ayat2 dlm kedua2 surah ini...supaya kita tdk lagi tewas di tgn makhluk2 sprti syaitan,jin,sihir,hasad dengki dan mcm2 lagi...

Yakinlah dgn Allah....

Rasulullah saw bersabda..

“syaitan itu duduk mencangkung di atas hati manusia...apabila manusia menyebut nama Allah,ia lari...apabila manusia lalai,ia akan membisikkan kejahatan dalam hati manusia”

Monday, November 10, 2008

odessian dearie....


nothing much to say...

juz...


SORRY !!

DIDN'T MEAN TO HURT ALL OF YOU...

apa yg penting....


Teori 1

“ kat sini sy nk beritahu…apabila seorg doctor berkahwin juga dgn seorg doctor..itu adalah rahmat dari Allah sebenarnya…krn insyaAllah pasangan kita itu nnt akan fhm kebizian seorg doctor krn dia juga seorg doctor…”

Teori 2

“ uncle nk nasihat kat u all…jgn kahwin dgn doctor…haru biru nnt…anak xterjaga…on call..etc etc etc….”

Teori 3

“ sy bersyukur krn berkahwin dgn seorg doctor..sy bangga krn dpt memasak utk isteri sy………”

3 teori dtg dr 3 insan…

Teori 1 dtg dari seorg sahabat yg memberi ceramah ttg cinta kire2 2thn dulu…
Teori 2 dtg dari seorg doctor yg dtg ke universiti damai memberi sedikit nasihat kpd kami..
Teori 3 dtg dari seorg ustaz yg dikenali…ustaz hazrizal…saifulislam.com..

Perkahwinan adalah suatu rahmat Allah utk hambaNya....sebanyak mana pn ni’mat yg Allah bg pada Adam ‘alaihissalam,kesunyian masih juga terasa…Hawa…diciptakan Allah khas utk Adam…utk menyayangi dan disayangi…

Tetapi apalah erti perkahwinan,andai ianya tiada menjanjikan kebahagiaan….apakah kunci bg kebahagiaan yg dicari itu?...

Straight to the point,saje damai bawa teori2 kat atas tu…sbb mmg byk konflik berlaku berkenaan hal berkahwin dgn doctor ni…mgkn utk profesion lain,wujud jugak konflik tp since damai dlm jurusan medic,maka biarlah damai pilih profesion ni utk tajuk kali ni…

Ramai yg takut utk beristerikan doctor…ramai yg berpendapat hny doctor yg boleh beristerikan seorg doctor…(kesian kami hehe…) alasannya,doctor bz…on call…xdpt nk masak selalu utk suami,jaga suami…etc etc etc…

benar…tu semua mmg benar2 belaka…mmg doctor ni adalah satu pekerjaan yg bz…yg mmg btl2 memenatkan…tp tu semua bukanlah alasan mengapa kami tidak boleh menjadi seorg isteri yg solehah,yg membahagiakan suami dan anak2…

apa yg penting dalam sesebuah rumahtangga bukanlah terletak pada pekerjaan kedua pasangan tersebut…apa yg penting adalah sesuatu perkara yg dinamakan IMAN…

dgn iman,tidak ada suara2 “ni awak punye keje,ni saye punye keje”….sebaliknya “mari kita sama2 selesaikan keje ni”..

dgn iman, tidak akan timbul kate2 “ awk ni bz sgtlaa…langsung xkisah pasal sy dan anak2” sebaliknya “ kesian awak,sgt pnt bekerja,bwk2lah berehat”

hargailah pasangan kita walau siapapun dia…jgn jadikan perkara2 seperti profesion ni factor utama permasalahan…sebaliknya jadikanlah ianya sebagai satu advantage utk kita meningkatkan lagi fungsi kita sebagai seorg manusia….

Sabda Rasulullah saw :

“sebaik2 wanita (isteri) ialah yg apabila engkau memandangnya menyenangkan hati, jika diperintah ditaati dan jika ditinggalkan di rumah,dia menjaga maruah dirinya dan menjaga hartamu” <>

~~ tepuk dada Tanya iman…~~ (^_~)

Thursday, November 6, 2008

a muvi we must watch...


Dgn nama Allah….Tuhan yg menciptakan seluruh alam…Tuhan yg wajib disembah…Yg dgn rahmat dan kasih sygNya,kita masih mampu bernafas di atas muka bumi ini..

