hari ni balik kelas awal...best2 hehe boleh rehat2...boleh makan2...boleh tido2...boleh ape2 je laaa hehe
skg cycle yg paling mencabar bg kehidupan seorg pelajar medic iaitu cycle forensic...mungkin tak semua rasa mencabar,bg damai ianya mmg btl2 memerlukan kekuatan tak kisahlah dr segi fizikal mahupun mental...
hari ni hari kedua kelas...dan kedua2 nya memerlukan group damai utk masuk ke bilik autopsy utk melakukan bedah siasat mayat...dlm kedua2 hari ini,damai tidak masih tidak berpeluang utk melakukan pembedahan tersebut...insyaAllah giliran damai akan tiba hari rabu nnt...semoga Allah memberi kekuatan pada damai dan sahabat2 yg lain...
smpi shj ke bilik autopsy,sahabat2 yg bertugas hari ni terus memakai apron yg disediakan dan memulakan tugas...tugas dimulakan dgn memeriksa pakaian yg dipakai oleh mayat ketika ianya ditemui...dari jaket hingga ke stokin dan kasut,pemeriksaan hendaklah dilakukan dgn penuh ketelitian...
selepas pemeriksaan pakaian,"external examination of the dead body" dilakukan....kulit mayat dari kepala hingga ke kaki diperhati dan sebarang perubahan yg ada dicatat...dgn pemeriksaan luaran ini juga,kita dpt mengetahui masa berlakunya kematian dan sebab berlakunya kematian..
diringkaskan cerita,pemeriksaan organ dalaman dilakukan...thoracic and abdominal cavity di buka...subhanallah,Maha Suci Allah yg menciptakan,bertapa kemas dan tersusunnya organ dalam badan manusia...wlupun seseorg itu kurus,tetapi bila dikeluarkan organ2 itu,pasti tidak terfikir oleh akal bagaimana organ yg besar2 itu boleh tersusun rapi dlm badan...bermula dari otak hinggalah ke usus...setiap organ dikeluarkan dari badan utk diperiksa...sebarang perubahan dicatatkan bg mengetahui punca kematian....stage inilah yg paling mencabar dan memerlukan kerjasama yg penuh antara satu pelajar dgn pelajar yg lain...setelah kesemua organ diperiksa,organ2 itu dimasukkan semula ke dalam badan mayat...dan betapa lemahnya sifat manusia ini,organ2 itu tidak dapat dimasukkan sepenuhnya seperti sebelum dikeluarkan...Ya Allah,hebatnya penciptaanMU....
selepas membuat sedikit perbincangan ttg punca kematian,kami diberi tugasan utk esok,dan dibenarkan pulang....lega terasa di hati kerana berakhir sudah cabaran utk hari ini...satu lagi cabaran menanti hari rabu nnt di mana damai dan 3 org sahabat lain akan berpeluang melakukan bedah siasat....semoga dipermudahkan...
tu je nak cerite...makin banyak yg damai belajar,semakin memberi keinsafan pada diri damai yg kerdil ini...betullah org kata,sesiapa yg belajar medic sepatutnya akan merasa lebih insaf dan lebih mendekatkan diri pada Allah...krn dalam proses pembelajaran ini,terlalu banyak kehebatan Allah yg dapat damai pelajari...
~syukur kpd Allah atas peluang yg diberikan~
1 comment:
semoga di'damai'kan hatimu ketika membuat bedah siasat ^_^
Post a Comment