Friday, March 6, 2009

tarbiyyah di sebalik 'Al-Mumtahanah'....

Setiap dari kita alhamdulillah punya ibu,punya ayah,punya adik beradik dan sanak saudara yang amat kita sayangi….siapa yang tidak cinta pada seraut wajah tua ibu yang tidak pernah rehat melayan karenah kita sejak dari dalam perut sehingga apabila kita sudah punya anak sendiri….siapa yang tidak kasih pada tubuh tua ayah yang dulu tidak pernah kering peluh keluar mencari sesuap nasi buat kita yang kelaparan di rumah….siapa yang tidak rindu pada saudara2 seibu seayah yang sama2 membuat ‘onar’ di rumah sehingga pening kepala ibu melayan…

Namun,itulah pengorbanan yang terpaksa diambil jika diri inginkan kejayaan…tidak kira kejayaan di dunia mahupun akhirat…

Terkadang pernah juga terfikir ingin lari terus dari dunia belajar ini dan pulang bermesra2 bersama2 keluarga tercinta…rezeki kan boleh dicari…sedangkan ulat di dalam batu pun boleh hidup…tapi,bukankah ini satu amanah…bukan sekadar amanah keluarga bahkan amanah agama dan negara juga…

Begitulah yang terpaksa dihadapi oleh Rasulullah saw dan para sahabat dahulu…peristiwa hijrah menjadi bukti teguhnya iman meninggalkan keluarga dan harta,sehelai sepinggang menuju keredhaan Allah…

Sedangkan kita yang terpisah sementara ini merasakan rindu dan risau pada keadaan keluarga yang ditinggalkan,apatah lagi sahabat2 yang berhijrah itu…kerana Allah dan Rasul,sakit ini ditanggung…namun,adakalanya,lemah juga diri apabila ujian Allah datang bertamu…

Itulah yang ditanggung oleh seorang sahabat Nabi SAW bernama Hatib Ibn Abu Balta’ah…beliau merupakan seorang kaum muhajirin dan menyertai peperangan Badar….beliau juga terpilih di kalangan beberapa sahabat yang lain untuk mendengar rancangan Nabi SAW untuk menakluk Mekah kerana kaum musyrikin Mekah telah melanggar syarat2 perjanjian Hudaibiyah….di hujung perbincangan itu,Rasulullah SAW terlah berdoa :

“ Ya Tuhanku,lindungkan berita ini dari mereka ( kaum musyrikin ) “

Mendengar perancangan penyerangan kota Mekah itu membuat Hatib resah dan risau akan keselamatan sanak saudaranya yang masih berada di Mekah….lantas,beliau menulis sepucuk surat memberitahu tentang rancangan Rasulullah SAW itu dan diserahkan kepada seorang wanita musyrikin Mekah yang datang ke Madinah untuk diberikan kepada kaum keluarganya di Mekah….

Kerana berkat doa Nabi SAW,hal surat itu baginda ketahui lalu baginda SAW mengarahkan agar beberapa orang sahabat termasuk Saidina Ali bin Abi Talib mengejar wanita musyrikin itu dan mengambil semula surat yang diutuskan Hatib itu….

Sahabat2 berjaya menahan wanita itu….pada mulanya,wanita itu enggan mengaku tentang kewujudan surat tersebut….tetapi setelah diugut oleh Saidina Ali dan sahabat yang lain,akhirnya wanita musyrikin itu menyerahkan surat tersebut…

Saidina Umar yang mengetahui tentang hal tersebut terus sahaja berkata pada Rasulullah SAW…

“ Wahai Rasulullah,dia ( Hatib ) telah mengkhianati Allah dan Rasul-Nya dan sekalian orang mu’min,serahkan sahaja kepada hamba memenggal lehernya..”

Rasulullah SAW dengan tenang bertanya pada Hatib…

“ Apakah tujuan engkau berbuat begini? “

Hatib menjawab..

