“Ya Allah, kurniakanlah kami takut kepadaMu yang dapat menghalang kami dari berbuat maksiat terhadapMu dan kurniakan kami ketaatan yang dapat menyampaikan kami dengannya syurgaMu”
Tuesday, March 23, 2010
la tahzan..
Dari Ibnu Umar r.a, dari Nabi SAW baginda bersabda:”Lima kunci perkara ghaib, tidak mengetahuinya melainkan Allah iaitu: 1) Tiada mengetahui apa yang tersimpan di dalam rahim (kandungan perempuan) melainkan Allah. 2) Tiada yang mengetahui apa yang akan terjadi esok hari melainkan Allah. 3) Tiada seorangpun yang mengetahui bila waktunya hujan akan turun melainkan Allah. 4) Tiada seorangpun mengetahui di negeri mana dia akan mati melainkan Allah 5) Tiada yang mengetahui bila kiamat akan terjadi melainkan Allah
(Bukhari)
hmm lagi sekali sejadahijau ni terbengkalai tanpa sebarang entry...dah berbulan tak letak entry,nasib baik ingat lagi password :P
rasa macam banyak je benda nak tulis tapi bila dah depan laptop,kelu pulak tangan ni (adakah sesuai penggunaan kelu itu? ) apa2 jelah...:)
berada kat jabatan kanak-kanak sekarang betul2 menguji ketahanan diri Damai....macam2 benda happened yang menyebabkan Damai hampir2 berputus asa untuk meneruskan hari esok..sepanjang 24 + tahun hidup di atas muka bumi ni,Damai redah je semua dugaan2 hidup yang datang ( hmm bunyi macam ayat novel sungguh haha ),tapi tak tahu kenapa sejak kebelakangan ini diri terasa makin lemah,makin tak bermaya ( walaupun nama diberi maya :D )..
tapi alhamdulillah...Allah itu memang selalu mendengar dan penuh belas membantu hamba-Nya yang lemah ni....
Damai keluar ke jusco bukit tinggi,klang dengan hajat nak cari makan ( makan memang menghilangkan stress Damai :P )....tengah jalan2,lalu depan Popular....tergerak hati nak masuk sebab nak beli alat tulis...tup tup nampak buku 'La Tahzan' karangan Dr 'Aidh bin Abdullah al-Qarni...buku glemer kan...semua pun tahu kan...Damai pun beli lah satu....walaupun isi2 buku ni damai dah tahu (melalui usrah) tapi lagi baik kalau kita ada satu...bolehlah baca bila ada masa2 lapang....:) selain tu,Damai beli lagi satu buku..tajuk dia 'Bila Allah Menduga Kita' karangan Syed Alwi Alatas....pun bagus untuk mendidik hati ketika kesedihan :)
alhamdulillah,sekarang Damai makin tenang....
alhamdulillah,sekarang Damai makin tabah....dalam semua keadaan...alhamdulillah...:D
kawan2 pun boleh beli dan baca buku2 ni...tak akan pernah rugi,untung hingga ke akhirat nanti insyaAllah :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment