Friday, June 5, 2009

3 dalam 1

4 JUN 2009….

Alhamdulillah…hari ini selesai 3 subjek peperiksaan…..the triad of pediatrics, social medicine and hygiene….walaupun,banyak soalan yang Damai dapat adalah soalan yang seboleh2nya Damai tidak mahu ketemu,namun,Allah juga yang menentukan….soalan yang tak nak itulah yang dapat huhu tapi,alhamdulillah,dengan usaha yang segenggam dan ingatan yang secubit,dapatlah juga Damai membuka mulut ini menjawab soalan2 yang diberi…

Jadi,untuk entri kali ini....Damai cuma ingin memberitahu serba sedikit apakah itu pediatric, social medicine dan hygiene ni...sudi2lah baca ya ^^

PEDIATRIC


Subjek perubatan tentang kanak-kanak. Bermula dari lahirnya bayi sehingga berumur 18 tahun,jika ada sebarang masalah kesihatan,kanak2 ini akan dikategorikan di bawah bahagian pediatric ini. Secara umumnya,penyakit2 yang dipelajari dalam subjek pediatric ini selalunya sama sahaja dengan sakit untuk orang dewasa,tetapi ada juga beberapa penyakit yang khusus untuk bahagian ini,contohnya seperti hemolytic disease of newborn, respiratory distress syndrome dan fetal alcoholic syndrome.

Walaupun majoriti penyakit yang dipelajari adalah sama dengan subjek medicine atau therapy untuk orang dewasa, tetapi masih ramai yang mengeluh tentang susahnya belajar subjek pediatric ini. Mahu tahu kenapa? Kesusahan subjek ini terletak pada pertamanya,pengendalian dengan pesakit. Bukan mudah hendak berkomunikasi dengan kanak2 bukan? Kalau dapat yang fasih berkata2 dan tidak takut dengan ‘ orang yang berbaju putih’ ( white coat syndrome ),kerja akan jadi mudah sedikit. Tetapi,bila dapat kanak2 yang baru mendengar tapak kaki doktor pun dah meraung,setinggi2 kesabaran perlu disemai dalam lubuk hati. Itu belum lagi,pada bab bayi yang hanya tahu untuk menangis,menangis dan menangis jika ada sesuatu yang tidak kena pada badan. Kepekaan dan ketelitian yang tinggi amat diperlukan untuk menjadi seorang pakar kanak2. Perlu peka pada jenis tangisan,pada jenis2 batuk dan perlu juga pandai membezakan penyakit berdasarkan ciri2 ruam yang timbul pada kulit kanak2 itu.

Dan satu lagi perkara yang menjadikan pediatric adalah subjek yang ‘istimewa’ adalah pada hal treatment nya. Dos untuk setiap ubat amatlah berbeza dengan orang dewasa. Dalam erti kata lain,ianya memerlukan daya mengingat dan teknik pengiraan yang mantap.

Contohnya pada pengambilan pil ‘aspirin’. Satu pil aspirin dosnya adalah dari 80mg ke 1g. Damai ambil contoh aspirin dengan dos 325mg. Untuk orang dewasa,doktor hanya perlu ingat dos dan jumlah berapa kali pil aspirin yang berdos 325mg itu perlu diambil sehari. Tetapi,ianya berbeza dengan pediatric. Dos aspirin untuk kanak2 dikira mengikut berat kanak2 itu, jadi untuk kanak2 doktor perlu mengingat dos sebegini, aspirin 10-15mg/kg/day. Kemudian,dos yang sudah dikira itu pula perlu dibahagi untuk beberapa bahagian untuk diberikan pada kanak2 yang sakit itu.

Begitulah serba sedikit tentang pediatric. Subjek yang menarik tetapi memerlukan minat dan ketabahan yang tinggi untuk mempelajarinya ^^


SOCIAL MEDICINE

Subjek ini lebih kepada pengurusan dan statistik. Oh,waktu awal2 mengenal subjek ini,pening juga dibuatnya. Banyak rumus perlu dihafal. Banyak benda perlu dikaji. Dalam subjek ini,kita akan dapat melihat struktur penduduk sesebuah negara. Jika populasi kanak2 melebihi populasi orang tua,maka negara itu disebut sebagai negara yang berstruktur progressive. Manakala, jika populasi tua melebihi kanak2,negara itu termasuk di dalam kategori regressive.