“ Demi Allah,saya tidak mempunyai apa2 tujuan melainkan untuk tetap beriman kepada Allah dan Rasul-Nya..tujuan saya berbuat begitu supaya budi saya dikenang mereka dan saya harap dengan budi ini,Allah melindungkan keluarga dan harta benda saya di sana,kerana tiada seorang pun daripada sahabat2 anda melainkan semuanya masing2 ada anak buahnya,dan dengan perantaraan mereka Allah melindungkan keluarga dan harta benda mereka di sana”

Rasulullah SAW pula berkata…

“ Cakapnya memang benar..oleh itu,janganlah lagi kamu berkata apa2 melainkan kata2 yang baik sahaja”

Saidina Umar berkata lagi..

“ Wahai Rasulullah,dia ( Hatib ) telah mengkhianati Allah dan Rasul-Nya dan sekalian orang mu’min,serahkan sahaja kepada hamba memenggal lehernya..”

Rasulullah SAW membalas…

“ Bukankah dia ahli peperangan Badar?”

Saidina Umar menjawab

“ Semoga Allah memberi kebaikan kepada ahli peperangan Badar”

Lalu,dengan terjadinya peristiwa ini,Allah telah menurunkan ayat 1-3 surah Al-Mumtahanah….

Demikianlah ujian yang Allah beri pada kita hamba-Nya…kisah di atas menunjukkan bahawa setiap insan punya kelemahannya masing2….walaupun,Hatib merupakan seorang pahlawan perang,namun kerana keluarga yang tercinta,imannya lemah juga sehingga hampir2 bocor rahsia golongan mu’minin…

Begitu juga dengan kita….Allah tidak sesekali menjadikan sesuatu peristiwa sia2…semuanya ada pengajaran bagi kita….dalam segala jenis urusan,Allah dan Rasul seharusnya berada di tempat yang pertama….

Kita juga tidak perlu menjadikan musuh Allah sebagai pembantu ( Hatib yang memohon bantuan wanita musyrikin)…kerana boleh dia akan mengkhianati kita….namun,Allah juga tidak sesekali melarang kita berbaik dengan mereka selagi mereka tidak melampaui batas…

Contohi Rasulullah SAW dalam menyelesaikan sesuatu masalah…tidak tergopoh gapah menjatuhkan hukum,sebaliknya bertanya dengan penuh sabar dan tenang….sungguh mulia junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW ini….

Dan latihlah diri mencontohi sifat Hatib yang berani berkata benar meskipun beliau tahu natijah yang bakal diterimanya kerana perbuatannya itu….walaupun mungkin akan kehilangan kepala,berkata dusta tidak sekali kali…

Patuhnya para sahabat pada arahan seorang ketua juga perlu kita ikut….apabila Rasulullah SAW menasihatkan agar hal ini tidak disebut2 lagi,para sahabat tidak sekali kali mengungkit akan hal ini sama ada di hadapan atau di belakang Hatib dan Rasulullah SAW….kalau kita,sebulan pun belum tentu hal ini akan reda….astaghfirullah…

Banyak lagi ilmu yang boleh diserap dari tafsiran surah Al-Mumtahanah ini….semoga kita semua membaca,memahami dan mengamalkannya dalam usaha untuk mencapai redha-Nya…insyaAllah…

Tuesday, March 3, 2009

fikir-fikir....

Tidak semua makanan itu mengenyangkan,
Tidak semua kenyang selepas makan.

Tidak semua kesedihan perlu ditangisi,
Tidak semua tangisan menunjukkan kesedihan.

Tidak semua yang pelupa itu tua,
Tidak semua yang tua itu pelupa.

Tidak semua cinta itu buta,
Tidak semua buta kerana cinta.

Tidak semua ubat itu pahit,
Tidak semua yang pahit itu ubat.

Tidak semua yang berdarah itu sakit,
Tidak semua yang sakit perlu berdarah.

Tidak semua mati kerana sakit,
Tidak semua sakit pengakhirannya mati.

Saturday, February 28, 2009

SaTu HaTi SaTu JiWa....





