assalamualaikum sahabat2 semua...semoga sentiasa di dalam keberkatan dan kasih sayang Allah...=)
damai baru habis cycle hospital surgery...4 hari je pun...kali ni topik lebih kpd post-op disease (penyakit yg dtg selepas pembedahan)...bile fikir,mmg menyeksakan...yela,kita dibedah utk menyembuhkan penyakit,tapi ditaqdirkan Allah,lps pembedahan penyakit A,dtg pula penyakit B...bak kata pepatah melayu "keluar mulut naga masuk mulut buaya"...nauzubillah...
tidak kisahlah apa jenis pun musibah yg dtg...yg pntg,kita mesti sentiasa bersangka baik dgn Allah...krn setiap inci perkara yg berlaku pada kita,tidak kira ianya baik atau buruk,PASTI ada hikmah yg tersembunyi....teringt kata2 dr 'aidh abdullah al-qarni dlm kitabnya 'La Tahzan" ~kerana belum tahu hikmah maka engkau lemah~ (^_~)
hari terakhir cycle belaja topik pancreas..sejenis organ dlm badan yg berfungsi mengeluarkan enzim utk proses pencernaan dan mengeluarkan insulin utk mengawal tahap gula dlm badan...
adelaa lagi fungsi lain tapi tak perlu damai cerita kat sini sbb itu bknlah tujuan utama artikel ini ditulis...hehe (bkn ngelat tau)...
maka,apabila pancreas telah rosak,proses pencernaan kita akan terganggu...dan pesakit juga akan mengalami satu penyakit yg cukup dikenali ramai iaitu "kencing manis"
seorang doktor mensarankan pesakit pancreas ini makan byk makanan berlemak dan makanan manis...kate doktor itu "mkn je ape2,ia takkan memberi ape2 kesan pada anda selagi anda ambil ubat yg sepatutnya"...pada pendapat sahabat2 semua,betul ke tidak cara doktor tu?...hehe fikir betul2...hehe
jelas,nyata dan terang doktor itu melakukan kesilapan...kesilapan yg boleh menjadikan pesakit lebih teruk keadaannya...nauzubillah...
kita tidak boleh mencampurkan 2 bnda yg bertentangan sifat wlupun pada pandangan luarannya,ia membawa kpd kebaikan....dlm kes pesakit ni tadi,mgkn doktor tu disayangi pesakit tersebut...kate pesakit "baiklah doktor tu,dia kasi aku mkn semua,xde pantang2...klu doktor lain jgnlah harap...baik ko pergi dapatkan rawatan dari dia...dia "spoting"...best"....tetapi,hakikatnya???
seperti biasa,damai cube relatekan dgn kehidupan kita sbgi hamba Allah...KITA TDK BOLEH CAMPURKAN 2 BNDE YG BERTENTANGAN SIFAT.....
sng ckp..."klu inginkan syurga Allah,mesti takutkan neraka Allah"...klu sekadar nk syurga Allah tapi masih melakukan yg dilarang,makanya,impian hny tggl impian....( mmg akan masuk syurga jugak selagi kita mati dalam islam,cume lmbt sikitlaa)
Rasulullah saw bersabda "di dlm badan manusia ada seketul daging,kalau baik daging itu,baiklah seluruhnya,jika ianya buruk,maka buruklah keseluruhannya"
baginda tidak pun mencampurkan antara 2 sifat itu...klu baik,maka baiklah..klu buruk,maka buruklah...kene pilih satu je...XLEH CAMPUR2...
fhm x ni...hehe minx maaflah damai bkn penulis yg baik....wlu bagaimanapun,damai harap sahabat2 boleh dpt sedikit manfaat bila baca blog ni...
akhir kata,berusahalah memperbaiki diri...tidak mudah utk berubah tetapi ianya bukan mustahil...
INGAT!!!!!!!!!!!!!! yg baik tidak boleh bercampur dgn yg buruk....
~nk tutup aurat tp pakai baju kecik2...mana satukah yg kita inginkan?...~
No comments:
Post a Comment