Selawat dan salam juga buat Nabi Muhammad saw…Rasul Allah…Kekasih Allah…Penghulu kita…penyelamat dan pemberi syafaat di hari akhirat…serta salam buat ahli keluarga baginda,para sahabat dan para tabi’in….

masa tulis post kali ni,damai baru je abis tgk muvi “THE KITE RUNNER”…satu citer yg mmg xkan merugikan kita menontonnye…trust me ^^

~Hassan dan Amir~... 2 watak utama dalam filem ni….menceritakan ttg sebuah persahabatan yg unik,yg tidak mungkin kita dpt pada hari ini…Allahu a’lam..

Melihat keikhlasan Hassan…kesediaan Hassan utk sentiasa memberi…kerelaan Hassan utk melakukan apa shj utk Amir membuatkan menitis jugak airmata damai ketika menonton citer ni…(nk belajar erti ikhlas,hayatilah watak Hassan)…..Meskipun kebaikan Hassan tidak dibalasi dgn kebaikan…namun dia tidak putus2 menghulurkan khidmatnya sebagai seorg sahabat…sebagai seorg anak…sebagai seorg pekerja….

Sepanjang 2 jam menonton citer ni,satu je ayat Allah yg bermain dlm fikiran damai iaitu ayat dlm Surah Ar-Rahman yg bermaksud…

”kebaikan akan dibalasi dgn kebaikan”…

Kita harus sentiasa ingat bahawa stp kebaikan itu pasti ada balasannya…(bknlah maksud damai,kita kene buat kebaikan utk dptkan balasan hehe)…cume kite wajib yakin dgn janji Allah yg stp kebaikan yg kita lakukan tidak akan sia2….Seperti janji Allah dlm surah Al-Zalzalah juga…

”maka barangsiapa yg mengerjakan kebaikan meskipun sebesar zarah,pasti dia akan melihat balasannya…dan barangsiapa yg mengerjakan kejahatan meskipun sebesar zarah,pasti dia akan melihat balasannya”

Dlm filem ni,damai melihat kebaikan Hassan bukanlah suatu kebaikan yg sia2…malah kebaikannya itu telah menjadi asbab terselamatnya Sohrab dari cengkaman Assef…(watak jahat dlm citer tu…)….

Ooppss…damai dah citer lebih pulak ni…xsyoklaa kan klu nk damai yg citer…kene tgk citer ni…insyaAllah byk teladan dan pengajaran kita akan dpt…dan insyaAllah juga,pengajaran itu dpt kita apply dlm kehidupan kita…kita mungkin tidak dpt menjadi semulia Hassan dlm bersahabat…tetapi dlm masa yg sama,kita haruslah berusahan mengelakkan diri kita dari mengikut sikap Amir…^^

Byk lagi element2 pntg dlm citer ni selain persahabatan antara Hassan dan Amir td…antaranya,mengajar kita pntgnya cara utk kita mendidik anak2….pntgnya utk kita mempertahankan maruah dan hak sesama saudara meskipun tukarannya adalah nyawa…pntgnya utk kita menjaga amanah yg diberikan…dan yg plg pntg,adalah utk kita memahami dgn lebih dalam apakah yg sebenarnya diajar dlm Islam…apakah sebenarnya yg dimksdkn dgn hidup dalam sejahtera itu…Islam itu indah…Islam itu mudah….(tetapi jgn ambil mudah ye…^^)…

Seangkatan dgn citer “CHILDREN OF HEAVEN”…sahabat2 semua pasti xnyesal tgk citer ni…selamat menonton…(^_~)

K laa…smpi sini dulu..till fingers meet keyboard again ^^…

~tazkirah buat kali ini…”tidak beriman di antara kamu selagi kamu tidak menyayangi saudaramu sepertimana kamu menyayangi diri kamu sendiri”… ~

Tuesday, November 4, 2008

walnut vs brain..







juz a short post...

skg sahabat2 damai tgh mood nk makan walnut...dah thn akhir ni baru kitrg sedar akan kewujudan dan kesedapan kacang ni...slalu mkn hazelnut,almond nut,dan kcg2 lain...

btw..susah gak nk mkn kcg ni..nasib kurang baik,kene bukak kulit dia gune tukul besi..smpi ada tgn sahabat damai yg luka terkene tukul besi tu...shian2 ^^ "klu x dipecahkan ruyung,mana kan dapat sagunya" hehe...(tp blh je beli yg dah siap di kupas kulitnya ^^)...

~~ tazkirah buat kali ni : perhatikan bentuk walnut tu..sebijik mcm brain kan...Subhanallah...~~

bkn sahaja sama dari segi bentukny...bahkan mcm yg damai td,nk pecahkan walnut ni mmg payah...samelah mcm struktur kepala kita ni...tempurung kepala ni keras jugak...Allah ciptakan ianya cukup keras utk melindungi otak kita dari sebarang gegaran dan hentakan...Masya Allah...

~ klu kita perhatikan alam sekeliling,kita akan rasa lebih mengagungkanNya...Allahu Akbar~

Sunday, November 2, 2008

memperbaiki akhlak....


Menunggu masa ke jemputan open house kak faz dan raz…sementara ade mase sikit ni,nk laa damai mencoret sikit kat sejadahijau ni…(byk pulak masa damai ade lately..boleh tulis blog stp hari…alhamdulillah..)

“damai ni..xtaula cmane…dia dgn dunia dia sndri je..”

Terdgr jiran damai berbual dgn ibunda damai…damai senyum je bile dgr komen tersebut ^^...

Mmg trademark damai kot…ada satu saat damai lebih suka ukt berada di alam sendiri…jauh dari insan2 sekeliling..(bkn antisocial ye..)..damai lebih suke memerhati keadaan sekeliling…memerhati dan menganalisis sikap dan karenah manusia…

Setelah beberapa memerhati…damai dpt melihat betapa di zaman ini,ramai generasi yg bijak pndi lahir…tetapi hakikatny dlm kehidupan seharian,sifat kasih syg itu semakin hilang…adakah dgn meningkatny ilmu,semakin bijaknya manusia,automatic rasa syg itu akan berkurangan..

Kisah benar 1 :

sekumpulan pelajar beratur nk naik bas…dlm mase yg same,sekumpulan warga emas juga sedang beratur utk menaiki bas yg sama…makcik2 itu nmpkny baru je keluar dari satu church yg berdekatan dgn tmpt tggu bas…kelihatan ade beberapa pelajar yg berebut dgn makcik2 (nenek2) utk naik bas tu…pelik damai menengoknye…sudah jelas,nyata dan terang…beza jarak usia antara 2 golongan tu…adakah krn mereka beragama kristian,kita tdk perlu utk menghormati mereka…

~~ingatan~~ islam tidak mengajar sedemikian..mulianya akhlak Rasulullah saw bkn shj apabila berhadapan dgn sahabat..malah dgn musuh juga…

Kisah benar 2 :

Seorg tua naik bas yg sama dgn damai…driver bas tu pn tny nenek tu,mane pas..nenek tu pn ckplah dia xde…(xsure apa dia ckp..sbb damai bknny fhm 100% bhs rusia ni..tp yg pasti,org tua tu xde pas utk naik bas tu)…dgn nada yg mmg agar tidak sopan,driver tu pn menghalau org tua tu turun dari bas…

~~ingatan~~ bersikaplah dgn sikap lemah lembut…tdk ade ruginya utk biarkan org tua tu naik bas tu wlupn tnpa bayaran…dan andaikata mmg xnk bg naik pn,berbicaralah dgn kata2 yg sopan…krn kita xtau,nasib kita pada masa akan dtg…Ya Allah,ampunkan dan peliharalah kami…

Kisah benar 3 :

“thn ni kami dah xbg beras dan bhn mknn lagi..krn thn lps,ada makcik2 yg bwk beras,baru nk kuar dr perkarangan masjid,beras dah tertumpah”
Kata2 ustaz azhan..ketika damai meneman nenek damai ke masjid utk menerima zakat…

~~ingatan~~ ke mane prginy anak2 makcik2 tu??...Rasulullah saw dah pesan…”rugilah bg mereka yg mempunyai ibubapa yg sudah tua,tetapi tidak mengambil kesempatan itu utk berbakti kpd mereka”….nauzubillah…
Sahabat2…berakhlaklah dgn akhlak islamiyyah…damai juga dlm proses utk membtlkan diri…mane yg termampu kita lakukan..setakat beratur di barisan belakang,memberi tmpt duduk pada org yg lebih tua,membntu insan2 tua yg mengangkat brg2 berat…bknlah suatu perkara yg susah…

Puasa sunnat,solat di wktu mlm..semua tu kita mampu lakukan…kita mampu istiqamah dlm melakukan amalan2 tersebut..tp kenapa dari segi akhlakny,kita malas..kite tdk mahu dan kita tidah usahakan…dgn akhlak juga,kita mampu utk menyebarkan da’wah…percayelah..