~~together forever insyaAllah ^^ ~~


~~ aini dan kak long ( ain ) ~~


~~ fadhilah dan kak ngah ~~

~~ kak ngah ( zarina ) dan uda ( faeza ) yang tersayang ~~


“ tak bosan ke korang ni?...kat rumah, kat kelas, kat mana2 tengok muka yang sama je…”

Kata2 yang sudah lali masuk ke gegendang telinga Damai dan sahabat2 Damai…

“…antisosial laa korang ni…”

Antara ungkapan lain yang juga pernah ditelan telinga ini…

Namun,semuanya kami ( Damai dan sahabat2 Damai ) terima dengan hati terbuka…

~~ aik...kenapa Damai tak pandang tu? ^^ ~~

Kami bahagia bila bersama…ke mana2 sahaja kami selesa bersama…bila difikir dengan logic akal memanglah terpatri rasa bosan itu…bayangkan,kami semua tinggal serumah…sudahlah serumah,majority antara kami berada di dalam kelas yang sama…kesimpulannya,selama 6 tahun ini,kami sudah jadi seperti adik beradik…bezanya cuma lain ayah dan lain emak ^^



~~ achot ( maisara )....tinggal serumah tapi tak sekelas...~~

Namun,keakraban kami tidak meletakkan kami ke tahap tidak menerima kehadiran sahabat2 yang lain….bukan kami tidak ikuti program2 dan aktiviti2 yang diadakan….semuanya (kalau Damai tidak silap) kami ikut….bukan kami tidak kenal siapa si fulan itu,siapa si fulan ini…semuanya insyaAllah kami kenal dan akan kami simpan kemas dalam lipatan ingatan kami ^^

~~ apa guna henpon canggih2 kalau tak digunakan untuk mengambil gambar ^^ ~~

Dalam banyak hal juga,kami berinteraksi dengan sahabat2 yang lain…ada juga kami keluar membeli barang dengan sahabat2 lain….keluar mengembara dengan sahabat2 lain yang juga menyukai aktiviti2 pengembaraan….malahan, setiap dari kami juga mempunyai ahli usrah masing2 yang terdiri daripada sahabat2 seuniversiti yang lain ^^

Jadi,janganlah dipandang keakraban kami ini sebagai satu isu untuk dipersoalkan….bukankah setiap insan mempunyai cara mereka yang tersendiri?...kami bahagia bersama dan sentiasa bersyukur kerana ditaqdirkan untuk bersama selama 6 tahun di Ukraine ini…^^



~~ dengan achot jalan2 di penang balik malaysia tahun lepas ^^ ~~

~~persahabatan itu indah jika segalanya kerana Allah~~


~~ the last winter for us...maybe...~~


~~ love you sisters....^^ ~~



Tuesday, February 24, 2009

SABAR.......

~~entri khas buat sahabat yang sedang gundah gulana…DHIYA dan AZE….moga ingatan yang tidak seberapa ini mampu menyuntik semangat buat kamu berdua…insyaAllah ~~

Dari Abi Malik al-Harith bin ‘Asim al-Ash’ari radiyallahu’anhu katanya : telah bersabda Rasulullah saw;

“ Suci itu sebahagian iman,dan Alhamdulillah memenuhi timbangan, dan Subhanallah dan Alhamdulillah keduanya memenuhi atau memenuhi ruang antara langit dan bumi, dan solat itu cahaya, dan sedeqah itu keterangan, dan sabar itu sinaran, dan Al-Quran itu hujjah (dalil) bagi engkau atau atas engkau…Sekalian manusia itu berpagi-pagi maka ada orang yang menjual dirinya,lalu dimerdekakannya atau dibinasakannya”

( diriwayatkan oleh Muslim )

Meneliti maksud yang cuba disampaikan oleh junjungan besar Rasulullah saw dalam kata2 baginda itu…banyak pengajaran yang boleh hadamkan agar badan kita sejahtera dalam keberkatan-Nya…insyaAllah…

Entri ini ditulis kerana kali ini Damai ingin berbicara tentang perkara sabar…

Dalam hadith di atas,Rasulullah saw menyifatkan sabar itu sebagai satu sinaran...sinaran yang tetap terus menyuluh terang setiap jalan yang ditempuh….tidak kira sesulit mana jalan yang ditempuh, panjang pendek perjalanan yang penuh dugaan itu,ianya pasti terasa mudah untuk diharungi kiranya ada sinaran yang menerangi….begitulah besar fungsi makhluk Allah bernama sabar ini….