Subjek social medicine ini juga mementingkan beberapa pengiraan. Contohnya pengiraan gunapakai katil di hospital, pengiraan ekonomi dan produktiviti sesebuah negara dan juga kira2 tentang tahap kesuburan populasi dalam negara itu.

Antara bahagian lain dalam social medicine ini adalah dalam ilmu mengendalikan sesebuah organisasi. Bagaimana untuk memulakan sesebuah projek, faktor2 kejayaan sesuatu projek dan cara mengambil keputusan dalam mengendalikan projek itu,semuanya ada di dalam subjek yang satu ini.

Dan bahagian yang paling Damai suka adalah pada bahagian mengisi borang. Dalam subjek inilah,kami diajar borang mana yang perlu diisi ketika pesakit minta MC,cuti bersalin,borang kecemasan dan sebagainya ^^

Social medicine adalah satu subjek yang mudah jika kita minat untuk mengenalinya. Tetapi,dalam masa yang sama,ianya akan menjadi satu subjek yang memeningkan jika tiada minat untuk mempelajarinya.

HYGIENE

Hygiene adalah subjek yang paling banyak menggunakan daya ingatan. Subjek perbuatan yang lain pun tidak memerlukan ingatan sebagaimana pentingnya ingatan pada hygiene.

Hygiene adalah subjek tentang mengetahui tahap optimum untuk semua perkara. Bermula dari cuaca yang optimum,suasana kelas yang optimum,kebersihan makanan dan minuman yang optimum, pekerjaan yang optimum dan semualah yang optimum. Hihi

Contohnya, Damai ambil di sini suasana di dalam kelas.

Kelas yang memenuhi kriteria yang hygienic adalah..

1) suhu di dalam kelas antara 18-22 celcius
2) kelembapan di dalam kelas antara 40-60%
3) kadar pergerakan udara antara 0.2-0.4 meter sesaat
4) pencahayaan natural – a) nisbah antara tingkap dan lantai kelas 1/4 – 1/5
b) nilai pencahayaan dari persekitaran luar tingkap 1.5%
5) pencahayaan artificial – nilai cahaya dari lampu 150 lux
6) jarak antara meja depan dan papan hitam 2.0 – 2.5m
7) jarak antara meja pelajar 0.7m
8) jarak antara meja dan dinding kelas 0.5m
9) ketinggian meja dan kerusi adalah 1/7 – 1/8 ketinggian pelajar
10) jumlah udara bagi setiap pelajar dalam lingkungan 20-30 meter padu
11) keluasan kelas untuk seorang pelajar 1.25 meter2

Hmm itu baru untuk kelas sahaja. Dan itu pun belum semua Damai tuliskan. Memang banyak nak kena ingat. Huhuhu itu belum masuk lagi fakta2 yang lain,yang tidak melibatkan nombor. Oh,sungguh,hygiene adalah subjek yang mampu membunuh.

Itu sahaja buat kali ini. ( itu sahaja?...dah tiga muka microsoft word ni Damai tulis ^^ )
Sedikit maklumat untuk sesiapa yang ingin tahu tentang subjek2 ini. Peperiksaan seterusnya pada 20hb 6 insyaAllah. Itu adalah triad yang mengerikan ~ sakit puan,medicine @ therapy dan surgery ~ semoga Allah beri kekuatan…ameen ^^

Wednesday, June 3, 2009

dapat dari balqis ^^

Dari Ibnu Umar r.a, dari Nabi SAW baginda bersabda:”Lima kunci perkara ghaib, tidak mengetahuinya melainkan Allah iaitu: 1) Tiada mengetahui apa yang tersimpan di dalam rahim (kandungan perempuan) melainkan Allah. 2) Tiada yang mengetahui apa yang akan terjadi esok hari melainkan Allah. 3) Tiada seorangpun yang mengetahui bila waktunya hujan akan turun melainkan Allah. 4) Tiada seorangpun mengetahui di negeri mana dia akan mati melainkan Allah 5) Tiada yang mengetahui bila kiamat akan terjadi melainkan Allah.