~~berusaha utk memelihara dan memperbaiki akhlak…~~

Allahu Rabbuna...

segala puji bg Allah..Tuhan semesta alam..yg mentadbir dan mencipta sekalian makhluk...kami redha Allah sebagai Tuhan kami...Islam ini agama kami..dan Nabi Muhammad itu Rasul kami....Ya Allah,hidup dan matikanlah kami dlm agamaMu..ameen Ya Rabb...

sabtu ~~ 1827 ~~ hmpr fatigue dgn aktiviti hari ini..bz sedikit hr sabtu damai kali ni...terkejut skjp bdn..tp alhamdulillah masih ada lagi kesempatan mase utk damai menulis ptg ni...

menghadiri usrah ptg td membuatkan damai begitu semangat utk menulis topik kali ni..saje damai menulis topik ni agar ape2 ilmu yg damai perolehi,dpt dikongsi bersama...^^

sejak sekolah lagi kite semua belajar ttg aqidah...belajar ttg mentauhidkan Allah...dan perkara asas mase belajar dulu adalah utk kita mengetahui pembahagian tauhid itu sendiri...

secare ringkas damai nk mengimbas balik apa yg kita belajar kat sekolah dulu...

3 bhgn tauhid..

Rubbubiyyah : dimiliki oleh setiap manusia...mengaku di alam rohani bahawasanya Allah adalah Tuhan sekalian makhluk...

Uluhiyyah : dimiliki oleh org yg beragama Islam shj...mengaku bhw hanya Allah Tuhan yg wajib disembah...

Asma' wa sifat : mengaku dan percaya akan sifat2 Allah (sifat wajib,mustahil,harus bg Allah)

hmm cmane...terimbas x memory sahabat2 semua...klu dah terimbas (wujud ke perkataan ni sbnrny ^^)...kite proceed pulak pada bab seterusnya iaitu ...

Pengertian "ILAH"...ILAH bermksd Tuhan...dan bg kita umat Islam,kita wajib yakin bhw sesungguhnya tiada Ilah lain yg WAJIB disembah melainkan Allah...Allahu Rabbuna...

terdapat 6 bahagian pengertian ILAH ini...

1) Ilah sebagai kefahaman lazim...: mksd kat sini adalah mempercayai bhw Allah adalah Tuhan yg wajib disembah merupakan 1 perkara yg lazim bg kita...siapalah kita tanpa Pencipta...huru hara lah hidup kita tanpa dipimpin oleh satu kuasa besar yg mengetahui setiap perkara yg berlaku di dunia ini...

2) Ilah sebagai tempat pengabdian : mksdnye,kita menyembah Allah...mengagungkanNya...mengamalkan apa yg disuruhNya dan meninggalkan apa yg dilarangNya...

3) Ilah sebagai tempat berlindung : jelas kan...klu nk jelas lagi,baca tafsiran surah Al-Falaq dan An-Nas..

4) Ilah sebagai tempat tumpahnya kecintaan : bykkan memuji Allah...Subhanallah..Alhamdulillah...Allahu Akbar...semua kalimah2 ni mampu melahirkan rasa kecintaan yg mendalam dalam diri kita utk Allah...mudah juga utk diamalkan...^^

5) Ilah sebagai pemberi rezeki : yakin akan rezeki kita,jodoh kita,hatta ajal kita semuanya ditentukan oleh Allah...

6) Ilah sebagai sumber perundangan : meyakini dan mengamalkan sistem perundangan yg Allah ciptakan...bkn menjalankan hukum undang2 berdasarkan buah fikiran manusia sendiri....hukum Allah hukum hudud..bkn yg selain daripada itu...

hmm..agak berat jugak topik yg damai tulis kali ni...slaluny,damai lebih sng berbicara ttg akhlak..tp kali ni,damai merasakn pntgny utk damai menulis ttg perkara tauhid..agar ilmu ini dpt kita kongsi dan dismpikan sesama kita...kita arif dan tahu ttg perkara ni,tp dlm mase yg same,kita juga mudah lupa dan leka...jadi,bila sahabat2 semua baca artikel ni...sedikit sebanyak iman kita dapat kita perbaharui dan dpt dipertingkatkan...insyaAllah...

~~ jagalah Allah..Allah menjagamu...~~