Sunday, January 24, 2010

my very first CPR.......

“ dr maya..”

“ ye…”

“ patient yg masuk sbb UGIB tu gule die rendah…3.7…patient dah sweating..”

“ hmm ok2…sy dtg..”

“ ok..”

Sampai di tepi katil patient...patient dalam keadaan berpeluh....

“ uncle,panas ke uncle?..”

“ ini gula banyak rendah...takda makan dari td...” balas pesakit.

“ xpe,uncle...nnt nurse bg masuk gule ok..”

“ nak bg brape ni dr maya?..”

“ hmm bg D50% 50 cc..”

Nurse pun menyediakan solution yang Damai arahkan.

Sebaik sahaja nurse memasukkan lebih kurang 1ml solution….

“ ayoo…..banyak sakit…aaaa”

And on that very moment…patient collapsed…right in front of me…

Tekanan darah 46/32 mmHg

Kadar nadi 120

Damai terus berlari menelefon MO tentang keadaan pesakit…sahabat yang sama2 on call sudah mula melakukan resuscitation…nurse berlari mendapatkan troli kecemasan..

“ maya…do cardiac massage now....farhana,prepare to intubate…” arah MO.

Seluruh tenaga yang mampu dikeluarkan Damai gunakan untuk memastikan jantung itu berdegup semula...

Sejurus tube dimasukkan,MO mengarahkan Damai untuk ‘bag’ pesakit..( mengepam oksigen masuk terus ke paru2 pesakit )..

Bagging…

Bagging…

And bagging….

12.30 am – 7.00 am….I do nothing except bagging the patient…

Waktu Damai meninggalkan wad pagi itu,keadaan pesakit agak stabil..tekanan darah mula naik dan pesakit sudah mula bernafas sendiri…

Namun…

Jam 12 thgr Damai terima call dari seorang sahabat mengatakan pesakit sudah pun meninggal dunia…

Sedih…

Fobia..

Sebab kematian : hypovolumic shock secondary to UGIB

Itu adalah malam bersejarah..

Itu adalah CPR Damai yang pertama sepanjang 3 bulan Damai berkhidmat di hospital klang ni…

Sehingga hari ini,lenguh2 masih terasa di lengan kerana CPR itu…

Baru terasa pentingnya ada doktor yang on call...

Semoga terus diberi kekuatan untuk menempuh kejadian2 yg akan datang…ameen,insyaAllah..

Kepada sahabat2 seangkatan yang berada di medical school,berhati2lah dengan pesakit2 yang masuk kerana pendarahan dalaman…

Kerana pada minit pertama pesakit mungkin boleh bergelak ketawa dengan kita…tetapi,minit seterusnya,mereka boleh muntah darah direct ke muka kita…atau boleh juga berlaku pendarahan berterusan dari dubur…dan waktu itu semua berlaku,peluang untuk pesakit terus hidup tersangatlah rendah…

Sekadar berkongsi pengalaman…

~ tamat ~

Nota kaki..

UGIB : upper gastrointestinal bleeding (pendarahan daripada salur pencernaan – esophagus,perut dan usus kecil)

CPR : cardio-pulmonary resuscitation

5 comments:

nahmy said...

salam doc..
kalau dah ajal doc. sabarlah...kita berusaha..Dia tentukan. apapun '1st time' is everything isn't doc?...keep it up.

~miSz HaNna~ said...

salam damai...
good experience...:)
damai kt hosp klang department mane?..

wanie said...

takotnye...tp good job k.maya....xpe...k.maya da bwat yg terbaik...lain2 sume kte tawakal je...hope sabar menempuhi hari2 akan mendatang....

Faridrashidi said...

Salam buat kamu Doktor,

Nampaknya kamu sudah menjadi doktor dan alami peristiwa kematian pesakit. Teruskan berjuang menyelamatkan manusia!

MR ASRIL AZIZAN said...

ajal maot di tangan Allah.. manusia hanya mampu berusaha.. anyway u've done your very best.. keep on your noble job..