(Bukhari)

dapat award dari adik comel balqis...rasa terharu laa pulak kan hihi terima kaish balqis...semoga apa yang tertulis di award itu jadi kenyataan dengan redha-Nya jua....ameen...


hmm cantik kan awardnya?...dahlah warna hijau..warna kesukaan Damai tu...^^

nak bagi award ni kat siapa pulak ni?...nama2 di bawah sudi2lah terima award ini dari Damai ya ^^

1) dhiya
2) nabihah
3) achot ( maisara )
4) ummumishkah
~~ esok 4/6 hari imtihan...doakan Damai ya ~~

Tuesday, June 2, 2009

menghadirkan ikhlas ^^

Dalam apa jua pekerjaan atau usaha yang kita lakukan sehari2,berusahalah untuk menghadir dan menyuburkan ikhlas di sudut hati...sekecil2 perkara jika disertakan dengan ikhlas,insyaAllah akan dipandang besar di sisi Allah SWT....

Namun,perkara ikhlas ini bukanlah semudah lisan berkata2....ada yang mengatakan :

“ ikhlas itu umpama seekor semut hitam yang berada di atas batu hitam di dalam gua yang gelap pada malam hari “

Haa....susahkan? boleh ke kita nampak semut itu? Begitulah halnya dengan perkara ikhlas ini...hati yang ikhlas tidak akan sesekali terdetik perkara ‘ujub atau ta’jub akan kelebihan dan kebaikan dirinya....hati yang ikhlas tidak akan sesekali mengeluarkan kata2 riak menceritakan kebaikan yang dilakukannya...hati yang ikhlas tidak akan pernah mengungkit kebaikannya walaupun ketika orang yang ditaburkan budi itu melakukan perkara yang buruk terhadapnya....

Hati yang ikhlas melakukan semua perkara hanya kerana Allah SWT...

Tiada balasan dari manusia...

Tiada penghargaan dari insan...

Hanya redha Allah yang menjadi harapan dan impian....

Apabila sifat ikhlas telah datang dan wujud dalam hati kita,kebaikan atau usaha yang orang lain anggap kecil akan nampak besar di mata kita...perkara kebaikan biasa akan nampak luar biasa pada pandangan kita....di sini,Damai sertakan sebuah kisah yang berlaku tatkala Nabi Ibrahim Khalilullah hendak dibakar hidup2 oleh raja Namrud....semoga kisah ini memberi pengajaran pada kita....insyaAllah...

Sebuah kisah di zaman Nabi Ibrahim, semasa Nabi Ibrahim dibakar oleh kaumnya, seekor burung kecil terbang berulang alik mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar. Itulah yang dilakukannya berulangkali. Tingkah lakunya diperhatikan oleh makhluk Allah yang lain lalu bertanya kepada burung kecil itu :

‘‘buat apa kau penat-penat mengambil air berulang alik, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim takkan terpadam dengan air yang kau siramkan itu.’’

Lalu dijawab oleh burung tersebut :

‘‘Memang ia tidak akan memadamkan api tersebut, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya samada aku berjaya memadamkan api itu ataupun tidak. Dan janganlah kita menjadi seperti cicak (yang terbang), yang bertindak jahat dengan menghembus-hembus kepada api yang membakar Nabi Ibrahim dengan harapan api akan menjadi marak lagi untuk terus membakar Nabi Ibrahim (walaupun sebenarnya hembusannya itu tidak membawa kesan ke atas api berkenaan.) “

Allah berfirman:

“Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim”

Anbiyaa [69]

Hadith riwayat Ibn Hatim, dari A’isyah ra. bahawa Rasulullah saw bersabda :

”Sesungguhnya Ibrahim tatkala dicampakkan kedalam api, semua binatang yang melata dimuka bumi ini cuba memadamkan api, kecuali cicak, kerana sesungguhnya dia (cicak) meniupkan api keatas Nabi Ibrahim…”

Kesimpulannya,berusahalah untuk ikhlas dalam setiap perkara yang kita lakukan....tetapi,jangan pula kita bertangguh2 untuk melakukan kebaikan hanya kerana kita menunggu2 untuk sifat ikhlas itu datang.....mulakan saja kebaikan itu dan beristiqamahlah dalam melakukannya,insyaAllah lama kelamaan makhluk ikhlas itu akan terbit dalam hati....^^