Saturday, February 5, 2011

1.2.2011 hari bermakna :)

Alhamdulillah,akhirnya cita2 Damai nak menderma darah tercapai. Setelah di'reject' sebab tak memenuhi kriteria penderma darah dulu,kini buku merah yang kecil itu sudah Damai miliki :)

Terima kasih buat Dr Foo Chew Ying yang memberi semangat untuk Damai pergi menderma darah. Mula2 tak nak pergi derma bukan sebab apa,takut di'reject' lagi dan takut tak mampu untuk on call malam tu nanti,tapi mengenangkan Foo yang post-call itu pun tabah melangkah untuk menderma,Damai ikutkan aje.

Bangga jugak duduk di barisan mereka2 yang datang untuk menderma darah.Saat diberikan analgesics tu,sakit jugak huhu tapi bila tengok jarum yang digunakan untuk menyedut darah tu rasa nak dapat banyak lagi analgesics tu :)


Tak sampai 15 minit,350ml darah Damai sudah pun diambil. Sedikit sample di ambil bagi tujuan pemeriksaan untuk viral status. Yang selebihnya Insya-Allah boleh digunakan untuk mereka yang memerlukan nanti. Kumpulan darah Damai adalah jenis O positif,jenis darah yang amat diperlukan kerana ianya adalah darah universal ( boleh di'transfused' kepada semua yang memerlukan meskipun mereka bukan dari kumpulan darah O ).



4 bulan lagi baru boleh menderma semula. Jangkamasa ini diperlukan oleh badan Damai untuk membina semula sel-sel darah merah yang baru untuk menggantikan darah yang diderma tadi.

Jom kamu2 yang membaca entry ini,datanglah ke mana-mana hospital untuk menderma sedikit darah kamu ( 350 ml je,tak luak pun darah kamu yang lebih dari 5 liter itu ). Kalau tak sempat untuk derma masa hari bekerja,setiap minggu ada 'mobile blood bank' yang bergerak ke tempat-tempat yang ditetapkan untuk kemudahan anda menderma. Semoga kebaikan kamu membantu pesakit-pesakit yang memerlukan. Insya-Allah :)



Antara syarat-syarat yang melayakkan kamu untuk menderma :
1. berat badan >45kg
2. Hb >12.4 g/dl
3. mempunyai tidur >5 jam yang berterusan ( bukan interrupted sleep ) malam sebelumnya
4. tekanan darah yang normal.
5. tidak mempunyai apa-apa masalah perubatan seperti kencing manis,darah tinggi,sakit jantung dan lain-lain yang serius.
6. tidak berada di dalam keadaan haid.
7. tidak mengalami penyakit seperti Hepatitis B,HIV atau apa-apa jangkitan darah yang merbahaya.

Hmm jadi apa lagi,jom kita pergi derma darah ok. Bersihkan hati,sucikan niat dan melangkahlah dengan harapan kebaikan kamu diterima Allah. Insya-Allah :)

Nota kaki :
on call - bekerja atas panggilan ( bekerja terus selama 36 jam di hospital )
postcall - doktor2 yang baru melakukan on call pada malam sebelumnya
transfuse - memasukkan darah penderma ke dalam badan penerima bagi tujuan menyelamatkan penerima dari kekurangan darah

hobi baru??


rase macam nak tengok teater....

dah register di laman web istana budaya....

'TERIMA KASIH CINTA' macam menarik....

tengok bajet dulu la baru tempah tiket :)