Apakah makna hidup jika tidak diuji?...seringkali Damai mengingatkan sahabat2 semua,ujian Allah itu tanda cinta kasih-Nya pada kita…andai kita bersabar dan redha,iman kita insyaAllah akan naik setingkat demi setingkat…jadi,janganlah mengeluh apabila ditimpa ujian…kerana sesungguhnya Allah menurunkan ujian untuk kita lebih dekat pada-Nya,mengadu merintih memohon bantuan dan kekuatan dari-Nya….

Perkara kesabaran ini terbahagi kepada 3 bahagian :

1)sabar menjalankan ketaatan kepada-Nya..

bukan mudah sebenarnya untuk mengerjakan ibadah dalam bentuk yang berterusan…yang perempuannya,perlu solat di awal waktu…yang lelakinya pula perlu berjemaah di masjid setiap kali waktu solat….kalau tidak ada sifat sabar,tentulah ini tidak dapat kita rasai ni’mat istiqamah dalam amalan sehari2…

2)sabar meninggalkan atau menjauhkan ma’siat…

menahan diri dari jatuh ke lembah kehinaan nafsu dan tergelincir ke jurang api bisikan syaitan juga memerlukan kita untuk bersabar…sabar menahan diri dari melakukan zina,sabar menahan terik panas mentari di tengah Ramadhan,sabar bekerja dengan cara yang halal dari berjudi dan mengambil riba….semua keburukan2 itu dapat kita jauhi dengan wujudnya sifat sabar dalam diri kita…

3)sabar menghadapi dugaan dan ujian…

bahagian ini yang selalunya ramai yang tidak mampu mempraktikkan sabar…ramai yang mampu istiqamah dalam amalan dan tetap dirinya jauh dari melakukan ma’siat…tetapi,bila tiba2 ujian Allah datang,lantas mengeluh dia…berputus asa…bersedih…hatta,ada yang sampai sanggup membunuh diri….nauzubillah….sabar perlu diaplikasikan dalam setiap perkara….barulah kita terasa indah berada di dalam ujian Allah…

sebagaimana seorang pelajar yang akan menghadapi peperiksaan sibuk mengulangkaji pelajaran untuk mendapatkan sebuah kejayaan…..begitu jugalah kita mengaplikasi sabar dalam kehidupan…

peperiksaan = ujian yang datang
mengulangkaji pelajaran = sabar dan solat
kejayaan = syurga

“ Wahai orang2 yang beriman,minta tolonglah kamu dengan sabar dan solat,sesungguhnya Allah berserta dengan orang2 yang sabar “

( Al-Baqarah : 153 )

Teruskan berdoa agar sentiasa diberi semangat untuk menghadapi ujian2 yang bakal tiba dengan penuh sabar dan redha….segala yang berlaku pasti ada hikmahnya…terpulang pada kita untuk meneliti di mana terselitnya hikmah tersebut…jangan mudah mengalah atas ujian….kerana ketika ditimpa ujian,bererti Allah sedang memerhati dan memberi peluang untuk kita lebih dekat dan akrab dengan-Nya…insyaAllah ^^

tag dari sofie nur...

melayan budak kecil yang bernama sofie nur ^^

here's the instruction:- Go to your photos folder in your computer. Go to the 6th folder of photos. Go to the 6th picture in that folder. Put the picture on your blog and describe about it. Invite six friends to join the challenge. Link them in your blog and let them know they have been challenged....


tergambar kesengsaraan budak kecil ini....sewaktu kanak2 negara lain bahagia bermain,gelak ketawa...dia menangis ketakutan pada kegansan regim zionis la'natullah....

nak tag sape ek?

1)nabihah

2)dhiya

3)aze

4)ainul

5)e-leeyana

6)ilya